Love Means...
Cintailah orang soleh, kerana mereka memiliki kesolehannya, cintailah Nabi Muhammad s.a.w., kerana dia kekasih Allah SWT dan cintailah Allah SWT, kerana dia kecintaan Nabi dan orang soleh."
(Imam Syafie)
(Imam Syafie)
Saat menunggu patient tiba...
Sepagi di sekolah, meletihkan tapi banyak pengajaran dan pembelajaran. Sifat dan sikap manusia berbeza. Tapi tujuan dan pengakhiran masih satu, yakni kembali kepadaNYA. Menjadikan saya terpaksa mempelbagaikan approach, bukan pada patient sahaja bahkan kepada semua staff di bawah.
Mereka menceriakan hari saya, memastikan saya tak pernah bermuram durja, menyebabkan benda yang sukar kelihatan mudah saja. Terasa bersyukur diberi nikmat orang memahami kita. Ya Allah, tiba-tiba terasa kerdilnya saya. Benar kata orang, semakin kita memberi dengan seikhlas hati semakin banyak kita menerima. Apa yang kita buat pada orang lain, itu jualah yang kita akan dapat. Ini bukan hukum karma, tapi hukum Allah yang Maha Adil pada hamba-hambaNYA.
Bunga akan nampak indah
Ketika musim bunga bermula
Mencium pucuk-pucuk kecilnya
Namun kasih akan sentiasa
Nampak indah dari bunga
Kerana ia terus tumbuh tanpa bantuan musim
(Kahlil Gibran)
Lantas saat ini,tiada sebab untuk merasa sedih lagi...(walaupun sementara sahaja)
Sekarang dan akan datang, terus sahaja maju ke hadapan mempersiapkan diri. Indahnya punya rasa qanaah. Merasa cukup dengan apa yang dikurniakanNYA.
Saya tak minta apa-apa yang lebih cukup sekadar Allah redha dengan saya dan semua yang saya kasihi...
Tiba-tiba alam terasa indah pada kaca mata saya hari ini....
..Alhamdulillah..
0 Comments:
Post a Comment
<< Home