Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Thursday, November 30, 2006

Rupanya Kekuatan Ini Datang Dari NYA

Alhamdulillah, selesai sudah exam posting akhir radiology(dunia hitam putih bercahaya ditambah dengan warna Doppler berwarna warni). Pelik juga manusia, boleh minat hitam putih dunianya. Namun, itu sebahagian dari ilmu-ilmu Allah. Schedule hari ini paling hectic ; jam 815 am dah 'tercongok' kat DK 1 untuk exam 2 paper MEQ dan MCQ. Pukul 11.10 masuk semula untuk dikuarantin sebab kami grup last then kena tunggu OSCE pukul 1245 pm. Boring2 , dah puas palpitation cuma bernasib baik takde active station. Hmm, itulah nama start dengan 'S' lagi..nunggulah hang. "Sok2, nak letak nama anak2 nanti saya nak letak dengan huruf 'A' lah. Awal2 lagi kena panggil' rungut ana pada sahabat.Ops, tak baik merungut. Lupa-lupa.

OSCE ended by 200 pm, bergegas pulang then 230 pm sambung masuk klinik. Dengan hanya berbekalkan bihun sebagai breakfast~ Allah bagi ana bertahan dan terus bersemangat sampai ke petang dalam klinik.
By 440 pm, siap buat satu filling(tampalan class II, fuh hebat jgk dalam masa sejam.Patient dtg lambt). Semalam teringat patient partner ana, nak latih jd peramah sajelah tegur dah makan ke belum. Dia tanya balik ana, berkebetulan puasa so jawablah puasa. Dia senyum, pelik kot sbb ana tak nampak letih. Dakwah indirect sbenarnya, rajin2lah berpuasa. Lagi satu bila kita start dengan bacaan 'Bismillahirrahmanirrahim" , patient pun yakin then kita pun yakin jugak. Kalau ustaz ceramah berjam2 belum tentu hati pendengar akan terkesan tapi kalau kita ucap sepatah dengan perasaan kasih sayang sesama insan InsyaAllah yang sedikit itu lagi terkesan sebenarnya.
Then at 500 pm, ada lecture Oral Pathology~ramai yang dah bzzzzzz, ...keletihan. Sekali lagi mata ana tahan, tersenyum tengok sahabat sebelah dah collapse awal2. Suka buat diorang terkejut ms tgh tidur. Tak eloklah, doktor tengah mengajar kat depan kita duk tido. 630 pm habis dah. Exhausted, tired and starving semuanya ada~mak, fizah nak balik.Nak sambung tido kat rumah plak. "Slm ayah, fizah nak balik pagi esok"~ ana msg ayah.Jimat, cepat dan mudah*.

Urgh..ngantuknye.Sambung lelain kali. Kesimpulannya, sentiasalah isi masa sahabat dengan bekerja, belajar ,membaca dan etc. Ingat, orang muda biasanya akan 'dibunuh' oleh masa lapangnya. Banyak masa kosong, banyak pula angan-angannya, bila banyak angan2 banyak pula kemalasannya..MALAS racun paling berbahaya kata Imam Al Ghazali. Usah terpedaya dgn mimpi kita, jgn dilayan sgt perasaan tuh..membazir2 je..
Ok, ilalliqa

Untukmu Mujahidah Sejati


Mujahidah sejati
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi di cakerawala
Menghiasi taman indahnya permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan

Mujahidah sejati akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa

Mujahidah sejati
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah
Aisyah Fatimah, menjadi muqarrabin
Bbermujahadah, merebut cinta
Dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan
Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam iringan dosa-dosa

....siapakah mujahidah sejati? Anda, saya atau mereka di luar sana? Semua berharap diri masing-masinglah yang sewajarnya mendapat gelaran ini. Ayuh,sama2 berusaha keras ke arah itu. Pst..nasyid zaman sekarang bercampur2 so saya cadangkan pada sahabat semua dengar2kanlah nasyid yg menaikkan semangat untuk berjuang bukan shj dlm lapangan dakwah bahkan pelajaran contohnya ; Mujahid Dakwah, Sunnah Berjuang, Orang Muda etc. Toksah duk 'layang' sangat nasyid2 yang slow2 kecuali munajat zikir. Lain pulak jadiknye..

Wednesday, November 29, 2006

On Children

'Dan jgn sesekali engkau mengatakan terhdp sesuatu "aku pasti mengerjakan esok pagi"kecuali dengan mengatakan insyaAllah.Dan ingatlah kpd Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah a'sa an yahdiyani rabbi liaqraba min hadza rashada' -al kahfi 23&24.
CHILDREN by Kahlil Gibran
Your children are not your children.
They are the sons and daughters of Life's longing for itself.
They come through you but not from you,
And though they are with you yet they belong not to you.
You may give them your love but not your thoughts,
For they have their own thoughts.
You may house their bodies but not their souls,
For their souls dwell in the house of tomorrow,
which you cannot visit, not even in your dreams.
You may strive to be like them, but seek not to make them like you.
For life goes not backward nor tarries with yesterday.
You are the bows from which your children
as living arrows are sent forth.
The archer sees the mark upon the path of the infinite,
and He bends you with His might that His arrows may go swift and far.
Let our bending in the archer's hand be for gladness;
For even as He loves the arrow that flies,
so He loves also the bow that is stable.
3 things in life that never return - Time, opportunity and love
3 things in life must not be lost - Faith, hope and honesty
3 things in life that is most valuable - Self confidence, hard work and sincerity
p/s : Kahlil Gibran is one of my favorite writer as well poet...hehe, secret reveal since no one know 'bout it except Almighty Allah.

