Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, March 31, 2007

Maulidur Rasul

'Maaflah saya pun tak tahu apa Maulidur Rasul, dah lama tak pegi surau'..'Maulidur Rasul tu birthday Nabi'..pernah tak kalian mendengar jawapan sebegini bila diajukan soalan mengenai Rasulullah s.a.w Nabi junjungan mulia kita?. Apa perasaan kalian? Marah? Sedih? Tapi itulah realiti yang melanda umat manusia yang mengaku bahawa mereka Islam, tetapi hanya pada nama sahaja. Itulah umat Islam Malaysia hari ini terutamanya remaja.

Bercakap tentang Maulidur Rasul, sudah dapat dibayangkan betapa typicalnya orang kita meraikannya..dengan berlangsungnya perarakan, forum yang membicarakan tentang kelahiran baginda dan drama/nasyid yang menghiasi televisyen. Semuanya hanya atas permukaan bukannya mendalam. Sekadar atas nama. Disebabkan ketypicalannya itu, ana tak bercadang mahu ke ceramah yng turut diadakan di usmkk.

Tapi alhamdulillah, suara ustaz yang kedengaran melantun ke gegendang telinga membuka jalan untuk ana sama-sama menelusuri hakikat disebalik mengapa kita perlu mendalami makna sebenar Maulidur Rasul. Menyambutnya bukanlah seperti menyambut ulang tahun kelahiran kita.Ada sunnah yang perlu kita ikuti dan jalankan tanda betapa kecintaan kita kepada baginda.Dari sekecil-kecil sunnah hingga ke sebesar-besar sunnah.
Ramai yang meraikan tetapi tidak mengenali sifat dan keperibadian Rasulullah, hairan juga kita cinta padanya tetapi kita tidak mengenalinya dan melakukan apa yang telah dia ajarkan.Cinta kah itu?

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :
· Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
· Aku melihat cahaya dari lidahnya..
· Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
· Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
· Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
· Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
· Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
· Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
· Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
· Wajahnya seperti bulan purnama.
· Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
· Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
· Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
· Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian
sudut.
· Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali
melihatnya.
· Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
· Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
· Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
· Janggutnya penuh dan tebal menawan.
· Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
· Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
· Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
· Rambutnya sedikit ikal.
· Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi
disisir rapi.
· Rambutnya terbelah di tengah.
· Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke
pusat.
· Dadanya bidang dan selaras dgn perut.
· Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
· Seimbang antara kedua bahunya.
· Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn
cantik.
· Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
· Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
· Kakinya berisi
· Tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
· Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
· Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. Warna
putihnya lebih banyak.
· Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
· Warna kulitnya putih tapi sihat.
· Kulitnya putih lagi bercahaya.
· Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
· Badannya tidak gemuk.
· Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
· Perutnya tidak buncit.
· Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan
lebih tinggi drpd mereka.

Sampaikanlah kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.Cintailah Rasulullah s.a.w dengan melakukan sunnahnya dan berselawatlah ke atasnya

Labels:

Friday, March 30, 2007

My SweetHeart

Tuesday, March 27, 2007

Jadual Waktu


11 am- Kaki sakit sebab asyik duk berdiri. Iyalah takkan nak buat extraction sambil duduk. Maunya terseliuh tangan. Gigi patient kali ni, amatlah kuat sbb elok je nampaknya tapi unrestorable. Muda-muda lagi, dah hilang banyak gigi. So sayangilah gigi kita. Rasulullah s.a.w pun ajar kita bersiwak, tambah2 lagi banyak khasiat pada kayu siwak. Consumer tooth paste sekarang berlumba-lumba taruk kayu siwak, madu sepertimana Rasulullah s.a.w selalu anjurkan kepada umatnya supaya menggunakan siwak dan madu untuk kesihatan.


12 pm- Alamak, doktor elektif yang sporting mencari kami..anak-anaknya yang buat temu janji tapi tak tepati. Best betul dapat Dr yg macam ni..siap nak belanja makan tengah hari tetapi ana perlu balik hostel sebab petang ada seminar. Huhu, dapat gelaran penyamun tarbus dari Dr..apa-apa jelah Dr nih. Alhamdulillah moga Allah permudahkan.


9 pm- Call mak, mengadu sakit kaki so mak bagilah tips2 mcm org pregnant pulak=)Tetiba terdengar suara Hadirah yang turut ingin bercakap melalui tipon malangnya tiadalah achik mu ini memahami akan butir percakapannya. Hadirah sekarang dah able walk a few steps, asal letak dalam walker mesti nak panjat keluar, perutnya dah jadi buncit sebab selalu makan makanan orang dewasa! Nanti achik urut sampai kempis and baru ada figure mcm baby girl..heh.Miss U, cutie pie.
918 pm- Elective : Evaluation of the efficiency of two apex locator. Tajuk senang tapi payah juga nih.

Labels:

Monday, March 26, 2007

Alahai Menantuku!

Assalamualaikum semua,
Huhu semalam cerita sedih, syukur hari ini cerita gembira pula. Al kisahnya, kami semua masih dalam posting Oral Surgery dan perlu memenuhi requirement beberapa cabutan gigi. Alhamdulillah, dapatlah 2 batang yang ana cabut sambil masih terdapat 1% keraguan. Habis tudung ana terpercik dengan titisan darah patient. Alamak! Kena basuh balik.

