Sunday, August 31, 2008
Saturday, August 30, 2008
Duhai Anak
"Bertaqwalah kepada Allah di mana jua kau berada …
Dan ikutilah perbuatan buruk (saiyiaat) dengan perbuatan baik (hasanaat),
nescaya perbuatan baik itu akan menghapuskan perbuatan buruk tersebut …
Dan bergaullah di kalangan manusia dengan pergaulan yang baik."
Friday, August 29, 2008
Thursday, August 28, 2008
Stuck
Seorang Muslim Itu..
Diriwayatkan dalam kitab Tirmidzi dari Umar al-Khattab ra :
Aku mendengar Rasulullah saw bersabda :
“Barangsiapa memakai baju baru lalu berkata :
“Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku pakaian yang menutupi auratku dan yang kupakai untuk berhias dalam hidupku.”
Lalu kemudian dia mengambil baju yang lama lalu disedekahkan dengannya, maka dia dalam penjagaan Allah dan dalam naunganNya Azza wa Jalla dan di Jalan Allah hidup dan mati.
Tuesday, August 26, 2008
Diskusi
Alhamdulillah, one day trip saya sudah settlekan semua dari medical check up, akuan sumpah dan fotostat dokumen berkenaan. Saja saya heret ayah sekali untuk menemani sebab yang pertama dalam purse saya hanya tinggal RM 50( dalam bank banyak lagi), kedua selama ini asyik mak yang menemani maka apakata saya ajak ayah saya pulak. Sambil dia memenuhkan masa lapang pencen.Bijak..bijak. Kenapalah saya masih tak mahu 'berdikari'?
Best masa jumpa Dr gred U48 tu, sebaya pakcik-pakcik saya. Suka bergurau dan menguji kepandaian saya sebagai seorang dentist. Dari soalan sakit gigi hinggalah persoalan medical certificate kepada bidang tugas seorang doktor gigi. Berkongsi pengalaman dengan orang yang lama memang bagus dan inspiring. Tabik saya pada Dr itu. Nanti saya rawat gigi Dr ye..haha(kat Penang lah)
Ambil XRay (baca:radiograph) gigi orang sudah membuatkan kami amat arif tentang XRAY ni. Dari kedudukan patient, angle film -bisecting, parallel,parallax dan sebagainya. So masuk bilik XRAY, macam saya pulak yang assist adik(student med. radiation) kat situ. Helping each other, kerja jadi mudah kan. Lagipun, apa guna ilmu tanpa amal. Kesian, kebetulan ada seorang Dr lelaki mundar mandir semasa saya tengah menunggu sambil memandang saya beberapa kali. Ayah pun hairan melihatnya. Akhirnya dia ke kaunter. Oh,rupanya tengah cari patient dia untuk buat XRAY. Kalau dia tanya awal-awal saya kan senang, boleh saya tunjukkan patientnya yang duduk dikelilingi budak-budak nursing KIST. Moral of the story; jangan malu bertanya, nanti tak jumpa patient.
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
Ramadhan akan datang menemui kita buat sekian kalinya. Ia adalah bulan keberkatan dan rahmat. Ia adalah bulan keampunan dan penerimaan amal. Ia adalah bulan manusia melepaskan diri dari azab neraka. Berpuasa di siangnya adalah fardhu. Menghidupkan malamnya adalah kecintaan Allah. Ia adalah penyempurna kepada rukun-rukun Islam. Tanpanya tidak akan sempurna agama seseorang.
Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Islam dibina di atas lima asas; persaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.” (Riwayat Bukhari).
Lima rukun Islam inilah asas kebaikan seseorang manusia di dunia dan penyelamat mereka di akhirat nanti.
Amru bin Murrah al-Jahni r.a. bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, apa pandanganmu jika aku mendirikan solat lima waktu, menunaikan zakat, berpuasa dan menghidupkan bulan Ramadhan. Siapakah aku?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Dari kalangan siddiqin dan syuhada’.” (Riwayat Ibn al-Bazar dan Ibnu Hibban).
Penduduk Langit Menyambut Ramadhan
Kehadiran bulan ini disambut oleh penduduk langit.
Langit akan dibuka sepanjang bulan Ramadhan. “Apabila tiba malam pertama Ramadhan, akan dibuka semua pintu langit. Ia tidak akan ditutup walau pun satu pintu sehinggalah ke malam terakhir Ramadhan.” (Riwayat Baihaqi)
Pintu syurga akan dibuka.
Pintu neraka akan ditutup.
Semua syaitan akan dirantai.
