Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Monday, August 30, 2010

Catatan Sang Perindu

...(diam)..
Banyak sangat benda nak ditulis akhirnya satu pun tak tertulis.

Alhamdulillah, 10 Ramadhan terakhir sudah menjengah. Ada rasa gembira, dan ada juga rasa sedih. Kenapa? Tepuk dada, tanyalah iman kita. InsyaAllah, moga ada sisi-sisi dan sudut yang mampu membuatkan kita mencapai redhaNYA.Amen.

Minggu ini. Minggu saya bakal melihat orang lain sibuk packing dan dalam mood pulang berhari raya. . Mengenangkan saat pertama kali berhari raya di perantauan dahulu memang satu pengalaman paling berharga buat kami ketika itu. Sungguhpun dewasa, air mata jua peneman penghibur, hanya telefon untuk berhubung. Tiada tangan mak ayah untuk dicium, tiada suara gelak tawa dan usikan adik beradik serta saudara. Tapi masih ada jiran-jiran yang baik hatinya, yang teramat mengalu-alukan kehadiran kami semua. Terima kasih atas kenangan itu. Moga Allah dapat memberi balasan yang sebaiknya.

Sungguh, aturan Allah itu terlalu bermakna. Menjadikan kita lebih menghargai apa yang ada.

Tengah bersemangat nak hias klinik untuk berada dalam keadaan mood berhari raya. Hmm..menambahkan 'warna' pada yang sedia ada. Esok, Merdeka~ mencintai watan itu pun sebahagian daripada iman. ..tiba-tiba teringat pada bumi Palestin. Lihat dan hayatilah Jejak Rasul padanya ada sejuta pengajaran buat kita. Tak sabar menunggu saat di mana umat Islam kembali menguasai Masjidil Aqsa sepenuhnya, dan tiba-tiba rasa rindu untuk bertemu denganNYA dan Rasulullah....ada air mata tertumpah akhirnya.

Ya Allah, sungguh aku rindukan Mu....

Mari Gosok Gigi

Apa maksud bersiwak?

As-Siwak bermaksud membersih atau menggosok gigi. Perkataan ini adakalanya ditujukan kepada alat yang digunakan untuk menggosok gigi iaitu kayu sugi. Menurut istilah ulamak, bersiwak bermaksud; menggunakan kayu sugi atau seumpamanya pada gigi untuk menghilangkan kesan kuning (tahi gigi) atau sebagainya dari gigi. Kelebihan bersiwak ini disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya; “Bersiwak itu menyucikan mulut dan menyebabkan keredhaan tuhan dan mendatangkan kebencian kepada syaitan”.[1]

Bilakah waktu disunatkan bersiwak?

Bersiwak sunat dilakukan pada bila-bila masa dan lebih disunatkan lagi pada lima ketika di bawah;
a) Ketika hendak mengerjakan solat
b) Ketika hendak mengambil wudhuk
c) Ketika hendak membaca al-Quran
d) Ketika bangun dari tidur
e) Ketika berubah bau mulut kerana memakan makanan yang berbau kuat, kerana diam yang lama dan selepas bercakap panjang.

Namun demikian, dimakruhkan bersiwak bagi orang yang berpuasa apabila telah tergelincir matahari dari tengah langit kerana ia boleh menghilangkan kelebihan bau mulut orang berpuasa yang disebutkan oleh Nabi s.a.w. dalam hadisnya; “Demi Tuhan yang diri Muhammad berada di tanganNya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat dari bau kasturi”.[2]

Apakah alat untuk bersiwak?

Terhasil sunat bersiwak dengan menggunakan apa sahaja benda yang dapat menghilangkan tahi gigi dan bau mulut termasuklah menggunakan perca kain yang kesat atau seumpamanya. Namun di sunatkan bersiwak menggunakan kayu-kayu yang harum seperti kayu Arak (أراك) atau sebagainya. Adapun dengan jari-jari, tidak terhasil sunat mengikut pandangan yang terpilih dalam mazhab Syafi’ie kerana ia tidak dinamakan bersiwak.

Disunatkan kayu siwak bersaiz sederhana, tidak terlalu keras hingga boleh menyebab luka (pada gusi) dan tidak pula terlalu lembut hingga tidak dapat menghilangkan kekotoran pada gigi.

Disunatkan bersiwak dimulai dari sebelah kanan mulutnya. Begitu juga, disunatkan amalan bersiwak diajarkan kepada kanak-kanak untuk membiasakannya dengan sunnah Nabi s.a.w. ini.

Apakah doa ketika bersiwak?

