Thursday, August 31, 2006
Wednesday, August 30, 2006
Aduh..sakitnya Tekak
Tuesday, August 29, 2006
NESAN SEORANG PENCINTA
tersungkur lagi
Kini bersama sedu sedan
Aku zahirkan kesedihan itu
Kini bersama termangu-mangu
Aku pendam luka itu
Sayapku patah lagi
Rebah aku ke bumi sepi
Duhai angin bawalah aku terbang
Duhai Tuhan pimpinlah aku seorang
Duhai Tuhan...hati ini luka lagi
Teman.. jika aku mati nanti
Kuburkan aku bersama panji-panji
Biar aman bersemadi ruhani ini
Biar semua akan kenal dan tahu
Tanda-tanda cinta seorang pendosa
Yang mengharap cinta
Pada Tuhannya yang Esa, Pengasih
dan Penyayang...bt
Kisah Si Anak Tiram
Sunday, August 27, 2006
Hadirah : Assalamualaikum mak cik! Sihat ke hari ni?
Hafizah : Waalaikumussalam ,sihat alhamdulillah. Hadirah mesti lagi sihat kan?
Hadirah : Alhamdulillah, Allah bagi kesihatan. Hmm, mak cik nampak sedih aje. Ada apa2 ke ?
Hafizah : Ha..takdelah,cuma keletihan sikit. Biasalah, masa muda-muda nilah kita masih ada kudrat untuk bekerja lebih untuk agama kita. lagipun bukan selalu, kan dapat peluang sebegini?
Hadirah : Betul tuh mak cik, hadirah pun nanti dah besar ckit nak berbakti pada mak ayah, agama dan umat Islam. Barulah hidup ada tujuan sebenar kan..macam dalam surah ali imran tuh.
Hafizah :Bagus betul hadirah nih, ni mak cik makin sayang ! Dengar tau cakap orang tua2, hehe tapi mak cik muda lagi. Ingat redha Allah terletak pada redha mak ayah, jika mereka marah ..Allah pun marah kita jugak.
Hadirah : Makcik, macam mana nak suruh Allah sayangkan kita?
Hafizah : Oh, itu. Dalam al Quran banyak sebut ciri-ciri orang yang Allah sayang antaranya orang2 yang bertaqwa, org yang menepati janji mereka kepada Allah untuk berjuang demi agama, orang yang bersatu hati dlm berperang di jalanNYA, orang mukmin yang lebih kuat, orang yang saling mengasihi kerana Allah, sanngup menderma hartanya untuk Islam, orang yang gigih dalam pekerjaannya dan banyak lagi. Kalau nak tahu lagi, bacalah dan fahamilah al Quran.
Hadirah : O..gitu, insyaALLAH hadirah nak baca Iqra' sampai habis lepas tuh khatam Quran besar cepat2. Doakan ye makcik.
Hafizah : InsyaALLAH, sayang =)Makcik rindu sangat kat baby tau!
Saturday, August 26, 2006
Jom !
Friday, August 25, 2006
"Rasulullah s.a.w selalu di belakang bila dalam perjalanan, maka beliau mendorong (memberi semangat) orang yang lemah dan duduk dibelakang, serta mendoakan mereka" (HR Abu Dawud)
"Janganlah kamu menampakkan rasa senang atas musibah yang menimpa saudaramu, sehingga Allah melimpahkan rahmat padanya dan menimpakan bala kepadamu" (HR Tarmidzi)
Darjat tertinggi yang tercermin dalam sifat merendahkan diri terhadap orang mukmin adalah melayani mereka. Barangsiapa yang jiwanya tunduk untuk melayani kaum muslimin, baik besar mahupun kecil, perempuan atau lelaki, nenek atau kakak, janda atau fakir melayan dlm apa jua bentuk maka ia telah sampai ke puncak itu. Para ahli yang menuju Allah mengatakan " Melayani orang beriman adalah jalan terdekat menuju Allah"
Para sahabat sentiasa berlumba-lumba untuk berbakti dan tak pernah malu untuk berbuat demikian kerana ia akan membersihkan jiwa mereka dari kekerasan.