“Apabila tiba Ramadhan, akan dibuka pintu-pintu syurga, akan ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan akan dirantai.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Syurga akan berhias dan bersedia untuk menyambut muslim yang berpuasa dengan penuh keimanan.
“Umatku diberikan lima perkara di bulan Ramadhan dan tidak pernah pemberian itu diberikan kepada umat sebelumku ……. Sesungguhnya Allah mengarahkan syurgaNya dan berkata: “Bersedialah dan berhiaslah untuk hamba-hambaKu. Mereka sudah hampir meninggalkan keletihan dunia menuju kerehatan di rumahKu dan menuju kemuliaanKu.” (Riwayat Baihaqi)
Penyeru dari langit akan menyeru penduduk dunia pada setiap malam.
“Seorang penyeru langit akan berseru pada setiap malam sehingga ke waktu fajar: “Wahai pencari kebaikan! Bergembiralah. Wahai pencari kejahatan! Menjauhlah. Adakah sesiapa yang meminta ampun!? Allah akan mengampunkannya. Adakah sesiapa yang bertaubat!? Allah akan menerima taubatnya. Adalah sesiapa yang ingin memohon!? Allah akan mengabulkan permohonannya. Adakah sesiapa yang meminta!? Allah akan memperkenankan permintaannya.” (Riwayat Baihaqi)
Bagaimana Sambutan Penduduk Bumi?
Malangnya sambutan penduduk bumi tidak sama di antara seorang dengan yang lain.
Ada yang menyambutnya dengan debaran seumpama menanti kekasih yang dirindui dan amat sedih ketika berpisah meninggalkannya. Mereka mengisi Ramadhan dan mengambil peluang bertaqarrub kepada Allah di bulan ini.
“Sesiapa yang menghampiri Allah di bulan ini dengan satu amalan sunat ia seumpama mereka melakukan satu amalan fardhu di bulan yang lain. Sesiapa yang mengerjakan satu amalan fardhu, ia seolah-olah mengerjakan 70 amalan fardhu di bulan yang lain. Di bulan ini, orang yang mengimaninya akan ditambah rezeki.” (Riwayat Ibnu Khuzaimah)
Tetapi tidak kurang yang akan kerugian selepas Ramadhan berlalu meninggalkannya.
“Ramai yang berpuasa tidak mendapat habuan dari puasanya kecuali lapar. Ramai yang solat malam tidak mendapat habuan dari solat malamnya itu kecuali keletihan berjaga.” (Riwayat al-Hakim)
Adakah Ramadhan Kita Tahun Ini Akan Berhasil?
Apakah buah hasil ibadah di bulan Ramadhan?
Allah menjawab: “Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183)
Ramadhan melahirkan kesedaran bahawa manusia dimuraqabah (diperhatikan) oleh Allah. Tiada yang memerhatikannya selain Allah.
“Ramadhan datang kepada kamu. Ia adalah bulan keberkatan. Allah akan mendatangi kamu pada bulan ini, menurunkan rahmatNya, menghapuskan dosa dan memperkenankan doa. Allah melihat perlumbaan kamu di bulan ini dan berbangga dengan perlumbaan kamu itu di hadapan malaikatnya. Tunjukkanlah kebaikan dari dirimu di hadapan Allah. Sesungguhnya orang yang celaka adalah orang yang diharamkan dari mendapat rahmat Allah.” (Riwayat Tobroni)
Seseorang menahan diri dari lapar dan dahaga … kerana Allah. Tidak minum dan makan walau pun secara rahsia … kerana Allah. Menjaga pandangan dari melihat sesuatu yang haram … kerana Allah. Berusaha untuk solat dan membaca al-Quran … kerana Allah. Tiada tolakan selain dari tolakan mencari kurniaan yang ghaib. Semua orang akan menjaga diri masing-masing tanpa tolakan luar. Kesedaran ini hidup di bulan Ramadhan. Kesedaran ini adalah sumber asasi pembinaan sifat taqwa.
Tetapi akan ada pelbagai ujian bagi seseorang yang berpuasa untuk mencapai sifat taqwa.
Berhati-hatilah dari melakukan perkara laqho, perbuatan lucah dan bertengkar.
“Apabila kamu berada di hari Ramadhan, janganlah lakukan perbuatan lucah dan jangan meninggikan suara. Apabila seseorang mencela atau menyerang kamu, katakan kepadanya: Aku sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jauhkan diri dari membatalkan puasa tanpa sebab yang syar’ie.