TanpaMU

Resah dan gelisah ku rasa
Hidup penuh pancaroba
Roda masa pantas berputar
Menduga iman di dada
Daku yang lena dan terleka
Tenggelam di lautan dunia
Kabur pandangan mataku
Pada nikmat yang menggunung
Mendustakan kurniaanMu
Tiba murkamu menghukum
Keangkuhanku kian hancur
Lantas ku jatuh dan tersungkur


TanpaMu kasih (Oh Kekasih)
Ku tak berdaya (Ku terpedaya)
Hilang punca dan arah (Pada helah dusta dunia)
Hanyut alpa di arus bergelora
Kasih (Oh Kekasih)
Daku derita (Tangisku hiba)
Lemah dalam sengsara (Dan mengalir oh air mata)
Jiwa dan tubuh kepedihan
Terseksa, terhukum
Menanggung kifarah dariMu

Telah ku lalui semalam
Jalanan kelam dan suram
Lampaui batasan insan
KeagunganMu kulupakan
Rahmat dariMu kudambakan
KeampunanMu kupohonkan


Tuhan, ku tak berdaya
Tempuh segala
Tanpa kasihMu
Hatiku ini merindu
Sinar cintaMu Yang Agung
Pasrah merayu redhaMu
Ampuni dosa-dosaku
Rahmat dariMu ku dambakan
KeampunanMu ku pohonkan

Tangisan Rasulullah Menggoncangkan Arasy

Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.

"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: "Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum," jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?" "Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula. Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya. "Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: "Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata: "Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?" Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!'

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya.".....alangkah indahnya jika kecintaan kita kepada Kekasih Agung ini seperti Badwi ini !

Monday, November 27, 2006

Hadirah Yang Comel di Hati Makciknya

Duhai Hadirah yang comel, Hadirah yang manis, Hadirah yang bucuk, Hadirah yang baik hati hendaknya..baliklah kepangkuan achik2 kat Kelantan nih.Rindu tau sama Hadirah!

Bayi yang dalam kategori infant less than 1 year ini is the belle of the ball in our family, eager to walk and yet work very hard to achieve the goal. Love to explore new thing, new environment thus making her parent and grandparent so in trouble. 24 hours had to watch out this little cuttie pie.Very punctual to meal time, a second late cause her to cry and like to bite the plastic spoon since she is in teething time. Hopefully by 6-8 month the lower anterior incisor erupt.

I watch you grow from small yet adorable creature until now into a toddler to-be. Missing every moment we were together. A cuddly baby, I miss your smell, your clothes and your baby bath soap(haha..even I use the same brand with you)..Like your mother said YOU'RE PRETTY CUTE (PC) baby. Huh, when shall we met PC ? Gimme' a hug=)

Assalamualaikum wbt,minggu ni dah masuk minggu ke 3 ana bersendirian. Adik rumate cuti maka tinggallah sorang2 kadang-kadang merayap juga ke bilik kawan sebelah. Boring jugak takde orang yang nak diajak berbual, berkongsi cerita dan berkongsi makanan. Tapi itulah manusia, bila masa barang ada sering dibuat lupa tapi bila dah tiada depan mata, barulah terasa. Manusia..oh manusia.

Semalam jugak pulun buat report and case presentation simultaneously. Dahsyat jugak speednya, cuma masa buat tuh sambil pohon pertolongan dari Allah mintak2 Allah lembutkan hati doktor sebab presentation takde study model or gambar tapi just ada gambar radiograph (x-ray) yang ana kepilkan above. Asalnya nak periapical (cover the whole crown and root) but Allah dah tetapkan is menjadi bitewing (crown only). Tersengih-sengih ana bila tunjuk kat Dr tapi mujurlah Dr pun faham-gigi belakang manyak susah nak letak film. Kalau tak boleh jugak, pastinya ana akan tanpa putus asa memujuk Dr sampai dapat ..heheh( tak makan saman jugak ana ni!).

"Kalau sekiranya Kami menurunkan Al Quran kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah-pecah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir" Surah al Hasyr :21

Bahulu yang mak bawa semalam, dah habis. Sambil menaip sambil mulut mengunyah. Pelik juga, minggu ni asyik stomachache. Adik2 2nd year and 3rd year pun akan exam next week and 2 weeks lagi. Moga an najah menanti kalian. Tak kira apa yang dilakukan pasti letakkan Allah dihadapan dalam niat, amal dan perbuatan kita. Berjaya dalam exam, sekadar kejayaan di dunia tetapi berjaya dalam mendapatkan redha Allah , bererti berjayalah kita dalam kehidupan selamanya. Kita selalu mintak Allah kabulkan segala kehendak kita,nak itu nak ini tapi jarang benar kita buat apa yang Allah suruh kan?. Sekali lagi..manusia oh manusia.

2 hari lepas, senior tanya dah habis ke baca buku yang dikirimnya. Ana mencari ayat yg paling tepat tapi pengakhiran pada ayat itu tetap sama- MALAS! Walhal buku sebesar buku 555 je, cuma totally in Arabic (tengah mencari penterjemah). Alasan mahunya setimbun dalam list, tapi puncanya sebenar tetap yang satu itu juga. Nampaknya, ana gagal mempraktikan perintah Allah yang suruh kita sentiasa bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara kebaikan. Tak mahu, seribu dalih..nak,seribu daya. Semuanya terpulang pada diri kalian.

'Siapa yang menyangka bahawa ia mempunyai wali (penolong) yang lebih hebat dari Allah, bereti baru sedikit ia mengenali Tuhannya. Dan siapa yang menyangka ia mempunyai musuh yang lebih hebat dari dirinya, bererti baru sedikit dia mengenal dirinya sendiri'

Friday, November 24, 2006

Gembiranya ana..

