Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Friday, April 30, 2010

Curtain Falls


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran....


Barangkali hati ini belum cukup teguh, belum matang sepenuhnya. Lantas masih berbaki sisa air mata dan keluhan. Ini tarbiyah. Kerap kali hati menyakinkan.

Jalan menuju syurga bukan mudah. Ada mahar perlu dibayar. Penentu tiket bahagia menuju alam abadi.

“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar” (2:155)

Maafkanlah aku kerana mengeluh.

Aku jua insan biasa.

p/s: tiba-tiba rasa kerdilnya diri, mahu merawat hati yang sakit. Rest if you must, but don't stop. dan terasa nak bermanja-manja +mengade-ngade dengan mak. Bicara penuh didikan dan pengalaman...mak, rindu!

Cinta

Hari- hari penuh cinta..

Allah,
Semoga aku ingin lebih menghibur
daripada dihibur..
Memahami daripada difahami
Mencintai daripada dicintai..
Sebab..
Dengan memberi aku menerima..
Dengan memaafkan aku dimaafkan
Dengan cinta aku bangkit kembali
Dan...
Dengan cinta aku hidup abadi..

(Menanti Fajar Kesedaran- Lip Wijayanto)

"Jika cintamu benar, kamu akan mentaatiNYA.Kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati sesuatu" Abdullah ibn Mubarak







Tuesday, April 27, 2010

Me, Probe and Mouth Mirror

pic: recap during student time.

'Nenek, nenek si bongkok tiga...sambung sampai habis'

Minggu backache. You gain one thing, but you lose another. Best-best kerja dentist, dapat pula sakit belakang. Memang minggu ni diumumkan minggu filling the teeth. Like fill in the blank lah. Bezanya, kena korek segala infected dentin dan barang makanan dalam tuh. Kadang-kadang anda boleh jumpe, biji lada, lada itself, kacang...phew..quiet disgusting lah to be true. Baik korek tanah barang kali. Jumpa cik cacing.

Apakan daya, inilah kerja 'mulia' seorang dentist. Tahan saja bau mulut, though dah pakai berlapis mask. Itu tak cerita bau-bauan yang 'harum' lagi enak. Haha..So, kalau nak pi visit dentist silalah gosok gigi or rinse thoroughly. Kesian dentist, tak pasal-pasal seminggu tak makan sebab loya because of certain incidence. Kan..kan. For men, kalau pun nak tunjuk stail rambut yang kacak dan mencacak lagi macho janganlah pi taruk minyak rambut aka gel banyak-banyak, habis mandi minyak dental chair tu nanti. Isk..isk kesian dia. Doktor pun sesak nafas..hmm.

Oklah,layan saje entri merapu..saat ada masa lagi sebelum pulang. Adios.

Sunday, April 25, 2010

Bedtime Story..at morning

Indahnya alam selepas hujan.
Alhamdulillah kerana masih ada kurnia dariNYA.

Selamat mengundi pada mereka yang di Hulu Selangor. Rasanya dah lama tak merasa 'penangan' pilihan raya. Rindu pada saat begitu. Lelah jiwa dan raga tapi segalanya hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Allah itu Maha Kaya.

Kalimat yang beberapa hari mengetuk gegendang telinga. Benar dan pasti. Tak ada satu benda pun yang Dia akan rugi sebaliknya manusia yang lalai sahaja kerugian. Saya kerugian masa sejak akhir-akhir ini. Banyak benda hendak dibuat tapi asyik ada limitation.

Sudahlah minggu ni, saya banyak 'marah' patient. Entahlah. Kesabaran pun ada hadnya. Marah bukan benci tapi nak ajar diorang supaya jaga gigi. Bukan asyik nak cabut gigi dan buat denture. Umur 13 tahun pun dah pandai ajar orang suruh cabut semua gigi then pakai denture. Aduhai..bayangkan kalau anda yang jadi dentist encounter dengan manusia begini.

'Aih, pandai pulak dia ajar kita' omel collegue saya.

Memang hujung minggu waktu kami berkumpul dan 'membentangkan' cerita tak masuk akal, lucu dan sebagainya tentang patient.

'Saya nak cabut gigi atas ni, tolong pegang kepala' arahan biasa kepada assistant.
Alih-alih patient angkat tangan dia dan pegang sendiri kepala dia.