“Sesiapa yang berbuka di bulan Ramadhan tanpa rukhsah (keringanan syarak), Allah akan merendahkannya dan tidak menerima puasa gantinya walaupun dia berpuasa ganti sepanjang hayatnya.” (Riwayat Abu Daud)
Apabila kita berjaya mencapai sifat taqwa di bulan Ramadhan, kejayaan yang hakiki pula selepas itu adalah apabila kita berjaya mengekalkan sifat tersebut di bulan-bulan seterusnya.
Omar bin Abdul Aziz berkata: “Taqwa kepada Allah tidak diukur dengan puasa di siang hari, qiam di malamnya atau gabungan kedua-duanya. Tetapi taqwa kepada Allah adalah dengan menunaikan segala kefardhuan dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah. Sesiapa yang dikurniakan taqwa selepas itu, maka dia berada di kebaikan dan menuju ke kebaikan.”
Berusahalah agar kita keluar dari madrasah Ramadhan dengan membawa hasilnya.
“Sesungguhnya Jibril menyatakan kepadaku: “Jauhlah sesiapa yang hidup di bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan dosanya.” Lalu aku mengatakan: “Amin.” (Riwayat al-Hakim)
postscriptum: credit to writer~Ustaz Muhammad Fauzi
Hari-hari Dalam Hidup ku
Diorang suka menempelak saya dengan kata-kata yang menikam kalbu. Taulah saya ni peminat cerita tu. Tapi ini sampai ke real life pun masih mengaitkannya dengan saya.
'Kenapalah hang minat dengan Dr Ahn tuh? Muka tak hensem pun'."Apa susah, duit dia kan banyak, pastu brilliant pulak. Dia kan spesies cold-hearted, warm-blood" coquettish SMILE.
'Wah, terrerlah dia buat pneumocentesis sorang-sorang'. "Eh, macam cheqlah. Cabut gigi patient pun sorang-sorang,rileks jer". Takde kaitan pun. Saje 'mengangkuhkan' diri. Isk..isk
"Ala...malasnya nak buat medical check up"(mengeluh). 'Hmm..itulah sama je macam Bong Dal Hee, dia skip medical check up dapat jadi Doktor tapi sakit jantung '. Pfuh..kena lagi.
'Ayah, temankan Fizah gi mahkamah esok nk buat aku sumpah ni'. 'Mahkamah sesyen ke mahkamah tok Qadhi?'. Pulak dah...
Kisah 3 kesatria dalam kata lain Three Musketeers. One for All and All for One.
Sunday, August 24, 2008
Case of A Student
Case III
'Encik, semua rawatan dengan saya dah selesai. Sekarang ni,cuma tinggal cara encik nak menjaga gigi dan dapatkan rawatan segera jika ada masalah'. Rasa lega dan alhamdulillah, saya dapat menolong seorang lagi hamba Allah dalam melakukan ibadat tanpa sebarang kesulitan mahupun kesakitan. 'Oh, kiranya saya dah takde apa-apa rawatan lagi lah dengan awak'. 'Ha'ah, lagipun saya dah nak keluar'. Pesakit itu berlalu dengan muka agak kecewa. Saya tersenyum saja sambil kawan di sebelah memandang dengan muka yang agak inquiry.
Bukan saya untuk menilai apa niat dalam hati pesakit itu. Wallahu'alam. Advice saya; bila berkaitan dengan patient-doctor relationship sebagai orang yang profesional anda perlu bersikap objektif dan letakkan boundary di antaranya. Itulah pentingnya kita mendalami agama kita. ~kawan saya tanya ;apa salahnya klu kawin dgn patient sendiri? saya pun tak tau nak jawab apa...dalam hati: klu baik hati+handsome+ada duit+ada fikrah apa salahnya...tp ada ke mcm tu? Wallahu'alam.(lari topik)
postscriptum: … mereka adalah orang yang saling mencintai kerana Allah, bukan kerana kekerabatan mereka, bukan kerana harta yang saling mereka berikan. Demi Allah, wajah-wajah mereka adalah seperti cahaya dan mereka saling berada di atas cahaya. Mereka tidak berasa takut dikala manusia ketakutan dan mereka tidak bersedih dihati tatkala manusia bersedih hati…”
(HR Ahmad, Dari Abu Malik Al Asya’ari, Rasulullah SAW bersabda tentang golongan manusia yang dicemburui oleh para nabi dan syuhada’)
Saturday, August 23, 2008
Biarkan
Bermandi hujan pagi
Kian megah sang mentari
Bumi mana tak disinari
Tunggang kuda semberani
Mencapai awan tinggi
Berteka teki sang pelangi
Siapa yang kan mengerti
Alam yang gemilang indah
Merah di waktu senja
Kilauannya ada bicara
Berjumpa di esok saja
Terurailah tirai misteri
Dibelai jari jemari
Tangisannya tiada seni
Menggempar indera gerigi
Akan sesia sahaja
Kau cuba mengerti
Ada rahsia yg tak mungkin
Akan engkau fahaminya
Biarkan
Biarkan saja berlalu
Biarkan saja begitu
Biar saja biarkan...
