Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Monday, November 30, 2009

Fly Up And Away



Assalamualaikum wbt,
Kaifa halukum? Wa arju an takunu fissihati jayyidah. Wa ana? Marid..
Hmm..sesampainya ke Kuching memang terus kena caught with flu. Hujan lebat.
Ambil kereta, rindu betul kat awak. Alhamdulillah masih dalam condition sama seperti sebelumnya.
Melepaskan lelah sebentar di Kota Samarahan, sebelum ke Serian. Ada orang masuk rumah baru~ kak we( itulah suka ati je panggil saya ......~ balas dendam apalagi). Lagipun Serian -Simunjan dekat sikit. Makanya, beta tak perlulah turun awal pagi nak ke tempat kerja..haha.
'Yeay. Dr dah balik'
"Mana budu saya,Dr'
~'Ada, dalam kotak, tak buka pun lagi'~
Aduhai. Macam saya bawa balik gula-gula je. Layankan aje korang semua.
Tengok atas meja, atas beberapa dokumen perlu saya sign. Biasalah, tanda tangan tengah mahal, kalau ada yang salah pemilik tanda tangan nilah yang kena responsible. Ini kes sudah berat. Ya Allah selamatkanlah aku dengan urusan dunia dan urusan akhirat.
Bulan 8 tahun depan, ada staf yang ikut tour ke KL. Beria-ia ajak saya. Tak mengapalah, entah saya pun dah ada kat semenanjung masa tu(besar betul cita-cita nak transfer!). Lagipun, saya dah puas merayau-rayau kt KL. Sekarang saya nak duk diam-diam dalam rumah. Siapkan kerja-kerja rumah.
Out patient for today were 30 patients. Thank goodness, lebih dari tu memang saya tak larat pada hari ni.Sambil scaling patient, sambil bernafas kut mulut. Berkabus cermin mata though face mask pakai. Sungguh tak selesanya saat selsema. Nikmat sihat yang sebelum ni jarang disyukuri. Start dengan sorethroat, diiringi dengan batuk-batuk lepas tu selsema kemudian sihat. Begitulah kitarannya. Kalau saya tak treat awal-awal~ demam pun turut datang. Macam biasa, ubat medical prescribe sendiri. Oh, maaflah medical Dr sebab saya dah kacau stok ubat anda.
Masuk petang, alhamdulillah dah berkurangan. Tiba-tiba dapat panggilan cinta~ kerja padahal dr boss,cepat siapkan laporan. Nasib baik sebelum cuti dah catat.Tinggal nak key in. Oh, bab komputer ni..memang saya malas nak buat table,taip itu ini. Ada sape2 nak volunteer? Huh tanya..macamlah ada.
Oklah, dah nak pukul 5. Prepare nak balik masak for dinner but alone. Tadi just lunch butter cookies+ susu soya~ western lah pulak. Tapi perut tetap Melayu. Sehari tak jumpe nasi, mana boleh kan?. Ciao.

Sunday, November 29, 2009

29 November 2009

Penat

7.30 am

Sudah tercegat menanti sebelum check in di KBR. Nasib baik dah breakfast rendang ayam mak masak. Sungguhpun saya bukanlah peminat setia rendang. Another 1/2 hour before depart. Menunggu lagi. Tapi ralit memerhati gelagat orang ( of course, xpandang org2 hensem ni..ghaddul bashar!). Pandang mak ayah je..

10.15 am

Selamat sampai di LCCT. Alhamdulillah. Senget bahu saya memikul backpack dengan satu beg lagi. Bukan apa, penuh dengan makanan. Iye lah nak cari yang halalan thoyyiban kan susah di ctok. Mun ada, senang kamek carik. Ni asyik kena masak sendiri~ haih, tak rajin jugak.

Nasib baik ada kawan meneman. Lapar..kesian dia, so temankan sambil makan sekali lagi. Anggaplah ia sebagai lunch. Pujuk hati sendiri lagi. Banyak sungguh cerita seminggu tak bertemu.

12.50 pm

Check-in lagi. Orang Sarawak memang suka travel. No wonder Air Asia boleh survive dengan larisnya tiket yang dibeli oleh orang Sarawak. Bukan apa, saya tengok staf2 saya suka nak travel KL, Singapore, Penang dan lain-lain tempat. Lagi kaya dari saya.

Observe lagi orang setelah kawan tadi dah naik flight awal lagi dari saya. Menunggu lagi. Lepas tu, delay lagi flight. Memang seharian sungguh di airport.

2.20 pm

Baru berlepas. Dengan awan tebal, bergegar seketika. Istighfar banyak2 dalam hati.

4.30 pm

Safely arrived in LTAK. Tak percaya, tapi itulah kenyataan.Di pisahkan oleh Laut China Selatan. Penat. Mengantuk. Sakit bahu dan tangan. Rehat...zzz

Thursday, November 26, 2009

Just You and Me...




Allahu Akbar..Allahu Akbar

Esok Aidiladha. Tak sangka begitu cepat waktu berlalu.