Assalamualaikum wbt, alhamdulillah pagi ni Allah bagi satu lagi kegembiraan. Dah masuk 2 minggu berlalu, barulah kali ini dapat bertemu, berdiskusi melontar idea dan paling penting dapat menungkai rindu pada sahabat sekalian. Moga kalian lah sahabat ana di akhirat kelak.
Berpeluh jugak, takut apa yang ana bentang tak sampai ke hati2 sahabat. Tapi insyaAllah kalau Allah mahukan kebaikan ke atas kita takde apapun yang dapat menghalang sebgmana dalam Surah Yunus ayat 70.


Pertemuan tak seperti biasa, tempat berbeza, suasana yang berbeza. Selesai kuliah T.Guru (bilangannya tak berkurang walaupun hujan). MasyaAllah, malah sepanjang kuliah hujan berhenti seketika. Itulah majlis ilmu, betapa Allah menjaganya. Cuma jangan lupa, bawa tafsir/terjemahan sekali jika hadir ke kuliah t.guru-lagi berkat sambil2 tgk ayat Quran.
Sume dah start cuti, tetapi nampaknya hanya pelajar Medic & Dental (medden) je yang akan sentiasa meneruskan pengajian dan program berterusan. Hm, nak ajak Fifah la turun jadi fasi and for sape2 yg berkelapangan blh lah dijemput untuk menyumbangkan tenaga, ilmu by jadi penceramah ke.Bagitau ye. Lepas ni, klinik pagi petang. Aiyo! Letih jgk tapi mengenangkan ini salah satu cabang perjuangan ku teruskan langkah ini.
Tak sabar rasanye nak graduate, tengok muka gembira mak ayah, adik beradik dan saudara mara. Ana kot yang 1st jd dentist dlm kaum kerabat, tapi dah ada sepupu mak yang dah jadi Dr specialistand currently duduk kat Aussie. Buat perkampungan kat situ. Td masa bukak emel, ada satu video nasyid budak KRIM (yg bakal mlanjutkn pljrn ke oversea) klik di sini.
Pepatah org tua :
'Tidak usah kami diberi kata
Dipakai kata akan luntur
Tidak usah kami diberi nasi
Dimakan nasi akan habis
Tapi berilah kami hati yang suci, muka yang jernih
Budi baik, dibawa mati"..
Untuk sahabat sekalian ; Kalau sahabat ketawa,hendaklah ditanya apa sebab ia senang. Kalau sahabatmu menangis, engkau mesti periksa apa sebab ia susah..
Ingat sahabat; SHARING IS CARING.
Then, my congrats goes to my easy going senior
NURHAFIZAH GHANI (DENTIST)
&
MD ARIFF IKRAM (DOCTOR)
for their wedding&solemnization ceremony(akad nikah) on 25th Nov 2006
May Allah blessings with you.

Thursday, November 23, 2006

Di Manakah Sahabatku?

Lagi beberapa minit sebelum ke Radiology Department, semalam kerinduan ana pada sahabat terungkai.Biarpun sekejap cuma, biarpun tiada apa yang menarik melainkan miting express, padat dan ringkas, biarpun sekadar di bilik ana...ada sesuatu yang telah lunas. MENATAP WAJAH-WAJAH SAHABATKU. Mungkin kalian tak merasa apa yg diri ini rasa, tapi sungguh nikmat ukhuwah yang Allah tiupkan dalam hati terlalu mahal untuk dijualbeli..

Tuesday, November 21, 2006

CONSTRUCTIVISME THEORY, Apa tue ?

(Pls take note: sila baca dalam intonasi bersyair hikayat zaman dahulu,not monotonous)

From philosophy to practice..
Adapun tiadalah ana pernah mengetahui bahkan mendengar dua patah perkataan di atas kecuali setelah si Fifah menyerahkan tugas yang telah dipertanggungjawabkan ke atasnya oleh ayahanda tercinta. Namun, disebabkan ia mahu berangkat mengembara keliling utara 'Tanah Melayu' ,lantas diserahkan tugas demikian bulat-bulat pada diri ini.
Maka, tersebutlah kisah di negara yang serba maju lagi 'aman damai' (biarpun politiknya berkocak jg), segala maklumat perisikan mengenai constructivism theory didapati dengan mudahnya. Al kisahnya 'CT' (singkatan) ini diaplikasi kepada para pelajar sekolah dan budak-budak yang belum matang sepenuhnya namun yang tua-tua pun dapatlah mengambil pelajarannya.

Constructivism is a philosophy of learning founded on the premise that, by reflecting on our experiences, we construct our own understanding of the world we live in. Each of us generates our own "rules" and "mental models," which we use to make sense of our experiences. Learning, therefore, is simply the process of adjusting our mental models to accommodate new experiences.
Demikianlah kisahnya, hikayat anak ayahanda yang rajin-rajin belaka membantu ayahanda membuat assingment sekolahnya walhal mahu berpencen 2 tahun lagi. Memanglah benar, ilmu itu..tiada kan habis walaupun kiamat.....
Note: Kesian ayah, semua yang Fizah cari dlm BI.Nak translate one by one..takut lain pulak maksudnya. Tapikan bila bc, berminatlah pulak nak tahu.Benda sekeliling kita, tak rugi ambik tahu. Boleh ajar anak2 nanti. (Dengar cakap mak ni..nanti cubit! Uh, garangnya makcik ni=), yang bakal nak jd cikgu pun for sure bljr benda2 gini) , Doktor2 pun apply jgk pada patientnya > gosok gigi mcm ni adik, pastu makanlah coklat banyak2 nanti ulat gigi pun datang
Ello my twin, oklah I belanja U bila blk nanti. Duit dlm bank pun byk lagi nih(e..riaknye), ari tuh dah belanja kak jie&abg Udin. Kekasih gelap yang 2nd tak sempat nak belanja<>

