Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Wednesday, August 25, 2010

Time and Tide

Alhamdulillah Allah memperpanjangkan umur kita untuk sampai ke hari 15 Ramadhan. Terasa nikmatNYA menyelubungi. Saat dan masa paling sesuai untuk menata hati.

' Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya nescaya ia memotong kamu'

Merenung firman Allah S.W.T:

' Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran' ( Al Asr: 1-3)

Barangkali kita tak merasa pun 'dipotong' oleh masa kerana asyik dengan hal-hal sekeliling yang tak berkesudahan. Bila habis kerja, rehat-rehat dan lakukan rutin seharian kemudian esok tiba. Memang benarlah, amat rugi orang yang hidupnya lebih banyak menghabiskan masa memikirkan tentang dirinya sendiri berbanding orang lain.

'Wahai orang yang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh urusan harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNYA). Dan ingatlah sesiapa yang yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi .
(Al Munafiqun : 9)

Ikut tips ini ; seperti yang Rasulullah s.a.w lakukan.

Baginda membahagikan kepada 4 bahagian:
1) Waktu untuk bermunajat kepada Allah
2) Waktu untuk bermuhasabah
3) Waktu untuk berfikir kekuasaan dan ciptaan Allah
4) Waktu untuk memenuhi keperluan hidup~

Belum terlambat, koreksi diri dan perbaiki kepincangan yang ada. Jika kita sedar ada ketempangan pada diri, maknanya Allah mahukan kebaikan untuk diri kita dengan menyedarkan kita.

Berfikirlah positif, kerana berfikiran positif pra syarat utama capai kecemerlangan. Allahu Akbar!

Dan bila saya dilanda masalah, ada benda yang menyebabkan cas positif menjadi negatif; apa yang saya buat ?~ ketawa sorang-sorang bila teringatkan perkara bodoh/tak masuk akal pernah saya buat~ buat orang lain ketawa~ tulis sepanjang-panjangnya cerita/poem pastu delete bila dah positif~~last sekali, layan tidooo... (oh, of course 1st thing ingat Allah ye). Hait..biasa dia!Huuu..

p/s: moga hari-hari mendatang Ramadhan akan bawa lebih kebaikan dan ketekunan beribadah padaNYA. Yang kurang sebelumnya, sebagai kayu pengukur. InsyaAllah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home