Mahu dijadikan cerita, minggu depan kami semua masuk posting baru-pedo so semua asyik menunggu turn nak call patient untuk dipanggil. Sampailah turn ana, maka dengan penuh hemah dan tata tertib seadanya call patient. Punyalah bersemangat terang itu ini, alih-alih..'ni kak na, dental lab kat atas lah'..hoho, rupanya technologist kat atas. Apa lagi, tergelak2 kami dalam tipon.' Fizah, boleh jadi menantu kak na macam ni'. 'Ha'ah, sopan betul. Tapi anak kak na kecik lagi'. Nasib baik lah, tak kena kelentong all the way. Punyelah guna bahasa skema, petang tuh jumpa kak na..sekali lagi kami tahan nak ketawa..Patutlah macam kenal suara tuh! Kantoi=)

Petang ni, insyaAllah Hadirah sampai ke Kelantan. Takpe2, baby ni cepat beradaptasi dgn segala suasana. Setelah lama duduk dalam biah yang tak terjaga kini tibalah masanya untuk mensucikannya dengan biah solehah di negeri di bawah kepimpinan ulama'. Jaga makan, jaga diri dan semuanya dilakukan oleh achik2 yang berpengalaman dlm bidang pengasuhan kanak-kanak dan bayi. 'Hadirah..jangan masuk dapur, nanti kena benda panas', 'Hadirah, duduk diam-diam nanti kena gigit nyamuk kat tempat gelap'..and Hadirah itu ini. Nasib baik, achik akan cuti 4 hari nih..hoho makan Hadirah.

Eh, lupa exam2 Khamis nih, ma'an najah wat taufiq

Labels:

Sunday, March 25, 2007

Mata Hatiku

Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah berlalu satu hari belajar hari ini kerana Allah telah memanjangkan usia hingga ke saat ini. Minggu ini, boleh dikatakan fokus dalam minda bukan lagi di tempat mengaji tetapi berlegar-legar di rumah. Jasad di sini, tetapi ruhnya sudah melayang entah ke mana. Huh..teruk macam ni, agaknya ada ubat lagi yang boleh cure tak?

Minggu ini, cuma sempat bertemu mata dengan beberapa orang sahabat sahaja kerana yang lain sibuk dengan tanggung jawab masing-masing. Melihat dari jauh seorang sahabat pun dah cukup meleraikan rindu padanya. Biarpun jasad tak bersama tetapi jiwa hidup bersama.

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.(Al-Baqarah:45)

Hari minggu, melawat mak angkat yang tengah sakit. Cuma mampu berbaring sahaja, makan minum tak teratur. Moga segala dosanya Allah ampunkan dan sakit ini sebagai kafarah. Sakit itu sebagai penebus dosa-dosa kita, orang yang sakit jika dia mengerjakan kebaikan dan kebajikan hingga melebihi dosa-dosanya tidak mustahil bagi Allah menyembuhkan sakitnya sekalipun dia tidak mempunyai peluang cerah untuk kembali sembuh.Dengan syarat dia ikhlas semata-mata kerana Allah. Kepada pengamal perubatan, sentiasalah ingatkan pesakit dengan ingatan yang sebenar-benar kepada Allah. DIA menjadikan segalanya dan DIA jualah yang menyembuhkannya.

Wahai anak, sesungguhnya aku ingin mengajarkan kepadamu beberapa kata, jagalah Allah, pasti Dia akan menjagamu, jagalah Allah pasti kamu dapati Dia di hadapanmu (dengan pertolonganNya), kenallah Allah dalam kesenangan, pasti Dia akan mengenalimu dalam kesusahan. Ketahuilah bahawa kemenangan ada bersama kesabaran. (HR Tirmidzi)

Ada masanya, kita mengalami keletihan rasa penuh tak terdaya meneruskan perjalanan. Depan belakang kiri kanan semuanya menjanjikan jalan buntu. Cuma kita terlupa untuk memandang ke atas. Meminta kepadaNYA. Agar di bukakan jalan untuk menghadapinya

’Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh)’ (surah Al-Anam,6:59)

Labels:

Friday, March 23, 2007

Congrats Dearie Bro..

Since a long time, didn't see you
You know..
I had dreaming about you lately
Getting to know how is your life currently
What you doing in your free time..still teasing everyone
just you always do at home
Sometimes your serious face nicely
camouflage the real you..yourself
Well, family know everything about you.

My beloved brother
CongRATs from us for finally
you agree to have convocation's time
tomorrow at UTM
Sadly, I can't be by your side
screaming and acting like you're my sweetheart
as I always do...and they believed it.
However..it's true you are my sweetheart
with sour face..heh

Snap your pics
in every angle as much as you can
so I can appreciate your differences in inch
then I can upload one here
TO announce that this guy..is my TRULY SWEETHEART

I hope that the days come easy and the moments pass slow,
And each road leads you where you want to go,
And if you're faced with a choice, and you have to choose,
I hope you choose the one that means the most to you.
And if one door opens to another door closed,
I hope you keep on walkin' till you find the window,
If it's cold outside, show the world the warmth of your smile,
But more than anything,
more than anything,
My wish, for you,
is that this life becomes all that you want it to,
Your dreams stay big,
and your worries stay small,
You never need to carry more than you can hold,
And while you're out there getting where you're getting to,
I hope you know somebody loves you,
and wants the same things too,
Yeah, this, is my wish.
I hope you never look back,
but ya never forget,
All the ones who love you,
in the place you left,
I hope you always forgive,
and you never regret,
And you help somebody every chance you get,
Oh, you find God's grace,
in every mistake,
And you always give more than you take.
This is my wish
I hope you know somebody loves you
May all your dreams stay big

Labels:

Tindakan Israel menggali kawasan suci di Palestin dianggap perbuatan biadab mesti dihalang


SEJAK kelahiran Islam 1440 tahun yang lalu, Masjid al-Aqsa di bawah pemerintahan tiga kuasa agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Masjid al-Aqsa di bawah pemerintahan Islam selama 1200 tahun, Kristian (88 tahun) dan Yahudi (59 tahun).


Perlu dinyatakan di sini bahawa Masjid al-Aqsa pernah berada di bawah kuasa konspirasi antarabangsa moden (Inggeris dan sekutunya menerusi Perjanjian Balfour) dari 1917 hingga munculnya Israel pada 1948.