Credit to Fifah

Assalamualaikum wbt, alhamdulillah Allah bagi kita semua untuk melihat, bercakap, mendengar dan merasa lagi hari ini so jgn sesekali kufur nikmat ini. Qarun, Tsalabah adalah contoh kepada manusia-manusia yang tertipu dengan nikmat dunia yang sekecil-kecil ini. Cukuplah Islam sebagai nikmat untuk kita sekalian. Kadang kala manusia terlalu ego, lupa siapa yang menciptakannya, yang memberikan ia rezeki dan mempermudahkan urusannya. Itu baru hendak bersyukur tapi nak menyatakan CINTA padaNYA ...apatah lagi. Manusia sendiri merasakan terlalu sukar untuk menanamkan rasa cinta pada Allah, walaupun ia tahu akan kasih sayangNYA, budiNYA dan nikmatNYA.Segala kebaikan yang dikurniakanNYA melebihi dari manusia sekeliling mampu berikan. Sewajarnya Allah lah yang patut dicintaiNYA. Kenapa jadi begitu?

Oh, rupanya hati masih degil.Masih sakit. Hati yang sakit tidak akan menikmati keindahan cinta Allah seperti badan yang sakit tidak dapat menikmati kelazatan makanan. Itulah 'kesihatan' hati yang perlu kita ukur, tiada guna jika tubuh badan sahaja sihat tapi hati masih sakit. Masih ada dendam, benci, iri hati dan sebagainya. Maka jadilah dia seperti orang yang ada masalah psikiatri..bahkan lebih teruk lagi. Moga kita semua terpelihara dari sifat mazmumah. Maksimumkan dengan sifat mahmudah.Tak susahkan?

"Ajaib bagi orang mukmin kerana bila senang ia bersyukur lalu ia diberi pahala.Bila ia susah, dia sabar lalu diberi pahala. Dalam kedua-dua keadaan dia mendapat keuntungan"

Biarpun tenang dalam derita, rasa mulia ketika dihina, rasa lapang ketika sempit.Dalam apa jua keadaan mereka tetap beruntung dan bahagia.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu berkata. "Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam : Jika seseorang keluar dari rumah, maka ia akan disertakan oleh dua orang malaikat yang selalu menemaninya. Jika orang itu berkata Bismillah (dengan menyebut nama Tuhan), kedua malaikat itu berkata : Allah telah memberimu petunjuk, jika orang itu berkata : Tiada daya dan upaya dan kekuatan kecuali kepada Allah, kedua malaikat itu berkata : Engkau telah dilindungi dan dijaga, dan jika orang itu berkata : Aku bertawakal kepada Allah, kedua malaikat itu berkata : Engkau telah mendapatkan kecukupan".

Imam Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Al-Mubarak, Ibnu Hibban, Al-Hakim, Al-Qudha'i dan Al-Baghawi meriwayatkan dari Umar bin Khaththab Radhiyallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

لو أنكم تتوكلون على الله حق توكله لرزقكم كما يرزق الطير , تغدو خماصا , و تروح بطانا"

Ertinya : Seandainya kalian bertawakkal kepada Allah sebenar-benar tawakkal, nescaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung. Mereka berangkat dalam keadaan lapar, dan pulang dalam keadaan kenyang".

Sunday, November 19, 2006

Asma'ul Husna

"Sesungguhnya Allah swt mempunyai 99 nama ,seratus kurang satu. Sesiapa sahaja yang menghafalnya (mencontohinya) akan masuk syurga."
HR Bukhari dan Muslim.
Yang dimaksudkan dengan menghafal ialah meneladani, berakhlak dengan sifat-sifat Allah.Orang yang begini layak masuk syurga .Semakin banyak sifat-sifat Allah yang menjadi akhlak kita sehari-hari, semakin dekatlah kita dengan Allah. Dengan kata lain, tanda dekatnya hamba itu kepada Allah, dapat dilihat seberapa banyaknya sifat-sifat Allahyang dia contohi setiap hari.Itulah tanda taqarub (akrab) seseorang dengan Allah. Semakin dekat dengan Allah, bila semakin banyak sifat-sifat seperti Ar Rahman, sifat Ar RahimNYA, sifat Ghaffar bila diamalkan dalam diri. Dia menjadi insan penyayang, pengasih, pemaaf dan sebagainya.
Itulah yang dimaksudkan Imam Al Ghazali dengan katanya " Kita mengusahakan diri supaya diri 'memakai' sifat-sifat ketuhanan seperti berilmu, berbuat baik, menanam budi, lemah lembut dalam memberi kebajikan, peyayang kepada manusia, jujur serta menunjukkan manusia ke jalan kebenaran." Percayalah, semua ini mendekatkan seorang hamba kepada Alla. Bukan pendekatan tempat tetapi pendekatan meneladani sifat.
Manusia memang layak dan berpotensi untuk mencapai cinta hakiki dan abadi ini. Justeru atas kelebihan inilah manusia dilantik oleh Allah sebagai khalifah di atas muka bumi ini.Sehingga dengan itu taraf cinta manusia mampu naik membumbung tinggi mendekati Tuhannya.

