Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, August 23, 2008

Kesekian Kalinya



'Lihat tu, salji dah turun' sahabatnya mula menapak ke tingkap. Hawa sejuk mula meresapi ke tulang. Mengigil dibuatnya. Begitulah aturannya sesudah alam mekar kemudian gugur luruh seketika untuk kembali bercahaya. Agaknya begitulah jua iman di dadanya. Ada saat sukar dan ada pula saat yang menyenangkan. Dia bertafakur, mudah-mudahan salji memutih yang turun akan seia dengan terhapus dosa-dosanya. Dia tambah ralat jika hitam hatinya tak sembuh kemudian dibawa mati bersama.

Matanya tertancap pada Tafsir Fi Zilalil Quran dipinjamnya. Dicapai lembaran berkulit keras lincah jari jemarinya membelek helaian yang meruntun sekeping hati. Syed Qutb terlalu tabah, cekal dan kuat daya juangnya. Entahkan dia mampu seperti itu. Alangkah ajaibnya jika dia sezaman dengan pejuang itu, pasti dia mahu mengerahkan segala kudrat sama-sama berjuang. Tapi siapa dia?

Sudahlah iman setipis bawang, perilakunya belum tentu seratus peratus seorang muslim inikan pula seorang mukmin. Masanya terbuang membuai perasaan walhal tugas agamanya belum cukup sesuku. Duhai salji, kalau dosaku terpalit padamu adakah turut hitam dan mencair di waktu dingin ini? Duhai pokok, kalau maksiatku diserap akarmu adakah tumbang tak berbangkit dirimu lagi? Duhai angin, andai kelekaan ku menyerumu adakah engkau akan turut sama hilang di celahan awanan? Bicaranya tak terjawab, dibiarkan tergantung. Mudahan suatu hari ada jawapan darinya.

Bangkitnya dari tidur yang berpanjangan...moga kali ini dia tidak lagi kelenaan.

postscriptum:"… para pendakwah yang mahir mesti berpegang teguh dengan syiar ini iaitu; Masa Adalah Sebahagian Dari Rawatan…" Imam Syahid Hasan al-Banna
sempena Ramadhan :Ya Allah, terimalah puasa dan ibadah kami sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Ya Allah, kurniakan kami malam Lailatul Qadar. Ampunkan dosa dan kesalahan kami. Terimalah taubat kami. Masukkan kami ke dalam golongan hamba-hambaMu yang Kamu redhai. Aamin …

0 Comments:

Post a Comment

<< Home