Alhamdulillah, rindu pada sahabat terubat. Kali ni saya bawa mak sekali. Sebab mak kenal semua sahabat-sahabat rapat saya~ Amnah, Farhana, Aya, Jah, Siti, Oni dan beberapa orang lagi.
Seperti biasa, hari semalam entah dari mana saya dapat kekuatan ~insyaAllah dariNYA. Saya positif. Kata-kata semangat buat ubat di gegendang telingamu duhai sahabat. Cepat bangkit dari tidurmu. Kita perlu ke hadapan berjuang, masih banyak lagi misi perlu dilaksanakan.
Masa mak tolak ibu jari kakinya, Amnah semacam menolak kembali. Entahlah sama ada memang muscle contraction ke apa. Tapi yang pasti saat saya katakan mahu pulang sambil memegang erat tangan kanannya, dia memegang kuat sekali secara tiba-tiba~ bukan seperti kebiasaan. Sukar nak melepaskan. Saya cuba tarik. Kemas. Tarik lagi. Kemas lagi. Akhirnya, terpaksa saya katakan ; insyaAllah saya datang lagi sebelum bertolak ke Kuching balik Ahad ini. Allah mempermudahkan segalanya. Amnah, cepat sembuh sebelum saya pulang ye sayang. Dan terpaksa saya guna tangan belah kiri untuk meleraikan genggamannya.
Ya Allah, inikah kuasa MU. Moga ujian sementara ini berlalu seadanya. Umi, tabahlah menghadapi. Fizah doakan yang terbaik. Ada masa ketemu lagi.
Labaikallahuma labbaik..tiba-tiba rindu nak berteleku seorang diri di hadapan Baitullah. Rindu sangat...
Pagi ini: saya gembira! Entah kenapa (walhal ada benda, saje simpan sorang-sorang)...

Tuesday, November 24, 2009

Jom Jalan-jalan Sambil Tafakur

If I could catch a rainbow
I would do it just for you,
And share with you its beauty
On the days you're feeling blue
If I could build a mountain
You could call your very own,
A place to find serenity,
A place to be alone
If I could take your troubles
I would toss them in the sea,
But all these things I'm finding
Are impossible for me
I cannot build a mountain,
Or catch a rainbow fair,
But let me be what I know best,
A friend who's always there~

Kahlil Gibran (recap)

Dari terus tak buat apa-apa, saya ikut saja mak ayah pegi tengok tanah yang akak minta carikan. Nak dijadikan aset katanya. Saya pun tengah survey satu. Sambil tu ke Kuala Besut jenguk rumah tok ki dan mak saudara yang lain. Semalam terkejut saya bila mak ayah sampai dengan satu kereta penuh dengan buah-buahan tempatan. Siapalah yang nak habiskan semua.

Dari satu rumah ke satu rumah. Dengan seplastik buah langsat dan rambutan. Akhirnya habis jua jelajah ziarah kami. Asyik anaknya yang Sarawak ni jadi 'ekor'. Sempat juga tengok pelamin sepupu saya yang bakal nikah ni, Black n White theme nya! Akhirnya kawin jgk dia, ingatkn hepi hidup single berkerjaya. Tumpang gembira untuk dia.

'Mak, nak masuk kut mana tuh?
'Eh, lupalh pulak'
'Ayah, mak macam nak ganti ayah drive pulak'
Ayah ketawa. Yelah, mana pernah nak driving sejak retired nih. Asyik ayah jadi driver yang setia.

Aduhai, kadang-kadang mak ayah kita ni boleh buat kita 'sakit jantung', 'sakit pankreas','sakit sendi' dan macam-macamlah. Kalau dengan Hadirah lagi lah. Ada je idea bernas lagi jitu.

'Sesiapa yang ingin menemui Tuhannya, tidak miskin membela Islam'

Kalau bukan sebab tiada orang di rumah, memang saya takkan mengadap laptop ni. Tapi apakan daya. Sambil top up ilmu yang makin memudar ada baiknya saya muhasabah kembali diri ini. Moga hati yang lama berkarat menjadi hati yang baru bersinar. Bukan saja untuk diri sendiri bahkan untuk orang lain. InsyaAllah.

Monday, November 23, 2009

Di sebalik kesedihan, ada juga kegembiraan yang perlu diraikan.
Mabruk buat sahabat yang telah bergelar isteri, suri hati seorang suami yang soleh hendaknya.
Kami sampai awal sebelum majlis akad di rumah pengantin perempuan. Meriah. Jenguk saja ke kamar pengantin saya dah tahu dia amat berdebar-debar sambil disolek nak jugak dia bercakap.

Usai solat Isya', debarannya makin memuncak. Kemudian rombongan sebelah lelaki sampai. Nasib baik kami dah siap makan sebelum itu. Makan berempat, mengimbau kenangan~ Ummu Sulaim, Farhana dan Puan Nurul Hafizah. Bila teh dah dituang, macam dah tau-tau je Puan ni yang saya tak minum teh unless 'terpaksa'. Patutlah dari tadi dia senyum-senyum kat sana.

'Dah tahu, nti tak minum air teh kan?'
'Hmm..tau takpe. Nah ambik ni, jangan membazir' sengih saja saya.

Cuma sepatutnya kami berlima.

Saya macam biasa, setia ambil gambar. Amboi cik Siti Maryam, sempat menjelir lagi tanda geram bila saya usik dia dengan buat muka. Ha..kan dah kena snap gambar. Nakal sungguh.

Khutbah Nikah

'Memandangkan kita dah ada pengantin lelaki di sini apa kata kita mintak dia sj lah bg khutbah' seloroh abang pengantin perempuan. Kami dah agak dah, mesti cuak dia berpeluh sampai ke kaki.

'Hmm..bagus jugak ni klu pengantin lelaki yg bagi khutbah' ujar sahabat saya.
'Hish, dah cukup2 lah dia berdebar masa nak ijab ni. Nanti ada yang pengsan' saya tersengih.

Inilah kali pertama saya mendengar khutbah yang ringkas tapi masuk terus ke dalam hati. Betapa walimah dan majlis perkahwinan sekarang banyak dicemari anasir-anasir yang melanggar syariat bahkan tiada di dalamnya.