Menurut Imam ar-Ruyani (w. 501H); sebahagian ulamak mazhab Syafi’ie mensunatkan membaca doa ketika mula bersiwak dengan doa berikut;

اَللَّهُمَّ بَيِّضْ بِهِ أَسْنَاْنِيْ وَشُدَّ بِهِ لِثَاْتِي، وَثَبِّتْ بِهِ لَهَاتِيْ، وَبَاْرِكْ لِيْ فِيْهِ يَاْ أَرْحَمَ الرَّاْحِمِيْنَ
“Wahai Tuhanku! Putihkanlah dengannya gigi-gigiku. Kukuhkanlah dengannya gusi-gusiku, tetapkanlah dengannya anak lidah/anak tekakku. Dan berkatilah untukku padanya. Wahai Tuhan yang paling pengasih”.

Menurut Imam Nawawi, doa ini sekali pun tidak datang dari Nabi s.a.w. tetapi harus diamalkan kerana ia adalah doa yang baik.[3]

[1] Riwayat Imam an-Nasai.
[2] Riwayat Imam Ahmad, Muslim dan an-Nasai dari Abu Hurairah r.a. dan Abu Sa’id r.a./al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 1923, soheh.
[3] Al-Majmu’, 1/350


sumber : klik di sini

Thursday, August 26, 2010

Days Of Life

Ui..comelnya. Macam nangka kena bungkus. Tapi yang ini, lagi wangi!
Alhamdulillah Afiq now 22 days of life. Healthy infant on fully breastfeeding.

Huk alo lah..'jughuh' nampaknya. InsyaAllah seorang lagi anak soleh.
Tengah asyik membaca tengah hari tadi, tiba-tiba satu-satunya 'abang' saya di Sarawak call. Mimpi apa pun saya musykil. Hoho..dekat suku jam juga ralit berbual, saya kenakan dia pastu dia kenakan saya balik.
'Siti, you tak tipu kan nak kawin. I already receive the card'
'Oh My Goodness, takkanlah I (sy ke yang buat?hehe) nak buat kad tipu bagi kat you. Of course lah, nak kawin'
'Waa.. I hardly believe it'
'Why, isn't its you who bet that I'm going to be a mother someday when we'll met?' ngee
'Haiya, susah mau percaya ini..'
....lucu betul layan apek nih sorang. Ada ke patut, dia pulak minta gift dari saya. Oklah, I'll gift you the doorgift but in return you have to give me a BIG wedding prezzie..(plus expensive too). Longing to see him with her daughter Melissa, to have a little sister-brother chit chatting~macam adik manja pulak saya nih. Isk..isk. Dah janji, kalau dia masuk Islam satu hari nanti InsyaAllah, saya suruh dia letak nama Wahab~ yang memberi. Kenapa? Oh ada cerita di sebaliknya.
Sikit masa lagi, dapatlah dia make a million from his private clinic. Beria-ia suruh saya buka private. Maklumlah sedia jadi sifu. Saya nak sambung belajar, jadi pakar baru channel down nak ikut path mana satu. InsyaAllah.
Me: suddenly, speaking Manglish. Oh no, need to brush up the skill. Suddenly, miss home (T_T)

Tujuh Kayu Pengukur

Jawab Ibnu Abbas ada tujuh kayu ukur atau petunjuk kebahagiaan dunia iaitu:

1- Hati yang selalu bersyukur -
Memiliki jiwa yang menerima seadanya tanpa angan-angan kosong tidak berpijak di alam nyata, tidak ada tekanan. Inilah nikmat bagi hati yang selalu bersyukur. Seorang yang pandai bersyukur sangat memahami sifat Allah SWT. Apa saja diberikan Allah kepadanya, ia terasa sungguh terhutang budi, berterima kasih, terpesona dengan pemberian dan keputusan Allah. Apabila berhadapan kesulitan, terus mengingati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jika kita sedang susah perhatikanlah orang yang lebih susah daripada kita. Apabila diberi kemudahan, ia bersyukur dengan menggandakan amal ibadahnya, kemudian Allah akan mengujinya dengan kemudahan lebih besar lagi. Bila ia tetap istiqamah dengan terus bersyukur, maka Allah akan mengujinya lagi dengan kemudahan yang lebih besar lagi."

2- Pasangan hidup yang salih
- Pasangan hidup yang salih akan menciptakan suasana rumah dan keluarga harmoni serta aman damai. Berbahagialah menjadi seorang isteri kepada suami yang salih dan berusaha membawa isteri serta anak mencari keredaan Allah. Demikian pula seorang isteri yang salih, akan memiliki kesabaran dan keikhlasan luar biasa dalam melayani suaminya. Maka berbahagialah menjadi seorang suami yang memiliki isteri salih.

