Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Thursday, June 17, 2010

In Awhile

Hujan renyai-renyai menemani petang semalam. Suhu dalam bilik ditambah aircond mencucuk-cucuk tulang. Saat sebegini, memang menginsafkan sekujur tubuh. Masa bertafakur dan bermuhasabah....

Ya Allah,
Kenapa saat ini hati jadi berbolak- balik
tak mudah untuk ku hadamkan
tapi aku yakin ini lah sebahagian dugaannya

Ya Allah,
Peliharalah sekeping hati ini
agar tak mudah ia terpaut
pada indahnya dunia fana

Ya Allah,
Peliharalah hati ini
agar ia tak rapuh
bila ada ujian datang bertandang

Ya Allah
Peliharalah hati ini
agar kekallah ia
dalam lindungan dan rahmat kasihMU...

Bila syukur, Allah tambah.Tambah tenang. Tambah aman
Bila kufur, Allah azab.Makin kacau. Makin derita.

'Kenapa sukar nak syukur dengan iman dan Islam?'

'Pertama sebab tak nampak iman dan Islam itu berharga. Macam tak nampak itu nikmat. Itu rezeki.Kecur air liur kita nampak tawaran kereta, rumah mewah,pertunjukkan pentas, tapi dengan iman...dengan solat, puasa, nasihat, tak terasa apa-apa'

'Kedua, dah nampak iman berharga tapi tak mahu bersusah-susah kerananya. Kan setiap yang berharga itu ada maharnya?Macamlah, ramai yang nak kaya tapi malas berusaha. Begitu juga ramai yang nak tingkatkan iman tapi enggan bersusah-susah kerananya'. (Ust Pahrol Mohd Juoi)

Tarbiyah itu datang dalam pelbagai bentuk hatta hanya dengan lintasan hati~

~Esok Jumaat, alhamdulillah. Minggu yang exhausted hati, kepala dan perasaan bakal berlalu. Apa perasaan anda jika sering 'dianaktirikan'? Entahlah, saya dah melalui sedikit pengalaman itu dan rasa kasihan pada staf di bawah jagaan saya yang sekian lama begitu. ~

Besarnya tanggung jawab top management. Tapi jarang nampak apa yang di bawah. Manusia kan, sudah begitu sifatnya. Tapi tak semualah. Ada masa, mahu saja saya tinggalkan kerja-kerja ini...tak sabar nak transfer..hihi. (tak patutnya kan). Haih, merajuk pulak Dr ni.

p/s: Ok, my head, my heart so clear now! Nak tido...zzz..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home