Still Feeling Good
Kami Sedia Membantu ~Penyayang.Profesionalisme.Kerja Berpasukan.
Itulah Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia. Alangkah senangnya kalau ia dapat dihadam sepenuhnya dan diamalkan.
Alahai..apa lah yang saya nak bebelkan ni? Barangkali dah 'separuh' jiwa sudah penuh terisi dengan aktiviti yang padat. Keletihan.
'Dr, apa kata kita buat...'
"Dr, lagi baik kalau program.."
'Orang kampung hujung sana nak sangat..'
Kalau boleh buat belahan dedua macam si amoeba , memanglah amat bagus. Saya still nak jadi manusia yang tak boleh belah dua tapi bertambah jadi dua.Hihi. Apapun, moga ada secebis keikhlasan dan amanah dalam melakukan tugas ini. Terima kasih mak, kerana sentiasa mengingatkan saya tanggung jawab seorang ketua.
'..kalau dah banyak kes macam tu, aktiflah sikit buat langkah pencegahan'. Dan ..
'..daripada duk mengadap laptop memanjang, baik buat kerja hias-hias klinik. Barulah ada hasil' (nampaknya mak memang pasang satelit sebab tahu-tahu je apa yang saya buat).
'Biasalah buat kerja tu, memang letih tapi dah amanah. Doalah banyak-banyak, solat hajat tuh jangan tinggal'.
Mujurlah ada ayat-ayat memujuk dari mak. Kalau tak, mungkin saya tak mampu melangkah. Barangkali mak boleh gantikan saya jadi DOIC kat klinik. Memang kepimpinan diuji. Masa sekolah rendah lain, sekolah menengah pun lain, masa matriks dan universiti lagilah lain, masa bekerja...teramatlah lain. Dan yang paling susah saya rasakan, memimpin diri sendiri.
Apapun, moga kita semua ikhlas niatnya dalam beramal. Seawal hingga ke akhirnya. Terfikir juga, kalau saat ini Allah tarik kembali nyawa ini berapa banyaklah amalan dapat dipersembahkan padaNYA. ~Ada rasa khauf dan raja'~
'Ya muqqalibal qulub. thabit qulubana a'la dini' waa'la toati'
p/s: doakan saya baik-baik saja. Dah tak sabar mahu berada di rumah. ..pulang marilah pulang.
Tapi ayat paling best(best ke?..haha)
~Dr, tak payahlah transfer. Duk jelah kat sini. ~ Oh, maafkan saya. Sungguhpun enak di sini, hati mana tak rindu kampung halaman kan?
Renung-renungkan...dari doktor gigi yang tengah and still feeling good in extracting people's teeth.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home