Kesekian Kalinya
'Lihat tu, salji dah turun' sahabatnya mula menapak ke tingkap. Hawa sejuk mula meresapi ke tulang. Mengigil dibuatnya. Begitulah aturannya sesudah alam mekar kemudian gugur luruh seketika untuk kembali bercahaya. Agaknya begitulah jua iman di dadanya. Ada saat sukar dan ada pula saat yang menyenangkan. Dia bertafakur, mudah-mudahan salji memutih yang turun akan seia dengan terhapus dosa-dosanya. Dia tambah ralat jika hitam hatinya tak sembuh kemudian dibawa mati bersama.
Matanya tertancap pada Tafsir Fi Zilalil Quran dipinjamnya. Dicapai lembaran berkulit keras lincah jari jemarinya membelek helaian yang meruntun sekeping hati. Syed Qutb terlalu tabah, cekal dan kuat daya juangnya. Entahkan dia mampu seperti itu. Alangkah ajaibnya jika dia sezaman dengan pejuang itu, pasti dia mahu mengerahkan segala kudrat sama-sama berjuang. Tapi siapa dia?
Sudahlah iman setipis bawang, perilakunya belum tentu seratus peratus seorang muslim inikan pula seorang mukmin. Masanya terbuang membuai perasaan walhal tugas agamanya belum cukup sesuku. Duhai salji, kalau dosaku terpalit padamu adakah turut hitam dan mencair di waktu dingin ini? Duhai pokok, kalau maksiatku diserap akarmu adakah tumbang tak berbangkit dirimu lagi? Duhai angin, andai kelekaan ku menyerumu adakah engkau akan turut sama hilang di celahan awanan? Bicaranya tak terjawab, dibiarkan tergantung. Mudahan suatu hari ada jawapan darinya.
Bangkitnya dari tidur yang berpanjangan...moga kali ini dia tidak lagi kelenaan.
Makan-makan Things
Eat them! Sure you don't remember anything else except the taste. 'Yummy, achik' said Hadirah. Her saliva always drooling..ah I can see it.
postscriptum: 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk air dan 1/3 lagi untuk udara. That's the our stomach proportion should be.
Thursday, August 21, 2008
Inilah Mad'u Kita
"Orang yang memakai seluar jeans tidak bererti dia seorang kafir, dan yang memakai sarung seorang Muslim. Tidak, tidak demikian. Perbezaan yang sebenarnya antara seorang kafir dan seorang muslim adalah dalam hal pengetahuan. Seseorang adalah kafir kerana ia tidak tahu bagaimana hubungan dirinya dengan Tuhan dan hubungan Tuhan dengan dirinya, dan tidak tahu cara hidup yang mana yang harus dijalaninya di dunia ini, yang sesuai dengan kehendak Tuhan. Apabila seorang anak dari orang tua yang Muslim tidak mempunyai pengetahuan mengenai hal ini, maka apa alasannya bagi kita untuk menganggap dirinya sebagai seorang Muslim?"
Abul A'la Al-Maududi dalam Dasar-dasar Islam
Tak Semua Lurus Jalannya..
