Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Friday, April 30, 2010

Curtain Falls


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran....


Barangkali hati ini belum cukup teguh, belum matang sepenuhnya. Lantas masih berbaki sisa air mata dan keluhan. Ini tarbiyah. Kerap kali hati menyakinkan.

Jalan menuju syurga bukan mudah. Ada mahar perlu dibayar. Penentu tiket bahagia menuju alam abadi.

“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar” (2:155)

Maafkanlah aku kerana mengeluh.

Aku jua insan biasa.

p/s: tiba-tiba rasa kerdilnya diri, mahu merawat hati yang sakit. Rest if you must, but don't stop. dan terasa nak bermanja-manja +mengade-ngade dengan mak. Bicara penuh didikan dan pengalaman...mak, rindu!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home