3- Anak yang salih
- Satu ketika Rasulullah SAW sedang bertawaf bertemu dengan seorang pemuda yang melecet bahunya. Selepas selesai tawaf Rasulullah SAW bertanya kepada pemuda itu: "Kenapa bahumu itu? Jawab pemuda itu: Ya Rasulullah, saya dari Yaman, saya mempunyai seorang ibu yang sudah uzur. Saya sangat mencintai dia dan saya tidak pernah melepaskan dia. Saya melepaskan ibu saya hanya ketika buang hajat, solat, atau berehat. Selain itu selalu mendukungnya (dibahu). Lalu anak muda itu bertanya: Ya Rasulullah, apakah aku sudah termasuk ke dalam orang yang sudah berbakti kepada orang tua? Nabi SAW sambil memeluk anak muda itu dan mengatakan: Sungguh Allah reda kepadamu, kamu anak salih, anak yang berbakti. Tetapi anakku ketahuilah, kamu tidak akan mampu membalas cinta orang tuamu."

4-Lingkungan kondusif untuk iman kita
- Yang dimaksudkan lingkungan yang kondusif ialah suasana keliling dan sahabat rapat memberi nilai tambah terhadap keimanan kita. Rasulullah SAW menganjurkan kita selalu bergaul dengan orang salih yang mengajak kepada kebaikan dan mengingatkan kita apabila berbuat salah. Orang salih adalah orang yang bahagia kerana nikmat iman dan Islam selalu terpancar pada cahaya wajahnya. Insya-Allah cahaya itu akan ikut menyinari orang di sekitarnya.

5-Harta yang halal
- Riwayat Imam Muslim dalam bab sedekah, Rasulullah SAW pernah bertemu dengan seorang sahabat yang berdoa mengangkat tangan. "Kamu berdoa sudah bagus," kata Nabi SAW, Namun sayang makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggalnya didapatkan secara haram, bagaimana doamu akan dikabulkan." Berbahagialah menjadi orang yang hartanya halal kerana doanya sangat mudah dikabulkan Allah. Harta yang halal juga akan menjauhkan syaitan dari hatinya, maka hatinya semakin bersih, suci dan kukuh hingga memberi ketenangan dalam hidupnya.

6-Semangat untuk memahami agama -
Allah menjanjikan nikmat bagi umat-Nya yang menuntut ilmu, semakin ia belajar semakin cinta ia kepada agamanya, semakin tinggi cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya. Cinta inilah yang akan memberi cahaya bagi hatinya.

7- Umur yang berkat
- Umur yang berkat ertinya umur yang semakin tua semakin salih, setiap detik diisi dengan amal ibadah. Seseorang yang mengisi hidupnya untuk kebahagiaan dunia semata, maka hari tuanya akan diisi dengan banyak bernostalgia mengenai masa mudanya. Orang yang mengisi umurnya dengan banyak mempersiapkan diri untuk akhirat (melalui amal ibadah), maka semakin tua semakin rindu ia untuk bertemu dengan Penciptanya. Tidak ada rasa takut meninggalkan dunia ini, bahkan ia penuh harap untuk segera berasakan keindahan alam kehidupan berikutnya seperti dijanjikan Allah.

p/s: sama-sama ambil 'pembaris' dan ukur. InsyaAllah

Wednesday, August 25, 2010

Time and Tide

Alhamdulillah Allah memperpanjangkan umur kita untuk sampai ke hari 15 Ramadhan. Terasa nikmatNYA menyelubungi. Saat dan masa paling sesuai untuk menata hati.

' Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya nescaya ia memotong kamu'

Merenung firman Allah S.W.T:

' Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran' ( Al Asr: 1-3)

Barangkali kita tak merasa pun 'dipotong' oleh masa kerana asyik dengan hal-hal sekeliling yang tak berkesudahan. Bila habis kerja, rehat-rehat dan lakukan rutin seharian kemudian esok tiba. Memang benarlah, amat rugi orang yang hidupnya lebih banyak menghabiskan masa memikirkan tentang dirinya sendiri berbanding orang lain.

'Wahai orang yang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh urusan harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNYA). Dan ingatlah sesiapa yang yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi .
(Al Munafiqun : 9)

Ikut tips ini ; seperti yang Rasulullah s.a.w lakukan.

Baginda membahagikan kepada 4 bahagian:
1) Waktu untuk bermunajat kepada Allah
2) Waktu untuk bermuhasabah
3) Waktu untuk berfikir kekuasaan dan ciptaan Allah
4) Waktu untuk memenuhi keperluan hidup~

Belum terlambat, koreksi diri dan perbaiki kepincangan yang ada. Jika kita sedar ada ketempangan pada diri, maknanya Allah mahukan kebaikan untuk diri kita dengan menyedarkan kita.

Berfikirlah positif, kerana berfikiran positif pra syarat utama capai kecemerlangan. Allahu Akbar!

