Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Thursday, July 08, 2010

Bye-Bye


(*_*) + (T_T) = (0_0).
Apa ke?
Dah beberapa hari tak bersemangat, tak sempat nak menulis. Sekarang schedule agak tight, seharian pulun treatment pada budak sekolah dan seminggu ini asyik issued denture. Makan pun dah tak lalu, hanya bantal dan selimut je yang nampak menyelerakan.
'Makin slim nampak Dr?'
'Ye ke?.Ni bukan slim dah, masuk kategori tulang belulang. Tunggu jadi mayat je' (insaf seketika, mati kan benda yang pasti).
Mujur saje esok Jumaat, alhamdulillah. Dan hujung minggu ini nak betul-betul rehat selepas weekend lepas tak sudah-sudah buat slide presentation. Diorang bukan tak tahu, saya ni amat malas+slow macam siput sedut bab slides nih. Dan masih memaksa juga. Paduhal..
Masak ikan kembung tempoyak semalam tiba-tiba rasa paling sedap (mengikut lidah saya lah) Cuma sedih bila tengok stok tempoyak tinggal suku botol kecil je lagi. Kena tunggu musim buah durian lagilah sebelum buat stok yang baru nampaknya. Minggu ini, minggu ikan kembung+ikan bilis+telur sahaja. Rotate menu lagi. Bila lah nak makan extraordinary+extravaganza macam di rumah ni? ~ 'Dr, bersyukurlah!'
Ok. Ada idea+rasa nak menulis, saya tulis lah. Kalau tidak, bye-bye...tinggal bersawang dulu buat beberapa hari akan datang. InsyaAllah, kalau diberi kepanjangan umur. Ciao!
p/s: Goodbye is not forever, till we meet again..tata titi tutu

0 Comments:

Post a Comment

<< Home