Tiba-tiba berbisik namaMu oh Ilahi
Terdetik di hatiku untuk sujud ke pangkuanMu
Memohon ampun dariMu
Dan selanjutnya ku tergoda lagi
Dunia ini yang sesat membunuhkan jiwaku
Kini ku mengakui teguranMu
Yang membuat ku sedar siapa diriku ini
Mantera Beradu
Bismillahirrahmanirrahim…
Gerakkan hati
Hati gerakkan
Pandanglah aku
Akulah dia
Kulitku tebal
Ku kebal ingatku kebal
Banyak berbual makan angin kembung perut mual
Resah dan tidak senang
Hidup tak pernah lenang
Ku skizoparanorya
Takut pecah tembelang
Pecah tembelang
Pekak dah hilang
Bangau dah pulang
Suara sumbang
Lidahku kaku tak selicin kuku
Teman baikku buku
Bini ku pena
Tak pernah lena
Aku suka mengintai pantang ditenung
Berakhir pertelingkahan dalaman pasti belum
Ikut gerak hati
Pena melayang
Dilihat dua layang pandang
Taklah segarang
Takat meradang
Tanya panggil dengan apa barang
Badan macam badang main acap belakang parang
Hunuskan keris
Musuh ada pistol
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul
Tujuh baris keramat
Tujuh baris penamat
Baik berpada
Biar jahat asal selamat
(Ramai saudaraku yang baik telah dipijak)
Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua gerak dan kalimat
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu
Yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman
Konflik motivasi cuba meditasi
Positif yang bercecari inspirasi pagi
Peduli itu kekasih basi
Pekakkan sebelah halang ia keduanya
Muka cantik soalan bodoh yang ditanya
Jadi melodi yang lebih hina dari zina
Lu bikin dosa ku bikin prosa
Testosteron testa rossa
Cita-cita sosa
KL KL kosa nostra
Jalan berliku ku harung roller coaster
Gah sentosa tiada penyesalan
Luas pandangan jauh dah berjalan
Tak sempurna masih ada kejanggalan
Gagal merancang merancang kegagalan
Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua gerak dan kalimat
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu
Kucing bawak tidur
Rimau bawak ngigau
Masuk tempat orang
Bawak otak bukan pisau
Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat
Dengar tiga meow
Kucing bawak tidur
Rimau bawak ngigau
Masuk tempat orang bawak otak bukan pisau
Tolak pintu buah
Tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga tapi takkan boleh menang
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang
Sebelum jadi naga ikan koi renang-renang
Kura-kura salah jawab pantun naik berang
Panggil lima kawan atau biar pergi laju
Risaukan perkara temeh kita takkan maju
Muka sama hijau hati siapa tahu
Merah dah menyala pasti mati siapa mahu
Gagap tiga kali bercakap benar saja
Bulan terang ramai yang keluar buat kerja
Panjat pokok buluh cari tokong air terjun
Naik sampai nampak
Datuk pegung turun
Tiga ular ikut
Lompat atau paut
Kalau lari mati
Jika belot maut
Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua gerak dan kalimat
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu
Puisi hatimu hatimu puisi
Palu hatiku palu hatiku
Kulit tak bersalin walau salin ganti baju
Pandang sini pandang sini skop berbahasa baku
Tatakata nahu himpun jadi satu
Mantera beradu dengan irama dan lagu
Akhirnya sempurna…
Malique ft M.Nasir
postscriptum: bahasanya tinggi, dalamilah ia jika serasa mampu.
Little Caliph
Tuesday, August 19, 2008
Jubah Ungu Itu..
From left (up): Umar, Fikri, Amnah, Aini, Yana, Suhainah, Chique. (below) K.Zenty, Zeti, Fiza Kama, Bitah.
All well end well. Eventhough at the beginning a lot of things going on my way and nearly get drown~when Allah said 'Kun Fayakun' everything went on His Way. So, why bother? Let alone all the obstacles, we survive on our way bi'iznillah anyway.
In the middle (up): Ling, Jah, Rahim, Sly, Wina, K.Ija, Zaza, Ain,Suharni, Airin,Shen. (below) Zu, Ann, Aza, Diyana
Since we are small family it was easier to gather us but not all were included. That moments will be memories for the rest of our life. Moments to cherish. We played, we studied, we worked hard, we faced rejections, we being scolded, we failed, we succeced and eventually we won this five years race. Together we unite, we unite for strength. Anyway, is not me to recall all past things~not my subject to mourn and grieve on things that we cannot hold them. What left behind should be at theirs yet rememberance is nice.
From left (up): K.Aisyah, Ang, Nezi, Arni, K.Tengku, (urs truly), Ada, Wai Ying, K.Ida, Mei Ling, K.Yani, K.Nani. (below) Didie, K.Zue, Zanna, Ilyana, Nik
I'll be far away yet too close to your heart dearie friend who sad that I'll be working away from her. If Allah will, I will visit you at USM once in a blue moon. I love you for being a true listener, accept what I'm about and respect my decisions and foremost what I am to you. My prayers always with you.
Postscriptum: " Ya Allah ya Tuhanku..janganlah Kau jadikan dunia ini suatu kerunsingan buat kami, tetapi jadikanlah akhirat itu suatu kerinduan kepada kami.."
~Doa Rasulullah s.a.w
Sunday, August 17, 2008
Thursday, August 14, 2008
Seorang Doktor Muslim Itu..