Cuma paling saya tertarik bila si abang berkata ;
Tiada dalam Islam mengucup dahi/ubun-ubun melainkan dengan meletakkan tangan ke ubun-ubun isteri selesai saja akad nikah.

Doa yang sunnah

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Apabila salah seorang dari kamu menikahi wanita atau membeli seorang budak maka peganglah ubun-ubunnya lalu bacalah ‘basmalah’ serta do’akanlah dengan do’a berkah seraya mengucapkan: ‘Ya Allah, aku memohon kebaikannya dan kebaikan tabiatnya yang ia bawa. Dan aku berlindung dari kejelekannya dan kejelekan tabiat yang ia bawa.''

Akhirul kalam, sama-sama hayati:

Hadith dari Abu Waail.

Ia berkata, “Seseorang datang kepada ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallaahu ‘anhu, lalu ia berkata, ‘Aku menikah dengan seorang gadis, aku khuatir dia membenciku.’ ‘Abdullah bin Mas’ud berkata, ‘Sesungguhnya cinta berasal dari Allah, sedangkan kebencian berasal dari syaitan, untuk membenci apa-apa yang dihalalkan Allah. Jika isterimu datang kepadamu, maka perintahkanlah untuk melaksanakan solat dua raka’at di belakangmu. Lalu ucapkanlah (berdo’alah):

“Ya Allah, berikanlah keberkatan kepadaku dan isteriku, serta berkatilah mereka dengan sebab aku. Ya Allah, berikanlah rezeki kepadaku lantaran mereka, dan berikanlah rezeki kepada mereka lantaran aku. Ya Allah, satukanlah antara kami (berdua) dalam kebaikan dan pisahkanlah antara kami (berdua) dalam kebaikan.”

Wallahu'alam.

p/s: bahagia melihat kalian. Saya pun terasa sesuatu dalam hati saat khutbah dibacakan, terasa sungguh berat sebuah ikatan ini untuk dipikul tatkala rasa banyak tempangnya. Tapi Allah kan lagi suka pada orang yang sungguh mahu berkahwin lantaran melengkapkan separuh dari agama dan keinginan mendapatkan lebih banyak kebaikan dari sebuah perkahwinan. InsyaAllah. Allahu Musta'an.

Sunday, November 22, 2009

Bicaraku Buat Yang Tercinta..

Saat tangan ini menekan papan kekunci, air mata masih laju. Biarlah begitu, asalkan sekeping hatinya tenang sedikit.

Hujan masih renyai-renyai. Dari jauh bangunan HRPZ II menggamit seluruh pelusuk jiwaku. Ku tetapkan dalam hati takkan biarpun setitis air mata jatuh. Semakin laju kaki menapak ke ICU, semakin degup jantungku berdetak bagai hilang irama. Dari jauh satu susuk tubuh lelaki separuh usia penuh tawaduk tunduk sambil matanya tak lepas memandang lantai. Ada riak sedih. Aku mengerti, hati bapa mana tak gundah bilamana nyawa anaknya antara hidup dan mati. Pasrah.

Lama menunggu, aku lihat saja tempat pembaringan sang ibu yang setia menemani anaknya di hari-hari menggusarkan. Hati ku sayu, hanya beralas tikar sebidang cuma, tanpa dinding tanpa pintu di situlah tempat melepaskan lelah menghilangkan rasa mengantuk seketika. Mulianya hatimu ibu, tabahnya dirimu dan cekalnya hati tuamu. Aku menangis lagi tapi dalam hati saja, sendunya hilang di balik hingar bingar manusia.

Terpandang saja wajah umi, aku sudah tak keruan. Mahu saja aku rembeskan segala kesusahan jiwa yang ku tanggung tapi..aku tahu, saat ini dia pun membutuhkan sokongan. Ku peluk erat, ku gengggam kemas jari-jari yang tanpa penat lelah mengasuh sahabat tercinta ku. Aku perlu kuat, pesan pada diri. Janji Allah adalah pasti, setiap kesusahan pasti diiringi dengan kesenangan. Yakinlah umi, Amnah takkan diuji melainkan dengan sesuatu yang dia mampu. Amnah lebih tabah dariku, lebih kuat tawakkalnya. Jika tidak, mana mungkin dia masih bertahan hingga saat ini.

Saatnya tiba, kakiku berat melangkah. Sukar membayangkan apa yang aku akan saksikan. Di situ, sekujur tubuh yang aku amat kenali dan paling sayangi serta ku cintai. Kaku. Dadanya naik turun seiring dengan mesin di sebelah. Mataku bergenang buat seketika, ku kumpul kekuatan. Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim.Lemahnya aku. Tiub dan wayar berselirat. Matanya tertutup sedikit. Tiada respon saat aku memberi salam dan memanggil namanya. Sedih..Ku genggam kemas-kemas tangannya yang sembab dek IV Drip. Inikah tangan yang selalu aku pimpin setiap kali melintas jalan raya? Lain benar rasanya..panas.


5 minit berlalu, diriku bungkam. Kelu sudah lidah yang ingin berkata-kata. Berlalu seketika, nafas turun naik susun bicara entah ke mana. Luahkan saja seluruh isi hati ini. Biar dirimu dengar duhai sahabat. Mana dirimu yang tabah seperti dulu, mana janji mu padaku. Seolah terngiang-ngiang setiap butir bicara penuh semangat dan ceriamu. Seperti semalam. Aku menanti cerita-cerita yang ingin dirimu kongsikan. Cerita sebuah cita-cita dan cinta. Cerita tentang sebuah perjuangan dan penantian yang ingin kau noktahkan.