Firman Allah dalam hadith Qudsi ; "Selalulah seorang hamba mendekatkan diri kepadaKU dengan amalan-amalan sunat, sehingga Dia telah Kucintai. Akulah yang menjadi telinganya untuk mendengar, matanya untuk melihat dan lidahnya untuk berkata"

dipetik dr TC.
...duhai Rabbku, bahagia yang ku cari dalam mencintai Mu..derita jua Engkau hadiahkan. Belumpun sempatku mengaduh, segara Kau angkat kembali diri ini. Sungguh, aku terlalu mencintaiMu tapi sering kealpaan.

*Derita yang disebabkan oleh yang kita cintai, hakikatnya masih semacam kebahagiaan juga*

Friday, November 17, 2006

Sehari-hari

Nak skip lecture or pegi miting ?Seringkali dihadapkan keadaan sebegitu.Kalau iman lemah pasti akan ke miting(w/pun utk benda baik tgk aulawiyatnya), begitulah manusia selalu memgmbil jalan mudah. Bila dihadapkan situasi sedemikian, cepat2lah ingatkan diri & niat sahabat untuk berada di menara gading. Ana kembali kepada ingatan ; mak ayah ana hantar ke U bukan untuk bermalas-malasan, ponteng kuliah, datang lambat kuliah dan tak menjaga adab bila mengadap ilmu serta guru. Bila difikirkan kembali,kita jadi konsisten dan tak terikut dengan kawan-kawan yang ponteng kuliah, datang lambat dan sebagainya. Ikut dioranglah tak pergi kuliah kalau dah sememangnya pandai, kita tak pandai or terlalu pandai ke...adab tetap kena jaga. Keberkatan ilmu perlu dijaga. Alhamdulillah, hari ini Allah masih jaga diri ini.Harap sahabat pun sama.

Petang tadi, kakak dan bossnye(jiran ana) dtg ambik kat hostel, penat juga menunggu. Bergegar kete dgn lawak2 diorg plus ana sekali. Nasib baik juga adik jiran ana yang juga satu kelas ms primary school tak naik sekali, kalu tak habis ana revenge blk. Budak lelaki yg suka kenakan org, geram jgk esp bila tgk mata kuyu...mengantuk je nengok! (Pips, kak Efa ckp; mata yg menggoda...eiks, apalagi ketawa kami, tak tergoda pun.Iman high level, alhamdulillah)...ops maaf ye. Jam dah menunjukkan 6.45 pm. Sempat kot berbuka puasa.
Sesampai ke rumah, baru ana tahu mak tak berapa sihat.Demam.Batuk.Takde suara. Bila ana tanya dah ke klinik, mak sekadar jawab dah makan ubat. Ana tahu, mak tak pegi klinik tapi just ambik ubat. Hmm..mcmana ye nak ubah attitude and practice mak ana ni ye sahabat. Berdegar-degar suruh anak2 jumpa doktor, tapi diri sendiri mak selalu korbankan. Fahmi, cepat2lah grad...ayuh kita ubah attitude family kita terhadap klinik, ubat dan penyakit.

Masa sampai rumah, azan dah berkumandang. Mak tgh memasak walaupun tak sihat. Ana melantak mee kari then laksa sebab nasi dan lauk tak masak lagi. Bila dah habis solat, terfikir pulak ana, kenapalah ana tak ambik alih memasak je.Lagipun cuma masak nasi, sup ayam dan goreng ikan-benda yang ana boleh buat sendiri! Sekali lagi sesalan datang. Akhirnya ana tertidur....

Kemudian bangun solat, makan nasi dan mengadaplah pc kat rumah yg baru dibaiki selepas rosak.Ingatkan internet xdpt. Bila kat rumah guna Mozilla Firefox, best sikit. Esok, tak dptlah ana ke kuliah Tok Guru mcm biasa. Dan tak dpt turun ke program, maafkan ana sahabat.Tunggulah mak sihat sikit.InsyaAllah, ana gantikan buat benda lain.

Thursday, November 16, 2006

Buatmu Di Hari Lahir

Ulang tahunmu kali ini kubingkiskan untuk tatapan bersama.Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada Aisyah r.a bahawa wanita ini kurang agamanya dan akalnya.Kurang agama kerana setiap bulan akan ada waktu wanita meninggalkan solatnya .Namun bukanlah bermaksud kurang iman dan taqwanya kerana selama mana ia bersabar dengan keadaan itu Allah tetap memberikan pahala.Dan kurang pada akalnya, lantaran itu dijadikan oleh Allah dua saksi perempuan mewakili seorang saksi lelaki. Justeru, bagaimana kamu dapat tutupinya, sedang telah tertulis ia sebagai fitrah seorang wanita?

Pesanku buatmu di hari ini wahai sahabat. Taatilah kepada kedua orang tuamu selagi mana tidak melanggar syariat dan laksanakanlah perintah dan hindarilah laranganNYA. Setiap ketetapan itu ada janjinya. Terpulang pada diri kita mentafsir dan mencarinya.

Mahukah dirimu ku sebutkan kembali sabda Rasulullah s.a.w yang memuliakan martabat kita?

Rasulullah s.a.w pernah bersabda : " Barangsiapa yang mengasuh atau memelihara dua orang anak perempuan sehingga besar, nanti pada hari Kiamat aku dengan dia seperti ini; sambil Nabi merapatkan jarinya" HR Bukhari dan Muslim

Tambahan lagi; "Barangsiapa yang mendapat kesusahan disebabkan mempunyai anak-anak perempuan, tetapi ia tetap berlaku baik terhadap mereka,nanti pada hari kiamat mereka akan menjadi dinding baginya dari api neraka" HR Bukhari dan Muslim

"Barangsiapa yang memelihara dua atau tiga anak perempuan atau dua,tiga saudara perempuan serta mendidiknya, maka orang itu akan masuk syurga" HR Tarmizi dan Abu Daud

Nah, sedarilah diri ini.Betapa Allah memuliakan diri seorang wanita dengan kedudukan yang tak mampu seorang lelaki mencapainya kecuali benar-benar soleh. Apakah dirimu masih mahu merendahkan martabatmu, menghina diri sendiri dan menjual murah harga dirimu dengan mengadai segala perintah laranganNYA? Fikirkanlah dengan mata hati bukan sekadar perasaan. Kerana sememangnya wanita itu terlalu kaya dengan perasaan dan emosinya.

