Kembali Ke Kampus
Sabda Rasulullah s.a.w daripada Anas Bin Malik: " Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana mengenggam bara api"
Bermakna di zaman sekarang nih, sesiapa yang ingin mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menghadapi kesusahan dan kesulitan serta tentangan yang hebat. Kalaulah ia tidak bersungguh-sungguh, nescaya agamanya terlepas dari genggamannya kerana apa yang ada disekelilingnya hanyalah dorongan untuk membuat maksiat shj. Ibarat zaman sekarang Islam hanya pada nama shj, al Quran sekadar tulisan dan hiasan semata, masjid tersergam indah namun tiada makmunnya, ulama' jahat menjadi punca fitnah dan ada yang menggadai agama kerana harta dunia. Haji dan umrah dikerjakan bukan kerana Allah bahkan sekadar untuk makan angin dan bermegah-megah, yang fakir pula mengerjakan haji sambil meminta-minta( tggu penajaan dr org2 besar, bukan atas kemampuan diri sendiri). Bahkan ,kita hanya memberi salam kepada orang yang dikenali sahaja....Itulah antara tanda-tanda hari Qiamat bakal tiba.Tak lama lagi, tapi apa yang KITA DAH BUAT?
0 Comments:
Post a Comment
<< Home