"..permusuhan sesama mereka sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu hati sedang hati mereka berpecah belah.." (al Hasyr : 14)
Thursday, August 24, 2006
Tuesday, August 22, 2006
Sucikanlah Hati Mu
Rasulullah s.a.w menyebut bahawa bukanlah orang yang kaya itu yang banyak hartanya , tetapi orang kaya ialah orang yang kaya hatinya.
Kekayaan hakiki ialah kekayaan jiwa, iaitu orang yang merasa cukup dengan apa yang dimilikinya.Ia tidak berharap dengan apa yang dimiliki orang lain , baik berupa harta, takhta mahupun wanita. Hatinya kurang memerlukan semua itu.Hal itu nampak dalam sikapnya yang mengganggap semua itu rendah.
Tidak sedikit orang yang kelihatan kaya, padahal hatinya miskin, danmengharapkan apa yang dimiliki orang lain. Inilah kefakiran yang sebenar.Berapa banyak orang yang nampak fakir, tetapi hatinya merasa tenang bersama Allah dan merasa cukup dalam pandangan manusia. Inilah kaya yang sesungguhnya.
Pengaruh qana’ah dan merasa cukup bagi seorang mukmin di antaranya : ia tidak akan memandang dan tenggelam atas kurnia Allah yang telah dilimpahkan kepadanya yang berupa kenikmatan dunia.Ia menyakini bahawa rezeki akan selalu datang kepadanya.
Lalu ia akan terlihat tenteram, tenang, dan tidak akan berlebih-lebihan dalam mencari kesibukan duniawi. segala sesuatu akan diberikan rezekinya masing-masing. Bahkan, ALLAH memberikan juga rezeki kepada musuh-musuhnya, kepada penyembah sapi, matahari, air dan lain apalagi kepada yang mengabdikan diri kepadaNYA.
Seorang mukmin menahan dirinya dari segala hal yang bersifat duniawi. Ia tidak memandang dirinya mulia dan berkuasa daripada orang lain. Ia akan berkumpul bersama orang lemah dan miskin serta berusaha mengunjungi undangan semampunya.
“ Seorang hamba yang pemaaf akan ditambahkan kemuliaannya , dan seorang hamba yang rendah hati kerana ALLAH akan diangkat darjatnya”
Friday, August 18, 2006
Kembali Ke Kampus
Wednesday, August 16, 2006
Kalau Dunia Ingin Damai
Kalau dunia ingin damai, hidup penuh bahagia dan harmoni
Para pemimpin kenalah kasih sayang macam ibu dan anak-anaknya
Dapat menegakkan keadilan kepada seluruh rakyatnya
Orang-orang kaya jangan sombong bahkan pemurah kepada fakir miskin
Para ulama' ,guru-guru berlemah lembut
Sentiasa sahaja menjadi obor kepada kehidupan manusia
Hingga orang awam terasa diberi kasih sayang
Dan kehidupan mereka sentiasa terpimpin dan mendapat panduan
Teras-teras masyarakat seperti ulama' ,pemimpin
orang kaya, guru-guru berakhlak tinggi
Bahkan mereka dikasihi dan disayangi seluruh manusia
Wibawa mereka tinggi hingga mereka dihormati dan disegani
Tapi..apa yang berlaku hari ini
Tiang-tiang seri masyarakat telah rosak
Maka masyarakat umum pun turut rosak
Bila masyarakat umum sudah rosak, gejala masyarakat dan jenayah merebak
Sedangkan yang hendak membaikinya adalah tiang-tiang seri masyarakat
Padahal tiang-tiang seri masyarakat sudah rosak
Gambarkanlah orang yang sudah rosak memikirkan tentang orang yang sudah rosak?
Maka masyarakat pun bertambah rosak
Kemurkaan Tuhan pun berlaku pada bangsa itu
Maka ALLAH pun menimpakan bala bencana berbagai bentuk
Sebagai hukuman dari ALLAH Tuhan Pencipta Manusia
Agar mereka kembali kepada Tuhan..
...Penerbitan Minda Ikhwan..