'Haa..'
Terkedu saya. Rajin pulak dia pegang kepala sendiri. Ketawa satu surgeri kami.

'Bukan awaklah, assistant saya' berair mata menahan ketawa. Apa-apa jelah patient ni, benda kita suruh dia buat, dia tak buat. Yang kita tak suruh buat, itulah yang dia nak buat.

Kisah dua.

'Ok, galik makcik' (galik= duduk dalam bahasa Iban)

Alih-alih dia pergi tarik kerusi saya kat sebelah (saya berdiri waktu tu) dan duduk diam kat situ. Comel sangat tengok. Ngee..orang suruh atas dental chair lah makcik. Bukan kerusi saya..

Kisah tiga.

Ada patient schizophrenia datang untuk cabut gigi. Puas pujuk dan convince kan dia, siap inject. Bila panggil masuk untuk cabut ;

'Dr, saya rasa dah dicabut lah gigi tadi. Saya balik dulu lah ye' sambil buka pintu klinik dan dengan selambanya balik rumah.
"???"

Nampaknya dia tengah berhalusinasi lagi. Aduh..

Kisah empat.

Lepas inject sorang pakcik dan siap letak forceps kat gigi..

'Tunggu Dr, kenapa saya rasa tak kebas lagi kat gigi ni?'
Saya pun ambik probe, explain rasa tekan, rasa sakit and so on..
'Betul lah Dr saya tak rasa apa-apa pun. Belum kebas ni lagi saya rasa'

'???'
Dalam hati, tak rasa apa-apa tu kan maksudnya dah kebas lah sayang oi. Susah betul nak explain kat orang terlebih bijak. Minum Dumex Dugro barang kali.

Kisah lima.

'Dr, saya rasa ada gigi tertinggal kat dalam ni lepas cabut lama dulu'
"Ok,saya check dan ambik x-ray'

Kemudian.
"Takde lah, ni cuma tulang gusi. Biasalah soket gigi, ambik masa sikit nak betul-betul sembuh"
'Taklah Dr, saya rasa memang ni gigi yang tertinggal. Cuba rasa sekali lagi'
Sambil dia nak tarik tangan saya untuk palpate balik tempat gusi tu.

"Betul, tulang gusi je tuh. Ke awak nak saya cabut tulang sekali dengan rahang awak?" acah saya. Haha..padan muka. Jahat juga saya .

'Hee..tak naklah Dr'

Ada juga spesies mcm ni. Pening-pening.

Best kan encounter pengalaman macam ni dengan orang-orang kampung. I like it..haha. Buat pengubat jiwa saat berduka lara...

Thursday, April 22, 2010

Lenggang Kangkung

Hari ini hari Khamis
Esok hari Jumaat
Lusa , weekend yang ditunggu-tunggu~ sebab nak tido+rehat betul-betul+kena teman orang pegi servis kereta awal pagi.

Sebagaimana saya suka-suki mengheret orang temankan saya maka seharusnya saya turut menemankan dia.

'Dah lama tak jogging or aerobik kan?'
'Ya lah, dah naik lemak rasanya'
'Hoho..nasib baik saya tak perlu risau bab lemak tuh. Makin kerempeng adalah'

Staf menegur, saya aktif sangat. Ke sana ke mari, kerja semua nak kena buat cepat~ panggil patient, sedia barang. Kesian...

Almaklumlah selama ini asyik duk jadi koboi. Rilek semacam je dengan boss dulu. Dengan saya, memang kena kerahan tenaga. Salah diorang juga, sapelah book patient 4-5 orang satu petang? Tapi malas nak tegur, since waiting list pun dah dekat-dekat bulan 9-10 untuk denture sahaja. Uwaa..merana badan saya.

Alhamdulillah, setakat ni tak rasa 'meluat' lagi dengan kerja cabut gigi, tampal menampal dan buat gigi palsu. Kalau masa kat Kuching dulu, haiyoo..tak payah cakaplah. Nak cuti sebulan pun ade. Mungkin di alternate dengan kerja admin kot, jadikan saya sedikit 'loose' dan in control. Sahabat-sahabat saya yang lain, entahlah? Doakan saja mereka bersabar.

