Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Friday, June 11, 2010

Kindness that Matters

‘Orang yang pertama mendapat manfaat daripada satu kebaikan adalah orang yang melakukannya. Jadi bila anda dukacita, carilah orang lain dan gembirakanlah mereka.Nanti hati anda juga akan turut gembira’ Dr Aidh Al Qarni ( La Tahzan).

Benar. Sekalipun kita dalam kesedihan carilah sudut-sudut untuk membuat orang lain gembira hatta hanya dengan senyuman. Kebaikan itu mudah kan?

Positif atau negatif. Semuanya masih tertakluk pada diri sendiri. Hidup saya mudah.
Hargailah apa yang ada. Dan tunaikanlah apa saja tanggung jawab dengan penuh rasa kasih sayang. Memberi tanpa ada rasa ingin dibalas. Akhirnya jua ia masih berbalik kepada erti KEIKHLASAN. Oh, memang sukar nak mengikhlaskan diri terutamanya bila patient datang berduyun-duyun~ kepenatan mengatasi segalanya. Mujahadah perlu berterusan.

Kalau hati baik, wajah sentiasa cantik!


Entahlah, cantikkah saya di sudut hati? Baikkah saya terhadap orang lain?
Kepulangan saya ke Sarawak memang satu pelajaran. Ada sepasang suami isteri yang tak tahu ke mana arahnya mahu check in flight ke Sarawak. Setelah diselidik biasanya mereka fly dengan MAS cuma kali ini naik Air Asia.

Terdetik kalau mak ayah saya seperti mereka mesti saya mengharapkan ada insan yang baik hatinya menghulurkan bantuan. Masa yang agak panjang, saya pelawa mereka untuk duduk minum bersama. Dari satu cerita kerja, pasal anak-anak, pengalaman hidup hinggalah bab jodoh. Hampir saja jadi menantu express. Alalamak! Sebabnya, makcik dan pakcik cakap saya ni jenis mesra dan nampak BAIK. (Dalam hati: mesra kah saya?..huu).Hati manusia memang fitrahnya sukakan kebaikan.

Apalah yang saya mengarut sepanjang dua jam tu sampaikan mereka asyik ketawa bila saya bercerita. Mungkin, kelakar kot cara saya bercerita. Tapi semua itu pun, bermula dengan satu kebaikan. Oh ye Pips; masa inilah nak practice2 sebelum dengan mak ayah mertua nanti ;D

Rejab akan menjelang tak lama lagi. Isnin minggu hadapan. Disusuli dengan Syaaban dan seterusnya Ramadhan Al Mubarak. Saya perlu mempersiapkan diri untuk bertemu kembali dengan bulan-bulan mulia. Harapnya ada umur yang panjang.

Dunia itu ladang untuk akhirat. Mari kita menanam agar dapat tuaian yang terbaik di hadapanNYA. Allahu Akbar!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home