Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Tuesday, January 30, 2007

Thru The Darkness

Pernahkah anda menunggu sesuatu yang tak kunjung tiba sedangkan setiap hari anda menantikan dengan penuh kesungguhan. Anda kekadang tidak pasti adakan ia akan datang? atau selamanya anda akan tetap setia menunggu biar apapun yang berlaku, hujan ribut, panas terik, orang lain sudah jauh ke hadapan cuma anda yang masih menetap tak berganjak hanya kerana KEYAKINAN yang utuh.

Saya pun sedang menunggu sesuatu tetapi sesuatu yang pasti...MENUNGGU BILA KEMATIAN UNTUK SAYA TIBA....

Labels:

Any Given Time



Assalamualaikum wbt,

Hadirah : Assalamualaikum achik, sihat ke?
Hafizah : Waalaikumuslm, eh hadirah.Alhamdulillah sihat, Hadirah?
Hadirah : Alhamdulillah sihat cuma selsema sikit. Sekarang Hadirah ada perkembangan terbaru..
Hafizah : Ye ke? syukur padaNYA.Apa dia? Tak nak cite kat achik ke?
Hadirah : Sekarang saya dah tak takut macam dulu, selalu nangis.Sebab saya dapat ramai kawan kat nursery. Gembiralah ada kawan.
Hafizah : Huhu..bagus betul cayang achik sorang nih.Hmm..betul tu, ada kawan boleh ajak main-main lagipun mesti penat mak cayang jaga cayang selama ni kan?
Hadirah : Hehe..abis tuh, dah dapat saya kenalah jaga saya.
Hafizah : Amboi cayang ni, dah pandai kenakan achik ye? Hai, nampaknya tak cukup 2 orang achik kat rumah yang buli achik Fizah ye nak kena tambah cayang lagi.Mau report sama mama kamu ini.
Hadirah : Takdelah achik, maafkan Hadirah ye rindu kat achik nih.
Hafizah : Achik pun rindu sangat kat cayang, rindu tak terkata. Asal dengar cite pasal cayang melalui achik Fifah je..meleleh air mata sambil ketawa. Nak ketawa bila tengok keletah cayang!
Hadirah : Achik puasa tak Muharam ni? Hadirah tak puasa sbb kecik lagi, selalu lapar lah. Rindu pulak nak makan ais krim dengan achik.
Hafizah : Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk puasa w/pun sibuk kat klinik. Banyak juga dugaan, tapi bersabar itu paling baik.Cuma achik pun tak pandai sangat nak berdakwah. Tgh bljr,hujung minggu ni achik balik.Terpaksa reformat laptop~banyak sangat virus yang tak terscan.
Hadirah : Achik, Hadirah pun rindu sama atok dan nenek.Semua orang kata mata Hadirah sama macam mata atok.
Hafizah : Ha'ah, mata Hadirah unik~bulat tapi sepet takde kelopak.Hehe, tapi tetap cantik dan cute di hati achik2 sekalian.Oklah, achik kena tidur awal.Esok ada seminar dan klinik.Doakan setiap hari achik diredhaiNYA,dipermudahkan urusan dan dijauhkan dari perkara buruk.
Hadirah : InsyaAllah, saya sayang achik..

"To my big bro' who soon will fly to Labuan this Thursday: May Allah keep your faith and creed in His hand, bless you for every single step you taken and guide you to His path, and eat only the halal and keep away from the forbidden ones'
I'm going to miss U a lot..muahhh,take care~I LOVE YOU SO MUCH from the bottom of my HEART..see.I always remember your advice~bersyukur dgn apa yg ada, orang lain banyak lagi yang kurang!tQ. since such a long time: no street fighter, doom, nightmare, the sims, command and conquer (watch out, you afraid being losing to a girl like me so you end up playing football manager~things I'm not keen into it)

Labels:

Cukup Bagiku

"penuhi jiwa ini dengan satu rindu
rindu untuk mendapatkan cinta-Mu
meski tak layak ku harap debu cinta-Mu
meski begitu hina ku bersimpuh
cukup bagiku Allah,segalanya bagiku
dihatiku ini penuh berisi segala tentang Allah

kepada nabi Muhammad,
tercurah selawat Allah
tiada Tuhan selain Allah, cukup bagiku Allah
hasbi Rabbi Jalallah
mafi qolbi Ilallahal
alhadi shollah
laa ilaa ha Illallah "

*CUKUP BAGIKU ALLAH*

Labels:

Sunday, January 28, 2007

Puasa 9&10 Muharram



1. Melapangkan masa / belanja anak isteri fadhilat -
Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin fadhilat -
Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah fadhilat -
Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat fadhilat -
Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim fadhilat -
Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah fadhilat -
Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri fadhilat -
Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat fadhilat -
Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat :
"Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
9. Bercelak fadhilat -
tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali fadhilat -
Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat fadhilat -
Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
Lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala"
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca "hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru" fadhilat -
Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa fadhilat -
Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala" fadhilat -
Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain

Labels:

Saturday, January 27, 2007

Jadikan Tahun Ini Lebih Baik

Assalamualaikum wbt to all readers,
Moga hari ini lebih baik dari semalam, dan tahun ini lebih baik dari semalam. Semacam kerugian bagi sesiapa yang hari-hari yang dilaluinya masih lagi sama malah lebih rugi jika ia semakin buruk. Sudah menjadi tradisi, bila saja tahun baru muncul pasti ada azam dan cita-cita yang baru menempati dalam diri. Itu dikira bagus, kerana masih ada rasa dan keinginan untuk mencapai sesuatu yang baru yang tak didapati pada tahun sebelumnya. Namun bukanlah bererti kita akan terus maju, jika azam tahun sebelumnya masih belum tercapai. Bukan niat ana membantutkan harapan dan azam kalian,tetapi muhasabahlah. Kekurangan perlu ditampungi dan kelebihan perlu dipertingkatkan.

Carilah resolusi yang memang mampu kita lakukan, bukan sekadar menurut orang lain. Contonhya datang ke kelas, pejabat dan program 5 minit lebih awal, atau dalam masalah hati, kita tidak mahu bersifat prejudis kepada orang lain, hendak mencintai dan membahagiakan semua orang, menegur dengan penuh kasih sayang bukan atas dasar tidak puas hati(dapat dibezakan sebenarnya kalau kita menegur dengan kasih sayang atau mahu menang/tak puas hati). Ana secara jujurnya, lebih suka dan terasa amat dihargai jika ditegur oleh senior terdahulu yang dah graduate dulu2. Cara dan pendekatan yang lemah lembut tetapi tegas. Membuatkan ana lebih bersemangat untuk berubah dan memperbaiki perfomance. Kalau org tegur dgn tak elok, ana pun jadi malas nak buat(ops, tersilap niat nanti).

Pilihlah resolusi yang tidak boleh diukur, tanpa unit dimensi dan abstrak contohnya ana akan jadi orang yang lebih baik. Ini tidak boleh diukur kerana lebih baik boleh membawa pelbagai maksud iaitu baik saja, lebih baik dan lebih baik lagi

Cari resolusi yang sudah lama kita lakukan atau kebiasaanya contohnya setiap hari kita baca Quran tetapi adakah kita tadabbur dan menghayati secara jelas Quran? Maka azam kita untuk lebih tadabbur dan mengamalkannya.

Untuk ana...sekarang sudah tiba masanya ana menumpukan perhatian pada anak-anak ana yang sering ditinggalkan; Persatuan Sains Pergigian (PSG). Beberapa resolusi ana
-Update akaun Bendahari yang kreditnya masih banyak
-Follow up dengan Bendahari USM monthly
-Generate kewangan PSG dgn Exco Ekonomi
-Gunakan duit PSG untuk generate pahala dan kebaikan untuk ahli PSG
-Pertingkatkan aktiviti PSG; amar ma'ruf nahi mungkar
-Penumpuan pada akademik adik2 1st year-decrease or zero fail

Sabda Rasulullah s.a.w " Menjadi kewajipan kamu menuntut ilmu sebelum ia diangkat ke langit oleh Allah iaitu dengan matinya para ulama'. Tidak seorang pun insan dilahirkan dalam keadaan berilmu, bahkan ilmu diperolehi hanya dengan mempelajarinya"

Labels:

Thursday, January 25, 2007

Andai Ini KetetapanMu



Aduhai hati
Redhailah setiap apa yang kau lalui
Dalam hari yang mendatang
Sabar dan teguhlah pendirianmu
Agar sesekali dirimu tak rebah
dek pukulan kehidupan

Aduhai hati
Andai dirimu hanya menganggap dunia
adalah matlamatmu
Pasti setiap hari dirimu
kan kecewa
Berendam dalam kedukaan dan dendam

Aduhai hati
Andai mata hatimu
Jauh melihat betapa indahnya
syurga betapa saujananya nikmat Allah
Pasti dirimu
tak habis-habis meminta
agar sentiasa diuji
Biar iman menggunung dalam diri.....

.......moga Allah mengampuni segala dosa dan kekurangan ana dalam memegang taklifan dan amanah yang silih berganti. Moga jadilah apa yang diri ini lalui dalam kepenatan, kesedihan, tekanan dan air mata kenangan termanis dan panduan dalam menjalani kehidupan akan datang.Terima kasih kepada yang mengkritik, membimbing dan memberi semangat...kenangan yang takkan ana dpt masa kerja nanti..jauh dari sahabat semua tapi DEKAT DI HATI..

p/s: terima kasih mak kerana memahami anakmu ini dan kerana menghadiahkan tong sampah penguin kecil pada anakmu ini=) That love will never leave..