2. Doktor muslim contoh hendaklah beriktikad bahawa yang menyembuhkan penyakit itu ialah Allah. Apakah yang dibuatnya seperti memeriksa dan mengubati adalah sebagai wasilah sahaja. Dia hendaklah selalu memohon kepada Allah semasa memeriksa pesakit dan mengubatinya.
3. Doktor muslim contoh hendaklah bersifat lemah lembut, lapang dada dan berperasaan, biasakan dengan kata-kata yang baik ketika melayani pesakit kerana cara itu memberi kesan psychology kepada pesakit. Dia hendaklah memberi harapan yang sepatutnya kepada pesakit untuk sembuh dengan izin Allah. Pesakit begini sensitif terhadap perkataan dan pergerakan yang lahir dari doktor ketika pemeriksaan kerana pesakit mengharapkan penyakitnya sembuh.
4. Doktor muslim contoh hendaklah menunaikan tanggungjawab (kewajipannya) dengan cara yang paling sempurna dengan tidak mengira kedudukan pesakit itu sama ada fakir atau kaya, yang berpangkat atau tidak.
5. Janganlah mengenakan bayaran yang mahal kepada pesakit. Hendaklah menilai keadaan pesakit itu dari segi kewangannya walaupun dengan menanggung rugi bagi setengahnya. Tenangkanlah hati bahawa Allah akan menggantikannya dengan berkali-kali ganda.
6. Doktor muslim contoh hendaklah menjaga peraturan kebersihan tempat kerjanya, menentukan setiap pesakit itu pada waktu-waktu yang tertentu (make appointment) supaya tidak membuang masa pesakit hanya kerana menunggu.
7. Doktor muslim contoh hendaklah menjaga waktu solat dan memberikan kemudahan kepada pelanggannya untuk menunaikan solat ketika masuk waktunya.
8. Dia juga hendaklah mahir dengan hukum-hukum fiqh yang ada hubungan dengan kerjayanya supaya tidak terjerumus di dalam dosa. Begitu juga jika pesakit ingin tahu tentang hukum fiqh maka doktor dapat menunjukkanya.
9. Para doktor muslim sanggup bekerja di Negara-negara Islam walaupun jauh dari kehidupan kota. Kita tidak boleh membiarkan doktor-doktor missionary kristian mnyebarkan risalah Christian dikalangan pesakit-pesakit Islam sedangkan doktor-doktor muslim lebih mengutamakan kerja-kerja di negara-negara yang mempunyai kehidupan yang menyeronokkan.
10. Apa yang kami utarakan terhadap doktor-doktor muslim hendaklah menjadi contoh yang baik semasa melayani pesakit, sabar ke atas kesihatan mereka dan ‘empathy’ keadaan penderitaan mereka – kerana inilah medah dakwah kita.
Mustafa Masyur- Suri teladan di sepanjang Jalan dakwah
Wednesday, August 13, 2008
Monday, August 11, 2008
Finding My Way
Finally, I have been approved for my cooking skill by father since it was so hard to meet his. So, I had to leave the kitchen and pass over to Pips( hoho..I doubt you,but we'll see). Counting the days, after days and night never seem to be end. Keep busy updating the news and packing the stuffs~
Another news, abg Faiq is going to get marry by the of August. Who's he? A close-knit so-called relative. He is my father's foster brother. So long story, but we owe their family alot since our family moved to Kelantan. His father helped us to survive in this state until father decided to live here forever and bought some land properties. Well, dear 'uncle'; big responsibility awaiting you. Do good anyway! I'm going to attend this one insyaAllah.My left eyes swelled and inflammed~too much crying? Nope..I got infected after cleaned the dust and dirt. I'm too sensitive to dust, resulting in itchness on the contact area. So I scratched and scratched to relieve it but it turned otherwise. So don't scratch.
Ok, hope to see all my beloved friends at Penang eventhough I cannot make it to celebrate the medical collegeus. So sorry, I pray for all of you dear Dr Noor Hidayah, Dr Nurul Hafizah, Dr NurHidayati, Dr Nur Syafini, Dr Nor Arifah, Dr Mas Ayu, Dr NurHafizah& Dr Solahuddin, Dr Hazizul Helmy, Dr Khazran, Dr Iftitah, Dr Abdul Hadi, Dr Syukran and for the rest batch of 07/08.
Not to forget my happy-happy family : Dr Nurul Diyana, Dr Amnah, Dr Nik Siti Aisyah, Dr Rosnani, Dr Umar. Nampakny kat Penang kita kena buat gathering. Even makan-makan sambil bg peringatan pun dikira usrah jugak kan? Kita pay the dutch treat~fair and square. Ajaklah Dr Rahim skali, kesian dia sorang2 duk kat tepi tgk kita makan.