Amnah, cepatlah bangun dari pembaringan mu. Cukup sudahlah abah dan umi mu menanti. Kesatlah air mata mereka, gembirakanlah hati mereka dan hadiahkanlah mereka dengan sesuatu yang menyenangkan hati mereka. Sahabat-sahabat di sini tak jemu berdoa untukmu, siang malam berendam air mata. Apatah lagi ada insan yang setia menunggu sedia berkorban dan menanti dirimu melunaskan janji-janjimu. Terharu aku melihatnya..

Ya Allah, aku ingin melihat sahabatku ini menggapai apa yang telah lama dia impikan~yang kami impikan. Sebuah keluarga yang di dalamnya penuh mawaddah wa rahmah yang niatnya kerana Allah semata-mata, yang saling menyokong usaha-usaha dakwah ini agar berpanjangan dan diteruskan kesinambungannya dengan cahaya mata yang soleh-solehah sebagai pejuang-pejuang dinullah fisabilillah. Berikanlah kesembuhan padanya.Amen.

'Amnah, kalau awak dengar dan faham apa yang saya cakap ni. Genggam kemas tangan saya'. Benar sungguh, genggaman makin erat hati turut bergetar. Ya Allah, hebatnya kuasaMU.

'Awak tahukan, sehebat mana, sekuat mana saya pada pandangan awak selama ini..akhirnya, hari ini saya menitiskan air mata ini kerana awak'..

Saat Kau tarik hanya satu saja nikmat ini, apapun tak bererti..

Ya Allah...tak mampu aku teruskan bicara ini. Papan kekunci ini saja sudah banjir dengan air mataku.. Lemahnya aku..Hinanya aku. Hanya padaMU kupersembahkan jutaan doa tanpa henti buat sahabat yang ku cintai dari dalam lubuk hatiku. Moga hari mendatang, aku dapat suatu kekuatan dan terus tabah serta mengerti dalam hidup akan sentiasa berjuang..

Saturday, November 21, 2009

Ditinggalkan..

Lain yang dirancang lain pula jadinya.
Nampaknya tak berkesempatan nak bermain dengan cik Hadirah. Pagi ni dia akan dihantar pulang. Sudah merengek mahukan mama dan papanya. Maka, saya ditinggalkan..keseorangan lagi. Harus mulakan misi untuk pamper diri sendiri. Apa lagi? Jom jalan-jalan! Tapi malasnya nak drive..

Thursday, November 19, 2009


Hariku indah, alhamdulillah.
Tengah mengemas buku-buku dan pakaian untuk dibawa pulang saya terjumpa nota-nota zaman belajar dan exam. Rindu..

Wednesday, November 18, 2009

You Say-so.



Good boy!
Hari yang seperti biasa diharapkan datang jua. Penat jiwa dan minda sudah tiada sebabnya lagi 2 hari saya akan terbang pulang. Best part of life jika duk jauh dari rumah. Tangan masih buat kerja tapi hati sudah melayang ke mana entah. Bilik sendiri di rumah barangkali.
Jejak kaki saja ke semenanjung, lain benar perasaannya. Macam tengok fireworks dgn husband (haha..mengarut lagi)~ hee, malah lebih dari tu.
Sakit gigi;
Wisdom tooth bawah belah kanan (FDI: 48) saya dah nak erupt. Sakitnya ya ALLAH bila kena pericoronitis dek space not enough utk erupt normally. Removal of impacted? Oh tidak, saya takut sebenarnya. Tadi pun ada patient datang request for removal. Sudahlah terbaring betul (horizontal impaction). Hmm, xpe. Saya cuba buat insyaAllah. Rugi kalau skill tak polish. Even buat denture pun saya try tak skip every process esp 2ndry impression. Sekarang hasilnya saya amat suka bermain dengan ZnOE punye paste.
Minggu ini adalah MINGGU KESEDARAN KANSER MULUT. Saya dah buat screening dan pameran. Lusa sebelum pulang baru bagi talk. Iyah..iyah. Lepas tu buat report lagi, nampaknya cuti ni pun still kena deal dengan kerja. Y?
Ye Luqman sayang, tunggu achik nanti. Nak tengok akak awak meragam lagi ke tak. Nanti achik 'goreng' dia masak-masak. Hee..kejam betul achik ni ye!

Moga hari yang mendatang penuh keberkatan dan keredhaan.
Cepat pulih sahabatku, kita sudah berjanji untuk bertemu
Maka ku pegang janjimu itu sampai ia ditunaikan
Bangkit segera, agar dapat kita berbicara betapa indahnya sebuah kehidupan
yang DIA kurniakan..
InsyaAllah


Tuesday, November 17, 2009

Ya Allah..
Saat ini mencurah jua air mata
Sungguh pun ditahan
Lemahnya aku, tak berdayanya aku
...

Andai ini ujian terbaik untuknya
Jadikan dia lebih tabah, lebih sabar dan lebih bersangka baik padaMU
Jadikan dia insan yang paling hebat antara kami semua
Yang Engkau angkat darjat kesolehannya
serta keimanannya
...

Andai ku punya sayap
Pasti ku pulang..
Cuma yang termampu
Sebuah doa kudus dan tulus tak putus
buatmu..

Monday, November 16, 2009

The Ultimate 6


Kami semua berenam. Semuanya tanpa rela hati dicampak ke bumi Kenyalang. Tapi di sebalik tarikh 16 September 2008 tersirat pelbagai hikmahnya. Antara suka duka dan jerit payah. Inilah kesurvivalan kami semua. Takdir Allah itu banyak menemukan pelajaran-pelajaran yang tak mungkin kami timba di tempat lain.