Kawasan Masjid al-Aqsa adalah satu-satunya negeri yang penyerahannya dilakukan oleh khalifah sendiri. Demi menghormati Masjid al-Aqsa dan permintaan penghuni Kristiannya, Khalifah Umar ibn al-Khattab meluangkan waktu dari Madinah pergi menuju Baitulmaqdis menerima kunci kota itu. Beliau turut membuat perjanjian bertulis disebut al-Ahdah al-Umariyah yang menyatakan bahawa orang Kristian mengamanahkan kepada Umar diri mereka, harta, gereja, keturunan, orang sakit, orang sihat dan semua kepercayaan mereka di sana, untuk dijaga dan dipelihara oleh pemerintahan Islam. Dari sinilah bermulanya pemerintahan Islam selama 1200 tahun hingga 1917.


Selepas 400 tahun pembukaan Masjid al-Aqsa oleh Umar, ia jatuh ke tangan pemerintahan Kristian. Ia ditakluki Raymond Tolouse, seorang keluarga diraja dari Toulouse, Perancis. Beliau memimpin tentera Salib menuju al-Quds. Jumlah mereka hanya sekitar 1,000 tentera berkuda dan 5,000 pasukan infantri. Pada 1099M, mereka berhasil memasuki Palestin dengan melalui Acre. Selepas itu mereka menduduki Ramleh, Lod dan Baitulaham. Pada 7 Jun 1099M, pengepungan wilayah al-Quds dimulakan. Iftikhar al-Dawlah adalah penguasa yang dilantik Kerajaan Fatimiyah di sana. Kota ini dikuasai pada 15 Julai 1099.


Tentera Salib terus menyerang umat Islam selama seminggu. Mereka berhasil membunuh lebih 70,000 muslim di dalam Masjid al-Aqsa, termasuk pemimpin, cendikiawan dan orang yang sedang beribadah. Malangnya, Kerajaan Fatimiyah dan Abbasiyyah tidak berbuat apa-apa untuk membantu, mereka hanya diam membisu melihat peristiwa ini. Al-Quds dikuasai oleh tentera Salib, Godfry Gouillon, yang dengan rendah hati menyebut dirinya dengan jolokan Pembela al-Quds.


Lapan puluh lapan tahun kemudian, iaitu pada 1187, Masjid al-Aqsa kembali ke tangan umat Islam di bawah pimpinan Salahuddin al-Ayyubi. Pada 20 September tahun itu, pengepungan ke atas kota al-Quds bermula. Di dalam kota ada seramai 60,000 pasukan Salib yang semuanya memutuskan untuk lebih baik mati daripada menyerahkan wilayah kota berkenaan. Pada masa pengepungan berlaku beberapa pertempuran. Pasukan Islam berusaha untuk merempuh masuk dan menyerang. Akhirnya, tentera Salib Eropah menuntut damai dengan meminta kota itu diserahkan kepada mereka dan apabila permintaan itu tidak dipenuhi mereka mengancam akan membunuh ribuan tawanan Muslim.


Mereka juga mengugut akan membunuh kaum wanita dan keturunan mereka yang Kristian, membakar dan menghancurkan seluruh harta benda, membunuh binatang ternak, merosak Masjid al-Aqsa dan Batu Shahrah, lalu mereka keluar untuk bertempur hingga ke titisan darah terakhir.


Salahuddin yang berbincang dengan sahabatnya kemudian bersetuju untuk berdamai. Lalu diberikan kepada mereka perdamaian. Akhirnya umat Islam mencapai kemenangan ke atas al-Quds pada 2 Oktober 1187M. Di sini nampak jiwa tolak ansur dan kasih sayang Salahuddin yang juga diakui oleh kebanyakan orang Kristian.


Begitulah akhirnya Baitulmaqdis kembali diperintah di bawah bendera Islam selepas 88 tahun dikuasai tentera Salib. Keagungan dan kemuliaan Masjid al-Aqsa dikembalikan, suara azan kembali berkumandang.


Pada 1948 pemerintahan baru menguasai Masjid al-Aqsa selepas tentera Yahudi menaklukinya. Ini diakui seorang wartawan Israel, Gad’on Levy, menerusi artikelnya di akhbar Israel Ha’aretz mendedahkan mengenai kejahatan dan penindasan terancang Israel terhadap tempat suci di Palestin. Dalam artikelnya itu, Levy menulis dengan berdirinya entiti Yahudi Israel di Palestin, mereka mula menodai nilai bangsa lain. Tidak kurang daripada 400 desa Palestin diporak-perandakan pada 1948. Padahal di desa berkenaan ada 400 masjid yang juga dihancurkan dan 400 gereja milik Kristian turut menjadi mangsa kekejaman Israel. Israel tidak meninggalkan jejak sejarah apapun di desa itu dan kubur yang ada didalamnya dibongkar manakala masjid, ada yang dihancurkan dan ada yang dikotori.


Hari ini selepas 59 tahun Masjid al-Aqsa dikuasai tentera Zionis Israel, rancangan tersembunyi dan jahat mereka ke atas Masjid al-Aqsa terdedah dan didedahkan lagi. Seperti dilaporkan awal minggu ini bahawa kegiatan menggali dekat Masjid al-Aqsa atas sebab mencari tinggalan sejarah Yahudi akan diteruskan oleh pihak berkuasa Israel, meskipun Israel menghentikan pembinaan satu laluan ke dalam Kota Lama yang menempatkan rumah ibadat berkenaan.


Walaupun pihak berkuasa Israel menolak kebimbangan al-Aqsa akan rosak termasuk Masjid Omar yang dikatakan dibina kononnya di atas bekas tapak kuil Yahudi purba, umat Islam masih meraguinya. Ketua Mahkamah Palestin, Syaikh Taisir Tamimi meminta kaum Muslimin tidak mudah terlena dengan janji Zionis yang akan menghentikan sementara penggalian di Maghariba, wilayah Masjid Al-Aqsa. Katanya, apa yang dilakukan Zionis Israel yang menghentikan penggalian di sekitar Masjid al-Aqsa itu mempunyai tujuan lain iaitu menghentikan reaksi kemarahan masyarakat dan kaum Muslimin yang sudah meluas ke seluruh sudut kota Palestin bahkan ke beberapa negara Arab dan Islam, serta mengundang tekanan antarabangsa terhadap penjajah Zionis sendiri.


