Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Sunday, April 18, 2010

Letaknya di Hati


'Siapa orang-orang soleh?'
Alhamdulillah, buka mata juga saya di pagi Ahad. Pukul 4 pagi, lori angkut sampah menjadi alarm saya. Alamak, baju tak gosok, barang tak kemas. (tengah mamai). Sambil duduk bersila. La..lupa ni pagi Ahad bukan pagi Isnin bekerja. Apa-apa je, teruk sangat nampaknya mimpi sampai terbawa ke alam realiti.
Alhamdulillah juga, setelah lama tak bersiram dengan ilmu-ilmu dan duduk bersama orang soleh akhirnya dapat juga. Tapi ini masuk kali ke dua saya terlupa al Quran. Tak berdisiplin. Marah diri sendiri, handphone tak boleh lupa tapi al Quran? InsyaAllah, moga lain kali tidak lupa.
Alhamdulillah, sungguhpun singkat saja tapi moga-moga yang sedikit itu besar impaknya. InsyaAllah. Saya dikenali sebagai orang yang banyak senyap dari bercakap. Bercakap bila perlu dan satu 'keburukan' saya~ saya tak suka meeting. Hmm..paling menyeksakan bila meeting yang tak berobjektif, tiada conclusion dan macam-macam lagi. Meeting clinic saya setakat ini tak pernah lebih dari 45 minit. Memang itu rule saya. Saya lebih suka slow talk/group talk dari cakap kat depan or bagi ucapan/ceramah. Sebabnya saya tak pandai bab pengucapan awam. Makanya saya amat mengkagumi orang yang berani dan pandai bercakap di khalayak orang ramai. Dan tangan saya lebih cepat buat kerja dari bercakap-cakap.
Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan, dan dengan sebab itu saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Semua itu, anugerah dari Allah. So, gunakanlah sebaiknya pada jalanNYA.
p/s: Al Quran itu letaknya di hati..terpancar pada amalnya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home