Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, December 30, 2006

Selamat Hari Raya Haji...

Assalamualaikum wbt,
Esok seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Qurban, pelik juga kat Mekah dah beraya semalam and supposedly hari ni kat Malaysia dah raya. Itulah kalau tak mahu belajar pasal ilmu falak~nak tentukan rukyah pun tak tau. Semalam ayah beria-ia pasang lagu raya, apa-apa jelah ayah. Hari ni tak terpuasa sebabnya semua bangun lambat, ayah pergi ambik adik yang baru sampai kat KB pukul 2 pagi, abang baru sampai pukul 11 pagi ni. Berkaca mata baru lagi~cap Banting kot sebelum berlepas ke Labuan awal Januari 2007 ni. Hmm..rindu lagi nampaknya. Absence make heart grow fonder..heh! Akak 2nd n husband pun baru je sampai.

Dapur menjadi tempat 'miting' terpenting kami; pagi ni makan sandwich n bihun je. Then, gi shopping. Fuh, Kelantan mmg sentiasa sesak bila nak beraya.Pemandangan yang biasa dapat dilihat. Ana n akak,Pips jalan ikut mak..macam anak-anak itik je. Tukang membawa barang, memilih dan membeli sekaligus merangkap membelanjakan duit mak. Suddenly, terserempak dgn sahabat sekolah lama yg tgh ngaji kat UM duk pilih cincin dgn maknya plus bakal zaujnya.*wink2. Tersengih2. So ana menunggu kad wangi drnya. (me? enjoy being single and learning,practicing~huhu)Next, jalan lagi...beli air nescafe...seperti yg dijangka~perut sakit memulas.Uh, ana 'alergik' dgn cafein tapi sj je nk try2. Ternampak baju baby, teringat baby Hadirah.Oh Hadirah,achik Fizah rindu sama kamu!

Sesampai kt rumah, akak tgh memasak sambil husbandnyer mengarah itu ini. Inilah 1st time tengok isteri diajar memasak oleh suami. Kantoi hang.Tapi oklah, tgh berdikit2 bljr masakan Kedah. Pips..belajar2 lah ye. Jangan tau masak sardin, potato je=) Kuang2x.
Best2 sgt, bila semua ahli gathering bersama. Rumah jadi ceria tak sesuram sebelum ini. Lgpun abang ipar jenis byk bertanya..tapi satu je soalan yg selalu dia tanya pd ana "tengah memasak ke?" Macam biasa, ana n siblings lain suka kelentong dia. Tak taulah nape, Allah kurniakan abang2 ipar yg jenis penyabar n baik2 kat rumah ni. Alhamdulillah, sabar je diorang dgn kerenah 3/4 kami nih.Teruskan bersabar deh!Nak buat mcmana, tanpa trio kami..hilanglah seri rumah cikgu Meor plus Ustazah Hasnah. Jiran sebelah pun dah masak dgn ragam kami.

Ok, nak nolong mak masak kek masam manis! Nanti ana ceritakan sama ada menjadi ke tak.InsyaALLAH bley la. Dlm bgembira jangan lupa umat Islam yang dalam kesusahan di Palestin, Iraq, Lubnan, Afghanistan dan lain-lain.Moga Allah melindungi kita semua dan umat Islam yang ditindas, berikanlah kemenangan untuk kami menegakkan syiar Islam di dunia ini.Moga Islam kan terus cemerlang.

p/s: sebelum ana akhiri posting kali nih, ada satu soalan. Adakah malaikat beragama Islam ? Ok, selamat bertanya kpd yang lebih mengetahui.
Selamat hari Raya utk kak waniey&a.hamid, kak jie, a.udin,fifah, fahmi n aisyah. Tq mak ayah byk ngajar kami pasal haji, qurban n erti pgorbanan pada kami.Ya Allah, rahmatilah kami, redhailah perjalanan hidup kami.

Friday, December 29, 2006

I'm Blogger


SELAMAT HARI RAYA QURBAN untuk semua...Qurban berasal dr perkataan..qaraba= dekat,Bermaksud kita menjauhkan dari sesuatu untuk mendekatkan diri pada ALLAH S.W.T. Hayatilah makna pengorbanan (tadhiyah) dalam kehidupan seharian..kerana dunia bukan sahaja ada bahagia.

Buat tatapan sahabat g5 kolej matrikulasi melaka...gambar ni, family sebelah lelaki yang bagi kat mak masa dtg ziarah.Hehe, maklumlah..ana kan sahabat baik kak nor plus keluarga kami dah lama kenal bridegroom even sebelum kenal kak nor lagi. Cute kan kak nor???