Dan bila saya dilanda masalah, ada benda yang menyebabkan cas positif menjadi negatif; apa yang saya buat ?~ ketawa sorang-sorang bila teringatkan perkara bodoh/tak masuk akal pernah saya buat~ buat orang lain ketawa~ tulis sepanjang-panjangnya cerita/poem pastu delete bila dah positif~~last sekali, layan tidooo... (oh, of course 1st thing ingat Allah ye). Hait..biasa dia!Huuu..

p/s: moga hari-hari mendatang Ramadhan akan bawa lebih kebaikan dan ketekunan beribadah padaNYA. Yang kurang sebelumnya, sebagai kayu pengukur. InsyaAllah.

Tuesday, August 24, 2010

Phew~ Untitled~

'Aiya cik Siti, nape tak mangun sahur? Sudah masuk Subuh, pun tak mangun-mangun?'
"Aiya encik Apek, macam mana mau mangun..jam sudah kunci tapi saya tutup balik"

*lepas nih, sila lompat-lompat ! Huhu. Harunya.

Dalam sahur ada keberkatannya, tapi saya tak dapat. Sebab, ingat nak tidur lagi 5 minit! Serve me right lah kan. Harapnya, untuk petang ada lagi tenaga berbaki agar dapatlah saya angkat handpiece untuk buat filling.InsyaAllah.

'Malasnya nak bangun masak-masak untuk sahur nanti!' mengeluh.
Mak dah geleng kepala. Anak ku ini..isk..isk.
"Bila kita sayang kat family kita, apapun kita sanggup berkorban" ujar mak.
Oic, macam tu ek? Bagus-bagus. Pasni berkorban apa sahaja, motto hidup. Tapi saya jenis, prepare siap-siap makanan sebelum tidur so bangun nanti just reheat. Mudah kan.

Tengah bagi markah preliminary untuk SKT staf. Who did good job, maintain good attitude and had creativity in works deserve nothing but the best. Bila kira-kira, macam kedekut pun ada saya nih. Maklumlah susah nak fulfil my expectation. Bak kata mak, saya ni perfectionist.

'Saya kan ikut mak, yang perfectionist!' hihi.
Perlu sikap ni, supaya meticulous dalam bab kerja. Tapi tak semua tempatlah, ada tempat saya jadi clumsy, pakai bantai saja, main redah dan paling best spontaneous. Tak perlu bound to rules and regulations. Footloose and fancy free.

Lagi 14 hari nak balik rumah. Terasa lambatnya. Nak rasa masakan mak dan ahli-ahli rumah yang lain. Nak berkumpul ramai-ramai, menghabiskan masa di dapur, nak ....tido. Eh!

Saturday, August 21, 2010

'Orang muslim adalah orang yang jika orang muslim lainnya tidak terganggu oleh lisan dan tangannya. Sedangkan orang mukmin adalah orang yang membuat orang lain merasa aman terhadap darah dan hartanya' (Al Hadith)

Semakin banyak anda mengingat Allah, fikiran anda semakin terbuka,anda semakin tenteram, jiwa anda semakin bahagia dan nurani anda semakin damai. Ini kerana dalam mengingati Allah terkandung nilai-nilai tawakkal kepadaNYA, keyakinan penuh kepadaNYA, kebergantungan diri hanya kepadaNYA, kepasrahan, berbaik sangka dan pengharapan kebahagiaan dari NYA.

(BT)...

Blissful

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi!

Awal pagi dah letak pic makanan?
Cobaan..

'Bila hang balik?'
"8 hb insyaAllah, nape?"
'Ada masa lah utk buli hang' bestnya ayat cik Pips nih. Kita tunggu shj, sempat ke tak nak buat BBQ before raya. Harus rumah jadi tunggang langgang dengan Aqil, Afiq dan ibuuu...

Alhamdulillah, nasib baik ada yang bercuti 1 week before raya. Boleh lah hulurkan bantuan, ringankan beban. Terpaksa. Kerja di klinik, nak serah pada siapa? Saya pun berat hati nak menyusahkan yang lain, tapi yang kerja-kerja yang penting sudah dibereskan tinggal yang minor sahaja. Moga Allah mempermudahkan semuanya. Amen.

Minggu penuh Cobaan.

Hari Khamis : tertinggal hp di klinik. Tak caknanya saya. Akibatnya, tawakkal shj di rumah.
Hari Jumaat : blackout sepanjang sahur dan waktu nak solat Subuh. Nasib baik, ada torchlight. Haru rasanya sebelah tangan suap nasi, sebelah lagi pegang torchlight suluh nasi dan lauk.Pengalaman jugak nih. Tambah pulak dengan hujan ribut. Nasib baiklah, mak ayah ajar saya jadi berani...alhamdulillah. Sungguhpun takut, mohon sj perlindungan dariNYA.