Wednesday, November 15, 2006

Rumahku Syurgaku

"Salam ..., sok i fetch u dlm kul 5 lbh lh.Siap cpt2"
Akak ana msg tadi, sambil ana upload benda dlm internet. Huh, akhirnya tercapai jua hajat nak balik rumah setelah sekian lama. Entah apa pulak yang menanti ana esok dan hujung minggu ni. Esok satu kuliah je petang, so sempatlah packing brg ckit and siapkan sedikit tugasan :kutip duit.
Rumah ana sekadar teratak buruk, pagarnya tak berganti cat.Hanya cat putih. Cuma satu je, disitulah tempat yang menempatkan sebuah ketenangan selepas masjid. Bila rungsing, bila rasa rindu, bila keletihan, bila kehabisan idea, bila exam menjelma ...rumahlah tempat tujuan ana. Biarpun buruk setara mana, disitulah ana bermula, membesar, belajar tentang berkongsi.. Dapur adalah tempat perbincangan kami, bukan sekadar berkongsi rasa makanan tetapi sebuah kehidupan. Tempat paling riuh dengan gelak tawa kami, berkongsi lawak jenaka kakak, abang, adik ana. Entah siapalah pula yang dapat award pelawak terbaik kali ni...abang akan berangkat ke Labuan untuk kerja engineer(kumpul duit untuk walimah dia, tak layan pun kami nih), kakak dpt interview keje cikgu kat Shah Alam, Fahmi insyaAllah sambung Medic...tinggallah ana di bumi Kelantan sementara Fifah di Serdang( Oit, grad skali tau.Tapi yg cheq punye special skit konvo..haha).INSYAALLAH !

Tuesday, November 14, 2006

Pesan Ayah


Pesanan ayah berlegar-legar dalam minda. Memang susah untuk menerima kehidupan seharian begini, cabaran datang pelbagai penjuru. Kadang ada kekuatan, kadang terasa lemah, kadang sudah tak kisah apa jua yang mendatang." Semua orang boleh, cuma jalannya berbeza.Sukar tapi semuanya berjaya" .Azimat inilah yang menjadi penguat pada diri sekalipun anak ayah ini sering gusar dengan apa yang dia pelajari.

Dulu, semuanya tampak senang mahu menjadi doktor.Hanya apply dalam list yang 8 itu.Bila dah diterima masuk, jalanilah kehidupan seperti seorang pelajar medic/dental. Bak kata kakak, medical/dental student tiada 'life'. Ana sangkal pendapatnya, kami jua sama yang lain. Kehidupan kami adalah untuk semua umat manusia. Tugas dakwah itulah kehidupan kami.

Klinik berakhir pukul 4.45 ptg cukup meletihkan, itupun belum dikira jika ada extend kuliah oleh doktor yang komited. Junior di bilik, kerap menegur. Dia pun turut 'keletihan' melihat diri ini yang 24 jam tak berhenti mengisi masa yang Allah bagi. Tambahan meeting kerap pada waktu petang. Penat tak terkata, setelah berkejar berlari (tak sempat nak mematuredkan diri, Rasulullah s.a.w sendiri pun berjalan lbh laju dr shbt2nya seolah mcm turun dr bukit) kena melangkah ke tempat lain. Otak berkerja keras setiap masa.Malamnya, ana terperap dalam bilik bersama buku-buku, laptop with wayerles dan melayan kerenah adik junior=) Terkadang 'syahid' awal, sometimes sampai pukul 2 pagi bertahan kemudian menempuh pagi esok.

Hujung minggu penuh terisi dengan agenda, sehingga emak pula terpaksa menelefon anaknya ini. Dunia sudah terbalik agaknya, sekali lagi maafkan anakmu ini. Mak sedari awal mengesan anaknya bermasalah...masalah tak cukup rehat,makan dan etc. Tak mengapalah mak, sementara Fizah ada masa kat dunia dan Allah bagi. Esok, tak menjanjikan apa2 untuk diri ini.Cukuplah ada bekalan untuk dibawa kelak.

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahasalah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.Sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang sesat dari jalanNYA, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang akan mendapat petunjuk" Surah An Nahl: 125

Moral of the story :

a) Jgn regret mcm ana, sekrg nak ke kelas agama tiap petang tiada kesempatan. Malam nak ke surau ,dengar ceramah pun terpaksa cover sblm klinik/kuliah esok. Dulu masa 1st-3rd yr, tak gunakan sepenuhnya.

b) Bila hati kita jarang diberi makanan, terasa makin jauh dari Rabb.

c) Apa yang berlaku, hadapilah dengan kesabaran dan mintalah pertolongan dariNYA. Bukankah Allah mengabulkan doa hamba-hambaNYA yang meminta.

d) Jangan fikir nak cukup dan qadha tidur atau rehat saja, nanti akan selalu rasa nak rehat,letih.

e) Tiponlah mak ayah selalu, ingatlah insan tersayang. Masa inilah kita tunjukkan kita care, sayang kat mereka.

f) Jangan sekat2 ana nak makan byk2, BMI pun dah lama tak kira..program byk menanti.