Wednesday, December 27, 2006

Selamat Datang Kehidupan Ku


Seminggu berlalu, seperti minggu terdahulu. Jumlahnya bersamaan dengan kosong.Kenapa ye? Oh ya,ana terlupa mengisi dengan rasa kecintaan padaNYA, kurang mengingatiNya dan tak pernah membetulkan sahabat yang tersalah. Melainkan ana jua turut membuat kesalahan yang sama.Astaghfirullah, maafkan hamba Mu ini ya Allah.

'Demi malam apabila menutupi (cahaya siang) dan siang apabila yang benderang, dan penciptaan laki-laki dan perempuan, sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza' (Al Lail:1-4)

Maka, apa yang perlu ana janjikan pada kehidupan 'baru' ana? Semuanya ana tekadkan dalam hati; bila ditegur terimalah seadanya.Bila dimarahi, cubalah untuk berubah.Bila tak puas hati, sedarlah bahawa ada lagi insan lain serba kekurangan. Alangkah indahnya kalau kita semua sebegitu rupa. Merasa cukup dengan apa yang ada.

Hati ini kembali menangis seperti hujan-hujan yang turun tanpa lelah membasahi bumi dengan penuh tawadhuk dan taat pada Tuhannya..tanpa jemu sekalipun. Indahnya andai ana adalah setitik hujan yang mampu menyejukkan mata hati yang memandang.

Monday, December 25, 2006

Ilmuwan yang Sebenar..Andakah Itu?

Orang yang lupa menyebut dan mengingati Allah dan tidak mahu sesuatu yang lain daripada kehidupan di dunia sahaja adalah merupakan contoh dari kehidupan sebahagian besar 'orang terpelajar', kaum intelektual, cerdik cendikiawan zaman sekarang. Mereka tidak tahu dan taidak ingin tahu, selain dari masalah-masalah lahiriah yang terpampang di hadapan mata kasar mereka sahaja.Yang dapat mereka percayai ialah fakta-fakta dan realiti yang lahir sahaja.Mereka tidak mahu percaya bila diterangkanmengenai tafsiran umum terhadap kehidupan dan jiwa,dan juga bila dibincangkan masalah konsep dan akidah, mereka akan menutup telinga dan menganggap remeh. Ilmu daripada orang alim dan cerdik pandai sebegini bukanlah termasuk ilmu yang dipuji Allah S.W.T di dalam firmanNYA

" Katakanlah, Adakah sama orang-orang yang mengetahui?" seperti yang difahamkan oleh orang-orang yang dangkal pengertiannya mengenai tujuan ayat ini, lalu diambilnya ayat ini menjadi hujah mereka.

Sebenarnya pertanyaan Allah S.W.T di dalam ayat tadi telah terjawab dengan ayat sebelumnya: " (Apakah kamu orang musyrik yang beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang dia takut akan (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah orang yang menerima pelajaran" (Az Zumar: 9)

Orang yang bangun beribadat di tengah malam, hamba Allah yang patuh, yang sanggup menumpukan segenap perhatian dan mengerah tenaga,menyerahkan jiwa raga, di tengah malam buta;orang yang sanggup mencampak selimut ditengah kesejukan malam,sanggup membuka mata di tengah bunyi dengkur, untuk menengadah ke langit, memohon setitik air rahmat dan pengampunan dari Tuhannya, sambil berlinang air matanya mengenang bahana azab hari akhirat, suaranya mendayu-dayu mengharapkan rahmat Ilahi orang yang berilmu yang mempunyai sifat inilah sebenarnya orang yang berilmu dan orang terpelajar. Ilmu yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah ilmu yang boleh memandu ke jalan Allah, kepada berbakti dan bertaqwa bukan ilmu yang merosakkan fitrah dan mengingkari Tuhan.

dipetik dr Ma'alim ala Thariq.

Selamat Tinggal Friendster..


Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah akhirnya Allah telah memberikanku kekuatan, ketahanan hati untuk menjauhkan diri dari perkara-perkara yang ku kira tak tahu apa batasannya. Apapun , ruang untuk berdakwah tak pernah berkurang dan lenyap selagi mana qiamat masih belum tiba. Apa jua persoalan sahabat mengapa diri ini bertindak sedemikian, tepuk dada tanyalah iman.Open mind..

"Mereka hanya mengetahui yang lahir (sahaja) dari kehidupan dunia, sedang mereka tentang(kehidupan) akhirat adalah lalai " Ar Rum:7

p/s: Gambar di atas di'curik' dr my beloved bro. Sori yup,bro!

Thursday, December 21, 2006

Otakku Berfikir Lagi


Assalamualaikum semua sahabat sahabiah sekalian. Moga umur kalian yang bertambah sehari ini mampu dimanfaatkan sepenuhnya dan tak tergolong dalam golongan yang sentiasa kerugian. Biarpun sedikit yang dilakukan lebih baik daripada tidak membuat apa-apa kan? Umpama pepatah orang putih 'Better late than never' manakala pepatah ana 'Better EARLY than late'.
Mulut2 kita sering membaca Surah Al Asr tapi ramai mana yang mahu dan mampu beramal dengannya. Jangan menjadikan kita sering ditunggu orang~ kelak kita pulak menunggu.