Rumah Idamanku
Lebih-lebih lagi bila sudah berkeluarga, kita inginkan rumah yang benar-benar dapat dikuasai suasana dan persekitarannya.Rumah yang kita rasakan sepenuhnya milik kita. Walaupun hakikatnya pinjaman Allah.
Mari kita renungi sabda Rasulullah s.a.w ini : " Rumah yang di dalamnya dihiasi alunan baca al Quran akan memancarkan cahaya hingga terlihat oleh para penghuni langit, sebagaimana bintang-bintang memancarkan cahaya yang terlihat oleh penghuni-penghuni bumi" HR Baihaqi
Berdasarkan hadith ini, rumah yang sempit sekalipun akan terasa lapang dan terang benderang kerana adanya cahaya dari alunan al Quran.Betapalah kalau sesebuah rumah itu sentiasa dihiasi dengan zikir, puji-pujian kepada Allah, taubat, sedekah ,menjalinkan silaturrahim serta pelbagai amalan baik oleh penghuninya.Diperindahkan pula dengan sifat saling menyayangi, saling pemaaf, penyantun, penyabar, pemurah, berlapang dada dan lain-lain sifat mulia.
Tentulah Allah akan menurunkan rahmatNYA yang melimpah ruah hingga rumah benar-benar menjadi 'syurga' sementara di dunia. INSYAALLAH!
p/s : Jagalah hubungan kita dengan Allah nescaya Dia akan jaga hubungan kita dengan manusia.
Monday, August 14, 2006
Seminggu Bakal Berlalu
..Assalamualaikum, mggu lepas merupakan minggu yg menyedihkan buat ana sbbnya habis laptop ana dicerobohi cecacing atau directnye-virus! Bukan human virus HPV, Varicella Zoster,atau rotavirus mahupun respiratory synctial virus yang menyerang kanak2 tetapi virus computer.Nilah 1st time kena sepanjang tempoh 2 tahun lebih ana menjaga barang2 ana.Orang lain punya handy..ana jadi mangsa.Silap kita jgk sbb tak scan guna Norton dulu. Haha, dah expired sbnrny tapi skrg guna yang trial pack free for 30 days.Jimat ongkos, xpe pasni bertukar pada AVG pulak.lagi senang,boleh download free2.Nasib baik, abang ada kat rumah maka dialah org yg btanggungjwb di atas segala hal2 berkaitan elektronik (start dr lampu bilik air->dapur->pc->peti sejuk)Selain sibuk dgn joystick main Football Manager, Command & Conquer.Apa2 lah
MAKAN MAKAN
"Aish, tadi baru je nampak makan nasi..ni makan laksa pulak!" begitulah tempelak abang ana bila nampak ana keluar dengan semangkuk laksa yg ayah beli tgh hari td.And sekrg tgh makan colleslow! Ana tersengih2, biasalah duk kat rumah. Food supply never ending, lgpun ana makan banyak pun tak perlu diet2 mcm iklan TV. Istimewa kan? tapi bukan OKU tau.Time tak dilanda serabut lg nih.Tp shbt2 sll ingatkan ana timing makan, sbb ana mmg jg timing utk mkn.Then bila ada latihan,kenalah bw food supply sendiri.Nak buat mcmana, mak dah tetapkan ms kucik2 lagi.Makan kena berdisiplin.
p/s :Jgn mkn banyak, nanti hati jadi keras.Bila hati dah keras, hidayah susah mau masuk sbb tuh bila org cakap psl isu Palestin, Lina Joy, Lubnan -tak rasa apa2.Sedih kan?
Nahnu Dhuat Wa La Qudhat
Kita pendakwah bukan penghukum-sila rujuk buku Ustaz Hasan Al Hudaibi(if not mistaken).Ana br bc sikit dr buku kat library.Nak pinjam, tp sistem library tak berfungsi.Taruklah balik kat rak.Balik rumah, tgk mak keluarkan khazanah buku-buku dlm almari.Fuh,br ana tersedar rupanya, kitab Mauizatul Mukminin, Riyadhus Solihin, Siyarus Salikin etc...ada dalam rumah ana! Ya Allah,punyalah sibuk pinjam yg orang walhal kita sendiri ada. Sepanjang 21 tahun ni, br ana tahu.Apapun blm terlambat, although kita jawi so no problema.
p/s: lain kali explore je apa2 dlm rumah tp dgn kebenaran tau.