Wednesday, January 24, 2007

You Are Loved (Don't Give Up)

Don't give up
It's just the weight of the world
When your heart's heavy
I will lift it for you

Don't give up
Because you want to be heard
If silence keeps you
I will break it for you
Everybody wants to be understood
Well I can hear you
Everybody wants to be loved
Don't give up
Because you are loved

Don't give up
It's just the hurt that you hide
When you're lost inside
II'll be there to find you
Don't give up
Because you want to burn bright
If darkness blinds you
I will shine to guide you
Everybody wants to be understood
Well I can hear you
Everybody needs to be loved
Don't give up
Because...you are loved
Don't give up
It's just the weight of the world
Don't give up
Everyone needs to be loved
You are loved
p/s: Don't misunderstood with above lyrics..just one motivated song..sang by my mom to me(ahaks...tipu jer)..actually I'm so called fan of josh groban's rthym~soprano.Once in a blue moon, I love to study with music; the tranquil one. Uhuh, suddenly I cry.Why? Today, so much sins I commited. I lied to someone, saying that I'm already married since that person kept disturb me. What a relief but then..the truth is I LIED. Ya Allah, maafkanlah hambaMu yang tak terdaya ini, lindungilah aku dari fitnah dunia.

Monday, January 22, 2007

On Love

Masakan ibu
Dalamnya bukan sekadar ada
rasa, manis, masam,masin,pedas dan pahit
tapi ada rasa yang sukar digambar pada pandangan maknawi

Diairi dengan rasa kasih sayang mendalam
Dikacau dengan rasa sebuah kesabaran
Diadun dengan erti sebuah kepenatan
Lantas dihidang dengan sebuah kelembutan seorang ibu
Maka berkerumunlah anak-anak
menatap, menghidu dan menjamah
sebuah 'masakan' oleh seorang ibu.

Seorang ibu
cukup berbangga dan bahagia
tika mampu menyediakan keperluan keluarganya
hatta hanya dengan memasak

Dia memasak dengan hati
Hati yang amanah pada sebuah tanggungjawab di pundaknya
Hati yang di dalamnya penuh rasa kasih
buat anaknya dan suami tercinta..

Dedikasi buat ibuku, yang selama 28 tahun memasak, membasuh baju, mendidik kami.
Moga diri ini dapat berbakti sebagaimana ibuku..memasak, membasuh, menjemur, mengemas dan mendidik para mujahid pada masa akan datang!InsyaAllah.

And when you crush an apple with your teeth, say to it in your heart,"Your seeds shall live in my body,And the buds of your tomorrow shall blossom in my heart, And your fragrance shall be my breath,And together we shall rejoice through all the seasons."

Zainab Al-Ghazali rahmatullahi `alaiha pernah berkata kepada suaminya ketika dia mempersoalkan perjuangan isterinya, kerana isterinya kurang memberi perhatian dan masa untuknya, Jawabnya "Ingatkah dulu kita bernikah untuk memudahkan jalan dakwah ini? Jadi jika pernikahan ini yang menghalang perjuangan ini, maka di sinilah noktah bagi pernikahan ini."
p/s: Hehe..smlm kami berbarbeque (tp di bwh port kete ayah ana aje). Mcm2 ada, best part was~tlg mak memasak..sediakan ingridients..ana just buat puding roti on my own,the rest mom's cookings. Terima kasih semua senior n shbt se'dental'.

Friday, January 19, 2007

‏بدأ الإسلام ‏ ‏غريبا ‏ ‏وسيعود كما بدأ غريبا ‏ ‏فطوبى ‏ ‏للغرباء

“Islam bermula dalam keadaan yang ganjil. Ia akan kembali menjadi ganjil sebagaimana ia bermula, maka beruntunglah orang-orang yang ganjil (kerana Islamnya)” (Riwayat Muslim)
Hujan yang mulanya sekadar rintik-rintik beransur-ansur menjadi lebat. Sudah dia agak, awan yang mendung sedari tadi membetulkan telahannya. Kepalanya disandar pada kerusi, panas dahinya. Kepalanya pening, dalam otaknya berselirat neuron yang aktif menyebarkan impuls.Barangkali nodus Ranvier yang membalut axonnya lebih banyak dari kawan-kawan lain. Asal dia berhenti berfikir pasti sakit kepalanya datang. Lantas dia harus terus berfikir.
Ya Allah, tak tertahannya sakit ini. Dia cepat-cepat menuju ke bilik air, kepalanya diratakan dengan air paip yang mencurah-curah. Dia tersenyum,alangkah indahnya saat waktu kecil. Bila demam pasti ibu ada di sisi membasahkan kepalanya dengan lembut menekan ubun-ubunnya. Ibulah yang paling setia di sisi, membelai sambil memujuknya untuk menjamah makanan. Cuma kini, dia harus sedar dia bukan budak kecil lagi, ada tanggung jawab yang lebih besar lagi dan matlamat yang masih jauh belum tercapai.
Minggu ini sahaja, dia sudah teramat keletihan. Pagi hingga petang kuliah sebelah malamnya pasti ada agenda yang menuntut masa dan tenaga darinya. Dia tak banyak berkira, semuanya dilakukan atas dasar amanah dan mahu melaksanakan segala tuntutan yang wajib ke atasnya.Dia sekadar berharap agar Allah kurniakan lebih kekuatan dan ketabahan dalam hidupnya. Mampu menerobos lebih jauh ke dalam cabaran dan belajar bahawa hidup senang lenang bukanlah jalan kebahagiaan yang sebenar. Masih ada yang tertangguh dalam perjuangan hidupnya.
'Biar pahit mulanya, asal manis hujungnya' kata Syaja'ah
'Biar saya tahan selera di perhentian kecil, asal saya makan enak di perhentian besar kelak' kata Iffah
Antara iffah dan syaja'ah tidak dapat dipisahkan.Keduanya laksana sayap kiri dan sayap kanan.Kalau patah salah satu ,tidak boleh terbang lagi. Tiap perbuatan yang mengandungi perjuangan mesti berdasarkan iffah dan syajaa'ah. Dia iffah, sebab dia tidak peduli seruan nafsu dan dia syaja'ah kerana dia sanggup derita buat itu.