Syaikh Tamimi dalam keterangannya yang disampaikan kepada Palestine Information Center menegaskan bahawa sehingga saat ini beberapa pertubuhan Zionisme ekstrim sesungguhnya masih tetap melanjutkan penggalian dan menghancurkan kawasan sekitar Masjid al-Aqsa, khususnya pintu Maghariba, secara diam-diam. Beliau meminta masyarakat antarabangsa terus menekan Zionis Israel supaya menghentikan kerja menghancurkan Masjid al-Aqsa.


Pakar Zionisme, Nawwaf al-Zuru dalam tulisannya menyatakan ada 10 fasa menghancurkan Masjid al-Aqsa. Israel tidak hanya pandai membuat teori menghancurkan Masjid al-Aqsa tetapi mereka sudah melakukan 10 fasa untuk merobohkan tempat suci umat Islam itu, kemudian dibangunkan haikal Sulaiman di atas puing-puingnya.


Fasa I: Dilakukan sejak 1967 hingga akhir 1968 dengan menggali terowong 70 meter di selatan Masjid al-Aqsa di belakang menara masjid.


Fasa II: Dilakukan dari 1969 hingga 1970 dengan menggali terowong 80 meter dari pagar Masjid al-Aqsa.


Fasa III: Dilakukan dari 1970 hingga 1973, Israel menggali terowong di bawah Mahkamah Syariah dan di bawah lima pintu masjid al-Aqsa, al-Musalsal, al-Muthahirah, al-Qatthanin, al-Hadid dan Alauddin al-Basyri di samping terowong yang ada di bawah empat masjid dan menara masjid Qaithabi dan Suuq Al-Qatthanin. Penggalian terowong dan aktifak Yahudi ini menyebabkan sebahagian daripada bangunan Mahkamah Syariah berubah menjadi gereja dan peninggalan bersejarah perjuangan suku Kurdi Islam dan sekolah Al-Jauhariah mengalami kerosakan.


Fasa IV-V: Dilakukan sejak 1973 hingga akhir 1975 dengan penggalian daerah bahagian belakang gerbang selatan sepanjang bahagian timur bawah Masjid al-Aqsa, pagar Masjid al-Aqsa bahagian timur sepanjang 80 meter juga mencakupi penggalian bahagian bawah Masjid al-Aqsa.


Fasa VI: Kegiatan dilakukan mulai 1975 dengan tujuan menghilangkan kubur Sahabat Nabi dan mendirikan beberapa tempat pelancongan nasional Israel di atasnya.


Fasa VII: Ini dilakukan sesuai dengan projek Dewan Kementerian Israel pada 1975 yang merampas infrastruktur milik Islam hingga pagar Al-Barraq (al-Mabkaa) dan diteruskan dengan penggalian di bawah bangunan Mahkamah Syariah dan perpustakaan Al-Khalidiah dan pojok Abu Madin al-Ghauts dan semuanya roboh, ditambah 35 rumah warga lainnya.


Fasa VIII: Fasa yang bermula daripada permulaan tahun 80-an dengan slogan mengungkap harta karun Kerajaan Israel ini adalah penggalian yang sangat berbahaya yang pernah di alami oleh Masjid al-Aqsa. Sebab banyak penggalian yang masih dilakukan secara sembunyi oleh Israel. Sebahagian penggalian ini diungkap oleh laporan kepala daerah Um Alfahm, Raid Shalah seperti Lembaga Al-Aqsa dan Jabatan Waqaf di Al-Quds. Pada saat itu sempat terjadi pertentangan antara Israel dengan jemaah. Di tengah-tengah pertentangan ini penggalian dilakukan di bawah Masjid al-Aqsa.


Fasa IX: Dilakukan pada 1981. Pembukaan terowong yang ditemukan Kolonel Inklizi Charles Warn dibuka dan kemudian ditutup semula. Terowong itu bermula di bahagian bawah pintu Al-Muthahharah antara pintu Al-Silsilah dan Al-Qathanin hingga ke pintu Magharibah dan ke bawah Masjid al-Aqsa. Israel mendakwa bahawa tembok yang terdapat di terowong adalah milik Haikal Sulaiman yang mereka sebut dengan terowong Hasyumunaim. Pada fasa ini dilakukan penggalian terowong di bawah bangunan Mahkamah Syariah pada 1987 dan di bawah sekolah Al-Tankiziah. Terowong dibina sehingga ke sebelah utara Masjid al-Aqsa. Akibat kegiatan penggalian ini sejumlah bangunan, sekolah dan bangunan kedai mengalami kerosakan malah ada yang roboh. Penggalian ini juga mengakibatkan gerbang utama Jabatan Waqaf, roboh.


Fasa X: Sebahagian terowong Hasyumunaim yang panjangnya kira-kira 250 meter dibuka selepas hari raya Pengampunan Yahudi pada Isnin 24 September 1999. Pengumuman pembukaan yang dihadiri oleh pejabat tinggi Israel ini menyebabkan perselisihan atau pertentangan antara Israel dan Palestin paling sengit berlaku di Masjid al-Aqsa. Pemerintah Israel tergesa-gesa menutupnya. Israel menggali terowong di bawah Masjid al-Aqsa sepanjang 400 meter dari kampung Barat Arab hingga di tapak tembok Al-Barraq di bahagian utara kampung Islami. Jika tindakan itu diteruskan, sewajarnya kita bimbang Masjid al-Aqsa, kiblat pertama kita dirobohkan? Jika berlaku, sewajarnya orang Kristian juga bimbang dan khuatir tempat suci mereka dirobohkan. Begitu juga, sewajarnya orang Yahudi juga bimbang dan khuatir apabila tempat suci mereka dirobohkannya walaupun Zionis mengatakan lain? Oleh Abdurrahaman Haqqi, Berita Minggu 18 Februari 2007
-------------------------------------------------------------
Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.(Al-An'aam:115)

Labels:

Thursday, March 22, 2007

To Be Or not To Be?