Bukan tak tahu, kalau yang di semenanjung semua cuak dengan cabutan. Ada yang easy, yang difficult memang berpeluh satu badan. Saya? Alhamdulillah juga, tiap hari OPD banyak cabut gigi so..practice make perfect. Tak payah nak risau-risau lagi kan. Untung satu benda(Kalau patah ke, terselit kat mana-mana, cuba sedaya mungkin korek keluar. Ganas jugaklah waktu tuh)Lagi satu contohnya lah macam bangun qiamulail lah. Kalau dah buat tiap-tiap hari mestinya takde rasa susah. Tapi saya tak mampu nak buat daily, cukup dapat 'wajib'kan dengan at least 2 kali seminggu. Sedikit yang berterusan itu lebih baik.

Kek carrot.
Agaknya ada orang menunggu saya bawa pulang sebiji kek tuh kot. Tapi silap saya lupa nak bawa balik grater carrot. Alahai takkan nak tunggu hiris halus sebatang carrot tuh. Nampaknya terpaksalah kak we menunggu minggu depan. Tow pu chee, pang yaw.

postscriptum: petang ni saya nak bercerita sepuas hati..nak cerita kat Pips pun, dia tengah tension semenjak jadi cikgu..hehe. Nasib lah labu, orang lain yang duk menganggur lagi ramai. So, bersyukurlah. Ciao..

~Nazroh~


I choose my own way, I choose what I want to hold steadfastly, I choose people who I want to be with. With Allah's guidance. InsyaAllah.

Ramai sudah melayangkan kad dan menunjukkan signs and symptoms nak kawin. Mabruk muqaddam minni. Afwan juga tatkala tak mampu/dapat nak memenuhi jemputan yang sememangnya wajib untuk dihadiri. Moga baitul muslim yang dibina atas dasar melengkapkan separuh dari agama dan tujuan yang baik yakni saling menyokong dan mendorong ke arah mencari mardhotillah, berkekalan hingga jannah menyambungkan sebuah cinta kasih sayang sesama insan kelak di sana.

Wah, panjang pulak ucapannya. Kalau bagi sepuluh page ni pun belum tentu cukup.Hmm.Bila orang tanya jika saya nak kawin apa pula persiapan saya ke arah itu? Senyum saja. Yang penting, apa pengisian ruhani, akal dan mental saya sebelum, semasa dan selepasnya. Bukan tak acuh mengenai persiapan material, cuma serasanya cukuplah bersederhana dan mengikut sunnah serta kemampuan. Bukankah itu lebih elok dan cantik di sisi agama.

'Dan carilah dalam apa yang diberikan oleh Allah kepadamu, kesenangan hidup di kampung Akhirat; dan janganlah engkau melupakan bahagianmu di dunia ini. Dan berbuat baiklah, sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu' (Al Qashash : 77)

Menikah adalah keputusan paling penting. Sesiapapun tentunya tidak ingin salah dalam pencaturan. Maka selayaknya lebihkanlah usaha dan intensif mendekatkan diri kepada Allah. Biarlah keputusan yang diambil mendapat petunjuk yang benar dariNYA dan merupakan keputusan yang terbaik dalam kehidupan. Pohonlah diberikan kekuatan, dimudahkan urusan dalam menjalani rumah tangga sehingga mencapai sakinah, mawaddah wa rahmah ke akhirnya.

Ikhlas.
Dalam konteks ini bererti menerima kelebihan dan kekurangan pasangan masing-masing. Ketahuilah, kita menikah dengan manusia bukannya dengan malaikat. Setinggi mana ketaatan seseorang dalam beragama tetap juga dia manusia yang ada salah silapnya. Seharusnya, kita siap untuk sentiasa menjaga keikhlasan dalam menunaikan tanggung jawab, perubahan dan waktu menghadapi naik turun sebuah perkahwinan. Sehingga seberat mana keadaannya nanti, sepatutnya kita merenung kembali tentang niat awal kita menikah.Agar dengan demikian, kita akan selalu diingatkan bahawa ada yang harus selalu dijaga dalam pernikahan ini. Yakni, keikhlasan kita sendiri.

Pernikahan itu sangat sensitif, apa saja yang ada dalam proses menuju pernikahan mahupun fasa-fasa awal pernikahan,mudah membangkitkan perasaan yang kuat negatif mahupun positif.
Lantaran itu, berhati-hatilah. Jerat syaitan pasti mengena buat mereka yang terleka dan jauh dari Allah s.w.t.
Sebagai renungan buat sahabat sekalian :

Betapa indahnya ucapan Abu Darda' ketika berkata kepada isterinya :

"Jika kamu sedang melihatku dalam keadaan marah maka carilah sesuatu yang boleh menyenangkanku dan jika aku melihatmu sedang marah maka aku akanmencari sesuatu yang boleh menyenangkanmu, dan bila tidak seperti itu maka kita tidak usah berkumpul saja".