Sekarang, tak tahu nak buat apa. Tunggu cerah sikit, basuh baju, jemur baju, sapu lantai...then zzzz..Ciao. Selamat menjalani ibadah puasa dengan lebih tekun di semester kedua Ramadhan!

p/s: enjoy the 'singlehood' while being able to do so .hahaha...erks! Bestnya, pasar malam Putrajaya, pasar minggu Kuala Besut..(^_*)

Tuesday, August 17, 2010

Mari Berfikir


Patient tak kunjung tiba....
Padam nama saya di belakang? Maka ayah dah ber'title' kan seorang doktor. Proud to be his daughter though he's not the real doctor. Tapi ayah adalah 'doktor' pada anak-anaknya. Alhamdulillah.
Sedikit pun mak dan ayah tak pernah kurang dalam mendidik, memberi nafkah makan pakai serta tempat tinggal, bahkan mengajar adab-adab seorang muslim, anak, jiran dan ahli masyarakat. Cuma, yang tempang dan kurang adabnya adalah akibat dari culasnya dan cuainya anak-anak sendiri dalam mengikuti didikan.
Do and don'ts
Kenapa tak boleh buat itu ini? Kenapa perlu buat begini? Kenapa orang lain boleh, kami tak boleh? Berbillion dan barangkali zillion pertanyaan pada mak ayah. Semuanya di jawab dengan penuh sabar dan tanpa jemu.
Beruntung ada kakak dan abang juga. Mereka pun banyak mengajar. Ada yang kurang elok saya lakukan, ada saja yang akan menegur dan tak kurang juga melayang tapak tangan kat belakang..haha. Bab kena pukul aka rotan ni, memang saya dah puas merasa~ kat tangan, kaki, punggung,belakang, telinga kecuali di muka. Jangan pukul anak-anak di muka, sebab itu akan mendatangkan rasa malu dan dendam pada diri anak kecil. Rasulullah pun ada ajar kan.
'Lepas beranak, barulah terasa besarnya pengorbanan mak' lirih saja suara kakak sambil menyusu Hadirah waktu dulu.
'Kena bangun menyusu every 3 hours, kalau dia demam sikit dah rasa separuh jiwa melayang tak tahan menanggung..' saya tersengih macam kerang busuk. Itulah, nasib baik hang beranak, kalau tak sampai sudah tak insaf-insaf.Hee..Alhamdulillah, tengok orang delivered baby time student pun dah rasa seriau dan seram. Time tuh, boleh pulak terdetik ~tak nak lah saya beranak lepas ni, gerun dengan episiotomy! Tapi itupun, sebahagian nikmat juga. Subhanallah.
Kenapa orang berzina sekarang, tanpa rasa bersalah dan rasa kasih pada sang anak yang baru dilahirkan sesuka hati je campak anak merata-rata? Sudahlah berzina, membunuh pula. Aduhai, mana pergi naluri mu manusia?
~ Orang yang melahirkan anak luar nikah/zina tak merasa sakit sebagaimana sakitnya seorang ibu melahirkan anaknya. Sebab itulah, dia tidak merasakan bahawa dia telah melakukan pengorbanan dalam melahirkan anak.Ini yang saya kutip dalam kuliah agama yang lepas. Correct me if I'm wrong.
Semuanya bermula dari dalam rumah yakni keluarga dan juga masyarakat. Perbaiki akar umbinya dan ditambah dengan masyarakat yang penuh nilai-nilai murni beragama serta mengambil berat insyaAllah perkara-perkara sebegini dapat dielakkan. Jangan kita asyik terlarut dengan pemasalahan dalam diri dan hanya mahu mengislahkan diri sahaja sampai terlupa masyarakat sekeliling memerlukan kita. Dan kita juga memerlukan mereka. InsyaAllah.
p/s: catitan seorang diri..

Monday, August 16, 2010

Ayuh Bersyukur..

Habis memasak, saya mengadap tv, ringankan neuron otak beserta axon, dendrits dan myelin sheath. Epilog Syurga Cinta? Oh, saya bukan peminat cerita-cerita, yang boleh buat orang tersengih-sengih tak tentu pasal. Saya peminat cerita tentang realiti kehidupan, action, thriller dan dokumentari. Cuma terkesan dengan kata-kata Tok Man .

‘Jangan mengeluh. Mengeluh tandanya kita tak bersyukur pada Allah. Kita tak tahu, mungkin dengan sebab satu ujian ni Allah dah jadikan satu jalan cerita yang baru. Cerita yang kita tak tahu, mungkin yang akan bawa lebih kebaikan pada kita. Bersabarlah’

Subhanallah. Memang dalam banyak-banyak episod duka yang kita lalui kadang kala ia merupakan mukaddimah awalan kepada satu cerita baru yang Allah anugerahkan banyak kebaikan di dalamnya. Yang kita sendiri sebenarnya tak mengetahui apa yang bakal berlaku di masa hadapan.