Di kampus, macam2 jenis orang boleh kita jumpa. Terutamanya late comers ni. Erm, tak segan kan mereka kepada guru-guru @ Dr dan rakan yang lain? Sebenarnya ini pun salah satu tanda lemah iman. Mahu datang awal atau lambat semuanya atas kita. Nafsu suruh datang lambat, maka lambatlah kita. Dulu-dulu, ana memang punctual orangnya kerana dilatih demikian hatta kalau ayah datang lambat sedikit ana akan menangis tak kiralah depan orang ke then merajuk tetapi setelah mengalami beberapa siri menjadi 'penunggu orang'..ana pulak yang sengaja melewatkan. 'Ah, takpelah.Datang awal pun, kena tunggu jgk.Baiklah kita ditunggu' .Oh, begitulah mentaliti ana bila berada di dunia kampus. Akhirnya bila dimuhasabahkan, KENAPA ana nak ikut orang? Kita nak jadi mukmin yang baik atau lebih kurang sama dengan orang2 biasa di luar? Tak mengapalah menunggu, sekurang-kurangnya nanti di akhirat kelak Allah takkan tanya 'Wahai Siti Hafizah, mengapa kamu sengaja melewatkan2 kehadiran ke majlis sekian2..?'

Apa ana mahu jawab? Mahu menipu? Of course takde chance. Akhirnya terhukumlah ana disebabkan perkara yang ana fikir remeh temeh sewaktu di dunia. Sedangkan dalam mizan Allah sedikit pun tak terlepas. Hatta sebiji zarah atom.

" Wahai orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan. Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"
Surah As Soff: 2-3.

Monday, December 18, 2006

Eight months Nur Hadirah Kamilia Mohd Azlan

"Maaflah hanset saya nih,talinya panjang.No wonder selalu berbelit"
"
"Sejak saya menggunakan minyak XXX, pemanduan kereta makin lancar.Tapi atuk lah yg bawak"
"You are under arrest!Caught while playing with grand ma hairband"
'Saya setuju tuh dgn pandangan cik Fifah tu tapi...'
'Ello, want one bottle of milk like me?'
'Please, jangan ganggu saya masa minum susu.Susah tau nak dapat feeling'

Sunday, December 17, 2006

Kulat oh Kulat Sayang



Friday, 15 December .5.00 pm

Man proposed,God disposed. That what we facing everyday. Eventhough we planned meticulosly..Allah knows what the best for us. As what we planned early..being cancelled without any hesistation. I picked up my handbag, umbrella headed to go home. Alhamdulillah, everything went smoothly, the taxi picked me up after 5 minutes waiting. By 6.15 here I am-at home. Father and mother went out leaving Hadirah and my 2 other sister..one of them;slept. When I opened the door, Hadirah's crying hit me to the middle ear(haha..bluffing). I cannot stand her cries soon...I picked her up and investigate( not CSI) what caused her to cry. Every tears dropped by...so touching.Oh! you already damped the pampers baby. Let us change it for you,baby. Then, she looked at me with the forehead frowned.."huh, baby.Remember me? Your most beloved auntie!"

We had so much fun being together..strolling around, when I ate..you also ate. Bread, ice cream, orange, soup..Your incisor tooth already erupted but just a single tooth.OH, baby what happened to another tooth.You like to bite my ring finger, smile to show your crowning tooth, jump on my lap, and try to grab my spec and necklace..oh baby. If I had holiday for sure..my time is only dedicated for baby sitting. No more books and no more friends..no more handphone(really?we'll see)

I postponed my come back to hostel until Sunday morning because of you.

Sunday,17 December :630 am

After perfomed Subuh prayer, you already woke up. Playing in the dark with your grandma. As I touched you..the warmness seep thru the vein. You're having cold. My mother told me the same thing.Including this, it almost 3 times Hadirah passed the bowel output. I asked mother if Hadirah ate the banana? And positively YES. Although, banana is good because contain more potassium~the advantages goes to those who suffer for fainting, electrolyte imbalance only.Not for the baby, infant.The banana can cause diarhea for baby sometimes.
Lesson no 1.Take note.

I ask mother to take Hadirah for medical check up after father drove me back to USMKK. Doctor diagnosed Hadirah for having diarhea because of false-eating. So Hadirah, no more bread, ice cream, soup..only your milk, nestum and teething biscuit. And your beloved aunt no longer at home nursing you.Maybe next hari raya haji. Your great grandma is going to have 'qurban' this year..the big, happening one.Hope you will be here also.Miss you,baby @ kulat.