'Sesungguhnya Allah menunjuki seorang manusia dengan berkat usahamu, itu lebih baik bagimu daripada dunia ini dan segala isinya' (HR At Tabrani)
postscriptum: 'Tak payah nak bercouple-couple, dengan siapa kita kawin dah Allah tetapkan masa dalam rahim ibu lagi. Hanya tambah dosa free saje klu bercouple' ~ ayat-ayat mak usrah saya. Setuju!

Wednesday, April 21, 2010

An Evening With Miss Know-Nothing

'Honesty is the best policy'

Dah kering idea berfikir bagaimana mahu decorate klinik. Kalau suruh decorate rumah, mahu juga saya. Makanya...

Five ways to be happy
a) Buat orang lain gembira
b) Tengok muka mak ayah, adik beradik dan tak lupa anak sendiri erks..anak menakan
c) Always thank to Allah, people and everyone who do good deeds
d) Dapat gift/prezzie...ada org nak bagi saya ke? huu..
e) To feel so right, no guilt and foremostly don't hold any grudge

'Subhanallah'

Five things you done yesterday:
a) Masak
b) Dan masak lagi sesudah itu makan.
c) Mengadap buku-buku agama~ asyik bab sama je, sbb otak dah slow absorb
d) Instead of tengok tv, tv tengok saya
e) ofkos...tidooo..zzz..nikmat paling masyuk Allah bagi..(boleh mimpi Prince Charming if ada chances)..ngee

Five favorites places for vacation
a) Home
b) Home lagi..
c) Tempat yang boleh gi window shopping dan makan-makan
d) Mana-mana tempat yang ada orang nak belanja (100% setuju..)nak jimat duit sendiri kan.
e) Tempat tamrin....(hmm..do I have guts?)

'Alhamdulillah'

Five person I miss most :
a) Mom
b) Dad
c) My late grandpa ( wif his baby blue car..sedihnye; just say prayers)
d)Aqil
e) Luqman...
(Hadirah dah terkeluar chart..hihi)

'Ma fi qalbi ghairullah'

p/s: jom jalan-jalan..

Monday, April 19, 2010

Coco Milava ~sebut betul-betul

'Amboi, laku Dr hari ni'
'Hmm..entahlah, sape lah yang promote ada Dr gigi baik hati kat klinik nih'..huhu

Alhamdulillah, Pukul 12.45 pm baru dapat duduk melepaskan lelah. Tiba-tiba rasa nak cuti pulak. Kerja dah makin bertambah, ayoyo.

Mielad Said. Untuk yang dah masuk 30 an. Belated sebenarnya, sepatutnya semalam saya wish pada si ibu Aqil. Nampaknya Aqil kena belanja ibu makan ice cream cornetto sebab achik duk jauh. (^_*)V.

'Achik, mangi nye'
Dengan confident level yang tinggi Aqil berkata.
Kitaorang terdiam seketika, tapi lepas tuh ketawa sampai sakit perut.

'Bukan mangi lah sayang. Wangi..'
Isk..isk, anak sapolah ni.