Hopefully soon will follow by : Dr Khoironi, Dr Siti Rashidah, Dr Siti Nur Khamariah, Dr Siti Maryam, Dr Solehah and younger sis and bro. (this is my prayer for you all, don't just be average but be great and marvellous. InsyaAllah)
postscriptum: "Half of what I say is meaningless; but I say it so that the other half may reach you" -Kahlil Gibran-
A Friendship
"And a youth said, speak to us of friendship.And he answered, saying:
Your friend is your needs answered.He is your field which you sow with love and reap with thanksgiving. And he is your board and your fireside, for you come to him with your hunger,and you seek him for peace.
When your friend speaks his mind, you fear not the "nay" in your own mind, nor do you withhold the "ay." And when he is silent, your heart ceases not to listen to his heart;for without words, in friendship, all thoughts, all desires, all expectations are born and shared, with joy that is unacclaimed.
when you part from your friend,you grieve not; for that which you love most in him may be clearer in his absence, as the mountain to the climber is clearer from the plain. And let there be no purpose in friendship save the deepening of spirit.For love that seeks aught but the disclosure of its own mystery is not love but a net cast forth: and only the unprofitable is caught.
And let your best be for your friend. If he must know the ebb of your tide,let him know its flood also. for what is your friend that you should seek him with hours to kill? seek him always with hours to live.For it is his to fill your need, but not your emptiness.
And in the sweetness of friendship let there be laughter, and sharing of pleasures. for in the dew of little things the heart finds its morning and is refreshed.
Sunday, August 10, 2008
Friday, August 08, 2008
Ku Hadir PadaMU
Tenanglah Duhai Hati
Since this post entry I solely dedicate to persons who helped me and friends to get thru as a dental students~ a zillions thanks for those who without fail continue gave supports to us. Teringat zaman-zaman balik bilik pukul 7 lbh semata-mata nak siapkan keje lab, pastu malam gi lagi sampai pkul 12, pagi esok awal-awal pagi lagi keluar bilik nak prepare untuk patient, calling or messaging. Tangan ni dah macam pouch khas untuk handset, asal masuk panggilan or msg..mulalah berdebar. Boleh ke patient datang ni?Klu tak datang, nak panggil sapa lagi? Alahai..kalau tak datang, tercengang2 dengan muka sememeh depan telefon tak pun assist org lain. Sungguh tension, bila diingat-ingatkan.Well, best jugak ada kenangan macam ni. Boleh jugak dikenang-kenang. Itu tak termasuk, sinful acts, main2 bila Dr takde dan habiskan barang-barang klinik tanpa rasa bersalah.Al mubazirun
Tadi ke kuliah tok guru, alhamdulillah ketenangan tak terhingga bilamana suara tok guru melantun ke telinga. Apapun yang lebih penting, isinya. Satu yang melekat di hati; adil~bukanlah bererti sama rata tapi perumpaannya yang kerja keras dapat lebih, yang kurang kerjanya kuranglah dapat hasilnya. Lepas tu, tok guru meneruskan dengan surah An Najm. Apakah selepas ini saya berpeluang ke majlis ilmu yang dirahmati dan dibawah lindungan para-para malaikat yang mencintai majlis-majlis zikir mengingatiNYA. Pesan saya; sesiapa yang Allah masih berikannya peluang dan masa turunlah untuk bersama insan-insan yang mencintai ilmu dan mencari keredhaanNYA. Peluang yang datang sekali sahaja, tidak berulang-ulang.
Tiba-tiba saja, hati saya mula menangis. Memang saya kerdil dan tak mampu. Saya keletihan, minda saya sudah tua, hati saya amat rapuh. Saya insan biasa adakala adamasa bangkit dengan semangat berkobar dan ketiduran berpanjangan. Hanya majlis sebegini mampu mengembalikan dan meniupkan ruh ke dalam nurani. Duduk bersama mereka, biarpun saling tak mengenali tapi sudah boleh menguntum senyum bertanya khabar. Subhanallah, hebat sungguh perasaan sebegini. Hiduplah kembali jiwa yang telah mati.
'Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan mencintai orang yang suci (baik dari kekotoran jasmani mahupun kekotoran rohani)" Al Baqarah :22
Orang yang beriman akan menghiburkan hatinya dengan cara berhubungan dengan Allah, melaksanakan perintahNYA, kewajipan, menekuni dalam amalan-amalan sunat. Mereka terhibur dengan kehidupan yang dicorakkan Allah, sentiasa bersangka baik dengan Allah dan membuatkannya tidak pernah resah. Apabila diberi nikmat, mereka terhibur, lalu bersyukur. Diberi kesusahan, mereka juga terhibur, lalu bersabar.