Friday, December 15, 2006

Ana al- Muslim

Ana al-Muslim
Hukumku hidayah Kitab Allah
Pimpinan petunjukku Muhammad Rasulullah
Rumahku seruan Islam yang pasti juga panggilan Allah
Keluargaku ummah Islam
Merekalah kumpulanku dan kumpulan Allah
Bekalanku bersumberkan tauhid
dan kegembiraanku dari pakaian taqwa
dari Allah
Ana al-Muslim
Jantungku sentiasa berdegup
dengan cinta kepada Allah
Ucapanku dan amalanku
kusertakan dengan zikir kepada Allah
Maka bermula ia dengan
Bismillah dan ditutup dengan
Hamdillah
Keprihatinan dalam hidupku adalah
pedoman bagi agama Allah
Maka tiadalah hidupku kecuali
kerana Allah
mautku jua di jalan Allah
Ana al-Muslim
Tidakku berpaling dan tidak jua ku berdusta
kepada Rabbku
Jiwaku perkasa lagi bermaruah
tidak jua memburu
kecuali kerana Allah
Hati yang ikhlas dan sejahtera
tidak terpesona dengan cinta manusia
Titisan air mata di tikar solat
umpama singa segagah kilat
di medan perang
Sungguh negeriku kan tegak jua
Kehinaan umatku sudah
tak tertahan di sukma
Ana al-Muslim
Adil dan pemurah jadi hiasanku
Cekap umpama pemimpin
yang menyiarkannya keadilan, amalan soleh
Ku seru seluruh manusia
kepada kebaikan pemusnah lara
Sanubariku penuh ihsan
bukan untuk penindas yang zalim
Ucapanku kalimah yang bersinar
Amalku tikaman yang tepat
Dakulah syihab yang menyambar
Dakulah cahayanya,Dakulah apinya!

Qanaah

Iman, kesederhanaan dan qanaah adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan.Seseorang yang beriman, tercermin dari kesederhanaan hidupnya dan kesederhanaan itu tercermin dari sifatnya yang qanaah.Qanaah adalah suatu sikap yang menerima ketentuan Allah dengan sabar,dan menarik diri dari kecintaan pada dunia.

"Kekayaan yang sejati adalah kekayaan iman,yang tercermin dalam sifat qanaah"

Rasulullah s.a.w bersabda :" Qanaah adalah harta yang tidak hilang dan tabungan yang tidak akan lenyap".

Qanaah, tak bererti kita tidak berusaha lantas menyerah bulat-bulat pada takdir. Islam mengajar kita agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu matlamat setelah itu serahkan pada Allah untuk menentukan bagaimana natijahnya.

Sama ada seseorang berjaya mencapai kejayaan atau terhindar dari sesuatu yang tidak diharapkan ternyata amat bergantung kepada sunnatullah dan inayatullah.

Thursday, December 14, 2006

Menangislah Dibahuku


Kau datang padaku seperti biasa
Kusambut bahagia dengan tangan terbuka
Kau balas dengan senyum seadanya
Kutahu ada sesuatu yang berbeza

Kau hanya diam seribu bahasa
Hanya matamu yang cuba berbicara
Bahwa saat ini hatimu terluka
Kau tahu ku ada di sini untukmu

Mencuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata
Hingga kau pun tak kuasa, berderailah air mata
Dalam pelukku kau curahkan semua

Menangislah …
Kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
Lalu untuk apa air mata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia
Menangislah …Di bahuku kau berikanku kepercayaan
Bahwa laramu adalah haru birukuKerna aku adalah sahabatmu
Menangislah … (dibahuku ku disini untukmu)
Menangislah … (dibahuku kerna ku sahabatmu)

..far east...
p/s: gambr di atas diambil dr blog sape ntah..lupa.Hrp halalkan.

Wednesday, December 13, 2006

WANTED!!
If you see this guy hanging around or talking to thephone or reading a book or buying something..please..please and please wish him "Happy Birthday" today. You will be rewarded with 'syukran jazilan' wish after that.Haha..
He ask me if I will give my stethoscope as a present
I said "no'ah, eventhough I'm a dentist..I want to keep one for myself and family"
Maybe I'll buy you something special..rock CDs?(not good), books(i know you suffer a lot),t-shirt(uh,you too fussy), oh..I know something~let it remain secret.
Trutt..trut."Assalamualaikum ,tgh watpe tu?" ."Waalaikumussalam, hehe tgh beriadah ni baru habis kuliah tadi." ."Huh, just wanna wish.Happy Birthday,guy!.Saje je buat2 lupa.Dah celebrate ke? Makan kat kfc or McD?"."Semalam dah makan telur n kari"."Ha..tak bestnye!". "Taklah semalam semua pakat baling telur kat fahmi"."Haha..gotcha!Takpe2.Bila balik?"."Hari Raya Haji ni kot"."Oklah wait n see what I will buy for you.May Allah blessing with U and result dah keluar ke?". "Supposedly, minggu ni tapi tunda minggu depan"."Ok, CU.Assalamualaikum, jgn lupa study". ...here it is a conversation btwn me and the birthday guy.Keep up the good job,talent,attitude and so on. Happy Besday for everyone.