Sunday, April 18, 2010

Letaknya di Hati


'Siapa orang-orang soleh?'
Alhamdulillah, buka mata juga saya di pagi Ahad. Pukul 4 pagi, lori angkut sampah menjadi alarm saya. Alamak, baju tak gosok, barang tak kemas. (tengah mamai). Sambil duduk bersila. La..lupa ni pagi Ahad bukan pagi Isnin bekerja. Apa-apa je, teruk sangat nampaknya mimpi sampai terbawa ke alam realiti.
Alhamdulillah juga, setelah lama tak bersiram dengan ilmu-ilmu dan duduk bersama orang soleh akhirnya dapat juga. Tapi ini masuk kali ke dua saya terlupa al Quran. Tak berdisiplin. Marah diri sendiri, handphone tak boleh lupa tapi al Quran? InsyaAllah, moga lain kali tidak lupa.
Alhamdulillah, sungguhpun singkat saja tapi moga-moga yang sedikit itu besar impaknya. InsyaAllah. Saya dikenali sebagai orang yang banyak senyap dari bercakap. Bercakap bila perlu dan satu 'keburukan' saya~ saya tak suka meeting. Hmm..paling menyeksakan bila meeting yang tak berobjektif, tiada conclusion dan macam-macam lagi. Meeting clinic saya setakat ini tak pernah lebih dari 45 minit. Memang itu rule saya. Saya lebih suka slow talk/group talk dari cakap kat depan or bagi ucapan/ceramah. Sebabnya saya tak pandai bab pengucapan awam. Makanya saya amat mengkagumi orang yang berani dan pandai bercakap di khalayak orang ramai. Dan tangan saya lebih cepat buat kerja dari bercakap-cakap.
Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan, dan dengan sebab itu saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Semua itu, anugerah dari Allah. So, gunakanlah sebaiknya pada jalanNYA.
p/s: Al Quran itu letaknya di hati..terpancar pada amalnya.

Friday, April 16, 2010

Indahnya Hari-hari

Tahniah buat graduan medic USM 2010! Moga Allah merahmati dan meredhai keputusan adik-adik dan sahabat semua.

Alhamdulillah, sampai ke hari Jumaat sudah. Penghulu segala hari. Manfaat masa yang ada dan masih tertinggal. Cepat sungguh masa berlalu, dan semakin bertambah-tambah usia yang ada.

Gara-gara Fish Ball Noodle Soup

Sudah beberapa hari, begini. Bloated, nak pengsan dan cramping pain. Not a productive week I should say except dah berjaya buat study trip ke Kuching dengan anak-anak. Alhamdulillah everything ran smoothly. Then a few flaws started to show...

'Dah berapa bulan doktor?'
"Dah 2 bulan" Haha..sakit macam ni pun,sempat juga layan kerenah buang karan diorang.

Pantang betul diorang tengok saya in pain. Kalau saya sick leave, kesian dengan patient appointment. Makanya,saya harus tahankan saja segala kesakitan demi kesejahteraan semua pihak.*kalaulah TPKN(G) baca ni,mesti terharu rasanya* (budget-budget)

Dah 4 patient petang semalam,tiba-tiba datang pulak seorang untuk M.O.S removal of retained root 45 after 1 1/2 year embedded. Dah keluar, patient pulak 'jaw lock' tak boleh nak tutup mulut sebab dislocate temporo-mandibular joint. Phew, tak sangka saya boleh berlagak cool tatkala patient panik minta panggil husband dia di luar.

Jeng..jeng. Dengan penuh control macho.

'Sabar auntie, kalau you panic macam ni lagi susah. Rilek je' walhal berpeluh sejuk saya.

Ambil saja gauze balut kat kedua ibu jari tangan bukan kaki ye adik-adik. Pastu make sure position patient lebih rendah supaya senang kita tolak ke bawah jaw. Then, letak ibu jari kat both lower 1st molar area. Other fingers support the mandible.Tekan secukup rasa, bila rasa jaw dah loose(means terkeluar dari tempat lock tuh) tolak ke belakang dan ke atas.

Alhamdulillah, kan senang tuh. Apa yang penting, jangan panik. Tunjukkan diri anda yang cool, macho, cute dan muka tak bersalah. Pasti patient pun yakin dengan kredibiliti anda sebagai doktor gigi.

'Oh, goodness. Thank you haa..Dr'

With a pat at my back. Walla!Bravo.

~Hari memuji diri sendiri, in order to boost up the self esteem. Ada juga orang perasan atas dunia ni.Walhal, dah berapa kali jumpe pt with jaw lock...ngee.

Wednesday, April 14, 2010

Sekeping Hati Ini

'Sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNYA'

Entahlah. Berbaur sekali perasaan mutakhir ini.

Pagi tadi bila diingatkan mengenai wasiat sebelum mati, entah apa yang saya dapat persembahkan kepadaNYA dan apa pula manfaat yang telah saya tinggalkan pada yang masih hidup? Sudahkah saya merancang untuk sebuah kematian? Apa yang perlu saya lakukan jika belum? Dek kerana lalainya pada dunia,memang lumrah manusia lupa juga pada alam yang satu lagi dan lebih kekal. Saya pun.Alangkah indahnya kalau ada seseorang yang mampu mengingatkan saya tentang semua itu.