"Katakanlah wahai orang yang beriman: Agama Islam yang kami telah sebati dengannya adalah :Celupan Allah dan siapakah yang lebih baik celupannya selain daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNYA lah kami beribadat" Al Baqarah:138
Bukanlah saya ini orang yang paling lama hidup bukan jua yang paling banyak ujian yang saya lalui cuma apa yang setiap orang lalui adalah berbeza-beza kisah hidupnya. Ada yang kaya tapi banyak pula masalah dan yang miskin hidupnya bahagia tak terhingga. Dan semua orang mencari-cari sebuah ketenangan dan kebahagiaan sendiri. Alangkah indahnya jika kita mampu bersabar bila ditimpa kesempitan. Itu anugerah teristimewa jika saya mampu melaluinya. Hati saya ini sungguh 'fragile' meskipun nampaknya saya biasa-biasa sahaja.Pengalaman yang lepas sewajarnya mengajar kita, kuatkan jatidiri dan hati mesti berpendirian. Kerana bila tiba saat-saat sukar, amat mudah kita menempuhinya tanpa goyah.
postscriptum : ladang hati manusia itu selalu ketandusan, airilah ia dengan sumur keimanan. Kerana darinya tumbuh pepohonan kebahagiaan berpanjangan.
~Miss Better In Time~
Wednesday, August 06, 2008
Saturday, August 02, 2008
Happy Graduation
Where we're gonna be when we turn 25
I keep thinking times will never change
Keep on thinking things will always be the same
But when we leave this year we won't be coming back
No more hanging out cause we're on a different track
And if you got something that you need to say
You better say it right now cause you don't have another day
Cause we're moving on and we can't slow down
These memories are playing like a film without sound
And I keep thinking of the night in June
I didn't know much of love, but it came too soon
And There was me and you, and then it got real
Stay at home talkin' on the telephone and
We would get so excited, we'd get so scared
Laughing at our selves thinking life's not fair
And this is how it feels
As we go on, we remember
All the times we had together
And as our lives change, from whatever
We will still be, friends forever
So if we get the big jobs and we make the big money
When we look back now, will that joke still be funny?
Will we still remember everything we learned in school?
Still be trying to break every single rule
Will little brainy Bobby be the stockbroker man?
Can Heather find a job that won't interfere with her tan?
I keep, I keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly
And this is how it feels
Will we think about tomorrow like we think about now?
Can we survive it out there? Can we make it somehow?
I guess I thought that this would never end
And suddenly it's like we're women and men
Will the past be a shadow that will follow us round?
Will these memories fade when I leave this town
I keep, I keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly
~Happy Graduation to all. I'm looking forward now~
Pushing Daisies..the chapter
p/s: suddenly i fall in love with daisy+pie (tat telur tuh tmasuk dlm kategori ni jgk)..but Ned? Gimme sometimes to think over..maybe after my parent's permission kot!Acting as if he proposed me..yuhuu..
Friday, August 01, 2008
The Unvarnished Truth
Me : Holla, what happen to you lately?
Hafizah : Hi, ehm. Actually I cannot figure it out too. I know I mess everything out. Easily tempered and so on. I'm tired being out of nowhere.
Me : You should grateful. At least the job await you how about others.
Hafizah : Others? What are you pointing out? My profesyen already took me years than other, I had to sacrife a lot than others'and for all these things you ask me to equalize what I did with others. Nonsense!
Me : Be patient. I know sometimes you too snobbish, reluctant to accept others and treat them equally.
Hafizah : Well done, you can read mine finally. But not enough. Try harder. Then, I dedicate this song to you. Nothing related.
Deserts must expand
And camels sail like wooden ships
Like women on the strand
There's sand on Second Avenue
And the wind blows like a train
Taxis light up like a string of pearls
Around the block again
And I remembered everything
And every windowpane
Every word came back to me
The way it used to be
Then I saw your face across the street
And my heart was home again
There's a bus that leaves at eight fifteen
And another one at ten
Should I climb aboard, risk everything
And ride it to the end
Watch the hills like roller coasters
Up against the sky
And wish that you were here by me
So close that I could die
You said love wrecks everything
And none of us survive
So I got over you last night
And I am still alive
Then I saw your face across the street
And my heart was home again
And I remembered everything
And every windowpane
Every word came back to me
The way it used to be
Then I saw your face across the street
And my heart was home again.