One already married, another one is going soon. Others, follow suit insyaAllah. Satu persatu akan meninggalkan Sarawak. Sedih atau tak mesti dihadapi. Rasa sayang nak meninggalkan sesuatu yang dah jadi kebiasaan. Rasa takut untuk menghadapi perkara dan persekitaran baru. Itu fitrah.

Saya rindukan semua. Jauh dari sudut hati, cuma doa dapat saya kirimkan agar kalian baik-baik sj di bwh rahmat serta redha Ilahi. Bulan 2 kalau tiada aral turunlah saya meraikan walimah xhousemate. InsyaAllah. Itupun sekejap sahaja kalau tiada relieve officer.

Saya mula terasa bound dgn staf di sini. Minggu lepas ambil darah ada staf nak ikut temankan, petang pula nak ambil Xray sorang lagi staf nak mengekor. Macam mak-mak lah pulak saya bawa anak-anak. Keesokannya, nak hantar urine utk UFEME (urine full examination microscopic exm), riuh diorang cakap UPT (urine pregnancy test). Banyaklah idea nak kenakan saya..haish.

'Dan carilah dalam apa yang diberikan oleh Allah kepadamu, kesenangan hidup di kampung Akhirat; dan janganlah engkau melupakan bahagianmu di dunia ini. Dan berbuat baiklah, sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu' (AL QASHASH:77)

p/s: rindu kt k.zue, aien, diyana, didie n nezi. rindu signature dish each one of us jgk.

Sunday, November 15, 2009


Tuhanku...daku hadir..daku pasrah...
Mengenangkan diri ini yang penuh dosa..
Tuhanku...ku sedari...
Namun kealpaan menyelubungi
Lantas ku sujud menyerah padaMu
Agar disirami cahya kasihMu...


Dikaulah harapanku
Dikaulah kekasihku
Dikaulah segalanya
Tempat ku mengadu..ku hadir padaMu...


Tuhanku...Kau pengasih...Kau pemurah...
Mengurniakan daku rahmat dan kasihMu
Sungguh aku tak layak untuk SyurgaMu
Namun tak pula sanggup untuk ke NerakaMu
Kerna itu ku sujud menyerah padaMu
Agar disirami cahya kasih


Tuhan selangkah ku rapat kepadaMu
Seribu langkah kau padaku
Ku tahu pengampunanMu melangit tinggi
Engkaulah...engkaulah....

Saturday, November 14, 2009

Tawakkal seekor burung,
Ya Allah, kurniakan aku tawakkal sehebat mahkluk kecilMu itu
Keluar berpagi-pagian dan pulang petangnya tanpa rasa ragu-ragu dengan ketentuan rezekinya.

Friday, November 13, 2009

A Chicken Soup For The Soul




Actually, a mushroom chicken soup with a plate of rice! and ice lemon tea

Penat ke sana sini bekejar. Bawa kereta macam pro, pecut kat selekoh. Inilah kerja yang tak masuk akal kali pertama dan terakhir saya buat.

Dalam 4.00 pm baru selesai semua urusan. Perut dah meminta-minta diisi. Automatically saya ke shopping complex~ yang ada tempat jual sup ayam & cendawan. Dah biasa makan sorang2 sambil belek paper ditambah tempat ber air cond, makin ralit.

Pukul 6 baru dapat bergerak pulang, kena elakkan jam.

Esok, kita ke Pasar Minggu Satok, bayar duit kete, masuk duit utk mak ayah, bayar bil n sedekah. InsyaAllah.

p/s: dah lama tak baca siri2 buku cerita chicken soup for the soul..rindu lagi.

Thursday, November 12, 2009

Buat Kalian


Buat ya Arusah..…..

Surah Ar Rum: 21

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNYA, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNYA di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”

Jelaslah, tiga istilah di atas menunjukkan bahawa berkahwin adalah sesuatu yang sangat dianjurkan, kerana di samping merupakan amalan sunnah para Nabi, salah satu tanda kekuasaan Allah, ia juga merupakan nikmat yang sangat besar. Bahkan ketika manusia merasa was-was dengan masalah nafkah dan rezeki setelah berkahwin kelak, Allah secara tegas mengatakan , bahawa Dialah yang akan menjadikan ia kaya, Dialah yang akan mencukupkan dan menggantikan kefakiran dengan kekayaan. Perhatikan firman Allah yang berikut:

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNYA kerana Allah Maha Luas (rahmatNYA dan limpah kurniaNYA), lagi Maha Mengetahui” (An Nur:32)

Pernikahan Yang Menyebabkan Murah Rezeki

Tidak selamanya pernikahan akan dapat mendatangkan pertolongan dari Allah. Kerana pernikahan yang akan mendapat pertolongan dari Allah adalah pernikahan yang diniatkan ikhlas mencari redha Allah dan menghindarkan dari perbuatan maksiat. Rasulullah s.a.w bersabda :

‘Dari Abu Hurairah ra, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda, “ Ada tiga kelompok manusia yang akan ditolong dan dibantu langsung oleh Allah ; hamba sahaya yang mengadakan mukatabah dengan tuannya dan bermaksud untuk membayar tebusannya, orang yang berkahwin dengan maksud untuk menjaga diri (dari perbuatan tidak terpuji) , dan orang yang berjuang di jalan Allah”
(HR Tirmidzi, Nasa’I dan Ibnu Majah)

Dalam Al Quran Surah An Nur ayat 32 juga dijelaskan bahawa Allah memerintahkan kepada orang-orang yang memiliki hak perwalian untuk berkahwin dengan orang-orang yang masih sendirian dan orang-orang soleh. Al Qurtubi berkata dalam menafsiri ayat di atas “ Ini adalah janji Allah untuk memberikan kekayaan bagi mereka yang berkahwin untuk mencapai redha Allah, dan menjaga diri dari kemaksiatan” (Lihat tafsir Al Qurtubi, Al Jami’liahkamil juz 12 hal. 160, Darul Kutubil Ilmiah, Beirut)

Oleh kerana itu, sebelum naik ke jinjang pernikahan, hendaklah calon pengantin terlebih dahulu memperbetulkan niatnya supaya ia berhak memperoleh pertolongan Allah. Jangan ia mengahwini perempuan kerana kekayaannya atau kecantikannya, namun berkahwinlah ia kerana mencari redha Allah semata-mata supaya tujuan-tujuan mulia yang dibenarkan oleh agama, supaya Allah sentiasa memberikan pertolongan kepadanya.