Thursday, January 18, 2007

Siapa Ku di Hati Mu

Selari dengan pertambahan umur dan berlalunya waktu, ada perkara baru yang kita semua belajar. Tak berkurang malah bertambah, makin banyak tahu..makin banyak jua yang tak tahu dan sudah sunnatullah. Manusia punya keinginan untuk mengetahui dan belajar untuk melengkapkan hidupnya dan mencari apa yang belum diketemukan dalam dirinya.

Dulu selalu juga berfikir, siapa best friend kita ye? Yang pandai2 je ke? yang baik hati ke? yang suka tolong ke? yang tukang dengar masalah kita ke? yang sama matlamat ke? dan semuanya tak terjawab sehingga petang tadi balik klinik menyinggah ke bilik kawan yang lama tak dijenguk walhal bilik selang 2 buah je. Nampak sangat sibuk yang dibuat-buat.

Berbual sambil makan, bercerita sambil berdiskusi. Dan terima kasih sahabat kerana membuatkan ana ketawa sampai tears drop thru my eyes. Such a long time since I didn't have any chance to have a hearty laugh. Thanks for make me laugh again and listen to me.

Since then, I realise people have many characters and same as my best friendS..I have a lot of them and they are my very best friends in THEIR OWN ways. I cannot treat them same as other, for them..hearts don't belong to one owner (except Allah). Some I can talk, some I can share, some I can listen, some I can cry and some make my day! Mom always say that..I will sacrife anything for friends, is that true? Hehe..at some point Yes and at the other I can be 'CRUEL' enough. I said things directly to their ears..no filtering system. I just say what I want to say. If they take it to heart..at least they trying to learn about me...best friend never fight? I think that's wrong..best friend always fight to find the similiarity in ideas and action. So, those who never fight..better watch out..they may be your enemy.

p/s: TQ Mizah for make my day after entire weeks go 'madly'..


SAHABAT BAIK BUKANLAH ORANG YANG SENTIASA MEMBENARKAN KAMU, TETAPI MENEGUR KAMU TIKA KAMU MEMBUAT KESALAHAN~

A Call From Home

You better watch out! Home start calling me..if I'm too 'sick' I can be the most uncommited person. I can skip meeting, close all the book, let the patient hanging around and my friends keep wondering where I am? So don't let me BE!

Mak, fizah dah nak demam nih...

TWO WRONG DON'T MAKE RIGHT~

Monday, January 15, 2007

She's All That


For us
You like a river flow
Your smell like a new grass after the harvesting season
Your eyes shone brightly as the moon does
Your happiness like a diamond among the glass

For us
Your existance like a wave that break the barrier
Your voice such as harmony as bee
Your cries means sword to our ears

For you..
we are like 'angel'
keeping you safe and shower with never ending love
we are like 'guardian'
one bite of mosquite always keep us worry
But for sure...no one can protect you like HE does
For you
HE's the one and only
the Guardian who cares more than human do.
For every one
She's All That
The sweetest among the sweetest
What make she cry..soon make me cry too
A little cut to her means bruises and laceration to us
Small injury but long time to heal..
Oh, Hadirah
Please stay healthy,
I know you 'suffer'
but you're tough girl
I ever know
Keep healthy yay!

p/s: Hadirah's health little bit deterioted.Please pray for her to be as healthy as before..

Friday, January 12, 2007

First Conduct of Extraction


Assalamualaikum wbt, alhamdulillah baru ada sedikit kesempatan bertandang lalu digunakan untuk menulis. Entahlah sejak kebelakangan ni terasa amat kosong kehidupan~ada sesuatu yang hilang.Mungkin lepas ni seblm tidur kena introspeksi diri dulu.