'Dan carilah dalam apa yang diberikan oleh Allah kepadamu, kesenangan hidup di kampung Akhirat; dan janganlah engkau melupakan bahagianmu di dunia ini. Dan berbuat baiklah, sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu' (Al Qashash : 77)

Rasa bahagia saat ada ujian didatangkan. Petanda Allah masih sayangkan kita kan.

Ya Allah,
Terima kasih atas ingatan berterusan
Agar tak lari pandanganMU dari ku ini.

Monday, April 12, 2010

1st Quarter Story


Alhamdulillah. Sungguhpun pagi ini lebih 40 orang patient datang cabut gigi, saya tetap mampu angkat tangan dan forceps lantas mengodek gigi diorang dengan jayanya. Kesian assistant, dah kering saliva dan lenguh sudah kaki. What to do ? We serve the nation.
Akhirnya dapat juga bergambar beramai-ramai though half of them unavailable. Continouing to be a moderate, kindhearted, down-to-earth, patient and passionate dentist..apa lagi ye. Yang memahami, yang empathy, yang sporting..yang..yang. Segalanya 'yang'.
Minggu lepas yang menyesakkan jiwa sudah pun berlalu. So grateful to Allah! Ameen.

Saturday, April 10, 2010

Malam-malam

'Ada 6 orang dental officers,
kerja kat bahagian Samarahan
Satu dapat transfer,
suka hati balik Sabah bah.
Tinggal lagi 2,
kena tunggu lagi..
sampai bulan 12..'

(sila nyanyi ikut rhytmn, 10 budak hitam..Terima kasih)

Congrats Hellen. Akhirnya dapat juak balit kampung sinun. Meninggalkan kami yang terpaksa ber'Sumazau' bulan Julai nanti. Sedih..Kelak, kmekurang ke Sabah ya.

Balik dinner, terus rebah dek pening yang teramat. Dah jadi kebiasaan orang Sarawak. Tak boleh lari dari karoke dan menari. Sampai saya kena paksa berkaroke kat depan. Tapi..secara baik saya tolak. Nanti, tak pasal-pasal semua dapat tazkirah free of charge.

'Amboi, Dr. Bagi ucapan macam dia pulak yang nak transfer'
"Practice..make perfect bah,hihi"

Satu table dengan boss, memang saje cari kerja lebih.Uwaa..kan dah kena remind kerja-kerja bulan ni until Julai. Sabar, dan sabar lagi. Sabar kan ubat.

Sekian.

Yang tengah mengelamun teringat nasi kerabu.

Friday, April 09, 2010

Permata Hati

Sempena Jumaat yang mulia ini, suka untuk saya kongsikan satu hadith yang diriwayatkan oleh At Tirmidzi :

‘Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak kepada kemurkaan ibu bapa’

Ibu bapa mempunyai kedudukan darjat yang istimewa di sisi anak-anak. Lantaran itu memiliki anak-anak yang soleh solehah merupakan satu antara nikmat yang paling besar. Lantas tanggung jawab memberi didikan yang sempurna kepada zuriat adalah amanah besar dan wajib dipikul oleh kedua ibu bapa. Oleh itu, anak-anak tidak terlepas daripada menunjukkan ketaatan kepada ibu bapa yang tidak berbelah bagi melainkan kepada perkara yang melanggar syariatNYA.

Antara dosa paling besar selepas syirik kepada Allah adalah derhaka kepada ibu bapa. Bahkan dinyatakan dalam hadith yang lain . (Riwayat al Bukhari dan Muslim)

Abi Bakrah r.a berkata , Nabi S.A.W pernah bertanya tiga kali :

Maksudnya: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Mereka (para sahabat) menjawab: ‘Sudah tentu ya Rasulullah!’ Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibu bapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu”.

Hidup selama 25 tahun lebih ini belum cukup mematangkan saya. Dan saya akui amat lemah bila berhadapan antara emosi dan ketaatan terhadap mereka. Kadang kala terturut juga emosi lantaran lemahnya iman, tapi alhamdulillah sekurang-kurangnya negeri Sarawak telah memberi banyak pelajaran dan pengajaran. Ada sisi-sisi yang baik sebenarnya. Di perantauan cukup membuatkan saya berjaga-jaga, kebimbangan pada keluarga memang tak pernah lari dari benak minda. Cuma doa berpanjangan saja, saya titipkan di awal pagi dan lewat malam agar semuanya baik-baik saja.

