Rumah Idamanku
Apa yang kita inginkan dari sebuah rumah? Baik kita tinggal di rumah batu atau kayu,rumah teres atau banglo, kecil atau besar ,di bandar atau jauh pedalaman, kita tentunya inginkan rumah yang selesa,ada kedamaian ada privacy.Rumah yang di situ ada kebebasan dan kemerdekaan individu.
Lebih-lebih lagi bila sudah berkeluarga, kita inginkan rumah yang benar-benar dapat dikuasai suasana dan persekitarannya.Rumah yang kita rasakan sepenuhnya milik kita. Walaupun hakikatnya pinjaman Allah.
Mari kita renungi sabda Rasulullah s.a.w ini : " Rumah yang di dalamnya dihiasi alunan baca al Quran akan memancarkan cahaya hingga terlihat oleh para penghuni langit, sebagaimana bintang-bintang memancarkan cahaya yang terlihat oleh penghuni-penghuni bumi" HR Baihaqi
Berdasarkan hadith ini, rumah yang sempit sekalipun akan terasa lapang dan terang benderang kerana adanya cahaya dari alunan al Quran.Betapalah kalau sesebuah rumah itu sentiasa dihiasi dengan zikir, puji-pujian kepada Allah, taubat, sedekah ,menjalinkan silaturrahim serta pelbagai amalan baik oleh penghuninya.Diperindahkan pula dengan sifat saling menyayangi, saling pemaaf, penyantun, penyabar, pemurah, berlapang dada dan lain-lain sifat mulia.
Tentulah Allah akan menurunkan rahmatNYA yang melimpah ruah hingga rumah benar-benar menjadi 'syurga' sementara di dunia. INSYAALLAH!
p/s : Jagalah hubungan kita dengan Allah nescaya Dia akan jaga hubungan kita dengan manusia.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home