Bedtime Story..at morning
Indahnya alam selepas hujan.
Alhamdulillah kerana masih ada kurnia dariNYA.
Selamat mengundi pada mereka yang di Hulu Selangor. Rasanya dah lama tak merasa 'penangan' pilihan raya. Rindu pada saat begitu. Lelah jiwa dan raga tapi segalanya hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Allah itu Maha Kaya.
Kalimat yang beberapa hari mengetuk gegendang telinga. Benar dan pasti. Tak ada satu benda pun yang Dia akan rugi sebaliknya manusia yang lalai sahaja kerugian. Saya kerugian masa sejak akhir-akhir ini. Banyak benda hendak dibuat tapi asyik ada limitation.
Sudahlah minggu ni, saya banyak 'marah' patient. Entahlah. Kesabaran pun ada hadnya. Marah bukan benci tapi nak ajar diorang supaya jaga gigi. Bukan asyik nak cabut gigi dan buat denture. Umur 13 tahun pun dah pandai ajar orang suruh cabut semua gigi then pakai denture. Aduhai..bayangkan kalau anda yang jadi dentist encounter dengan manusia begini.
'Aih, pandai pulak dia ajar kita' omel collegue saya.
Memang hujung minggu waktu kami berkumpul dan 'membentangkan' cerita tak masuk akal, lucu dan sebagainya tentang patient.
'Saya nak cabut gigi atas ni, tolong pegang kepala' arahan biasa kepada assistant.
Alih-alih patient angkat tangan dia dan pegang sendiri kepala dia.
'Haa..'
Terkedu saya. Rajin pulak dia pegang kepala sendiri. Ketawa satu surgeri kami.
'Bukan awaklah, assistant saya' berair mata menahan ketawa. Apa-apa jelah patient ni, benda kita suruh dia buat, dia tak buat. Yang kita tak suruh buat, itulah yang dia nak buat.
Kisah dua.
'Ok, galik makcik' (galik= duduk dalam bahasa Iban)
Alih-alih dia pergi tarik kerusi saya kat sebelah (saya berdiri waktu tu) dan duduk diam kat situ. Comel sangat tengok. Ngee..orang suruh atas dental chair lah makcik. Bukan kerusi saya..
Kisah tiga.
Ada patient schizophrenia datang untuk cabut gigi. Puas pujuk dan convince kan dia, siap inject. Bila panggil masuk untuk cabut ;
'Dr, saya rasa dah dicabut lah gigi tadi. Saya balik dulu lah ye' sambil buka pintu klinik dan dengan selambanya balik rumah.
"???"
Nampaknya dia tengah berhalusinasi lagi. Aduh..
Kisah empat.
Lepas inject sorang pakcik dan siap letak forceps kat gigi..
'Tunggu Dr, kenapa saya rasa tak kebas lagi kat gigi ni?'
Saya pun ambik probe, explain rasa tekan, rasa sakit and so on..
'Betul lah Dr saya tak rasa apa-apa pun. Belum kebas ni lagi saya rasa'
'???'
Dalam hati, tak rasa apa-apa tu kan maksudnya dah kebas lah sayang oi. Susah betul nak explain kat orang terlebih bijak. Minum Dumex Dugro barang kali.
Kisah lima.
'Dr, saya rasa ada gigi tertinggal kat dalam ni lepas cabut lama dulu'
"Ok,saya check dan ambik x-ray'
Kemudian.
"Takde lah, ni cuma tulang gusi. Biasalah soket gigi, ambik masa sikit nak betul-betul sembuh"
'Taklah Dr, saya rasa memang ni gigi yang tertinggal. Cuba rasa sekali lagi'
Sambil dia nak tarik tangan saya untuk palpate balik tempat gusi tu.
"Betul, tulang gusi je tuh. Ke awak nak saya cabut tulang sekali dengan rahang awak?" acah saya. Haha..padan muka. Jahat juga saya .
'Hee..tak naklah Dr'
Ada juga spesies mcm ni. Pening-pening.
Best kan encounter pengalaman macam ni dengan orang-orang kampung. I like it..haha. Buat pengubat jiwa saat berduka lara...

0 Comments:
Post a Comment
<< Home