Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, July 03, 2010

Inner Calm


' Can we pretend aeroplane in the night sky like a shooting star'
Adapun, di siang hari ini tiada pula bintang-bintang. Cuma malam-malam nan cerah sahaja. Sudah menjadi kebiasaan, berteleku merenung dada langit malam. Cantik kan bintang ciptaan Allah. Sungguhpun kecil sayup, tapi hakikatnya tak begitu. Terasa amat dekat. Tambah lagi kalau duduk di tepian pantai.
Hmm...semua ada di Perak sempena majlis sambut menantu sebelah sepupu. Sudah lama rumah Opah tak meriah. Kali terakhir masa Maksu kahwin, darjah enam saya ketika itu. Sibuk menolong agihkan cenderahati pada tetamu, berkejar-kejar keliling rumah dan menghabiskan makanan pengantin bersama-sama sepupu-sepupu lelaki yang lain tapi bergaduh dengan sepupu perempuan. Haih, terbalik sungguh waktu tu.
Cemburunya. Nak merasai saat-saat penuh kegembiraan. Kalau bukan sebab kena naik flight, memang dah lama saya balik kampung. Apakan daya, cuma doa dan kongsi-kongsi hadiah saja yang termampu buat Meor Hazwan dan Sarah yang comel itu (",). Selamat Pengantin Baru, moga Allah memberkati kalian dan menghimpun ebih banyak kebaikan bersama.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home