Currently, most of my YM friends quote this simple phrase 'to be or not to be...'
I just smile to myself, guessing if they know what the meaning of that word?
Really, when I just a little kid my family had frequent exposure to English letr. One of Literature is 'Hamlet'. Do you already read it?It quite interesting.

The hero, Halmet just utter this word- to be or not to be..which mean- to attemp suicide. So, don't use this words next2 time..Ok! Just say MasyaAllah, Allahu akbar, Alhamdulillah..that's better.

Labels:

Selamat Menempuh Imtihan...

Buat sahabat yang dirindui,
Tiba-tiba kenangan dahulu menyisip dalam ruang minda. Ada kerinduan cuma tak terluah, rindu untuk bertentang mata dengan kalian, menwarnai hari-hari dengan gelak tawa dan sedih bersama, berusaha dengan bersungguh-sungguh mengejar impian. Dikelilingi dengan biah sebegini, rasa tenang dan terjaga...

Hafizah dahulu tak sama Hafizah sekarang. Jauh berbeza. Namun, kalian tetap sama di hatinya. Jika dulu dia hanyalah introvet, sekarang dia sudah extrovet cuma dia lebih suka akan dirinya yang introvet seperti dulu. Duduk di dalam lingkungan insan yang membuatkannya cukup rasa selamat, dilindungi oleh sahabat yang peyayang. Tiga tahun bersama kalian, belum jua mematangkan diri ini biarpun kalian jauh terkehadapan~ilmu agama, adab pergaulan, ilmu kepimpinan. Diri ini, cuma mengejar ilmu duniawi lantaran mindanya hanya terfokus pada akademik semata.

Tamrin berkala, itu paling disukai..Kakak-kakak di sini matang mengemudi adik-adiknya yang mentah. Diasuh, dididik dan dinasihati kami seolah kamilah permata hati mereka. Marah mereka bukan menghukum tapi mengajar, belaian mereka bukan untuk memanjakan tetapi memujuk. Kami, sekarang jauh sekali untuk menjadi sebaik mereka. Apatah lagi mencontohi kepimpinan mereka..

Cita-cita sahabat lain berkitar menjadi sebagai pendidik yang bergelar ustazah, tetapi diri ini sahaja yang terlalu ambitious. Kadang-kadang, cemburu melihat sahabat lain yang sederhana tetapi merasa cukup bahagia. Kemudian, terfikir kembali; setiap sesuatu sudah Allah tetapkan..apa yang kita dapati itulah yang terbaik dari Allah kepada kita. Sepertimana sahabat gembira dengan cita-cita kalian begitu jualah diri ini turut bergembira.

Teringat kisah semasa tingkatan 2, kita bertungkus lumus mengergaji kayu, memateri LED pada papan litar, menanam dan mencipta taman mini. Ada yang terluka tangan, ter'burn' dan terkena cat termasuklah tudung. Lucu pula diingatkan kembali. Paling yang tak tahan, bila ada kolam mini salah seorang kita telah dikhianati~ada muslimin yang letak budu menggantikan air jernih. Apa lagi, habis satu group mengetawakan dirimu. Nasib baik, muslimin tak dapat dikenal pasti. barang kali dia pun akan digantikan budu dalam kolamnya.

Selepas tiga tahun, kita terpisah kerana impian dan tanggung jawab digalas. Sahabat, mendengar cerita kalian yang makin hebat di sekolah lama mengundang cemburu. Lantaran di tempat kelana baru, diriku tak punya siapa apatah insan yang memahami seperti kalian, menyokong dan mendorong.Tak pernah membiarkan diri ini rebah. Namun, itu sebahagian dari perjalanan jauh hidup ini. Jika sekarang ada sms dan emel, dulu surat dah telefon itulah penghubung kita.

Kemudian, hidup kita semua mencapah. Ada yang ke UIA,UM(API) dan UKM. Gembira melihat apa yang kalian impikan menjadi kenyataan. Inilah bakal-bakal ustazah yang ingin dilihat mewarnai kehidupan akan datang, menaikkan kembali nama sekolah kita dahulu. Kalian bertungkus lumus membantu adik-adik sedangkan diri ini tiada langsung kesempatan membantu. Sedih jua membaca tulisan di tetingkap YM dari seorang senior, namun ada kala memberi semangat untuk mencurah bakti. InsyaAllah, jika diperpanjangkan umur pasti ada ruang.

Buat sahabat semua, yang sedang menghadapi paper final di akhir sem ini; ma'an najah wat taufiq fi imtihan. Kalian lebih pandai berlughah Arab berbanding ana. Ketahuilah, diri ini sentiasa merindui kalian, sama-sama cubit mencubit, berbual semasa thobur, mengusik ustaz, ustazah dan sparing baca nota. SEMUA ITU KENANGAN..tetapi itu yang termanis.

To Nah(uia), Zaleha&Raja Hasmah(um) Selamat Menghabiskan Paper Final anda,jgn lupa belanja makan..makan nasi minyak huhu. InsyaAllah, akan aktif dalam X-SAS pasni itupun tgk time jgk=) Dsebabkan ada budak nasyid tuh, tbantut pulak niat nak nulih..ngeh3. Klu ada budak debate tuh, blh jgk=P

Labels:


Labels:

Monday, March 19, 2007

Bila Mak Call


'Truttt..truutt" tekan off.
Kemudian, ring tone hs berbunyi~ 'Rumahku'...sebenarnya bukan mak pun yang call, tapi anaknya miscall hantar signal call me back,ok.
Ana jarang buat tp akak and abang selalu pratice habit ni. Mak ayah pun dah masak dengan penjimatan kredit yang dilakukan. Tapi bil selalu maintain je, naik bila cuti sekolah and apa-apa aje cuti. Dalam family, nasib baik takde kaki gayut sbb semua ada bakat utk sound benda2 yang tak elok. Sound effect yang cukup menikam kalbu. Kesian seorg shbt, gara-gara mata-terus dia jadi takut, mata ana ni macam nak makan orang ke?Hehe..maaflah ye shbt.