Assalamualaikum..after awhile seeking for the 'true' colour of me, here I am finally. Above, pic of my little cousins.The naughty ones, always make me argh...Sometimes I scolded them by pulling their ears because disobey me but still luv 'em so much.Always made me laugh sampai berair mata.This pic was taken on 1 Syawal by my little bro. Dun know why, this pic become my fave. pic.

Ibn Mas'ud telah berkata: " Jadilah sumber ilmu, pelita yang memberi petunjuk, penghuni setia di rumah, pelita penyuluh hidayat, hati-hati yang senantiasa segar, berbaju lusuh, kamu dikenali oleh penghuni langit tetapi tidak dikenali oleh penghuni di bumi"

Kebanyakan orang mudah berkhayal, namun bukanlah semua khayalan yang melintas di minda itu berupaya diungkapkan dengan lidah, berapa ramai yang mampu mengungkapkan dengan lisan namun tidak ramai yang berupaya memikul beban jihad dan bekerja keras. Para mujahid yang merupakan orang pilihan yang tidak berapa ramai pun adakalanya tersilap langkah dan tidak mencapai matlamat sekiranya tidak mendapat inayah Allah" Imam Hasan Al Banna

Rahmat Allah

Assalamualaikum wbt, selamat pagi untuk seluruh makhluk Allah di bumi ini...

..Pada suatu hari di musim sejuk, seorang alim duduk di tingkap rumahnya memerhati hujan lebat yang turun, dengan perasaan gembira.Tiba-tiba ia terlihat jirannya yang bakhil berlari laju menuju rumahnya kerana takut bajunya yang mahal dan cantik itu basah.

Si alim menegur dengan berkata: "Wahai saudaraku, kenapa kamu berlari cepatnya? " "Aku berlari dari hujan,wahai sahabatku" jawab si bakhil.Berkata si alim: "Semoga diampunkan ke atasmu. Benarlah sesungguhnya kita berada di akhir zaman.Apakah ada manusia yang lari dari rahmat Allah?

Maka lelaki itu terasa kebenaran si Alim lalu ia pun berjalan dalam keadaan seperti biasa sehingga basah kuyup bajunya yang mahal dan cantik.Selepas beberapa hari, lelaki itu duduk berhampiran tingkap rumahnya sambil menyaksikan hujan lebat.Tiba-tiba dia terpandang si Alim berlari dengan cepatnya sambil memegang serban dan menyingsing jubahnya yang cuma ada sehelai itu sahaja.

Maka si Bakhil pun memanggil seraya berkata; "Adakah kamu telah lupa apa yang kamu perkatakan kepada saya? Apakah ada manusia yang lari dari rahmat Allah?" Si Alim pun berhenti sebentar dan menjawab: "Tidak, sesungguhnya aku berlari dengan segera ini supaya aku tidak memijak rahmat Allah ini (hujan) dengan kakiku. Kemudian segera ia berlari ke rumahnya.

..."Ya Allah, aku minta daripadaMU kebahagiaan di muka pengadilan dan tempat-tempat orang-orang yang mati syahid dan penghidupan orang-orang yang bahagia dan pertolongan mengatasi musuh.."

Monday, November 06, 2006

Terima Kasih Kerana Menjadi SahabatKu

Hari pertama melangkah,
Dadaku makin terasa sesak
Turun naiknya bagai tak sekata
Peluh memercik
Aku tak tahu menuju ke mana
Kelibat sahabat sematriks menghilang
Masing-masing punya impian berbeza

Namun, kalian hadir
bertemankan senyuman tangan dihulurkan
Pelukan erat mendakap kemas
Menghilangkan seribu gentar berpanjangan

Tahun pertama kita gembur
dengan perkenalan atas sebuah matlamat yang sama
Berpagi-pagian ke kuliah begitu jua petangnya
Semalam kita bertamu di surau
mengisi ruhani yang amat dahagakan ilmu

Peperiksaan menguji kekuatan semua
Saling menyokong, memberi dan menerima seadanya
Makin dekat tarikh itu,
makin dekat jua hati-hati kita
Tawa kalian pengubat hati kala bersedih

Ujian Allah singgah sebentar
Menguji bukan seorang dua tapi semua yang ada
Tangisan sahabat masa itu
meruntun hatiku, apalah gunanya kegembiraan
andai ada antara kita dalam kesedihan..

Tahun kedua
Semangatku menghilang entah ke mana
Sahabat yang ditinggalkan untuk menyambung sisa perjuangan
terus kutatapi wajahnya kejauhan
Tak mampu mengungkap sepatah
merawat hati yang rawan

Aku tetap tegar
Bangkit semula bersama kalian yang lain
Tak mahu berputus asa, menghabis ruang masa yang ada
Taklifan bertambah, tapi bukan itu alasan
untuk kita sama-sama berjuang
Hadir kalian ibarat tiang seri
Ampuh menyokong tatkala
angin badai datang menerjah

Hati-hati kita
telah bersatu dan sebati dalam satu ikatan
Di sinilah pahit, manis, susah, senang, duka dan suka
kita berkampung

Tahun ketiga
Diuji dengan peperiksaan yang tiada berhabisan
Pening, mual semuanya bercampur baur
Hati dilanda kerisauan Maha Hebat
Tapi ditutup kejap
dengan wajah menenangkan kalian semua

Sikap kita pelbagai rupa dan wajah
Yang lebih segera menampung yang kurang
Yang atas menjenguk ke bawah
Akhirnya serata jua kita