Actually, apa yang ana dapat pun banyak minggu ini. Banyak kena baca dan banyak juga kena memorize till the end of my carreer and life also.

"Since you're the clinic, I cannot treat you as a student..you're the dentist now!"

Dr Zainul kept pushing me to be confidence enough.Bayangkan, ana planned nak buat tampalan tetiba Dr arah supaya buat extraction root stump gigi bawah. Alamak, satu habuk pun ana tak ingat yang ana ingat material~Local anesthesia, contents, reaction but how to inject, on what and so on boleh dikatakan 1% only. Ya Allah, barulah ana tahu betapa lekanya ana selama nih. Berpeluh-peluh tangan, walhal air cond sudah cukup menyejukkan.

Conclusionnya, I have to do an assignment of ID block !Bagus juga sekurangnya ana membaca sikit. Hehe..tapi berjaya juga extraction root stump by myself!Uh, unbelieveble. Nih, kena tipon mak ni..biar mak rasa bangga dgn anaknya. Betul jgk, ckp Dr, I'm no longer a 'student' but not yet a proper dentist. But I've to deliver my best, safe and effective service towards my customer: the patients.Their expectation towards us is too high sometimes.

Imagine, how the dentist can change the patient's life from low self esteem the high level enough so they can socialize with community well. Missing the anterior teeth (gigi depan) are miserable enough for us, neither you can smile nor talking. For you, is a shame to show no teeth at all. But different people perceive things differently. Some get aware but some don'ts. Anyway, Allah did every little thing so perfect, unfortunetly we ignore it.Take for granted ,and in the end...you regret.So, kalau gigi yang rongak, berlubang and so on jangan tunggu sakit dulu. Prevention better than cure, sebab itulah Rasulullah s.a.w ajar kita untuk bersugi!

Mahabbah

"Hai orang-orang yang beriman,bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNYA dan berjihadlah pada jalanNYA, supaya kamu mendapat keberuntungan" (Al Maa'idah : 35)

SESUNGGUHNYA mahabbah 'cinta' sesorang hamba kepada Allah s.w.t merupakan pengaruh alaminyang timbul dari rasa syukur atas nikmat yang dikurniakan Allah s.w.t kepadanya. Oleh kerananya, Rasulullah s.a.w bersabda :

"Cintailah Allah kerana ia telah mengurniakan padamu segala nikmatNYA dan cintailah aku kerana Allah mencintaiku dan cintailah Ahlul Bait kerana aku mencintai mereka"

Cinta Allah s.w.t kepada hambaNYA terjadi saat seorang hamba meniti jalan yang dibentangkan Allah bagi kehidupan manusia dan menghindari yang tidak disyariatkanNYA.
Ketika mempelajari Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w, kita menemukan bahawa Allah dan Rasul menjelaskan sekelompok manusia yang dicintai Allah dan sekelompok manusia yang dibenciNYA. Manusia hanya akan dicintaiNya ,jika ia melepaskan segala sifat yang dimurkai Allah s.w.t, lalu melaksanakan sifat-sifat yang dapat menimbulkan perasaan cinta pada Allah s.w.t dalam dirinya.

Adapun Allah s.w.t lebih mendahulukan cintaNYA pada hamba dari cinta hamba kepada NYA, Allah s.w.t berfirman : "..maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintaiNYA" Surah Al Maa;idah: 54.

Saat kita mengenali sifat-sifat yang dicintaiNYA maka saat itulah kita akan menemukan cinta Allah yang murni dalam hati kita(semoga Allah mengizinkan kita menemukan cinta tersebut)
Orang yang dicintai Allah ialah orang yang memiliki sifat al-ihsan , didapati bahawa lafaz al-ihsan membawa dua makna yakni 1) berbuat kebajikan dan 2) perasaan akan kehadiran Allah s.w.t saat melakukan perbuatan atau seakan-akan kita melihatNYA.

Kemudian, orang yang bertaubat.Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyucikan dirinya. Taubat itu wujud setelah meninggalkan dosa, menyesal atas perbuatan tersebut serta bekeinginan kuat untuk tidak mengulangi perbuatan yang lepas.Sekalipun berdosa besar, yakinlah Allah mengampuni dosa-dosa dan janganlah berputus asa walau sedikit.

" Ibrahim berkata: Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan melainkan orang-orang yang sesat" (al Hijr-56). Kerana dosa itu banyak sekali, ada yang trsembunyi tanpa orang lain mengetahui kecuali diri kita, ada yang terang nyata, ada yang kecil dan ada juga yang besar.

Dengki itu dosa, sombong pun dosa, dan syirik tersembunyi pun dosa.Tidak mencintai saudaramu seperti kamu mencintai dirimu adalah dosa, jika tidak memberi nasihat kepada orang muslim pun adalah berdosa.Oleh itu, disunnahkan kepada kita dua tradisi kenabian yang berterusan iaitu muhasabtun nafsi ~introspeksi diri dengan menghitung kesalahan dan istighfar selalu meminta ampunan dariNYA...