P/s: To Pips; Cheq tak main la..sms ni.Call je trus,kaya kan? Huh, since when you stole my eragon ha?K, sok gi kenduri rmah k.sima..nak join ke?After clinic..Hadirah, is coming back home.

Hanya Segelas Susu

Suatu hari, seorang anak lelaki miskin yang hidup dari menjual asongan dari pintu ke pintu, memeriksa bahawa dalam poketnya hanya ada beberapa sen sahaja sedangkan ia sangat lapar.

Anak lelaki tersebut memutuskan untuk meminta makanan dari rumah berikutnya. Akan tetapi anak itu hilang keberanian saat seorang wanita muda membuka pintu rumah.Anak itu tidak jadi meminta makanan, hanya meminta segelas air.

Wanita muda tersebut melihat, dan terfikir bahawa anak lelaki itu pastinya lapar, oleh kerana itu ia membawa segelas besar susu.

Anak lelaki itu meminum dengan lambat, dan kemudian ia bertanya: "berapa harus saya bayar untuk segelas besar susu itu?" Wanita itu menjawab "Kamu tidak perlu membayar apapun.Ibu mengajar kami agar tidak menerima bayaran untuk kebaikan".

Anak lelaki itu kemudiannya menghabiskan susunya dan berkata " Dari dalam hatiku aku berterima kasih pada anda"

Bertahun-tahun kemudian,wanita muda tersebut mengalami penyakit yang kritikal.Para doktor di kota itu tidak sanggup lagi merawatnya. Mereka akhirnya mengirimkan ke kota besar, di mana terdapat doktor pakar yang mampu merawat penyakit serius itu.

Dr Ahmad dipanggil dipanggil untuk melakukan pemeriksaan.Pada saat ia mendengar nama kota asal wanita tersebut, terbit pancaran kegembiraan di matanya. Dr Ahmad segera bangkit dan bergegas turun melalui wad hospital menuju bilik wanita itu.Dengan jubah kedoktoran (white coat) ia menemui wanita itu.

Ia langsung mengenali wanita itu dengan hanya sekali pandang.Kemudian kembali ke ruang pejabatnya dan memutuskan untuk bersungguh-sungguh untuk membantu wanita itu. Mulai hari itu, ia selalu memberikan perhatian khusus pada kes wanita itu.

Setelah melalui perjuangan yang panjang, akhirnya diperolehi kemenangan ..wanita itu Alhamdulillah sembuh! Dr Ahmad meminta bahagian kewangan hospital untuk mengirimkan seluruh bil rawatan kepadanya untuk persetujuan. Dr Ahmad melihatnya, dan menuliskan sesuatu pada bil itu dan kemudiannya mengirimkan ke bilik pesakit.

Wanita itu takut untuk membuka bil tersebut. Ia sangat yakin bahawa ia tidak mampu membayar kos tersebut walaupun secara ansuran seumur hidupnya.Akhirnya ia memberanikan diri untuk membacanya ,dan ada sesuatu yang menarik perhatiannya pada kertas itu. Ia membaca tulisan yang berbunyi .."Telah dibayar selesai dengan SEGELAS BESAR SUSU" tertanda Dr Ahmad Ismail.

Air mata kebahagiaan membanjiri matanya. Ia berdoa;

"Ya ALLAH,terima kasih bahawa cintaMU telah memenuhi seluruh bumi melalui hati dan tangan manusia"

Monday, December 11, 2006

....

Alhamdulillah, Allah bagi juga peluang untuk kami bertiga (ana, Farida,Amnah) memenuhi undangan majlis kesyukuran shbt. Biarpun hampir saja berkeputusan membatalkan kerana klinik habis lewat petang dan ana hanya dapat buat 1 unit primary impression setelah 'bergaduh' dengan Dr..(huhu, Dr banyak ketawakan kami). Hadiah belum berbalut, takpelah sambil on the way balutlah nanti.

