Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

Pics: Budak sekolah rendah darjah 1-3 SK Gawang Empili


Terima kasih kepada semua guru-guru

Kerana jasa dan didikan kalian, menjadikan diri saya seperti hari ini. Terutamanya mak ayah. Guru paling hebat dalam hidup saya dan Rasulullah s.a.w jualah guru terbaik contoh tauladan sepanjang hayat buat kita.

Sehari suntuk checking kerja dental nurses. Hmm..macam lecturer pulak saya rasa. Masuk hutan belantara, lalu jalan berbatu kerikil beberapa kilometer dan jalan naik bukit turun lurah, pandang kiri kanan semua gaung. Menakutkan. Tapi kesian dan kagum kepada anak-anak kecil seawal usia 7 tahun sudah mula belajar kehidupan hidup berasrama dan berdikari.

Kalau saya, seawal itu belum pandai nak gosok baju sendiri apatah lagi membasuh dan mengemas barang sendiri. Cuma tengok kakak-kakak dan abang buat itu ini, mana yang boleh buat sendiri saya takkan harapkan orang. Mak ayah banyak ajar jadi independent, sementelahan kami memang takde seorang pun saudara di Kelantan. Tapi kadang kala, saya mengada-ngada juga, mengharapkan orang lain..bila lagi kan?Haha..

Aduhai, sedihnya. Kenapa lah abang Chong Wei boleh kalah ni? Nampaknya pemain Malaysia kali nih kurang preparation dari segi psikologi ~barang kali emotional+spiritual quotion kot. Dah lah asyik nak tergugur je jantung tengok diorang lawan. Haish.Apapun, diorang dah buat yang terbaik. tapi dah Allah kata ' Kun Fayakun'...nak tak nak redha sajalah. Mungkin ada kemenangan tertangguh. (bagi tazkirah pun bagus jgk ni kat diorang plus muhasabah sekali).

Huwa..esok start kerja balik. Macam mana nak boost up balik fuel nih. Hati saya dah entah ke mana-mana. Nak kata hanya jasad bernyawa pun ada jugalah ciri-ciri tuh, ruh nya dah melayang balik rumah. Eh..eh cik Fizah, tak boleh ni. Kerja kena ikhlas. Sebab bila kita ikhlas, kita akan sentiasa buat yang terbaik sepanjang masa. Cuma, minggu ni rasanya saya akan lebih banyak diam dari ramah dengan patient macam biasa. Nak merajuk dengan semua patient yang tak peduli nasihat saya dan dengan orang yang tak dengar cakap saya.~sigh~ kerdilnya saya.

Apapun, still terima kasih buat cikgu-cikgi including cik Pips yang tensen dengan student, Kak Jie yang tak jemu-jemu dengan budak-budak kecik di Permata itu. Hmm..wonder why kenapa takde Hari Doktor? Banyak jasa jugak nih..heee..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home