‘Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagi kamu di muka bumi (sumber) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur’ (Al A’raaf: 10)

Ya Allah, aku memohon padaMU agar memasukkan aku dalam golongan yang sedikit , (iaitu) lantaran terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah. Amen.

Dan nikmat Tuhanmu hendaklah engkau menyebutkannya sebagai menzahirkan kesyukuran’ (Ad-Dhuha: 11)

Apa anjakan positif Ramadhan kali ini?
Saya : Alhamdulillah, dikurangkan rasa dan nafsu makan yang berlebihan. Cukup beberapa biji kurma, sepinggan nasi, lauk dan air suam. Sudah tak tertarik pada ais dan yang sewaktunya. Hasilnya, tiada lagi istilah mengantuk semasa terawih.

Imam untuk terawih? Haih, berpeluh sejuk. Nak ke masjid jauh, maka kita solat di rumah saja. Kawan dah menarik sejadahnya dan cun-cun letak di belakang sebelah kanan. Tersengih.
'Jadi imam?'
Ohoh..dah lama 'retired' jadi imam nih. Tapi, masih inilah nak melatih dan di samping dapat pahala berganda. InsyaAllah.

Thursday, August 12, 2010

Menanti

Menunggu 4.30 pm. The body exhausted, the mind going nowhere
Ikut circular, klu balik pukul 1.30 pm utk break maka dapatlah pulang pukul 4.30 pm. Alhamdulillah.
Nak merepek di bulan puasa ni, kurang pula pahala ye. Maka saya nak bercerita lah. Tentang en Barney dan kengkawannya.

Adapun...macam hikayat nih.
Oklah, usually after revision pukul 5-7 pm adalah waktu untuk outdoor activities dan tengok tv. Tambahan lagi kalau bulan puasa, hanya tv sahaja yang menyelerakan.Alhamdulillah start puasa penuh masa darjah 1 (tapi sehari cilok sebab dah tak tahan dahaga, secara curi-curi minum air paip kononnya nak basuh muka..heh) .Disebabkan dah ada 3 orang dayang (merangkap kakanda) saya dan yang lebih muda mengadap tv sampailah waktu berbuka.

'I love you in the morning..
I love you in the afternoon...'

Memang hafallah semua lagu-lagu en Barney. Sampai sekolah rendah pun sibuk masuk koir, Choral Speaking...cuma public speaking je tak dapat~ ketaq lutut.

Tiba-tiba ayah datang. Tet...tukar channel Tv1 ~ tilawah dan hafazan Quran. Bertempiaran kami semua lari. Punyelah waktu tuh, iman low-low suam-suam air barli. Mana suka nak tengok rancangan agama, ceramah dan forum hal ehwal Islam. Biasalah, zaman kecik tak expose dengan godaan dunia dan takde rasa keperluan ke arah itu.

Waktu terawih paling menarik. 2 rakaat pertama masih di soff belakang sekali. Lepas tu, senyap-senyap keluar main bunga api dengan jiran-jiran. Masuk solat witir, baru berlari-lari duk dalam soff balik. Memang nakal tak terkira. Sekarang ni pun masih di soff belakang, tapi depan sedikit dari kanak-kanak. Dekat habis azan Isya' baru turun dari rumah~ waktu selamat dan aman dari jemaah muslimin dan yang sewaktunya.

Hm..sekadar apa yang saya renungkan- kanak-kanak sepatutnya diajar waktu kecil agar dijinakkan dengan masjid. Tapi sebaliknya di zaman sekarang. Kanak-kanak lah yang selalu kena marah dan diusir dari masjid. Memanglah tabiat budak-budak, suka buat bising , berlari ke sana ke mari tapi berbalik pada mak ayahnya untuk ajar adab-adab di dalam masjid.

A point to ponder~

p/s: nak masuk dalam 7 golongan yang mendapat naungan Allah di hari Akhirat ~ pemuda/pemudi yang keterikatan hatinya pada masjid. InsyaAllah wa biiznillah.

Indahnya Ramadhan


Ku berharapkan Ramadhan kali ini penuh makna...
Alhamdulillah, satu hari telah diharungi dengan jayanya insyaAllah. Seperti yang dijangka, patient tak seramai mana cuma yang kaum bumiputera di samping seorang dua Melayu Islam yang terpaksa datang kerana sakit gigi dan bengkak.
Dan hari ini, rawatan sekolah yang berbaki 20 orang lebih untuk cabutan akan ditunda selepas raya. Alhamdulillah Allah mempermudahkan, lagi 20 % untuk completed case rawatan sekolah. Terima kasih kepada semua assistant yang tak jemu-jemu mengerah tenaga saya~ dengan secara sengaja memanggil budak sekolah ramai-ramai sekaligus. Hmm..kalau bukan disebabkan begitu mana mungkin dapat capai percentage sebegini.
Kali pertama bersungke(buka puasa) seorang diri. What the feeling! Benar, inilah waktu paling menenangkan untuk muhasabah koreksi diri seketika.

Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah daripada Salman yang bermaksud:

"Rasulullah SAW pada hari terakhir dari bulan Syaaban berkhutbah di hadapan kami. Maka baginda bersabda: 'Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan kepadamu puasa-Nya . Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada satu malam yang terlebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan."

~so pagi ini, takde keje, kita sambung baca terjemahan Al Quran sambil tunggu emergency/referred case..insyaAllah. Jom!

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem
jawablah... Allahu Akram

Moga mengikut rukyah&hisab nya jadilah puasa esok. Alhamdulillah, barangkali perut saya sudah prepare untuk berpuasa~ sebab tu hari ni langsung tak terasa nak makan nasi.

Namanya Muhammad Afiq. Penghias hati mutakhir ini. Wajahnya menenangkan, tak puas-puas menatap walaupun sekadar MMS. InsyaAllah, pulang berhari raya nanti kita bakal bersua.

Mencari cik semangat. Hilang entah ke mana? Sepatutnya makin dekat puasa, semakin semangat kerja. Semalam dengar cerita mak pasal nenek. Aduhai, sungguhpun badannya sudah tak sihat bila tengok durian bersemangat pula nak whisk durian untuk dibuat lepuk. Sepatutnya saya ambil contoh nenek, bersemangat..bersemangat! Haha...sekejap je tuh.

Eh, kenapalah akak ni sedari tadi merenungi dan mengamati. Menilik saya kah?
Kejap-kejap dia berkerut dan membetulkan duduk.
'Saya tak boleh bayangkan, (lama dia senyap)macamana doktor gigi macam awak yang lemah lembut ni buat kerja-kerja cabut gigi?'

Aduh! hampir nak jatuh kerusi saya bilamana mendengar. Ingatkan apa tadi. Mak kat sebelah lagilah, dah tersenyum-senyum. Dah tahu inside out anaknya.
Bila masa pulak saya jadi lemah lembut ni? 'Mengganas' adalah time cabut gigi. But the rest so-so. Kalau lembut sangat, patient tak yakin. Kalau kasar sangat, rude pulak. Bersederhanalah. Different people, different approach...Everyone matters, everything matters!

Tak sabar rasanya nak dengar pagi-pagi siaran solat Terawih. Meruntun jiwa dan hati mahu ke sana. InsyaAllah, ada rezeki dan umur panjang kita berjumpa. Menatap Baitullah..

Another day..another love..

~You'll live to love another day
Happiness is on it's way
Hold on
It won't be long
I know the pain you're living in
Sometimes you've got to lose to win
It's okay
Don't you worry
We all live to love another day~

...juzuk pertama Quranul Karim, here I come..

Sunday, August 08, 2010

Nikmatnya..

Subhanallah Walhamdulillahi Wala Ilahaillalah Allahu Akbar...

Ramadhan Oh Ramadhan, moga kali ini bukan sekadar hanya semangat. Biarlah terkesan pada diri sendiri.

'Setiap hari, kena cari jalan untuk kita dapat buat kebaikan' ujar mak. Mengangguk, beruntungnya ada mak yang sentiasa mengingatkan. 'Solat hajat jangan lupa buat, mak ayah dah buat hari-hari..' bagai sayup-sayup pesanan saat dalam perut kapal terbang. Sayu...sedih, mujur tak bergenang seperti selalu. Entahlah, mengapa terasa lain kepulangan kali ini.

“Siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya pada ALLAH sedang diapun mengerjakan kebaikan” (Surah An Nisa' 125)

Thursday, August 05, 2010

It's A Boy

Alhamdulillah, finally on Tues Achik Wanie had safely delivered her second little baby boy.

Pernah tanya Aqil.
'Aqil nak girl ke boy?'
" Aqil nak baby boy!' dia bersuara gembira sambil menjerit. Nampaknya kehendak Aqil dimakbulkanNYA. Hmm...nasiblah badan hang, dah ada dua anak lelaki, harapnya syndrome slow-mo dapat diubah dengan kehadiran 2 hero Melayu berkulit orang putih. Haha..erk!Amboi.

Overdose

Semalam, apa kes lah. Dua-dua flight delayed. Ditambah pening kepala ditambah dengan photophobics, hampir saja nak muntah fish ball noodle soup. Dah la noodle..takde bihun atau mee ke?.Tahu-tahu sajalah, anything resemble megi. Oh, tak bersyukurnya saya. Healthy eating bah..

