Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Monday, August 16, 2010

Ayuh Bersyukur..

Habis memasak, saya mengadap tv, ringankan neuron otak beserta axon, dendrits dan myelin sheath. Epilog Syurga Cinta? Oh, saya bukan peminat cerita-cerita, yang boleh buat orang tersengih-sengih tak tentu pasal. Saya peminat cerita tentang realiti kehidupan, action, thriller dan dokumentari. Cuma terkesan dengan kata-kata Tok Man .

‘Jangan mengeluh. Mengeluh tandanya kita tak bersyukur pada Allah. Kita tak tahu, mungkin dengan sebab satu ujian ni Allah dah jadikan satu jalan cerita yang baru. Cerita yang kita tak tahu, mungkin yang akan bawa lebih kebaikan pada kita. Bersabarlah’

Subhanallah. Memang dalam banyak-banyak episod duka yang kita lalui kadang kala ia merupakan mukaddimah awalan kepada satu cerita baru yang Allah anugerahkan banyak kebaikan di dalamnya. Yang kita sendiri sebenarnya tak mengetahui apa yang bakal berlaku di masa hadapan.

‘Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagi kamu di muka bumi (sumber) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur’ (Al A’raaf: 10)

Ya Allah, aku memohon padaMU agar memasukkan aku dalam golongan yang sedikit , (iaitu) lantaran terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah. Amen.

Dan nikmat Tuhanmu hendaklah engkau menyebutkannya sebagai menzahirkan kesyukuran’ (Ad-Dhuha: 11)

Apa anjakan positif Ramadhan kali ini?
Saya : Alhamdulillah, dikurangkan rasa dan nafsu makan yang berlebihan. Cukup beberapa biji kurma, sepinggan nasi, lauk dan air suam. Sudah tak tertarik pada ais dan yang sewaktunya. Hasilnya, tiada lagi istilah mengantuk semasa terawih.

Imam untuk terawih? Haih, berpeluh sejuk. Nak ke masjid jauh, maka kita solat di rumah saja. Kawan dah menarik sejadahnya dan cun-cun letak di belakang sebelah kanan. Tersengih.
'Jadi imam?'
Ohoh..dah lama 'retired' jadi imam nih. Tapi, masih inilah nak melatih dan di samping dapat pahala berganda. InsyaAllah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home