Memang bukan semua benda yang ibu bapa kita tetapkan menjadi pilihan kita. Tapi percayalah di sebaliknya ada hikmah dan kebaikan yang tak putus. Dulu, sewaktu habis matrikulasi dan peperiksaan akhir saya sibuk dengan program adik-adik di matriks. Urusan mengisi kelapan-lapan pilihan kursus dan universiti saya serahkan kepada mak dengan mengikut pilihan saya. Tup..tup tahu sajalah mak yang merangkap Menteri Pendidikan secara bijaksananya menukar pilihan saya tanpa pengetahuan. Kalau ikutkan saya mahu jadi pharmacist, tapi alih-alih doktor gigi juga yang melekat dan tambah lagi memang dekat benar dengan rumah.

Sehari dua lepas tahu keputusan intake universiti, saya mogok dan berbelah hati. Tapi lihat saja air muka mak dan ayah, tak sampai hati rasanya mahu menghampakan mereka. Maka setulusnya, saya ikut saja pilihan mereka dan totally mengharapkan dengan asbab doa mereka dan ketaatan saya ini agar mumtaz/jayyid dalam setiap imtihan yang dilalui. Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui segalanya .

Bukan senang nak jadi doktor. Kata orang lah. Bagi saya semua bidang ada kesukaran dan kesenangannya. Cumanya, bidangnya memang kena struggle dan berkorban lebih. Bayangkan masa tahun 4 dan 5, memang ada tikanya sambil carving dan setting dentures dan setiap steps buat dentures pasti ada air mata yang menitik, tangan dah terketar-ketar dan hati berlagu sendu sambil mulut berzikir mencari kekuatan. Stay back lepas habis treat patient pukul 5 petang lebih di dental lab untuk siapkan bancuh impression dan sebagainya. Akhirnya hampir pukul 12 malam baru siap kerja, dengan white coat dan baju sedari pagi tadi, belum mandi, makan malam pun ala kadar. Letih jiwa dan penat tubuh. Ada masa weekend, datang lagi lab bagi memastikan sechedule tak overlapped. Tidur, terasa amat bermakna dan nikmat paling besar ketika itu.

Apabila direnungkan kembali, semua itu tak mungkin terjadi kalau bukan dengan hebatnya kuasa Allah dan berkat doa qudus berpanjangan mak ayah. Tanpa mereka, saya tak mungkin jadi ‘orang’ seperti hari ini. Doa saya, moga ketaatan saya pada mereka tetap sampai bila-bila dan mudah-mudahan di syurga kelak kami semua berkumpul menikmati indahnya jannah.InsyaAllah. Dan saya mahu terus berbakti..

“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa”
(Surah An Nisa’ : 36)

Koreksi diri : Mampukah saya menjadi seorang ibu yang terbaik pada anak-anak saya kelak. Bila fikir bab nikah kawin ni, terasa kerdil yang amat. Sedangkan hak-hak saya sebagai anak terhadap mak ayah pun belum sempurna ditunaikan apatah lagi saya nak menjadi seorang ibu. Dapatkah saya menunaikan hak-hak anak-anak saya nanti? Wallahua’alam. Harapnya suami saya (baca: akan datang) pun akan turut sama-sama membantu. Ceewah..ayat penuh harapan ni

Sebagaimana iltizamnya Sumayyah menjadi seorang isteri dan ibu yang solehah dan sebagaimana kesetiaannya Zainab Bt Muhammad dan sebagaimana pengabdiaan Rabiatul Adawiyah dan sebagaimana kesabaran dan kasihnya Khadijah Bt Khuwailid. Begitu jualah saya mengharapkan agar dapat mengikut jejak mereka.

‘Kurniakan si suami, kebijaksanaan membimbing isterinya ke ambang syurga dan semoga dia sabar dengan apa yang menduganya sebagaimana Nabi Allah Ayub a.s bersabar terhadap imannya, kesihatannya dan keluarganya’

~Nowseeheart
Rujukan :
10 Terminal Syurga Rumah Tangga
Strategi Hidup Secara Islam (Fathi Yakan).

Thursday, April 08, 2010

~ Sekolah Saya ~

Senyum seindah suria..

