Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, August 26, 2006

Jom !

Kuliah
Sememangnya menjadi rutin bagi seorang anak murid untuk menghadap gurunya menimba ilmu, begitu jua lah diri ini.Selain medan kelas-kelas di masjid kampus routinely kuliah agama di dataran ilmu, Kb menjadi tumpuan utama. Pengangkutan? Macam biasa, tumpang sahabat yg mempunyai kereta. Motor? Ek, masuk mggu ni 3 kali naik moto malam ke kuliah agama malam2. Kalaulah mak tahu, pasti kena marah. Tapi yang tak pueh atinyo, si pips ambik lesen motor-mak tak kata apa2. Cedihnye ^-^. Ok, sambung cite pasal kuliah tafsir td, ari tuh bukan tok guru seperti biasa tp ustaz lain. Isinya ayat pertama dalam Surah Isra' sempena Isra' Mikraj. Hmm, sepanjang pengamatan, kuliah tafsir tok guru penuh dengan metafora, perumpamaan, tok guru lebih suka contoh2 yang dekat dgn kita dan mudah la utk difahami. Best sesangat! Rugilah klu orang Kelantan yg tak turun.
Pesta Buku
Seusai kuliah tafsir, kami berlima ke Balai Islam Lundang ada pesta buku n multimedia. Dan ana perhatikan juga, sejak akhir2 ni kerajaan negeri kelantan banyak anjurkan program..terdekat ni anjuran Unit Pembangunan Belia, wanita ...dengan tema "Wanita Kelate, Wanita Ssoho" tengok tentatif hmm boleh tahan. Ada forum dengan Senator Mumtaz, Husam Musa, mcm2 pertandingan. Tahniah! Moga banyak lagi gelodak2 pembaharuan dlm kelantan. Ameen. Keliling satu gerai ke gerai lain, ana jadi rambang mata tapi yang paling menarik buku mengenai -Ikhwanul Muslimin-As Syahid Imam Hasan Al Banna, Mustafa Mashyur etc. Ops br teringat nak beli buku untuk adik usrah !Menjelajah la sekali lagi diri ini ke dalam dewan sambil tengok adik2 bertanding bercerita.
Sebelum ke pintu keluar, kami ke tempat Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. Tengok ada buku free tulisan tok guru mengenai isu semasa 'OFF-ROAD' . Lalu dicapailah satu, walaupun tiada kesempatan nak membaca. Kerana ada banyak program menanti hujung minggu, presentation BLOOD BORNE DISEASE tak siap lagi! Apa da..inikah pejuang di jalan ALLAH?

"Hendaklah kamu menjadi orang yang berilmu atau orang yang belajar atau orang yang MENDENGAR, jangan sesekali kamu menjadi orang yang ke empat, nescaya kamu akan binasa"

MEMBACA SEPANJANG HAYAT
KONSERT NASYID
Jumaat malam Sabtu, berlangsunglah konsert tahunan sempena HTD (hari Terbuka Desa) menyaksikan kumpulan UNIC sebagai penasyid. Ana mmg kurang minat nasyid kontemporari sbb banyak melalaikan. Minat hanya pada bacaan Quran dan nasyid lama2 yang dalamnya sarat dengan pujian pada Ilahi, membawa erti kehambaan. Itulah ketenangan sebenar..lagpun UNIC tuh 'budak2' . Haha, jangan marah! Ana turun ke dewan itupun sebab nak tolong and pantau perjalanan gerai2 adik buka. Tetiba teringat kenangan 'manis' ana yang dulu terpaksa bekerja sorang2 tanpa ada partner seorang muslimin. Memang perit mulanya, semuanya terletak pada bahu ana. Namun itulah kebahagiaan ana..BEKERJA KERANA ALLAH, MENGHARAPKAN SEPENUHNYA PERTOLONGAN DARINYA dan walaupun penat menangis tapi itulah kekuatan yang Allah nak bagi kat ana. Terima Kasih Tuhan. Sekarang, selalu merindui saat sebegitu..di samping ada sahabat yang banyak membantu. Terima kasih kerana menemukan ana pada sebuah pengharapan abadi padaNYA.Dan mengajar ana supaya tak menjadi PERFECTIONIST! Yakinlah, semua hambaNYA mampu.
Khidmat Kesihatan
Awal pagi Sabtu, kena turun untuk khidmat kesihatan menggantikan budak2 medic yang sibuk berAGM. Ingatkan buat kat mana rupa-rupanya buat kat home town ana..beberapa meter je dari rumah. Gulp! Alamak, kalaulah ayah datang..habislah ana. Nak jawab apa? Orang cbuk study kita cbuk buat keje2 luar. InsyaAllah selamat..anak cikgu Meor nih. Macam biasa, ambik BMI, Blood pressure, consult Dr. Kebetulan kami under sorang doktor grad UM kitaorg panggil kak wani. Rupa-rupanya, senior Maahad dulu..walaupun tak sekali. Lawak tul, bila time ambik BP..telinga ana ni bukan boleh pakai sgt esp kalu guna steteskop. Kecian pak cik n makcik .Lama kena menunggu. Muslimin buat cepat, ana je yang terkial2. Tapi oklah.."ok..nak ambik tekanan darah.Ha..silakan duduk mak cik, makcik ada darah tinggi ke sebelum ni..". Kalau kat rumah guna yang auto, hadiah ana untuk ayah yang ada Hypertension. Compliance lah jgk dgn benda alah tuh.
Fuh, penatnya. Tapi Alhamdulillah moga Allah terima ia sebahagian dari amalan ana dan sahabat sekalian. Then balik mengadap laptop..buat slide show presentation yang sekarang dan siap! Takbir !!ALLAHU AKBAR! Walillahilhamd.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home