Jalan ke Tumpat memang selalu jammed especially time org balik office. Perjalanan yang sepatutnya setengah jam, dah jadik sejam. Tapi syukur sampai jugak ke destinasi yang dituju.Banyak benda yang diborakkan, lama tak jumpa dan yang bestnya kamilah antara orang terawal dapat tengok gambar pengantin yang dah siap dicuci petangnya. Besh3 gitu..haha rupanya sahabatku ini pandai jugak berposing! Tetiba keluarlah zaujnya..ust su. Oklah, muka tetap sama dari sekolah rendah until sekarang, duduk depan kitaorg. Saje temuramah ckit~"yang ni dah kenal dah, selalu datang rumah masa kecik dulu" ujar ust. su .Uh, kata kat ana lah tu. Ingatkan nak jgk usik+buli dia tp masa tak cukup .Perut minta diisi. Takpe2, lelain kali.Soalan cepu mas untuk abang ana dari ust su "Dah kawin ke?".

Banyak benefit datang lewat, pengantin layan kita pulak. Istimewa kan gitu? (bukan nak ambik berkat pung, berkat kat tempat belajar lg afdal). Next, kat Pasir Puteh..ana hantar wakil mak ayah lah pulak ke rumah.

Saturday, December 09, 2006

Bila Hujan..


Hujan yang turun ibarat rahmatNya yang turun meliputi seluruh alam. Ada orang suka hujan sebab nak tidur, petani gembira kerana tanaman dapat diairi dan bakal tumbuh, dan tak kurang ada yang tak habis-habis merungut kerana HUJAN.

Hari ini, kaki ini terpaksa pulang ke hostelnya bukan dihantar ayah seperti biasa tetapi menaiki teksi. Suatu yang amat malas untuk dilakukan, maklumlah dah jadi spoiled brat! Best juga naik teksi, dapat jumpa berbagai-bagai ragam pemandunya. Dan sememangnya, jadi rutin untuk diinterview and so on. Tambah lagi, bila diorg tahu destination kita~HUSM. Tingginya expectation diorg pada doktor.Tapi, apa yang ada pada Dr? Tersenyum kdg2 sbb t.Guru selalu sebut psl Dr, and kebetulan ana baru perasan ada satu jalan kat KB : Jalan Doktor. "Assalamualaikum dukturah" ucapan biasa di tingkap YM. Kadang membanggakan ,tetapi kadang merimaskan jugak.Apa-apa jelah.

Kali ni, pakcik teksi bercakap pasal CINTA and seorg penumpang lagi adalah S'porean. Banyak pakcik bagi nasihat melalui pengalaman. Hehe, apalah budak kecik macam ana nih dapat? Mostly pendapat pakcik tuh, ana sokong. Pandangannya adalah pandangan seorang ayah yang kasihkan anak-anaknya, tak mahu ada yang rosak. Masa muda adalah masa paling tepat untuk menimba ilmu dan pengalaman. Buat apa nak bazirkan masa dengan benda yang tak bermanfaat. Apa guna dapat duit banyak, hidup senang lenang tapi tiada ILMU. Orang pun tak respect kan?

"Orang Kelantan nih, sekalipun miskin tapi kalau nak buat rumah..tapak dah ada.Tak payah2 nak susah" kata pak cik lagi. "Tanah pakcik tuh, semuanya pakcik dah taruh siap2 untuk anak-anak esok2". Respect ana pada pakcik nih, dia tak fikir diri sendiri tapi anak-anak. "Hati anak-anak nih masa kecik boleh lah kita pegang tapi bila dah besar-besar, orang lain pulak yang pegang" antara quote pakcik teksi. Mak ayah tak pernah menyatakan apa yang mereka mahu dari kita kecuali nak anak2 dia belajar, berjaya, bekerja dan hidup bahagia. Kita sebagai anak, hargailah peluang dan berusaha bersungguh merealisasikannya.

Pernah juga terfikir, jika ana perlu membuat keputusan antara mak ayah dan sesuatu. Mana satu akan ana pilih? Ana pilih apa yang Allah suka! Bukankah keredhaan ibu bapa itu adalah keredhaan Allah !That's right
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SAHABAT TERCINTA
Alhamdulilah, akhirnya kalian disatukan di bawah rahmatNYA yang tak terhingga.Buat sahabatku Nor Farhani Ismail yang telah selamat diijabkabulkan semalam, Jumaat pukul 10 pagi (maaflah masa tuh tgh dengar ceramah t.G) moga kehidupanmu beserta zauj diiringi kebaikan dunia dan akhirat.
Baru semalam sempat call, alahai sedih ada gembira ada. Kini status dah berubah. Soalan cepu emas dari ana untuknya, dijawab dengan gelak tawa kami. Entah bila lagi dapat berjumpa dan berkongsi segala cerita suka duka. Well, kami yang berstatus tak kawin lg nih~terlalu banyak lagi benda yang nak di'achieve dan dibuat. Enjoy masa muda untuk beramal, bergerak kerja, berkhidmat and so on.Penuhkan requirement untuk ke SYURGA.

