Why Do I Love You? (rainy day)
Sekarang tengah berpanas dan bahangnya memang terasa. Hujan oh hujan, ke mana awak pergi? Hujan rahmat yang dinantikan..
Sekarang juga semua sibuk dengan pilihan raya di Sibu. Piala Thomas. H1N1 yang kembali. Dan saya masih mengadap dengan laporan dan kerja klinik yang masih bertimbun. Du..du..Tak dapat nak ke mana-mana melainkan mengadap laptop kesayangan dan banyak berkorban. Harapnya takdelah sampai terkorban sebab saya nak wariskan laptop yang berjasa ini pada anak-anak pulak.
Saat Piala Thomas ni, saya dapat bayangkan salah seorang dari kami yang sememangnya penyokong Datuk Lee Chong Wei hebat bersorak depan tv. Disamping amat geram dengan Lin Dan..huu.Sementelahan setiap kali kami main badminton mesti ada suara-suara yang sumbang (including saya la) buat 'liputan' konon-kononnya Chong Wei tengah berhempas pulas menewaskan Lin Dan. Saya? Banyak duk kat tepi, berbanding kat dalam gelanggang. Segan! Sampai pakcik pun tegur saya, kenapa tak main? Senyum kambing sambil menunjukkan barisan gigi yang cantik(perasan jap). Control macho+ayu+sebab bukan pro sangat. Tengok kiri kanan pun...ramai lelaki. So ada baiknya, saya melepak di tepi.
Hmm..Lee Yong Dae,ada main tak? Haha..saya bersemangat bila tengok dia main. Lawan beregu China lagi ke~ oh saya pun geram dengan Cai Yun. Aduh, tak patut. Oklah, sayang korang semua.
p/s: double entry today bcos next week, takkan ada entri kat blog terchenta ini. Adapun patik hendak berlayar ke hujung utara sana menaiki Fortuner pulak. Membawa hati yang terluka..chewah!
Kajang Pak Malau kajang berlipat,
siapkan keje ye cepat-cepat ..
I LOVE YOU ALL...do you love me? Ngee..of course! (tolong jawabkan..apa daa)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home