Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Wednesday, August 16, 2006

Kalau Dunia Ingin Damai




Kalau dunia ingin damai, hidup penuh bahagia dan harmoni
Para pemimpin kenalah kasih sayang macam ibu dan anak-anaknya
Dapat menegakkan keadilan kepada seluruh rakyatnya
Orang-orang kaya jangan sombong bahkan pemurah kepada fakir miskin
Para ulama' ,guru-guru berlemah lembut
Sentiasa sahaja menjadi obor kepada kehidupan manusia
Hingga orang awam terasa diberi kasih sayang
Dan kehidupan mereka sentiasa terpimpin dan mendapat panduan
Teras-teras masyarakat seperti ulama' ,pemimpin
orang kaya, guru-guru berakhlak tinggi
Bahkan mereka dikasihi dan disayangi seluruh manusia
Wibawa mereka tinggi hingga mereka dihormati dan disegani

Tapi..apa yang berlaku hari ini
Tiang-tiang seri masyarakat telah rosak
Maka masyarakat umum pun turut rosak
Bila masyarakat umum sudah rosak, gejala masyarakat dan jenayah merebak
Sedangkan yang hendak membaikinya adalah tiang-tiang seri masyarakat
Padahal tiang-tiang seri masyarakat sudah rosak

Gambarkanlah orang yang sudah rosak memikirkan tentang orang yang sudah rosak?
Maka masyarakat pun bertambah rosak
Kemurkaan Tuhan pun berlaku pada bangsa itu
Maka ALLAH pun menimpakan bala bencana berbagai bentuk
Sebagai hukuman dari ALLAH Tuhan Pencipta Manusia
Agar mereka kembali kepada Tuhan..

...Penerbitan Minda Ikhwan..

2 Comments:

  • At Wednesday, 16 August, 2006, Blogger A person get to know life said…

    JOM BEALAJAR BAHASA ARAB FUSHAH

    "KHAIBAR KHAIBAR YA YAHUD..JAISHU MUHAMMAD SAUFA YA'UD = medan khaibar wahai yahudi.... tentera muhammad suatu masa nanti pasti akan kembali..
    -suatu masa nanti pasti akan = saufa
    -dlm pggunaan bhsa arab ade beza antara saufa dan sa
    -sa = ssuatu akn brlaku dlm tempoh yg sgt dkt
    -saufa = ssuatu akn brlaku dlm tempoh yg masih lg jauh

    mi'ah bil mi'ah= 100%
    hakazda = oh, ye ke?
    syafakiLLah= Moga Allah bg kesmbuhan.
    fas alu ahlaz-dzikri in kuntum la ta'lamuun- hendaklh kamu bertanya,jika tdk tahu.

     
  • At Wednesday, 16 August, 2006, Blogger Ilriady Al-Kalantani said…

    Boleh kut cari dan baca buku karang ustaz abu hasan ali an-nadwi : apa deritanya dunia apabila Islam jatuh (lebih kurang la tajuknya, tak ingat dah)...tu la jenis makan banyak gak kan..

     

Post a Comment

<< Home