Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Tuesday, August 22, 2006

Sucikanlah Hati Mu

Ibnu Umar berkata “ Jika engkau berada di waktu petang janganlah kamu nantikan waktu pagi, dan jika berada pada waktu pagi janganlah kamu nantikan waktu petang.Manfaatkanlah masa sihatmu sebelum datangnya sakit dan masa hidupmu sebelum masa kematianmu”

Rasulullah s.a.w menyebut bahawa bukanlah orang yang kaya itu yang banyak hartanya , tetapi orang kaya ialah orang yang kaya hatinya.

Kekayaan hakiki ialah kekayaan jiwa, iaitu orang yang merasa cukup dengan apa yang dimilikinya.Ia tidak berharap dengan apa yang dimiliki orang lain , baik berupa harta, takhta mahupun wanita. Hatinya kurang memerlukan semua itu.Hal itu nampak dalam sikapnya yang mengganggap semua itu rendah.

Tidak sedikit orang yang kelihatan kaya, padahal hatinya miskin, danmengharapkan apa yang dimiliki orang lain. Inilah kefakiran yang sebenar.Berapa banyak orang yang nampak fakir, tetapi hatinya merasa tenang bersama Allah dan merasa cukup dalam pandangan manusia. Inilah kaya yang sesungguhnya.

Pengaruh qana’ah dan merasa cukup bagi seorang mukmin di antaranya : ia tidak akan memandang dan tenggelam atas kurnia Allah yang telah dilimpahkan kepadanya yang berupa kenikmatan dunia.Ia menyakini bahawa rezeki akan selalu datang kepadanya.

Lalu ia akan terlihat tenteram, tenang, dan tidak akan berlebih-lebihan dalam mencari kesibukan duniawi. segala sesuatu akan diberikan rezekinya masing-masing. Bahkan, ALLAH memberikan juga rezeki kepada musuh-musuhnya, kepada penyembah sapi, matahari, air dan lain apalagi kepada yang mengabdikan diri kepadaNYA.

Seorang mukmin menahan dirinya dari segala hal yang bersifat duniawi. Ia tidak memandang dirinya mulia dan berkuasa daripada orang lain. Ia akan berkumpul bersama orang lemah dan miskin serta berusaha mengunjungi undangan semampunya.

“ Seorang hamba yang pemaaf akan ditambahkan kemuliaannya , dan seorang hamba yang rendah hati kerana ALLAH akan diangkat darjatnya”

0 Comments:

Post a Comment

<< Home