Monday, January 08, 2007

Antara Tat Telur dan Hadirah

Hari ini sama seperti semalam cuma level kemalasan makin berkurangan.Malas berhadapan dengan pesakit dengan kerenah pelbagai.Itulah manusia, ciptaan Allah yang penuh dengan misteri. Sehari sekejap sahaja berlalu tanpa sempat untuk dimuhasabahkan kembali. Sesampai ke bilik, seusai solat.katil lah satu-satunya tempat yang mampu menampung segala keletihan.Terkadang ana hairan, bagaimana ana dapat lakukan sehingga tahap ini~dental year 4? Rasanya ramai lagi yang diluar sana, lebih rajin lebih pandai dan lebih cekap berbanding diri ini.Tetapi seperti kata mak; antara ramai-ramai,anak mak sorang nih yang Allah pilih untuk berbakti pada agama. Hebat bukan? Bukan semua dapat, hanya segelintir sahaja.Yang lain pula, punya jalan yang berbeza. Teringat gurauan emak masa tengah isi borang masuk matriks melaka( sob..sob sambil nangis), nilah signature sorang Dr, acah mak bila ana turunkan tandatangan. Hati berbelah bagi..

Saat ini, ana hanya ada kekuatan dariNYA, nasihat emak ayah yang menenangkan hati dan meneguhkan tekad.Tanpa mereka, ana tak mungkin melangkah sejauh begini.Perit memang perit, tanpa emak selalu pesan: jangan pandang sekarang tapi pandang depan. Bila kena marah dek Dr, mak cakap memang itulah adat belajar lagipun buat silap sekarang kita dapat belajar tapi kalau buat silap esok-esok...wallahu'alam. Betul juga kata emak, detik hati ana.Abang cakap, walau sebosan mana pun pekerjaan kita..kita tetap kena bersyukur sebab kat luar sana betapa ramai lagi yang takde kerja, gaji sikit, hidup susah. Betul lah, manusia selalu lupa yang dia ada sebab dia duk asyik fikir apa yang orang lain ada.

Lepas maghrib ada pertandingan khutbah, tak sempat ana dengar sampai habis..tup tup mak ayah sampai kat depan surau.Emak tahu anaknya suka makan; sekali lagi kerinduan pada tat telur terubat. Mak buat suprise lagi! Terima kasih mak kerana memahami anakmu ini yang tak mahu dewasa lagi, masih mahu bermanja dan berbakti. Nak nangis depan mak macam dulu..tapi mengenangkan tahun ni dah nak masuk 23 tahun. Attachment pada emak terlalu kuat, dengar suara pun dah cukup. Then, flashback masa ana duk asrama Maahad..menangis2 ana sebab nak balik pulak tuh masa duk kat tepi kete mak.Semua yang lalu lalang pandang semacam.Hati abang ana dah 'cair' tengok ana menangis lalu ditariknya ana masuk kete.Hehe, immature sungguh..Adalah sekali dua keluar tanpa kebenaran, yelah peraturan ridiculous bg ana.Lastly ana berulang alik. Uhuh, bila dikenangkan banyak pengajaran dan pelajaran.

Hadirah. Sudah lama tak kedengaran berita si bayi kesayanganku ini. Achik Fizah rindu betul pada Kulat sorang nih. Can't wait to see your face once again, dear Kulat this Chinese New Year holiday. But I can't give you any angpow yet, still single...heh.Anyway, your uncle Fahmi will sing a song for you instead of Suriram.He got a new song..lovely one just dedicated for Kulat,my sugar honey..and so on eh? Look like I miss everyone including myself? What you gonna do,Fizah? Just face reality, you ain't a kids anymore, not even a girl with 13 years old's mind and thought! (my sis always shout at me.."behave yourself" whenever I just being so naughty)
Ayah will be retired by 2008, he already ask me if I would like to have a car..for sure monthly paid by me! Father is too 'old' to work very hard for school compare to his younger age..so better get enough rest..let us(your children) do the rest.

"Cinta itu tak pernah meminta,
tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Semua kerana cinta ,yang pahit
manis dirasa...."

Sunday, January 07, 2007

Abu Ubaidah ibnul Jarrah

Rasulullah s.a.w pernah bersabda : Tiap-tiap umat ada orang pemegang amanah, dan pemegang amanah umat ini ialah Abu Ubaidah ibnul Jarrah.

ABU Ubaidah dihadapkan pada dua timbangan,manakah yang akan menjadi pilihannya, ayahnya yang kafir atau keislamannya yang diredhai Allah? Ketika Ghazwah Badar,Abu Ubaidah ikut memperkukuh dan membela kaum muslimin sedangkan ayahnya berada pada barisan kaum Quraisy yang mesyrik dan kafir.Dalam arena pertempuran, ayahnya memburu Abu Ubaidah tetapi ia selalu mengelak, menghindar dan menjauh.Ayahnya tidak menyedari kenapa anaknya sengaja menghindar.Ia bahkan semakin marah dan dendam.