Kesihatan ayah bertambah baik cuma ada sikit discomfort, doakan agar bertambah baik cuma sekrg tgh monitor diet harian. Ana jadi tukang membebel bila ayah sentuh makanan high fat,makan ubat tak ikut waktu=) Bebel tandanya sayang kan? Siapalah tak sayang mak ayah.
Macam biasa, call mesti ada tujuannya yang pertama: mak tolong beli buku maxillofacial, pathology.Kedua ;mak, fizah jd malas sekrg sedangkan nak exam khamis ni, takde semangat lah,letih.Ketiga; mak, nyamuk banyak kat bilik ni, aduh..tak larat nak fight ala ala ninja nih.
Dan..pastinya jawapan seorang emak akan menyelesaikan semua masalah di atas. Itu yang sukanya bila call mak. Jawapan akhir mak: ' Usaha, doa dan solat hajat tuh jangan lupa, bangun qiam, pastu makan vitamin.Mak selalu doakan, cumanya anaknya yang tak tahu'. Ana senyum.
Bagusnya ada mak yang selalu mengingatkan.

Ok, mak..sekarang anakmu ini bersedia untuk belajar dengan bersungguh(after tulih posting nih). BerUSAHA sekrg! Jom shbt semua.

p/s: jgn ada yang meleleh air mata pasni ye bila cite pasal mak..hehe.

Labels:

Sunday, March 18, 2007

Cawan, Penyangkut Baju dan Selimut


Assalamualaikum..sekali lagi.

Berapa kali agaknya kita semua bagi salam dalam sehari? Sama ada pada orang yang dikenali atau tak? Jawapannya ada dalam diri masing2. Mahal sangatkah salam kita atau takut orang tak jawab salam kita? Apapun, pastikan salam itu sesuai pada tempatnya.


Hee..orang sibuk nak exam,dia sibuk update blog! Takdelah,time senggang kita buat benda lain. Baca berjam2 belum tentu semua masuk kan? So study smart,kawan-kawan.Walaupun ana pun bukanlah orang bijak tapi sekurang2nya kita buat yang terbaik, bukan?


Antara banyak barang2 kat bilik ada 3 barang yang 'antik' dan 'klasik'. Jadi anak yang tengah dalam keluarga yang ramai sememangnya membuatkan kita akan mewarisi segala harta benda dari kakak dan abang teratas. Dan pasti ada muka-muka yang tak berpuas hati dengan tradisi sedemikian termasuklah tuan punya blog ini. Asyik2 kena guna barang lama, bila nak beli yang baru? Pulak tuh, apa2 pun kena kongsi berdua, kek belah dua,buah belah dua, air kongsi dua orang.Semuanya menggunakan kuasa bahagi dua. Akhirnya, sungguh mantap matematik sekolah rendah sebab setiap hari akan ada exposure math ni. Ingat sifir ayah= KBB(kecil ke besar kena bahagi),BKK(besar ke kecil kena kali). Banyak formula math dalam family, cuma takde sorang pun berkecenderungan ke arah math,add math or calculus except abang yang belajar.


Tapi bila difikirkan semula, banyak sebab kenapa mak ayah ajar sedemikian pada anak-anaknya eventhough kami ini dalam kategori 'mewah'. Bukan sekadar untuk berjimat cermat pada masa depan bahkan mengajar kami bahawa, kita bukan sahaja berkongsi benda tetapi belajar bagaimana untuk menjaga dan appreciate setiap benda yang diberikan. Itulah nilai sebenar kasih sayang, bagaimana kita menjaga hak milik bersama. Menghormati yang lebih tua dan menyayangi yang lebih muda. Berkorban sedikit untuk mendapat ganjaran yang besar.


Ayah pernah kata, bukan ayah tak mampu beli something tapi ayah tak mahu.Sebab ayah nak semua anak2nya merasai betapa susahnya nak mendapatkan sesuatu dan perlu untuk berusaha bukan hanya goyang kaki. Kalau kita tak pernah rasa susah, bagaimana mahu menghargai sesuatu benda. Orang dulu-dulu tak pandai tapi banyak pengalaman, tetapi orang sekarang banyak teori tapi takde pengalaman, ujar ayah lagi. Itulah kata-kata ayah, tiap kali sembang petang, malam, pagi di dapur, depan tv, dalam kereta. Itu tarbiyyah kami di rumah. Sembang ilmu.


3 benda di atas adalah warisan teratas. Sebagaimana diorang jaga, begitu jualah ana sedaya upaya menjaga.Sekarang hampir 4 tahun, dalam jagaan.Alhamdulillah, hayatnya masih panjang dan moga diperpanjangkan lagi. Terima kasih kakak kerana mewariskan cawan dan penyangkut baju, dan terima kasih abang kerana mewariskan selimut itu.

Labels:

Suddenly..

Assalamualaikum wbt,
Guess what?? Hadirah suddenly made up her mind to stay awhile at Kelantan. Huh, actually her mom just get sick and no one will looking for Hadirah so Hadirah need to be 'transfer' here. You know baby, how excited I am to hear that news! Eventhough, this 2 weeks ahead I will be sitting for exam in a row.

***Sweet little baby, wait for me to cuddle you, embrace you and mmmuah!

Labels:

Saturday, March 17, 2007

Warkah Sekeping Hati

Gembira atau sedih? Pasti semua memilih untuk gembira, tak siapa pun mahu kesedihan bertandang. Amat pelik jika ada yang lebih suka memilih kesedihan kerana kesedihan membuatkan hati kita retak, tak bermaya untuk terus hidup, mengalami kekacauan jiwa yang teramat. Namun, andaikata dilihat dengan positif pasti setiap kesedihan membawa suatu pengertian yang cukup besar.