Thursday, December 07, 2006

it's You!Nice pics

Tuesday, December 05, 2006

Chocolate Oh Chocolate

Whenever I'm feeling down, the stressor keep coming, the burden were too heavy to lift up..2 things I will do. First is to eat chocolate and second writing. The habits were nurtured since I was at matriculation college, the farhtest place I had to go for studying. Being far away from home, being homesick were enough to cause me to cry..huhu not matured enough. If I encountered any of these factors, automatically I headed to co-op seeking for chocolates. Unconciously, I can eat up all bars of chocolate at one moment and continued next time. So that's why at my cupboard is a must to have at least one pack of chocolate. And mum already noticed my habit so when we go shopping, mum always ask "Tak nak beli coklat ke?" or if I ask her to buy food she will enclosed with ~chocolate-based foods. Mum knows me better.TQ mak!

There are so many rumours,myths and facts about chocolate. But they didn't kill my apetite to enjoy the chocolate. Chocolate doesn't harm your health but help to keep us healthy. Black chocolate is more healthier than white ones. So, enjoy your chocolate.

Hmm, where's my journal ?After year 3 I stopped writing journal..my very own journal. Being different from diary..my journal just written on some of my point of view what happened to my life. Why this things turned up like that,what can be done and what to do. If I'm sad, happy or whatever-lah I just love to write poems on it. Other than that, I will read books...the reality ones, journals, Newsweek, Time, Reader Digest not to include the academics. Some people just love to read novels..fancy2 things, fairy tales-like. You dreaming at first ,read until the last chapter suddenly-pfoof.You had to step on reality once again. Hello, welcome to reality.So ineviatable!

Here's the song entitled :SURIRAM always sing by my sis to Hadirah as a lullaby song(after selawat)...sometimes enjoy to sing it to Hadirah 'secretly'

Suriram suriram ram ram
Suriram yang manis
Aduhai anakku sayang
Suriram jantung hatiku
Tinggilah tinggi si matahari
Suriram
Anak kerbau mati tertambat
Suriram
Sudahlah lama ibu mencari, sayang
Baru sekarang ibu mendapat
Suriram suriram ram ram
....

Monday, December 04, 2006

PUTUS cinta KERANA CINTA

"Sejauh mana seseorang kenal ALLAH, sejauh itulah cintanya kepada ALLAH"
CINTA ALLAH lebih besar.Jika ada manusia sanggup meninggalkan ibu ayah kerana menuruti apa yang ia sukai.Tinggalkan rumah,, harta dan anak-anak malah menukar agamanya kerana cintanya. Dan tidak terlalu aneh jika dibandingkan dengan generasi para sahabat terdahulu sanggup meninggalkan ibu bapa, agama nenek moyang, pangkat, hartamalaj nyawa mereka sendiri kerana CINTA Allah.
CINTA Allah lebih mewajarkan manusia berpisah daripada sesiapa sahaja atau apa sahaja untuk mendapatkannya. Kenal Allah ertinya merasakan keindahanNYA, kebesaranNYA, kegagahan NYA, kasih sayangNYA dan semua sifatNYA. Seolah tak terasa hebatnya dunia serta isinya.Dalam hatinya, hanya ada CINTA nan AGUNG. Yang sentiasa menyala dalam hati serta menenggelamkan cinta yang lain.
Ketika Abu Hurairah hampir menemui ajalnya, mulutnya mengukir senyum dengan wajah berseri-seri.Bila ditanya kenapa ?Dia menjawab ' Bukankah kematian akan menemukan aku dengan Allah dan Rasulullah yang paling aku cintai'
Alangkah anehnya sifat kekasih Allah, mati bagi mereka bererti bertemu bukan berpisah.' Bukankah mati syarat menemui kebahagiaan'.Maka selayaknya HATI INI diberikan pada Yang Tinggi Darjatnya~ yakni Allah.
Maka, sudah bersedia untuk putus cinta kerana CINTA!
~tc
Ya Allah
Lembutkanlah hati ini
Lunakkanlah hati ini
dengan ujian tarbiyah dariMU
Agar hati ini sentiasa merasa
betapa dekatnya ia padaMU
betapa Engkau menjaganya
Ya Allah
Andai Kau meredhai
perjalanan hamba-hambaMU
maka jadikanlah aku ini
salah seorang antara mereka
kerana aku tak punya apa-apa
tak punya siapa-siapa
Keranaku hanya punya
bekalan teramat sedikit
Mengharap belas kasihan dariMU