Ayah Ubaidah terus mengejarnya hingga tidak ada pilihan lain bagi Abu Ubaidah melainkan menghadapinya dengan sungguh-sungguh.Dalam pertempuran yang sengit itu Abu Ubaidah terpaksa membunuh ayahnya yang terus mendesak dan melawannya.Walaupun hatinya terasa berat tetapi demi menegakkan amanat Allah dan RasulNya, Abu Ubaidah terpaksa membunuh ayahnya.Setelah peristiwa itu,turunlah firmanNYA :

Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat saling berkasih sayang dengan orang yang menentang Allah dan RasulNya, sekalipun orang itu ibu bapa atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka.Mereka itulah orang yang Allah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan hmereka dengan pertolongan yang datang daripadaNya.Dan dimasukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai , mereka kekal di dalamnya.Allah redha terhadap mereka dan mereka pun berasa puas terhadap (limpahan rahmatNYA). Mereka itulah golongan ' (Surah Al Mujadilah: 22)

Pada suatu ketika utusan masyarakat Najran datang menemui Rasulullah s.a.w meminta kepada Rasulullah agar mengutuskan seseorang yang dapat mengajarkan masyarakat Najram hukum-hukum Islam.

Rasulullah menyanggupi dan menjanjikan kepada mereka seraya berkata "Esok hari aku akan mengutuskan bersama kamu orang yang benar-benar amin, benar-benar amin, benar-benar amin" (baginda mengulangi tiga kali).Orang yang disebut amin sampai diulangi tiga kali ialah Abu Ubaidah yang diutuskan mengajarkan syariat Islam kepada penduduk Najran.Dalam masalah amanat, Umar mengungkap pula kelebihan yang dimiliki Abu Ubaidah . Umar berkata "Aku benar-benar berharap agar aku ditunjuk Rasulullah s.a.w untuk melaksanakan tugas itu (menjadi duta bagi penduduk Najran dan mengajarkan mereka tentang Islam).

Setelah kami menunaikan solat Zuhur bersama, Rasulullah s.a.w melayangkan pandangannya ke kiri dan kanan sepertinya ada yang hendak baginda cari.Aku sengaja mengangkat kepalaku agarbaginda melihatku. Tetapi ternyata tidak.Baginda tidak mencariku.Baginda terus melayangkan pandangan dan ketika melihat Abu Ubaidah ibnul Jarrah, baginda terus memanggilnya dan berkata kepadanya : "Wahai Abu Ubaidah, pergilah engkau bersama-sama dengan mereka (utusan masyarakat Najran) Jalankan hukum dengan penuh kebenaran terhadap segala apa yang mereka perselisihkan"

Aku merasa terkejut dan kini aku menyedari itulah kelebihan Abu Ubaidah yang tidak diraih oleh sesiapapun. Rasulullah s.a.w menyerahkan tugas yang mulia itu kepada Ubaidah kerana baginda tahu Ubaidah adalah orang yang teguh amanat.

Dalam pertempuran 'Dzatil Salasil' Rasulullah mengirimkan bala tentera untuk membantu pasukan yang dipimpin Amru Bin A'ash.Di antara perajurit itu terdapat Abu Bakar dan Umar, sedangkan komandan pasukan itu Abu Ubaidah Bin Jarrah. Kepercayaan Rasulullah s.a.w terhadap Ubaidah membuatkan Umar ibnul Khattab berkatamengenai Ubaidah menjelang wafatnya : "Kalau Ubaidah ibnul Jarrah masih hidup maka aku akan menunjuknya sebagai khalifah. Dan bila kelak Allah bertanya kepadaku tentang apa sebabnya, aku akan menjawab; "Aku memilih dia keranadia seorang pemegang amanah umat dan pemegang amanah Rasulullah s.w.t.

~Aduhai sahabat tengoklah, betapa indahnya dan tingginya akhlak sahabat Nabi junjungan kita ini. Apakah dikalangan kita ini termasuklah diri sendiri dapat menjadi sebegini amanah terhadap tanggung jawabnya seperti Abu Ubaidah ibnul Jarrah?Tepuk dada tanyalah iman.

Thursday, January 04, 2007

Why ah..stomachache?


Assalamualaikum wbt,
Recently, opss after Hari Raya I always face the same and old problem ~STOMACHACHE. Although this time I strictly open my mouth to certain food excluding 'asam pedas' and anything related to chili, santan and so on. But anyway if Allah said 'kun fayakun' no matter how hard I try to avoid the stomachache happily 'attack' me. And whatsmore, it take a week for the dull aching pain to resolve. So, I had to bear it for quite sometime.