SEDIH, DEKAT PADANYA

Tatkala kita dirundung kesedihan, tiada kawan untuk diluahkan pasti tercari-cari siapa yang sudi mendengarnya? Manusia, jarang yang memahami kalau ada pun pasti masih terasa beban di hati. Maka, tujukanlah diri dan hati yang dalam kesedihan kepadaNYA. DIA sedari awal mahu kita duduk mengadapnya dengan penuh kerendahan diri, meluahkan apa yang terbuku di hati, melepaskan bebanan yang dipikul dan mengadukan segala kekurangan dalam diri. DIA Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segalanya belum sempat kita mengajukan. Cuma, DIA selalu ingin melihat adakah manusia seperti kita ini akan kembali padaNYA mahupun tidak.

Remuk hati kita, Allah sentiasa hidangkan penawar. Penawar inilah yang paling mujarab dan berkesan mengubat sebuah kesedihan hati. Mintalah kepadaNYA nescaya DIA akan kabulkan kepada barangsiapa yang meminta. DIA tidak pernah meminggirkan hamba-hambaNYA biarpun hambaNYA sendiri sering jua lupa akanNYA. KasihNYA tak pernah luput, biarpun kita mengundang murkaNYA. Kerana DIA tahu, kita insan yang lemah.

Andai kita sungguh-sungguh mengadapnya pasti sekeping hati yang gundah dilanda kesedihan akan cepat-cepat terubat dan bangkit semula.Semuanya atas sebuah kepercayaan dan keyakinan bahawa Allah itu Maha Mengasihani dan Menyayangi hamba-hambaNYA. Makin dekat kita padaNYA, makin dekat jua DIA kepada kita.

O Allah ! We have wronged ourselves. If You forgive us not, and bestow not upon us Your Mercy, we shall certainly be of the losers.Surah Al-A’raf, verse 23.

Ya, Benar, aku akui, Allah sudah mencukupi buat aku. Keyakinan yang kuat, kebergantungan yang sepenuhnya, dan pengharapan yang mutlak telah aku serahkan kepadaMU, Ya Allah. Kerana Kau mengetahui segala-galanya.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, pemberian termanis dalam hati kami adalah harapan kepada-MU, perkataan yang paling nikmat dalam lidah kami adalah memuji-MU, waktu yang paling kami cintai adalah saat berjumpa dengan-MU.

Labels:

Munajat

Wahdi fi dhulmati layli
Fi wahshati darbi
Hammi yuthqiluni
Dhanbi yu’limuni
Alone, in the darkness of my night
In the loneliness of my path
My worries weigh me down
My sins pain me

Wahdi, ad’uka wa arju
Min dhanbi ashku
Mali siwak
Ana fi himak
Alone, I supplicate to You and I hope
From my sins I complain
I have no one but You
I am at Your door

Farham ‘abdan najak
Ya Allah, ya Allah
Anta alraja
Minka alhuda
Ya Allah, ya Allah
So forgive a servant who intimately calls You
O Allah, O Allah
You are all hope, From You is guidance
O Allah, O Allah

Rabbahu hudak
Ma ziltu asir
Wa’alal ‘isyan
Ma ‘udtu qadir
Fa’anir durubi
Waghfir dhunubi
Fa’anal faqir
O Allah give me your guidance
For I am still imprisoned
Of disobedience I am no longer capable
So illuminate my paths and forgive my sins
For I am poor and in need of You

Qad ‘adal qalbu
Fiddarbi yasir
Farihan mushtaqan
Lillahi yatir
Wa rajahu ridhaka
Yawma liqaka
Antal qadir
My heart has returned to walk on the path
Full of joy and longing, flying to God
And its only hope is gaining your pleasure
On the day of meeting You
You are the Omnipotent

Sami Yusuf : Munajat

Labels:

Hati Kita


HATI
---------
Diri manusia dapat dilihat secara maknawi dengan perilaku dan perangai seseorang. Dan seorang berperilaku, seorang berperangai, merupakan cerminan dari HATI-nya.

Sehingga untuk mengenal diri kita, kita harus memulainya dengan mengenal Hati kita sendiri.

Hati itu terdapat 2 jenis :
1. Hati Jasmaniyah
Hati jenis ini bentuknya seperti buah strawberi. Haiwan memilikinya, bahkan orang yang telah matipun memilikinya.

2. Hati Ruhaniyyah
Hati jenis inilah yang merasa, mengerti, dan mengetahui. Disebut pula hati latifah (yang halus) atau hati robbaniyyah.

Dalam kajian kita, yang dituju dengan kata HATI atau Qalb adalah hati jenis 2, hati Ruhaniyyah.

Kerana Hati inilah yang merupakan tempatnya Iman :

"... Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu ..." (QS. 49:7)

"...kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu, ...". (QS. 49:14)

"...Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka ..." (QS. 58:22)

Bahkan lebih dari itu, dalam sebuah hadits Qudsi dikatakan :
"...Tidak akan cukup untuk-Ku bumi dan langit-Ku tetapi yang cukup bagi-Ku hanyalah hati (qalb) hamba-Ku yang mukmin".

Labels:


Tuesday, March 13, 2007

Achievement!


Gosh, mom and dad already disappear from Kelantan. Both, perfecto traveller!But since dad is not really healthy yet I doubt he will experiencing pain while driving. Thank goodness now mom is able to drive AUTO since she always resist of doing so..preferable the manual ones.


Step into new posting which require us to fulfil at least 15 extraction and so on. Currently enjoy this posting because I already extracted 5 teeth..hoho. Just take an hour to complete it but then it only extraction,nothing much to do beside that. Yesterday, patient age 17 years old, completed chemo for NPC. Just staring at him, make me remember my lil' brother.Sympathy enveloped me. Betapa Allah uji dia dgn ujian yang berat tetapi dia mampu laluinya.Sedangkan kalau Allah uji aku, belum tentu aku setabah dia yang kecil. Anyway, different people face different obstacles. Doesn't mean, if you want to be somebody else then your life could be just perfect as him or her.Deep down you don't know, what he/she had to go thru? So, just BE YOU not anyone else!


I'm trying to be as gentle as possible, talk in low pitch and good manner. You don't want patient lose their respect towards you so gain their confidence. Being practice in that way, I sometimes talk in the same pitching to my collegeous soon I have to repeat what I've said. I know, quite annoying sometimes. Life just like that. All the oral surgeon are very nice and love to teach~but I don't think I will end up like them.But who's know, what Allah already decide upon us. Whatever, HE knows the best for us.