Sunday, December 03, 2006

Kisah si Bulat

Hari ini si Bulat amat gembira hatinya, ayah dengan senang hati memberi peluang padanya untuk memandu kereta matrix biru ke Kota Bharu sambil singgah sebentar mengambil kakaknya di hostel yang mahu balik ke rumah. Disebabkan keesokannya si Bulat perlu kembali ke kolejnya maka beberapa keperluan yang ingin dibelinya. Dengan berhati-hati dia memandu kereta cuma kadang-kadang dia menekan brek dengan tergesa-gesa menyebabkan kakaknya yang duduk di belakang terhantuk kepala pada kerusi di hadapan beberapa kali.Mujurlah kakaknya itu seorang yang penyabar lantas didiamkan saja kesakitan yang minor itu.Di dalam kereta, perbualan rancak antara ayah, ibu dan kakaknya adalah rutin. Jarang benar kereta mahu sunyi dari celoteh manusia di dalamnya. Si Bulat masih menumpukan konsentrasi pemanduannya, mahu jadi yang berhemah katanya sekalipun terganggu dengan cakap-cakap orang di dalam kereta.

Tempat membeli belah sudah kelihatan. Si Bulat tak habis-habis tersenyum kerana dia tahu ibunya akan membiayai segala ongkos perbelanjaannya itu. Namun..sreett..tiba-tiba kejadian yang tak diingini berlaku. Si Bulat tanpa sengaja melanggar bahagian tepi sebuah kereta kancil. Muka si Bulat menjadi pucat, inilah kali pertama dia membuat kesilapan sejak mendapat lesen awal tahun ini. Itulah akibatnya, tak mahu mendengar arahan dari ayahnya yang sedari tadi memerhati pemanduannya.Nasi telah menjadi bubur. Kesian si Bulat, dimarahi oleh ayah dan ibunya.Moodnya yang baik sedikit bertukar. Mujurlah, kakaknya memahami lantas dipujuk adiknya yang satu itu. Tak mengapalah, anggaplah ia sebahagian dari pelajaran dan pengajaran agar lebih berhati-hati. Lain kali, dengarlah cakap orang yang lebih tua. Em, takpelah lupakan. Nanti takde hati pulak nak beli barang. Kakaknya cuba menceriakan hati si Bulat yang seketika dirudung kesedihan.

Si Bulat dan ayah menuju ke men's departmnt manakala kakaknya beserta ibu ke bahagian pinggan mangkuk maklumlah sekarang musim orang kahwin. Mujurlah hujung tahun ini tiada ahli keluarga si Bulat yang mendirikan baitul muslim.Jika ada pasti mencatat sejarah 2 perkahwinan dalam masa setahun.Pokailah gaji ayah dan ibu si Bulat, namun rezeki yang ada sudah melebihi.Maka duit yang selebihnya, digunakan untuk membeli tanah~jutawan tanah lah ni. Hampir sejam berputar-putar namun tiada juga pilihan si Bulat kerana saiz seluar panjang tiadalah yang bersesuaian. Harapkan tuannya yang tinggi lebih 175 cm ++ tapi kurus melidi. Maka, kakaknya menolong si Bulat mencari..adapun tak berjumpa.Eh, susah sungguh nak cari pakaian budak lelaki nih.Tengok tuh, ayah pulak yang dapat beli baju, rungut kakaknya.

Akhirnya, pencarian berakhir di samping si Bulat membeli t-shirt berkolar berwarna biru muda.Masakan tidak, selalu berbaju hitam, gelap dan suram maka kali ini dia terpaksa memilih warna selain hitam.Si Bulat akur...alhamdulillah. MISSION ACCOMPLISHED..uh, mcm main game pulak.

P/s: Adapun cerita di atas ada kaitan dengan penulis. Dan bukanlah rekaan semata-mata tapi kisah benar. Si Bulat adalah adik lelaki kesayangan penulis , 'Kakak' ..ana lah tuh. Sepetang bersama adikku ini.Moral of the story, membeli belah dgn budak lelaki nih..kadang-kdg cerewet dan memeningkan tapi taklah secerewet bdk2 perempuan( ana beli apa yang ana nak je, tak lebih2 sbb nak saving utk buku n makann. Simple N easy). Orang yang mbazir itu kawan syaitan. So jgn ikut syaitan nanti anda pun akan jadi syaitan=). Apapun, best jln2 dgn family.Tempat plg selamat ana ialah bersama keluarga, home sweet home. Jauh mana anda merantau pasti anda akan merindui tempat asal anda. Tempat jatuh lagikan dikenang.
If I could catch a rainbow
I would do it just for you,
And share with you its beauty
On the days you're feeling blue

If I could build a mountain
You could call your very own,
A place to find serenity,
A place to be alone

If I could take your troubles
I would toss them in the sea,
But all these things I'm finding
Are impossible for me

I cannot build a mountain,
Or catch a rainbow fair,
But let me be what I know best,
A friend who's always there

~Kahlil Gibran

The way to love anything is to realize that it might be lost.- G. K. Chesterton -