Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Thursday, August 12, 2010

Menanti

Menunggu 4.30 pm. The body exhausted, the mind going nowhere
Ikut circular, klu balik pukul 1.30 pm utk break maka dapatlah pulang pukul 4.30 pm. Alhamdulillah.
Nak merepek di bulan puasa ni, kurang pula pahala ye. Maka saya nak bercerita lah. Tentang en Barney dan kengkawannya.

Adapun...macam hikayat nih.
Oklah, usually after revision pukul 5-7 pm adalah waktu untuk outdoor activities dan tengok tv. Tambahan lagi kalau bulan puasa, hanya tv sahaja yang menyelerakan.Alhamdulillah start puasa penuh masa darjah 1 (tapi sehari cilok sebab dah tak tahan dahaga, secara curi-curi minum air paip kononnya nak basuh muka..heh) .Disebabkan dah ada 3 orang dayang (merangkap kakanda) saya dan yang lebih muda mengadap tv sampailah waktu berbuka.

'I love you in the morning..
I love you in the afternoon...'

Memang hafallah semua lagu-lagu en Barney. Sampai sekolah rendah pun sibuk masuk koir, Choral Speaking...cuma public speaking je tak dapat~ ketaq lutut.

Tiba-tiba ayah datang. Tet...tukar channel Tv1 ~ tilawah dan hafazan Quran. Bertempiaran kami semua lari. Punyelah waktu tuh, iman low-low suam-suam air barli. Mana suka nak tengok rancangan agama, ceramah dan forum hal ehwal Islam. Biasalah, zaman kecik tak expose dengan godaan dunia dan takde rasa keperluan ke arah itu.

Waktu terawih paling menarik. 2 rakaat pertama masih di soff belakang sekali. Lepas tu, senyap-senyap keluar main bunga api dengan jiran-jiran. Masuk solat witir, baru berlari-lari duk dalam soff balik. Memang nakal tak terkira. Sekarang ni pun masih di soff belakang, tapi depan sedikit dari kanak-kanak. Dekat habis azan Isya' baru turun dari rumah~ waktu selamat dan aman dari jemaah muslimin dan yang sewaktunya.

Hm..sekadar apa yang saya renungkan- kanak-kanak sepatutnya diajar waktu kecil agar dijinakkan dengan masjid. Tapi sebaliknya di zaman sekarang. Kanak-kanak lah yang selalu kena marah dan diusir dari masjid. Memanglah tabiat budak-budak, suka buat bising , berlari ke sana ke mari tapi berbalik pada mak ayahnya untuk ajar adab-adab di dalam masjid.

A point to ponder~

p/s: nak masuk dalam 7 golongan yang mendapat naungan Allah di hari Akhirat ~ pemuda/pemudi yang keterikatan hatinya pada masjid. InsyaAllah wa biiznillah.

4 Comments:

Post a Comment

<< Home