Alhamdulillah, Allah bagi lagi nikmat sebuah kehidupan untuk kita semua hari ini sungguhpun tiada jaminan sampai ke petang hari.

"Sesungguhnya sebahagian perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara. Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, kerana jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik) nescaya tumbuh sebahagiannya".

Poor Fahmi, another earthquake at 7.2 scala Richter at his place. Of course, I'm quite worry ever since he went there to pursuit his ambition. Cepat Fahmi, cepat habiskan supaya segera kembali ke tanah air. My prayers always with you as well as my 'Netter's Anatomy' atlas. Take good care of all my medical books including my stethoscope. How I miss them!

Apa nak jadi?

Dunia sekarang memang buat kita semua pening kepala. Hampir saja, saya mahu tutup telinga tak mahu tahu berita dalam dan luar negara. Dengan artisnya yang jadi drug addict, dealer dan lagi teruk manafacturer, pukul isteri, kes yang kahwin sebulan dua kemudian bercerai-berai. Entahlah. Silapnya, agama tiada dalam diri apatah lagi sebuah penghayatan.

Sekarang perlu bersungguh-sungguh membuat rawatan untuk mbiak sekolah.

'Kenapa saya suka sekolah?'

Hmm..sebab tempat bermulanya saya dapat semua ilmu, dapat kawan dapat cikgu dan kenangan zaman sekolah. Ada yang manis, ada yang pahit dan ada yang membanggakan. Entahlah, saya suka belajar dan buku-buku. Cuma saya agak suam-suam kuku bab matematik esp Add Math dan Fizik. Makanya, sewaktu ada lecturer mintak saya further study dalam bab-bab research (yang ada statistik and so on) saya angkat kaki. Tak sanggup.

Dan saya suka buat rawatan kat sekolah di Simunjan sebabnya.....

a) Dapat balik kerja awal sikit (best part)
b) Dapat jumpa kawan sekolah lama yang dah 7 tahun tak jumpa, kecil kan dunia ni..Alhamdulillah.

Tuesday, April 06, 2010

Inner Thoughts

One evening, after being reminded by tomorrow Quaterly Meeting in my clinic I quickly browsed through the filing drawer. Then, have to entertain few guests suddenly appeared.

'One woman stand'

The words used to be address me by my big boss . Like a Superwoman he said.

Tired. But I found this booklet. ' Walk awhile in my shoes.

Back home, I sat on the floor flipping thru the booklet. Each words had me cried. Why? I'm being under so much misery ..my employees too. We're living in real world. Neither of us can please each other everytimes.
How many times I woke up in the middle of the night just after dreamt about works and my staffs. Eventually it becomes a habit~ the dreams of works.

I'm afraid of losing my grip. Tons of work weigh a lots for me since I've no other collegues to confide with. Here, I sitting alone. But to Allah, I'm confide in. The Greatest Power of all, right?

Even sometimes, it hard enough to make it 'win-win' situation. Someone must sacrified.

'When you point your finger at me, remember that three of your fingers are pointing back at you'

Making decisions on the basis of what is fair and equitable. Let say I've been given a task to choose only one out of five people for a promotion. Will another four agree with me or just feel that I'm failed to decide fairly? Or the one I choose feel the another way around? If given opportunity, I never appoint myself of carrying an excess baggage. But...God never burden us unless the responsibility is equal to our capability then.

' Someone once said, " If you want to be liked, don't become a boss." They were right! You just can't please everyone.

Looked ahead with a great deal of hope- hope that my fears will turn out to be unfounded, that things will be even better than they are now. But only time, a little luck, a lot of hardworks and merely the God's love and mercy will tell. Nothing much I can offer to myself now, except a good rest and problem-free right now.

'I and you were in the same car, travelling down the same road. Wherever we go, we go together'

I love all my staffs, no matter how difficult they are, how hard to learn their ways and keep in their pace, how I feel such a total freak to hear all the problems and how so painful to know the fact inside out...still I love you all as much as I love myself so. I'm your leader, because you all accepted me ..though I'm wrong sometimes.

At the end of the story

'..with more understanding we can meet in the middle and walk the rest of the way together'

This afternoon after Quaterly Meeting.

'So..did they all bullied you Siti since you were here?' the boss asked
'Nope, I did bullied them alot..hihi'
"Dr, jangan bagi dia transfer lagi..tunggu 10 tahun gik"
'Humh...mana aci'