Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Thursday, August 12, 2010

Indahnya Ramadhan


Ku berharapkan Ramadhan kali ini penuh makna...
Alhamdulillah, satu hari telah diharungi dengan jayanya insyaAllah. Seperti yang dijangka, patient tak seramai mana cuma yang kaum bumiputera di samping seorang dua Melayu Islam yang terpaksa datang kerana sakit gigi dan bengkak.
Dan hari ini, rawatan sekolah yang berbaki 20 orang lebih untuk cabutan akan ditunda selepas raya. Alhamdulillah Allah mempermudahkan, lagi 20 % untuk completed case rawatan sekolah. Terima kasih kepada semua assistant yang tak jemu-jemu mengerah tenaga saya~ dengan secara sengaja memanggil budak sekolah ramai-ramai sekaligus. Hmm..kalau bukan disebabkan begitu mana mungkin dapat capai percentage sebegini.
Kali pertama bersungke(buka puasa) seorang diri. What the feeling! Benar, inilah waktu paling menenangkan untuk muhasabah koreksi diri seketika.

Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah daripada Salman yang bermaksud:

"Rasulullah SAW pada hari terakhir dari bulan Syaaban berkhutbah di hadapan kami. Maka baginda bersabda: 'Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan kepadamu puasa-Nya . Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada satu malam yang terlebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan."

~so pagi ini, takde keje, kita sambung baca terjemahan Al Quran sambil tunggu emergency/referred case..insyaAllah. Jom!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home