Saturday, August 12, 2006
Kita
Ingatlah sahabat, sekarang bukan masa untuk berehat, menggoyang kaki, mendodoi jiwa tetapi kita perlu bergerak lebih pantas dari musuh laknatullah. Inginkah kita ini diganti dengan golongan yang lebih baik dan lebih disayangi oleh ALLAH? Tak inginkah kita untuk menjadi seperti itu?Ke manakah perginya golongan yang seperti hawariyyun sanggup merelakan diri demi agama tertinggi ini?
Sekarang kepentingan umat Islam perlu kita dahului dari diri sendiri. Persetankan perasaanmu yang sering berbolak balik, hapuskan saja niatmu untuk bersenang lenang tatkala ada jiwa yang sedang berjuang untuk menegakkan kalimah suci. Di manakah dirimu?
Kau perlu tahu..berada di jalan ini tidak menghidang dirimu dengan kesenangan, apatah lagi sebuah kemewahan. Susah bukan sedikit, pedih bukan sepicing tapi menggunung..hakikatnya itulah yang membawa dirimu mengenali akan Rabbmu..Biarpun air matamu tak terhitung di dunia.
Aku jua, bukanlah setabah, sekuat seperti yang kau sangkakan kerana aku..tetap manusia biasa hambaNYA yang penuh dengan noda-noda tapi andai kau selarikan cita-citamu dengan kefahaman yang kau perolehi nescaya..malaikat-malaikat, makhlukNYA pasti memuji dirimu..
Thursday, August 10, 2006
Kasih Sayang
Seorang gadis seringkali pulang larut malam dan akhirnya mendapat ceramah percuma dari kedua orang tuanya .Gadis itu hanya cuma mengambil kemarahan kedua orang tuanya tetapi jika ia cuba MENDENGARKAN CINTA, dia bakal menemukannya.Dengan berangnya si ayah berkata " Kamu!!! ..kenapa pulang lewat??Kamu tahu rak ayah jadi khuatir tak tentu arah disebabkan kamu".Tahu tak ungkapan kata-kata si ayah itu sama juga dengan "Ayah sayang dan prihatin akan kamu.Kamu sangat bererti pada ayah"..yang sayang tak tersampai oleh lisan.
Dengarkanlah cinta-cinta yang ada disekeliling kita.Jika kita benar-benar berusaha mendengarkannya ,kita bakal temui bahawa kita adalah sebenarnya memang dicintai.
Cinta adalah anugerah
Membuat kita tertawa
Membuat kita gembira
membuat kita sedih
Membuat kita menangis
Membuat kita tertanya "kenapa"
Membuat kita menerima
Membuat kita memberi
Dan yang paling penting, membuat kita hidup...kerana jika bukan sebab Allah cintakan makhluknya pasti dimatikan atau tidak dihidupkan terus.
Cintailah Yang Mencipta.
Monday, August 07, 2006
Satu
bagai menusuk duri ke dalam jiwa
bersama niat hati suci
sejati dalam nurani
Menyemai 1 cita-cita
bersama dihiasi iman dan taqwa
demi untuk maruah agama
yang kini dibuai gelora
1 cita-cita ku semat dalam jiwa
dengan keikhlasan tulus dari hati
harapanku meninggi
..(tak ingat)..