Sedih. Mak takde di rumah. Kena jaga orang bersalin. Baru je plan itu ini, nak berdating dengan mak. Memang kena independent menguruskan bab-bab yang belum selesai. Mujur ada ayah. So this time, kita berkepit dengan ayah. Tapi kalau tanya pendapat~ sah-sah ayah akan duk diam jap, pastu jawapan yang pasti akan keluar ; 'Ok dah tu'. Punyelah nak pengsan je tunggu jawapan, alih-alih itulah jawapan simple lagi bernas dari ayah. Oh, overdose pula anakmu ini.

Ayah, Fizah dah belikan coklat fave. ayah tu! Ayah tersengih-sengih. Erm, comel macam Hadirah. Ayah= Hadirah ? Quite good equation.

In The Making

InsyaAllah, harapnya Allah mempermudahkan semua urusan pagi ini. Cepat siap, cepat boleh duk rehat di rumah. Bestnya...kalau terus dapat transfer balik rumah. Tak perlu lagi mengharungi perjalanan 170 km sebelum sampai ke airport dan another 2 consecutive flight. Siapa-siapa yang tak 'lasak' sure boleh collapse. Me? Dah immune, cuma akhir-akhir ni dah tak boleh tahan..Penat.Lelah. Mual. Sedih. Saya pun boleh terasa, kalau tiap-tiap hari mak ayah kebimbangan dengan anak perempuannya duk sorang-sorang di pedalaman.

Ya Allah, berikanlah kemudahan untuk hambaMU ini untuk transfer balik ke Semenanjung secepat mungkin tahun ini...Ameen. Doakan untuk saya.

'Duk di tempat ni memang betullah ajar diri kita jadi survivor dan independent tapi tak mengajar kita untuk jadi competitive dentist' ~ ujar seorang kawan selesai saja kursus peads tempoh hari.

A point to ponder.Dengan demand patient yang semakin tinggi di luar sana, yang lebih educated dan exposed with very update mode of treatment and biotech.Apalah yang kita dapat kalau setiap hari buat cabutan, tampal gigi, buat denture? Ya, perlu ada anjakan. IV drip pun dah lupa nak pasang,ambil darah dah kekok nak buat.

p/s: pukul 4 pagi dah bangun..terbawa-bawa habit duk Swak. Tunggu Subuh....Alhamdulillah.

Tuesday, August 03, 2010

Like A Preach

Minggu hati saya bergembira..(bukan selalu).

Hari ini, alhamdulillah habis saya 'kerjakan' budak form 4. Suprise! Kita buat cabutan. Tak banyak masalah dengan budak sekolah as long as kena cara, diorang ikut sahaja. Sambil preaching itu ini~ kakak lah katakan. Gigi Sepanjang Hayat. How much of us appreciate teeth until they gone? Sadly to say, most of us took for granted the God's gift.

'Jangan ingat gigi palsu adalah jalan penyelesaiannya' ujar pada mereka

Sebenarnya, saya pun jenis yang malas jaga gigi waktu sekolah. Malam sebelum tidur selalu skip toothbrushing tapi habit saya berkumur dan less frequent contact dengan cariogenic foods/beverages dan suka air suam. Penyebab karies gigi bukanlah 100% pada banyak mana kita makan makanan manis/carb tetapi berkait dengan frekuensi/kekerapan gigi kita terdedah pada makanan tersebut. Makin kerap, makin banyak asid pada gigi dan makin senanglah bakteria membuat kaviti pada gigi.

'Gigi ada kaviti tak doktor?' (cilok iklan Colgate).
Tiba-tiba terbayang, alahai comelnya kalau anak saya yang bertanya..haha.

Flouride melindungi gigi anda, pastikan ubat gigi ada flouride (1000 ppm-part permillion) bahkan air yang seharian kita guna pun ada flouride. Since govt sediakan flouride feeder at each state.

Amalkan dental check up sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Tolonglah...ni selalu datang bila gigi dah sakit, bengkak dan sebagainya. Memanglah waktu tuh, doktor gigi buat apa-apa pun sakit. Lepas tuh salahkan doktor sebab traumatized dengan experiences sebegitu. Sekarang, cuba lihat salah siapa? Of course, diri anda sendiri. Dan saya pernah encounter satu scenario yang pathetic.

Case I

Parent came to clinic brought their 3 y/o child whom having toothache for past 3 days. As I took all information and was going to examine intraorally, I found remnants of sweets inside her oral cavity. Quite shocked. But who to blame?

Instead of helping in prevention, they totally ruined their child's oral health. Gheez. Sigh. OMG, at 3 y/o supposedly all deciduous teeth already fully erupted(tumbuh) which had to be maintain in good condition until they shed (gugur) voluntarily. By the age of 6, the permanent started to erupt.As a result while treating her, she threw a tantrum. Cried madly, but this is how I 'teach' the parent of what they had done. Enough making your child sick again!

~Haih, mengajar pulak saya hari ni ye. InsyaAllah, ilmu untuk dikongsi. Makin diberi, makin banyak diterima. Esok.....bye-bye Sarawak.