Wahai para pemuda dan pemudi
Janganlah kalian dengar ucapan
Orang yang menakutkan kalian
Tentang beratnya beban pernikahan
Tapi, bertawakkallah kepada Allah
Dan lakukanlah pernikahan itu sebagai
Penyempurna separuh agamamu


‘Dari Anas ra, bahawa Nabi s.a.w telah bersabda; “Sesiapa yang dianugerahi Allah isteri yang solehah, maka bererti Allah telah menolongnya (untuk menjaga) separuh agamanya. Oleh itu hendaklah ia bertakwa kepada Allah dalam separuh (urusan) agamanya yang lain”

p/s: saya nak jadi isteri cerdik yang solehah! Anda? Selamat Pengantin Baru buat bakal zauj zaujah Nurunnajiha&Adzmin, Siti Maryam& Zuhdi(betul ke namanya?)pada 21 Nov 2009 ni. InsyaAllah.Moga yang baik-baik menanti kalian.
dipetik dari buku : 'Ingin Kaya? Cepat Kahwin!

Rabu Yang Penuh Ujian

Tarbiyah buat diri ini. Betapa kerdil dan tak berdayanya hamba ini.Awal pagi saya dah dikejutkan bila tengok tayar kereta belakang sebelah kiri pancit! Istighfar banyak2 saya. Nak menangis pun ada, dah la saya sorang je. Maka terpaksalah saya berjalan dalam 5 minit ke klinik menelusuri wad dan surau serta padang hijau. Bertembung dengan staf, dia pelik tengok apa kejadah doktor ni awal pagi jalan kaki. Saya tersengih sambil bagitahu dia "Pancit". Dia angguk saja. Tengah perjalanan bertembung dengan Sister bhgn Medical,segan pulak saya bila dia terlebih dahulu menegur. Opss.

Alhamdulillah pertolongan yang datang tanpa disangka, ada staf volunteer nak pegi bawa bengkel. Hasilnya, ada skru tajam sepjg seinci setengah telah 'ditangkap' kerana disyaki menyebabkan tayar kereta saya pancit. Haish, nasib baik saya ambil keputusan tak nak 'dakwa' skru tu. Kalau tak, see you in the court!

OPD hari ni banyak pula patient datang. Yang lucunya ada pakcik yang gigi dua batangnya yang dah mobile datang nak cabut after dah inject labially and lingual saya suruh dia spit out kat toilet. Sekali dia masuk kembali, bising2 dengan 2 batang gigi di telapak tangannya. Hah, pakcik! Kejutan kedua untuk saya. Maybe sebab kebas, dia dah numbness so accidently tercabut sendiri. 'Hebat pakcik, boleh ganti saya lepas ni'. Sambil patient yang lain turut ketawa melihat kejadian tu.

Siapalah yang book 4 patient utk bite registration + 2ndry impression utk denture after OPD. Kelelahan saya berdiri start dari pukul 8-11 lbh dengan puasa sbb nak check cholestrol darah, siap ada tanda2 tremor.

Sister dan Matron dah sampai untuk meeting. Saya masih struggle. Mulakan dulu tanpa saya, this is my order. Hee..macam big boss pulak. Habis patient,sambung meeting. Haiya, manyak la pulak mende nak kena buat before cuti. Tambah pula Timbalan Pengarah Kesihatan (Pergigian) N.Sarawak [TPKNG] ~Dr Ling nak datang MBWA(Management by Wandering Around) ke Simunjan. Haha..nasib baik masa tuh saya tengah cuti. Selamat.

Tapi kesian anak buah saya kena menjawab. 'Dr, jangan lah balik'. 'Kenapa Dr balik? Balik kawin ke?'. Saya pun nak rehat jugaklah sayang oi. 'Ha'ah, cakap kat Dr Ling saya nak balik kawin. Nanti senang sikit dia cari officer ganti saya bl dah transfer..haha'. 'Alah Dr, tak sampai setahun Dr kat sini. Duk la lama sikit'. Pandai pulak nak pujuk saya stay lama. Mentang-mentanglah dapat doktor yang baik hati+pemurah macam saya. Ngeh3, angkat bakul sendiri nampaknya.

Kerja-kerja saya sebelum cuti within 2 weeks:

a) Siapkan SKT (sasaran kerja tahunan) saya dan staff before pass over to DDO
b) Pameran Kanser Mulut, Ceramah dan Check-up - everything on my shoulder.
c) Bengkel untuk cikgu cikgi kat sekolah sebelum school holiday
d) Tutup rawatan dan return budak SMK
e) Meeting utk decorate and arrange waiting area
f) Siapkan list brg utk dibeli/purchase
g) Sign LPO(local purchase order) after renovation
h) ...banyak daa tapi sempat je blogging.haha. boring meh+sakit kepala.

