Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Wednesday, August 30, 2006

Aduh..sakitnya Tekak

Assalamualaikum...
Selamat Hari Merdeka utk semua2 rakyat yg dipercayai warganegara Malaysia. Mencintai tanah air pun sebahagian dari iman! Hari ini berjalan dengan penuh lancar, Dr ke KL so kitaorg dlm ward just clerk patient gitu2 je. Then bermulalah pencarian 'procedures' di sekitar HKB sbbnya nak penuhkan signature Dr2. MRI, CT scan, Ultrasound seme dah tengok tinggal ERCP je belum. Tapi..."maaf dik, ERCP hanya hari Selasa dan Khamis je". Dengan penuh kekecewaan ,maka berlalulah kami ke dewan bedah fairuz untuk tengok FNAC...sekali lagi diuji.."FNAC dah habis, datang lain kali ye". Begitulah babak sedih bakal2 doktor yang tak pernah kenal erti penat lelah untuk menimba ilmu.Ok, jgn putus asa. Banyak lagi peluang menanti.
Petang tadi ana developed 'sore throat' masa tengah belek2 majalah kat lib. Itulah, asyik duk teguk ais. Dan agaknya kifarah dosa ana semlam kerana mengetawakan seorang sahabat ana yang ada ulcer dalam oral cavity nyer. Ada ke patut, letak ubat gigi ? Haha, kan dan melarat. Adapun lelain kali rujuklah pada yang pakar. (Jgn marah ana tau!) Sebenarnya, punca utama bg ulcer dlm mulut ialah STRESS. Klu shbt stress, mmg biasalah akan ada ulcer. Especially time2 exam. So, the conclusion is JGN STRESS, klu shbt betul2 yakin dan serahkan pada Allah..insyaAllah stress tuh takkan datang, hati jadi redha dan terus berusaha.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home