Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Wednesday, March 31, 2010

Di Celahan Pepohon Itu

'Sesudah ketawa, dia menangis pula'

Hidup memang begitu, masakan akan sentiasa di atas. Adakala duduk di bawah ada maknanya. Cuma terserah pada diri dalam membawa pengertian pada setiap perkara yang kita lalui. Bukan bermaksud,kita yang memegang title seorang doktor kita yang berkuasa ke atas pesakit.

'Gigi atas belakang sekali'

Tersirap darah seketika. Terdetik. Saya ni budak suruhan ke?.Suka hati sahaja bagi arahan,macam robot saya dibuatnya. Astaghfirullahaladzim, lintasan hati ini hampir saja menghakis iman saya. So layankan aje, makcik-makcik ini.

وَإِذَا جَاءكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِنَا فَقُلْ سَلاَمٌ عَلَيْكُمْ كَتَبَ رَبُّكُمْ عَلَى نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ أَنَّهُ مَن عَمِلَ مِنكُمْ سُوءًا بِجَهَالَةٍ ثُمَّ تَابَ مِن بَعْدِهِ وَأَصْلَحَ فَأَنَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

"Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: “Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu telah menetapkan bagi diriNya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah): bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihan”.


Minggu yang menyedihkan.

Patah tumbuh, hilang berganti. Seorang demi seorang meninggalkan klinik untuk ke tempat yang lebih baik demi rezeki. Tipulah saya sebagai ketua takkan bersedih walau sedikit. Tambah-tambah lagi bila orang tu boleh diharapkan dan cekap buat kerja. Tiada apa yang dapat saya berikan melainkan doa agar mereka baik-baik saja di tempat baru dan bawa imej yang bagus dari tempat lama..

Eh, doktor sedih ke?
.. Ah, takde..takde. Buat apa nak sedih-sedih. (Aduhai, ego+hipokrit nya saya. Tak patut kan?)

Tiba-tiba jadi rindu pada sebuah kembara. Yang meredupkan sepasang mata melihat keajaiban ciptaan Allah, yang melunakkan sekeping hati yang sudah berkeping-keping, yang mengajak mindanya berfikir barang seketika, yang menyedarkan dirinya akan hakikat penciptaannya sebagai hambaNYA dan yang memulakan serta menoktahkan apakah yang dia telah gapai untuk bekalan di hari muka...Ya Allah. Lemahnya diri aku ini..

وَالَّذِينَ صَبَرُواْ ابْتِغَاء وَجْهِ رَبِّهِمْ وَأَقَامُواْ الصَّلاَةَ وَأَنفَقُواْ مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلاَنِيَةً وَيَدْرَؤُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ أُوْلَئِكَ لَهُمْ عُقْبَى الدَّارِ

Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka (bertemu Allah) semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat. (Al-Ra’d; 22)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home