tanpa rasa jemu
berserah padaNYA
bersyukur pada Tuhan
1 cita-cita yang sejati
abadi murni
Bersatu bersama bergandingan
kita menyemai budi
Jiwa yang sejati
harmoni tiada rasa sangsi
bersyukur padaNYA
Yang Maha Esa
Ehem..inilah antara nasyid yg dpersembahkan oleh AJK Minggu Penghayatan Islam Kolej Matrik. Melaka 02/03. Tak perasan pulak siapa solonya,tapi biasanya Afad(kat UM,dgr cite-antara org 'glamer' pmium)best jgk w/pun ana duk kat blkg maklumlah ajk kecik2 je.Tapi itu antara kenangan manis(manis ke?)Manislah jgk, 1st time bgerak keje dgn muslmn, tambahan lg dpt partner yg skema (sekian lama xdgr cite, tgh struggle dgn medic ukmkl lah tu).Kebetulan mlm penutup tuh bersamaan dgn keluarnye result-alhamdulillah, score lah jgk w/pun estimate nak 4.0 flat tp kurang 0.1 je.Ada rezeki jgk! Tp takleh lwn dgn partner yg 4.0,jelesnye=)Then, balik kelate mak hadiahkan jam tangan B.U.M yang bertali koko plus sempena birthday girl. Pips, masa tuh tak dpt apa2 sbb dia sekolah lagik.Sampai skrg, jam tgn tuh ana simpan elok2 walaupun dh rosak. Ada sentimental value tau.Tapi betullah..MEMBELA SEBUAH AGAMA BAGAI MENUSUK DURI KE DALAM JIWA..sbb tulah kena byk bersabar.SABAR ITU INDAH.
Saturday, August 05, 2006
Daripada seorang hamba kepada Tuhannya..Amin!
-maafkanlah aku-
Friday, August 04, 2006
Thru My Eyes
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ( Surah Muhammad: 7)
Jeng..jeng the time is already arrived. My hands so cold tapi Allah turunkan ketenangan pada hati ini. Kalau panik tak tentu hala pun kita tak ke mana kan?. I'm the last candidate since my name start with letter 'S'. Fortunetly I'm under Mr Asri (the surgeon) and Dr Aziz (the MO-haha, giving me a lot of clue to patient diagnosis.TQ). Hav a nice talk with them. Then MO lead me to the patient..as being told-first introduce yourself, tell 'em what you want to do, get patient consent then start clerking for half an hour.
And the nightmare begin, the patient about 32 years old male. Patient hulur tgn utk bsalam.Hati ana mengetus "Eh..eh, dia ni tak belajar hukum ke saje2" disebabkan terlalu panik dgn exam ana terus buat2 tak nampak and duduk. Oklah bermula sesi soal menyoal, ana tak tahu nak start dr mana disebabkan patient came due to Head Injury sedangkan supposedly ana dapat patient with general surgery mcm acute appendicits, colon carcinoma, renal calculi etc tapi dah ditakdirkan begitu. Ya Allah, moga2 inilah experience ana the first, the last and the only-patient banyak 'jual minyak' dari jawab soalan ana. Tanya dah kawin ke belum? umur berapa? dan banyak lagi itu tak termasuk masa buat physical examination 'tangan saya kasar,lain lah mcm tangan Dr..lembut' . Ana just senyum..senyum kambing. Then barulah MO datang, menyelamatkan ana.
So pengajaran, Dr perempuan banyak cabarannya cuma pandai2lah handle. Kan bagus kalau ada pengasingan antara pesakit lelaki biar doktor lelaki je yg merawat, yang perempuan pulak doktor perempuan je yang rawat. Doktor gigi lagilah banyak possiblity. Kita duk asyik check oral cavity tapi dia duk asyik tenung muka kita ,itupun alhamdulilah ada face mask and shield.Banyak perkara yang kita boleh jaga. Benda ni tak mustahil cuma sengaja dilihat sebagai impossible. Inilah scenario yang sebenarnye yang berlaku. Sepanjang posting Surgery-banyak benda yang ana dpt kaitkan dengan ALLAH. Sebelum masa sakit, masa sihat inilah kita gunakan untuk kebaikan. Masa muda yang penuh tenaga inilah kita kerahkan segala keringat pada jalanNYA. Dalam kita belajar,bekerja dan bermain..ada matlamat yang lebih tinggi dan lebih abadi perlu kita kejar -MARDHOTILLAH!
Lastly berakhirlah exam dengan lancar,biasalah sangkut2 masa management-ana tak ingat nak check blood glucose if GCS is severe and patient collapse again. But the good thing is I remembered patient's racoon eyes due to supraorbital fractures and again I guess this patient being assaulted not due to fall. ALHAMDULILLAH
- Medical Officer- a doctor who doing postgraduate program(master) to become a specialist which take 4 years to complete. A final year post grad student, we called Registra.
