Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, June 12, 2010

It Has To Be


Baru je nak rasa euphoria, but the other way around happened.
Alarm kereta yang malfunction sudah dibaiki. Alhamdulillah.
Entah kenapa rasa sedih bila tengok kereta dibawa pergi oleh mekanik masuk service centre. Kesian melihat Pepito saya yang dah banyak berkorban demi tuannya. Apapun, sabarlah sedikit masa. Nanti saya pamper+spoil kan awak. Lagipun selain saya takde seorang pun dapat drive awak setakat ni.Bila orang tanya kenapa? Jawab saya; Tunggu husband saya drive dulu...Haha (evil laugh), saje je nak buat orang tak pueh ati.
Dengan Mak
Segalanya mudah. Emak bercerita tentang rumah opah yang di 'make over' oleh pakcik-pakcik saya. Rindunya pada Bota Kiri. Rindu pada tangga-tangga, para dan buaian bawah rumah, ayam-ayam Opah dan hutan serta sungai di belakang rumah. Bulan Ogos, genap setahun sudah tak pulang ke Perak. Tahun ni by hook or crook nak jugak balik. InsyaAllah.Tapi bila ? Rasanya dah tak sempat kalau sebelum raya.Sedihnye.
Why I'm Cry?
'Dr, saya ada soalan peribadi nak tanya boleh ke?' tiba-tiba assistant lelaki saya menjenguk saya dalam bilik office.
'Oh, boleh saja' saya menjangka masalah rumah tangga dan keluarga dia.
' Kenapa Dr menangis hari tuh?. Ada masalah ke Dr?'
Tiba-tiba rasa terharu pula diajukan soalan sebegitu. Tambah-tambah lagi SEORANG LELAKI yang bertanya. Saya senyum disebalik face mask.
'Hari Isnin tu ke? Takdelah, saya tak sembuh dari selsema dan batuk lagi masa tu. Sebab tuh, muka pun nampak sembab.'
'Oo..ingatkan Dr menangis'
'Ish, bukan elok pun menangis depan orang baik nangis kat rumah atas sejadah' saya berseloroh.
Ya Allah, terima kasih kerana menganugerahkan insan-insan yang baik dan penyayang di sekeliling ku.
Minggu-minggu penuh emosi. Sungguhpun dikatakan perempuan makhluk perasaan, tapi saya takkan membiarkan emosi menguasai diri. Kita ada akal, ilmu dan paling penting sekali IMAN. Maka pandulah perasaan sebaik mungkin ye sebab tak mungkin dapat lari darinya.
Saya juga insan yang ada rasa cemburu, sakit hati, marah, ragu-ragu, tak pernah rasa cukup dan banyaklah yang buruk-buruk. Jika salah percaturan tegurlah seadaanya, dengan lemah lembut~ kalau kasar-kasar..saya jenis tak makan saman..makin nak buat adalah..(^_*)v. Teruknye..
Ok,ciao. Nak nangis depan Allah pulak.

2 Comments:

Post a Comment

<< Home