Saat kemenangan hampir
Sekali lagi Allah Yang Maha Pengasih
Melalukan ujian pada sahabat
Ibarat kita semua , satu sakit..semuanya akan sakit

Tak mahu kalian patah hati
Kita semua bangun berdiri sama
Menuju mara ke hadapan
menongkah arus

Dan...di sinilah kita sekarang
Tahun empat
Kesedihan melanda
kita sudah terpisah dengan tanggungjawab berbeza
waktu tak memberi sedikit kesempatan
untuk aku menatap wajah-wajah kalian seperti dulu
Surau, jarang menerima kehadiran kita
Bertemu berjumpa sekadar menyelesaikan permasalahan dan agenda

Tetapi, ku berharap
Agar kita semua masih punya waktu dan kesempatan
sebelum masing-masing bertebaran di atas muka bumi ini
mencari sesuap rezeki dan menagih redhaNYA..

'Terima kasih sahabat' ..ayat yang sudah lama tersemat dalam hati tapi tak terluah oleh diri ini. Cukuplah Allah penghubung antara kita. Jika saat ini kalian teringat pada Allah dan diri ini jua mengingatiNYA ..maka disitulah selayaknya hati kita bertemu..

(To all my sahabiah : Farhana, Oni,Aya, Jah, Che Qam, Amnah, Diyana, Fini, Kak Shidah, Siti)

Sunday, November 05, 2006

Sweet November- to all Novemberian..


"Fastaqim kama umirtu"
SELAMAT HARI LAHIR untuk kakakku di USMKK ni Kak Hetty yang dah genap 24 tahun, moga diperpanjangkan usia dalam ketaatan, dimurahkan rezeki untuk bakal Doktor yang akan grad tahun hadapan. Sedar tak sedar umur semakin meningkat tetapi amalannya entah selari dengan umur entah tidak. "Age is nothing but number" Phrase yang selalu ana utarakan kepada mana2 orang yang suka mengungkit mengenai umur.Phrase berkenaan boleh jadi valid untuk certain perkara dan boleh jadi tidak.

Selari dengan pertambahan usia, manusia pasti mengejar sesuatu dalam hidupnya.Memenuhi segala kehendak yang berada dalam lingkungan kemampuannya.Namun sememangnya fitrah semulajadi manusia seringkali menginginkan sesuatu yang sukar dan diluar keterbatasan.Bukan susah untuk membina angan-angan dalam sehari tetapi bukan mudah jua untuk merealisasinya. Dan Selamat Hari Lahir jua untuk diri ana+pips, terima kasih mak kerana melahirkan kami ke atas dunia ini tanpa mengenakan sebarang bayaran atas apa yang mak dan ayah korbankan demi kami.Terima kasih jua kerana tak membuang kami seperti bayi-bayi malang yang saban waktu kami tatapi di muka akhbar. Ya Allah, Kau sayangilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka menyayangi kami sewaktu kami kecil. Rahmatilah mereka, redhailah mereka.
Terfikir jua ana, terlalu syadidkah ana? Terlalu garangkah ana? Adakah ana cukup menyenangkan orang? Adakah ana meyebabkan ramai yang terasa hati? Adakah ana sudah bertanggungjawab dalam segala amanah yang dipikul? Dan tinggallah ana terkebil-kebil dengan soalan tak terjawab. Mahu tanya sahabat, tak semua mahu berterus terang .Semuanya berlapang dada atas kekurangan sahabat masing2. Ya, tiada siapa pun yang perfect. Akhirnya, ana buat kesimpulan sendiri: sememangnya ana penuh kekurangan, maka sekaranglah masa untuk berubah ke arah yang lebih baik kerana sampai bila ana akan jadi sebegini. Perubahan menuntut pengorbanan. Dan harga sebuah pengorbanan terlalu mahal..
"Tahaddu tahabbu" .Rasulullah sendiri menganjurkan amalan memberi hadiah, so sebagai menyahut sunnah ini-bagilah ana hadiah ye. Imam Hasan Al Banna bahkan menggunakan method sebegini untuk menyampaikan dakwahnya setelah usahanya ditolak oleh ulama' lain pada zamannya. Indah sungguh akhlak seorang muslim.
Baru je terfikir nak resign dari any taklifan next year, namun apakan daya sekali lagi Allah mahu mentarbiyyahkan diri ini. Takpelah, doakan ana tak syahid sekerat jalan sahaja. Biarlah seperti nama timangan ana "Ihdal Husaini" -sama ada hidup mulia atau mati syahid. Dapat dua-dua pun lagi bagus.
Teringat semasa dulu, masa standard 6 menyanyi lagu Sweet November by The Beatles then masa matriks ana buat public speaking pasal Chocolate and Switzerland. Impian ana nak tengok pergunungan Alps macam cite Heidi dan hirup udara pengunungan ciptaanNYA. Itu impian ana...mahu travel. Jika ada peluang ana nak further study, ambik peadatric dentistry or conservative either Down-under (ausie) or UK. Doakan ana ye, moga impian jadi kenyataan. Dapat sambung kat Mesir pun bagus jgk, tp kena fasih arabic then trus buat haji.
Happy besday to all Novemberians..

Cakap-cakap

Hari baby sedunia..
Hadirah : Assalamualaikum, eh nape awak nangis.Takut tengok saya ke?
Humaira : Waalaikumussalam wbt, Hadirah. Taklah, saya tak cukup tido td.
Opah : Eh, kamu buat apa tu Mat?
Ayah : Ni ha, buang lemak2. Tak elok untuk kesihatan
Opah : Sejak bila kome makan ayam ni Mat?
Ayah : Bukan untuk mike, untuk budak2 ni.