"To laugh often and much; to win the respect of intelligent people and the affection of children; to earn the appreciation of honest critics and endure the betrayal of false friends; to appreciate beauty, to find the best in others; to leave the world a bit better, whether by a healthy child, a garden patch or a redeemed social condition; to know even one life has breathed easier because you have lived. This is to be succeeded."
- Ralph Waldo Emerson

Labels:

Monday, March 12, 2007


Thursday, March 08, 2007



This flower for You!

I know how you hate so much,when I'm mention your name,stories and anything about you. You better to be unknown,unfamous, low profile..but if not you?Then, whom should I write about? Haha..Pips don't get mad with me! Achik Pips,dok lawo kalu maghoh2~said Hadirah. Forgot to say: I LOVE YOU SO MUCH, but I love money than you.Eh, silap ambik motto hang=P





After that, my 'abang'.Heh, lately he got more attached with us by sms and phone call.We all know how bored you are without us! Since he always message me with 'tazkirah'~Is abang Udin already changed? We'll see. Ok,dude congRATS for your convo after several time delayed.But I can't rejoice the moment with you. Just pray for you(^_^). Miss U a lot,mmuahh.




Want to improve your relationships? See love as a verb, rather than as a feeling. ~Stephen R.Covey

So, love your family before they start to disappear from your vision....

Labels:




" Orang yang arif sentiasa tersenyum simpul dan bermuka jernih.


Bagaimanapun, dia tidak akan gembira selagi


dia tidak beroleh kebenaran yang dicarinya "- Ibnu Sina-




Wednesday, March 07, 2007

Indahnya Ayat Suci

Rasulullah s.a.w pernah didatangi seorang lelaki yang amat memusuhi Islam dan mencabar Baginda dengan berkata : "Wahai Muhammad,bacakanlah al Quran untukku"

Rasulullah bersikap tenang menerima cemuhan itu.Lantas Baginda membaca sepotong ayat al Quran dari Surah An Nahl:90 yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah memerintahkan berlaku adil,melakukan kebajikan, pemurah terhadap kerabat,melarang berbuat keji dan mungkar serta penindasan.Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pengajaran"

Belum sempat Rasulullah menghabiskan bacaan, lelaki itu meminta Baginda mengulang semula bacaan tersebut.Dia kagum dengan keindahan lafaz dan kesucian maknanya.Hatinya tersentuh tiba-tiba.Selesai Rasulullah membaca ayat tersebut, lelaki itu berkata, 'Demi Allah, sesungguhnya padanya ada kemanisan , padanya ada kecemerlangan dan bahawa di bawahnya muncullah daun, dan dia atasnya muncullah buah.Itu bukan ucapan seorang manusia'

Lelaki iu adalah al Walid bin Mughirah,yang kemudiannya menjadi antara sahabat Rasulullah yang terkemuka.

Labels:

Monday, March 05, 2007

Just The Way I Am...


Uh..tengah jejalan tetiba ternampak benda ni.Nampak serius,tapi lastly nak tergelak jugak. Apa-ap jelah orang yang buat sign board nih.Tapi logik kan? Sedangkan lipas pun concern pasal diri sendiri apatah lagi manusia yang pandai berfikir tapi masih tak sedar-sedarkan diri BAHAYA MEROKOK!
Mak call, ada sesuatu yang menyedihkan tapi tak mengapalah.Fizah doa banyak-banyak ye.Moga semua bertambah baik. Takut? Sedih? Sudah rojak barangkali perasaan anak mak ini. InsyaAllah, kalau sempat Fizah balik petang Khamis after klinik. Ya Allah, Kau berkatilah keluarga kami...Bila dihadapkan perkara sebegini, dah tak tahu ke mana minda berada.
"Semoga kau merasai kemanisan,meskipun hidup serba kepahitan
Semoga kau redha meskipun manusia murka
Semoga antara aku dan Kau ada pemakmurnya
Meski antara aku dan dunia ada pemusnah
Jika benar kasih terhadapMU,segalanya mudah
Semua yang berada di atas tanah akan kembali ke tanah"

Labels:

Sunday, March 04, 2007

Tired of Counting

204, 205 and 206....uh,tired of counting? Same goes to me. I'm tired of counting the days that the Friday will approach. I just want to end up at home.After few weeks struggling and facing the problems.Anyway, what will come soon it doesn't matter. At least, I'm deceiving to give assurance to myself.

Yesterday was our PSG Bowling Tourment held at KB Mall. Reluctant, deprieved of sleep, feelingless emotion..all jumble up.But again I just do it for the sake of my reponsibility, and foremost Allah. And I learnt something new,not on how to strike or what...maybe let it be a secret between me and Allah.Hehe..

Then the evening, had to attend another liqa'. Huh, everything not turned up as being planned..penganjur hilang entah ke mana.Nasib baik takde depan mata, kalau tak dah kena sebutir dua paku buah keras ana. Oklah, forgiven. Tak naklah gaduh2, nanti tak berabis pulak fight kan? Lgpun buang masa je gaduh dgn ana...ana jugak yg menang kan..kan(ngeh3x , terover confident pulak) Tak baik tuh, astagfirullah maafkan hambaMU ini.

Balik rumah, of course.Beside you get enough sleep, for sure lah tak payah dah nak layan2 arahan dlm sms, emel sbb duk kat rumah handset letak dlm almari so takde sound2. Makan pun lebih teratur and berbual dgn mak ayah cukup menenangkan hati..instead I always give opinion and advices, now they told me what to do and don't. Still, I'm depending on them.

Motivation? Uh no! I never liked or love or fond or whatever lah to that words.Not because I'm so selfish..but in the al Quran and hadith are my motivation. Books of motivation, talks on motivation and etc make me boring to death.hihi. So sorry for being too honest.

Labels:

Friday, March 02, 2007