Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Tuesday, August 17, 2010

Mari Berfikir


Patient tak kunjung tiba....
Padam nama saya di belakang? Maka ayah dah ber'title' kan seorang doktor. Proud to be his daughter though he's not the real doctor. Tapi ayah adalah 'doktor' pada anak-anaknya. Alhamdulillah.
Sedikit pun mak dan ayah tak pernah kurang dalam mendidik, memberi nafkah makan pakai serta tempat tinggal, bahkan mengajar adab-adab seorang muslim, anak, jiran dan ahli masyarakat. Cuma, yang tempang dan kurang adabnya adalah akibat dari culasnya dan cuainya anak-anak sendiri dalam mengikuti didikan.
Do and don'ts
Kenapa tak boleh buat itu ini? Kenapa perlu buat begini? Kenapa orang lain boleh, kami tak boleh? Berbillion dan barangkali zillion pertanyaan pada mak ayah. Semuanya di jawab dengan penuh sabar dan tanpa jemu.
Beruntung ada kakak dan abang juga. Mereka pun banyak mengajar. Ada yang kurang elok saya lakukan, ada saja yang akan menegur dan tak kurang juga melayang tapak tangan kat belakang..haha. Bab kena pukul aka rotan ni, memang saya dah puas merasa~ kat tangan, kaki, punggung,belakang, telinga kecuali di muka. Jangan pukul anak-anak di muka, sebab itu akan mendatangkan rasa malu dan dendam pada diri anak kecil. Rasulullah pun ada ajar kan.
'Lepas beranak, barulah terasa besarnya pengorbanan mak' lirih saja suara kakak sambil menyusu Hadirah waktu dulu.
'Kena bangun menyusu every 3 hours, kalau dia demam sikit dah rasa separuh jiwa melayang tak tahan menanggung..' saya tersengih macam kerang busuk. Itulah, nasib baik hang beranak, kalau tak sampai sudah tak insaf-insaf.Hee..Alhamdulillah, tengok orang delivered baby time student pun dah rasa seriau dan seram. Time tuh, boleh pulak terdetik ~tak nak lah saya beranak lepas ni, gerun dengan episiotomy! Tapi itupun, sebahagian nikmat juga. Subhanallah.
Kenapa orang berzina sekarang, tanpa rasa bersalah dan rasa kasih pada sang anak yang baru dilahirkan sesuka hati je campak anak merata-rata? Sudahlah berzina, membunuh pula. Aduhai, mana pergi naluri mu manusia?
~ Orang yang melahirkan anak luar nikah/zina tak merasa sakit sebagaimana sakitnya seorang ibu melahirkan anaknya. Sebab itulah, dia tidak merasakan bahawa dia telah melakukan pengorbanan dalam melahirkan anak.Ini yang saya kutip dalam kuliah agama yang lepas. Correct me if I'm wrong.
Semuanya bermula dari dalam rumah yakni keluarga dan juga masyarakat. Perbaiki akar umbinya dan ditambah dengan masyarakat yang penuh nilai-nilai murni beragama serta mengambil berat insyaAllah perkara-perkara sebegini dapat dielakkan. Jangan kita asyik terlarut dengan pemasalahan dalam diri dan hanya mahu mengislahkan diri sahaja sampai terlupa masyarakat sekeliling memerlukan kita. Dan kita juga memerlukan mereka. InsyaAllah.
p/s: catitan seorang diri..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home