'O Allah, may You ease and simplify everthing coming ahead on my way'

..Mak, nak balik.. (dah mula la..). Semalam dah relieve bl berborak dgn mak, tq mak for everything esp that upcoming part. Anxious oredi!

Tuesday, November 10, 2009

A Voyage of The Mind



MONday!
4.00 AM

Saya dah terjaga, sungguhpun alarm sudah saya set pukul 4.45 pagi. Hujan turun lebat diiringi dentuman guruh sesekali. Alhamdulillah, saya bukanlah penakut pada semua itu, Cuma risau jika perjalanan untuk balik bekerja ke Simunjan tergendala. Inilah risiko yang perlu saya hadapi kalau tak mahu pulang awal. Padan muka! Malas lagi nak kerja.,hee.

5.30 AM
Semua barang yang dah siap packed susun masuk kereta. Terima kasih pada mak ayah yang banyak ajar cara-cara nk susun beg+barang dalam kereta secara efektif dan efisien sepanjang balik kg ke Perak-Trganu. Perak oh Perak...we'll be missing you so much until next year!

5.45 AM

Baru dapat bertolak, hujan masih lebat. Gelap. Memang saya 100% tawakkal saja merangkak dalam hujan dan kedinginan Subuh. Nasib baik minyak Full tank so tak perlulah berhenti.

Sejam lebih dalam air cond, saya dan separuh beku+ mengantuk. Co driver pun takde nak gilir2 drive. Terpaksa jua lah menahan sambil pasang lagu kuat-kuat (yang tak tahannya~ menyanyi skali tuh; kalau katak dengar nih sure lah gembira sebab ada geng suara tak merdu panggil hujan). Huhu..tak kesah. Aish, lupa pulak kereta ku ini ada heater so jom kita tukar ke heater pula.

Macam kenal je kereta Honda Civic depan tuh, dah la masuk Simunjan Junction sekali. Oh, ni Dr Sia MO Hosp. Saya tak pernah bertemu 4 mata betul2 dengan beliau, sekadar melambai bila bertembung dan senyum. Semua staff puji dia sebab bgus dalam bekerja dan cekap. Kan bagus macam tuh, saya pun nak juga jadi contoh yang baik-baik ni.

8.10 AM

Saya dah tak amanah 10 minit. Oh, maafkan saya. Nanti saya top up dengan balik lambat. Tanpa breakfast kena mulakan kerja cabut mencabut, inject meng’inject. Suka hati je cucuk-cucuk orang ni. Alhamdulillah, Allah bagi tenaga dan kekuatan though mata dah separuh je terbuka.

Masuk pejabat, atas meja saya ada beberapa sampul, dengan kertas2 yang tunggu kelulusan dan perlukan perhatian. Letihnya! Terpaksa bersengkang mata lagi nak go thru. Sister call, bagitau nk MBWA Rabu ni! Bertambah-tambah lagi.Sedar tak sedar dah dekat pukul 1.

Tengah hari terpaksa juga saya memasak, cukuplah nasi+ikan goreng+budu. Dah tak sempat ni, tambah lagi saya memang perlukan tidur sekejap. Hmm..br pkul 1.34 pm so tidur dulu. Alih-alih terbabas sampai pukul 2.20 pm. Aiyo!

Tiba je kat klinik, patient appointment tak kunjung tiba. Pukul 3 lbh baru datang sorang demi sorang.

Sekarang saya dah dapat duk rilek2, sambil tulis claim oncall. Ok, dah siap print. Satu lagi gaji tambahan buat saya. Thank you Allah! Kena simpan dan jimat cermat.

“Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu : “Demi sesungguhnya! Jika kau bersyukur nescaya Aku akan tambahkanlah nikmatKu kepada kamu, dan sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amat keras” (Surah Ibrahim:7)
Ya Allah berikanlah kerelaan kepadaku atas qadha’ ketentuanMU. Berkatilah apa yang telah Engkau pastikan sehingga aku tidak suka menyegerakan apa yang Engkau tunda’
p/s: pic above representing Pips n Hadirah...so cutee...(not you Pips!)

Mari Belajar..

Assalamualaikum,
Hari ni cikgu nak ajar tentang wudu' .

Rukun wudu' ada 6:
a) Niat
b) Membasuh muka
c) Membasuh dua belah tangan sampai ke siku
d) Menyapu sebahagian kepala
d) Membasuh kaki sampai ke tumit
e) Mengerjakan rukun-rukun itu secara berturut-turut mengikut tertib

Sunat wudu' ada 10:
a) Membaca Basmallah(Bismillah)
b) Membasuh dua telapak tangan
c) Berkumur-kumur
d) Memasukkan air ke dalam hidung
e) Menyapu seluruh kepala
f) Menyapu telinga
g) Menyela-yela janggut yang tebal
h) Menyela-yela jari tangan dan kaki
i) Melakukan semua rukun dan sunat secara terus menerus tanpa diselangi dengan pekerjaan lain, dan tidak berhenti sampai selesai.

...hm..apa lagi ya? Nanti sambung.

Sabda Rasulullah s.a.w:

'Bagaimana pendapat kamu sekalian, andaikata ada sungai yang mengalir di pintu rumah salah seorang di antara kamu, lalu ia mandi di sana lima kali setiap hari? Apakah masih ada kotoran yang melekat di tubuhnya?'

