Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Thursday, April 22, 2010

Lenggang Kangkung

Hari ini hari Khamis
Esok hari Jumaat
Lusa , weekend yang ditunggu-tunggu~ sebab nak tido+rehat betul-betul+kena teman orang pegi servis kereta awal pagi.

Sebagaimana saya suka-suki mengheret orang temankan saya maka seharusnya saya turut menemankan dia.

'Dah lama tak jogging or aerobik kan?'
'Ya lah, dah naik lemak rasanya'
'Hoho..nasib baik saya tak perlu risau bab lemak tuh. Makin kerempeng adalah'

Staf menegur, saya aktif sangat. Ke sana ke mari, kerja semua nak kena buat cepat~ panggil patient, sedia barang. Kesian...

Almaklumlah selama ini asyik duk jadi koboi. Rilek semacam je dengan boss dulu. Dengan saya, memang kena kerahan tenaga. Salah diorang juga, sapelah book patient 4-5 orang satu petang? Tapi malas nak tegur, since waiting list pun dah dekat-dekat bulan 9-10 untuk denture sahaja. Uwaa..merana badan saya.

Alhamdulillah, setakat ni tak rasa 'meluat' lagi dengan kerja cabut gigi, tampal menampal dan buat gigi palsu. Kalau masa kat Kuching dulu, haiyoo..tak payah cakaplah. Nak cuti sebulan pun ade. Mungkin di alternate dengan kerja admin kot, jadikan saya sedikit 'loose' dan in control. Sahabat-sahabat saya yang lain, entahlah? Doakan saja mereka bersabar.

Bukan tak tahu, kalau yang di semenanjung semua cuak dengan cabutan. Ada yang easy, yang difficult memang berpeluh satu badan. Saya? Alhamdulillah juga, tiap hari OPD banyak cabut gigi so..practice make perfect. Tak payah nak risau-risau lagi kan. Untung satu benda(Kalau patah ke, terselit kat mana-mana, cuba sedaya mungkin korek keluar. Ganas jugaklah waktu tuh)Lagi satu contohnya lah macam bangun qiamulail lah. Kalau dah buat tiap-tiap hari mestinya takde rasa susah. Tapi saya tak mampu nak buat daily, cukup dapat 'wajib'kan dengan at least 2 kali seminggu. Sedikit yang berterusan itu lebih baik.

Kek carrot.
Agaknya ada orang menunggu saya bawa pulang sebiji kek tuh kot. Tapi silap saya lupa nak bawa balik grater carrot. Alahai takkan nak tunggu hiris halus sebatang carrot tuh. Nampaknya terpaksalah kak we menunggu minggu depan. Tow pu chee, pang yaw.

postscriptum: petang ni saya nak bercerita sepuas hati..nak cerita kat Pips pun, dia tengah tension semenjak jadi cikgu..hehe. Nasib lah labu, orang lain yang duk menganggur lagi ramai. So, bersyukurlah. Ciao..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home