- GCS- Glasgow Coma Scale: a parameter to measure patient consciousness following the injury that involved brain and body. Divided into Mild, Moderate and Severe Head Injury.
Islam Itu Sudah Lengkap
Tuesday, August 01, 2006
Zionis
Tak buat apa-apa melainkan memikirkan(dan berdoa) ttg umat Islam yang ditindas. Di Lubnan, Palestine, Afghanistan, Pakistan bahkan Malaysia sendiri. Ditindas dengan hiburan yang tak tentu hala, yang diagung-agungkan. Nampaknye berhasil jua perancangan Zionis ni..tanpa kita sedari.
Menurut ayat ke 13 dalam fasal protokol Freemasonary : ' Untuk mencegah mereka (org Goyim-selain yahudi) daripada menemui langkah baru dalam politik, kita mesti membawa mereka ke kancah hiburan, seperti permainan judi, pesta hiburan, pesta seks dan mengadakan rumah-rumah urut. Di samping kita memuatkan iklan-iklan dalam surat khabar bertujuan mempengaruhi remaja untuk mengiatkan diri mereka dalam arena seni, olahraga dan sebagainya. Pelbagai jenis hiburan ini lama kelamaan akan dapat mengalih perhatian manusia daripada bangkit menentang kita sebagaimana yang berlaku sebelum ini sehingga mennnanggu gugat ketenteraman kita dan sebahagian manusia lain'
Berkata seorang pemimpin tertinggi Freemasonary :
" Kita hendaklah menguasai golongan wanita.Apabila kita berjaya menguasai mereka, maka kita sogokkan mereka dengan perkara-perkara yang haram. Kita hendaklah memisahkan pasukan tentera mereka daripada agama"
" Arak dan nyanyian merupakan 2 unsur yang mampu menghancurkan umat Muhammad dengan berkesan berbanding seribu laras meriam, maka untuk itu tenggelamkanlah mereka dalam kancah maksiat dan materialistik"
-Lantas, fikirkanlah kembali adakah kita ini termasuk dlm golongan yg tlh dilalaikan?
Karl Marx pernah ditanya tentang pengganti akidah. Beliau menjawab " Penggantinya ialah teater (panggung drama dan filem), maka palingkanlah mereka yang sibuk dengan amalan kerohanian ke arah pementasan teater"
Sebenarnya di antara Matlamat utama Freemasonary ialah untuk membina Haikal Sulaiman di atas tapak Masjidil Aqsa dan seterusnya menguasai alam ini. And that's why diorg bersungguh-sungguh untuk menawan Baitul Maqdis-kota suci umat Islam.
Andai Hati Mengerti..
mata ini menakung titisan jernih
Cuma tak kunjung keluar
Asyik bergenang kerana sukar untuk tumpah
Menyembah bumi
Andai ada yang mengerti
Hati ini bukan menangisi apa
yang telah ditakdirkan untuk dilalui
Bukan jua kelelahan
dalam perjalanan yang masih jauh panjang..
Tetapi hati ini
sedia tahu
Perjuangan bukan
menghadap kita dalam kesenangan
Apatah lagi sebuah keselesaan
Bukan menginginkan kita menjadi
seperti yang lain.
Leka dan terus lalai
Perjuangan
Mengajar kita untuk bangun
dari tidur yang enak
makanan dunia yang lazat
halwa telinga yang mendodoi
Bukan itu!
Kita berjuang untuk negeri abadi
Biar tak kelihatan di panorama mata..
tak terbau keharuman di dunia
tak tersentuh dek pancaindera tangan.
Tapi
Berita gembira
Wahyu Ilahi..sudah cukup mengetarkan
sekeping hati ini dan juga hati kalian
Wahai pejuang.
Bangkitlah,
Andai rebah bangun kembali
Biar seringkali hatimu terluka
Usah pedulikan..
Kerana masih ada
kegembiraan bakal menantimu
kelak
jika bukan di dunia
pasti di sana.