Para sahabat menjawab: ' Mestinya tidak ada lagi kotoran yang masih tertinggal melekat di tubuhnya'

Lalu Rasulullah s.a.w bersabda : ' Demikianlah juga solat yang lima waktu itu. Dengan solat itulah Allah SWT menghapuskan kesalahan-kesalahan seseorang' .
(HR Bukhari dan Muslim)

~~~

Waktu kecik-kecik dulu, pantang bila mak ayah tanya dah sembahyang ke belum mesti berlari tak cukup tanah pegi ambik wudu' dan sembahyang pun tahap ala2 bullet train. Masa tuh, tak kenal erti takut pada Allah just ada takut pada mak ayah. Kalau belum sembahyang pun, jawab je dah sembahyang. Pastu senyap2 gi ambik wudu'. Takut maa..rotan hinggap di belakang. Sudahlah berbelas rotan berganti-ganti hinggap di tubuh kami lapan beradik. Tapi itulah tarbiyah sebenar. Cuma sekarang lain dulu lain, tapi konsepnya masih sama~ mendidik agar rasa takut/taqwa pada Allah Yang Esa.

Saturday, November 07, 2009

A Suprise From CP..

' Hello'
'Happy birth day..achik'
'Hah??'.. saya tercengang seketika.
'Hello'
'Hadirah ke ni?'

..Cutie pie. Unbelievable she can utter these two words though I knew someone behind helped her out. Entah angin apa, mahu pula dia ikut nenek, atuk dan Achik Jie pulang ke Kelantan. Bila tanya dia rindu tak dengan mama dan papa dia senyap je. Cuma saya terharu bila dia cakap;

'Achik, balik lah sini'

Hmm..tiba-tiba jadi makin bersemangat nak balik raya haji (walhal mmg sentiasa berkobar2). Ok, cuti nanti Achik belanja chocet(istilah dia pada coklat) tapi dengan syarat kena rajin gosok gigi ye sayang! Jangan nakal-nakal~ rajin baca muqaddam; jgn sembunyikan lagi buku tuh.

sambung...

'Potong kue nya.. potong kue nya. Selamat hari jadi k.fizah! moga panjang umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah'

Aik. Ni lagu birthday version indon kah, Fahmi? Pelik semacam bunyinya. Terguling-guling saya baca msg dr dia. Ingat juga dia pada kami. Raya haji pendek, so tak dapat pulang beraya bersama. Oh, dia senyap-senyap beli DSLR EOS 1000D. Saya risau dia tak cukup duit scholarship tuh gara-gara minatnya. Maybe dia ada buat gig kot sana, kumpul duit. Memang dia sorang je yang deviated dlm family~ main drum, suka jamming, ambik2 gambar. Tak mengapa, yang penting jaga agama, solat dan bc Quran.

Suku Abad..


Kepada Siti Hafizah Bt Meor Ahmad

Buat Diriku
Umur mu telah menginjak ke suku abad lagi
Moga waktu yang lepas
Ada pengajaran dan pengalaman buat panduan di masa akan datang
Ayuh, hayunkan langkahmu
Biar lebih cepat dan maju dari kebiasaannya
Rencanakan dan laksanakan perancanganmu
Biar selari dengan kehendak Ilahi
Agar jalan yang dilalui diredhai

Buat diriku
Sedarilah ada kekuatan tersembunyi
Genggam kedap jarimu, kuatkan langkah kakimu
Agar tidak jatuh di sepanjang perjalananmu
Dalam mengejar cinta ya Rabb
...rindu padaNYA..
moga ada pertemuan di Baitullah sana, insyaAllah

Friday, November 06, 2009

Induce, Seduce and ...?




Hari Pertama


Dah naik nama. Sebab tak nak separate room. Pastu siap buat silent protes tuh. Haish, tak patut~tak patut. Saya hanya senyap, lihat saja. Tiba-tiba, terfikir nak jadi budak 'nakal'. Penat jadi skema sepanjang masa.




Huu~ inilah geng yang suam-suam suku. Yang selalu blambat2an g ceramah tapi paling awal pegi makan, biasa saya yang 1st tercegat depan pintu, tukang ambik kunci lastnya saya pun jadi malas..duh! Tapi cun cun je sampai dewan.



Dahla semua berpakat kenakan saya dengan vote utk jadi treasurer. Hampeh betul korang semua ni. Br je nak resign ..kena lagi. Tapi tak pe, masa ambil gambr dapat duduk depan skali dengan fasi2. Bagus2.


Hari ke tiga


Dengan SENGAJA nya kami tak bawa buku program. Jalan berlenggang kangkung ke senam robik. Maka dengan segala hormatnya dijemput ke hadapan, muka selamba dan bangga berjalan ke depanlah kami semua. Nasib baik just kena tulis surat tunjuk sebab. Bila fasi tanya kenapa tak bawak. saya jawab lupa~ ya betul, buat-buat lupa..ngee.


Hari ke lima


Saya jadi budak sekolah, terpaksa pakai baju kurung putih, kain dan tudung hitam sebab BTN. Yang tak tahannya, 80% waktu ceramah saya tertidur. Saja pilih jadi back benchers, senang nak buat operasi tidur. Lagipun, dah banyak lah sejarah saya khatamkan dengan ayah so tak perlulah nak belajar lagi kot. Cukuplah saya tahu dan faham, Allah yang bagi rezeki kat saya bukan manusia.



dari kiri: Simunjan,Sibu, Serian dan Mukah. Memang terasa nikmatny dapat berkumpul semula. Moga Allah, pertemukan kita semua kembali, kalau bukan di dunia insyaAllah di akhirat kelak. Amen.



this is my group~ the professional one! kami tak kreatif kami semua matured n tak buat things yang childish..(no offence to other groups, because us being us..)occay! ciao.

p/s : happy birthday PIps! I can't sing a song for you, but I do pray a lot for you and us for better things ahead. Miss you and everyone back at home..