As father said, I'm fussy eater and I got to choose what I want and what I don't. If someone try to push me..I end up by vomiting and stomachache after that.Huh, sound horrible. So, you better don't. Ohoh, Pips laughing at me ye? You know what she told me just now?
"..mcm Hadirah la..Ada kuman dlm perut sbb gigit mainan merata2.."
Hey dude, I'm not biting toys but I'm 'biting' people like you.Heh=).

Then teringat doa yang br dihafal ketika sakit..so bacalah.'
Bismillah(3x), Aku berlindung dengan mu dan kekuatanMU dari keburukan yang aku jumpa dan aku takuti'. Sambil baca letaklah tangan di tempat yang sakit tadi. Tapi satu tempat je yang takleh..sbb ubatnya kena betul2 letak pada Allah yakni 'SAKIT HATI'. Wah, suspens sggh ye. Takpe2, sekali lagi sakit menjadi kifarah dosa ana yang selama ini menghijab ana dari Allah.Terasa jauh pula bila sihat selalu, sekali sekala kena jatuh sakit juge. Barulah dinamakan manusia.

Wednesday, January 03, 2007

Hijrah vol 2

.:HIJRAH:
.Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan diredhai
Hijrah itu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi
Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tiada mampu
Mohonlah pada Tuhanmu
Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya HASANAH..


Alhamdulillah, Allah memperpanjangkan umur blog ini.Genap setahun sudah, moga banyak kebaikan yang ana dapat berbanding mudharat. Cuma perlu dipertingkatkan tulisan dan pembacaan.Ayuh, rajinkan diri kerana Allah sukakan orang yang bersungguh-sungguh dalam bekerja. Memetik dari firman Allah s.w.t dalam Surah ar Ra'du ayat 11 yang bermaksud :'Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri'

Dan firman Allah s.w.t dalam ayat 4 Surah Muhammad bermaksud :' Apabila Allah mengkehendaki nescaya Allah akan membinasakan mereka tetapi Allah menguji sebahagian daripada kamu daripada sebahagian yang lain'

Sesungguhnya Allah menjadikan kerja itu ibadah kepada kita dan bukan menjadikan kemenangan itu sebagai ibadah kepada kita biarpun dalam banyak keadaan kemenangan itu menjadi petanda kesungguhan usaha, niat yang betul dan melaksanakan sunnah.

'Di antara orang-orang mukmin itu ada orang yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah, maka ada pula di antara mereka gugur dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah janji' Surah Al Ahzab ayat 23

Apatah lagi kita sekarang menempuh akhir zaman, tanda kiamat makin menghampiri tanpa sedar dan penyelewengan Islam jelas nyata,jika tidak dibanteras pasti kejatuhan umat Islam menanti.

Rasulullah s.a.w pernah mengatakan bahawa peringkat awal perkembangan Islam akan dipimpin oleh nubuwah dan rahmat. Setelah nubuwwah diangkat oleh Allah maka diikuti dengan kepimpinan dan khilafah yang menurut manhaj nubuwwah.Setelah khilafah diangkat diikuti oleh raja yang zalim seterusnya digantikan raja memerintah secara kuku besi.Selepas itu digantikan dengan khilafah yang memerintah mengikut kepimpinan nubuwwah yang mengamalkan sunnah di kalangan umat manusia.(riwayat oleh ad Darimi dalam al Asyribah dgn sanadnya dari Abu Ubaidah bin Al Jarah)

Monday, January 01, 2007


Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah semalam selesai sudah majlis qurban dan aqiqah cousins kat rumah tok ki(trganu). Meriah sampaikan lenguh kaki tangan, pinggang berdiri sambil membasuh termasuklah adik beradik ana yang lain. Agaknya semalam ana jadi 'manic' membasuh pinggan dan cawan kat dapur. Berterusan membasuh dan membasuh. Inilah kot pengorbanan...mengorbankan masa dan tenaga untuk kemaslahatan orang lain. Termasuklah mengorbankan waktu makan yang tak menentu.

Ayah pun berkorban , mengurangkan makan daging sebab nak control hypertension. Bagus2, well control HPT. Dek terlalu banyak di hadapkan dengan daging, ana just melantak sayuran je~jadi vegan jap. Malam bertolak balik ke rumah sbb ari ini dah nak balik kampus meneruskan perjuangan yang masih belum selesai dan kerja yang menanti.

Ayah bagi cadangan, by next 2 years ana dah kerja insyaAllah nak korban satu bahagian (1/7) lembu. Murah je btwn RM 200++. Korban duit gaji untuk fakir miskin .Then dari satu bahagian tuh dibahagi pula kpd tiga bahagian untuk diagihkan. Wah, alangkah indahnya dapat berbuat demikian kan sahabat? Moga Allah memperpanjangkan umur kita semua untuk terus beramal dan memberikan kita kekuatan.InsyaAllah! Innallaha ma'ana.

Ok, sekali lagi masuk dapur nak buat mutabak daging. Alhamdulillah kek yang lepas menjadi...
Wassalam.