Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, September 30, 2006

Seorang hukama' berkata : " Perjalanan (bermusafir) itu menghilangkan pelbagai kesedihan"

" Kun fi duniyya ka annaka gharib au abirusabel"
-Jalanilah hidupmu di dunia seakan-akan seperti orang asing atau pengembara.

"Fatuba lilghuraba' "
-Maka beruntunglah orang-orang yang asing.

Kebahagiaan itu adalah keriangan hati kerana kebenaran yang dijalaninya, adalah kelapangan dada kerana prinsip yang diyakininya, dan adalah ketenangan hati kerana kebaikan yang dimiliki.


Mereka memujukku tetapi ku tolak ajakan mereka
Mereka menakutiku dengan kematian
tetapi aku bersikap tegas
hingga ditinggal sendirian
Mereka menaikkan ku
Tetapi aku turun untuk melanjutkan tekadku
Mereka menurunkan ku
tetapi aku meniti jalan kebenaran sendirian
Kuusir kematian yang mendatang
hingga ia berpaling
dan kematian berhasil kuhalau hingga tak terdaya
Padang pasir meratapi keterasinganku
seraya berkata :
"Hai Abu Dzar
jangan kamu takut dan jangan pula berdukacita"
Ku jawab :
"Tiada yang kutakutkan"
Keyakinanku sentiasa menyala
dan tidak akan pudar
selama diriku belum dimasukkan ke dalam tanah
Aku telah berjanji setia (untuk tetap tegar)
kepada teman dan kekasihku (Nabi sallahu alaihi wassalam)
dan aku telah menimba banyak pelajaran
dan cita-citanya....
~Abu Dzar~

Thursday, September 28, 2006

MUSIBAH dan CUBAAN

Berapa banyak orang yang berubah jalan hidupnya akibat musibah dan cubaan yang menimpa. Terkadang musibah dan cubaan itu datang dari orang lain atau akibat tingkhnya sendiri. Muslim yang sejati adalah yang bertambah ketaatannya dalam setiap musibah dan cubaan datang menerpa. Adakah musibah dan cubaan yang lebih besar dari yang diterima Rasulullah s.a.w dan para sahabat? Cuba buka kembali sejarah peperangan Ahzab !Rujuklah firman ALLAH S.W.T berikut ini yang mengambarkan betapa berat cubaan yang dialami mereka sehingga sukar diungkap dengan kata-kata , antara lain bermaksud dalam surah al ahzab 10-11:

"Iaitu ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatanmu dan hatimu naik menyesak sampai ke tengkorak dan kamu menyangka terhadap ALLAH dengan pelbagai prasangka. Di situlah diuji orang-orang mukmin dan digoncangkan hatinya dengan goncangan yang sangat"
Cuba bayangkan bagaimana keadaan Nabi ketika itu, hamba yang paling mulia, paling dikasihi di sisi ALLAH ?Apakah dengan dengan cubaan yang demikian nilai ketaatan mereka merosot?Apakah pupus iman mereka kepada ALLAH? Ma'adzallah sekali-kali tidak !

Wednesday, September 27, 2006

Lagi-lagi Hadirah


Orang asyik bertanya: "Ada apa dengan Hadirah?'
Jawab ana :"Dia adalah kesinambungan pertama dari keluarga kami, kehadirannya dinanti, dialah cahaya hati keluarga kami. Istimewanya dia,sehingga mampu membuatkan ana ketawa dan gembira sebaik sahaja menatap wajahnya biar hati berduka..kan..kan Hadirah comey. Then , ada persamaan pada nama kami; Hafizah, Hadirah dan Hafifah (ops, Hafifah tuh abaikan=). Bila makcik sedih, mak cik solat, doa, baca Quran then tengok gambr n vids Hadirah. Tak sabar, nak tunggu sayang balik. Nak dodoikan cayang sampai tidur..nak rehat jap, dah naik penat duk mengaji sokmo tapi apapun kena sambung balik.

Mana Gambar Enti?
Gambar2 Hadirah, adalah gambar ana jgk.Huhu, sebab Hadirah adalah ana, dan ana adalah Hadirah. Sama tapi tak serupa. Hmm, dulu letak jgk gambar2 sendiri dalam friendster tapi setelah ada beberapa kejadian yang tak diingini (kita pun tak tau, apalah orang yang tgk gambr tuh buat :tenung ke buat pengasih ke..kan.kan)mengarut aje. Maaflah sahabat, rindu nak tengok ana ye? Mailah rumah boleh makan2 skali. Takpun, jadi je patient ana setiap hari Khamis!

Monday, September 25, 2006

Azam Puasa Ku !

Alhamdulillah ,segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Dan hanyalah Dia yang wajib disembah. Hari ni dah masuk 2 hari kita umat Islam di Malaysia berpuasa. Gembira, sedih ? Semuanya bercampur baur, tambahan Rabu ini ada exam peads. Apapun , ia tetap tak menghalang azam dan iltizam, I bet Ramadhan ana kali ini. Allah bagi peluang untuk ana buat sehabis baik sempena Ramadhan dan insyaAllah bulan seterusnya.

Harapnya puasa kali ini, bukan sekadar berlapar dan dahaga, bahkan pancaindera yang lain bahkan yang terpenting ialah HATI !Hati manusia ini letaknya antara diibaratkan 2 jari Ar Rahman, mudah saja untuk berbolak balik sekejap ke kiri kemudian ke kanan, bukan? Maka selalu memohon kepada Pemilik hati-hati ini agar ditetapkan di atas jalan agama ini dan dalam ketaatan.

Tahun ini berbeza berbanding tahun lepas, kalau dulu mungkin setiap hari semua sahabat turun makan setalam untuk berbuka puasa tetapi tidak kali ini. Semua sibuk dengan 'on-call', cover case and so on, tak dapat tidak jarang sekali mahu bersua. Anyway, harapnya semua stay dapat merasai nikmatnya Ramadhan..
Azam ana juga untuk balik ke rumah every weekend, bolehlah makan lebih2 sikit and buat ibadah lebih sikit. But foremost apa yang mengembirakan ana tahun ini - kami bakal berpuasa dan beraya di kampung halaman Opah di Perak Darul Ridzuan, merasalah gulai tempoyak and kuih-muih dan paling best suasana syahdu di pagi raya. Ayah chik, nak duit raya!InsyaAllah ikut planning.
p/s : Apart of Perak, we sometimes visit relatives in Ipoh, Sitiawan. Perak is more preferable than Terengganu..haha. Ridiculous !

Friday, September 22, 2006

RAMADHAN OH RAMADHAN..

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan :


Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang artinya : Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan.

-Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya :

"siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan niscaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

- Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata :

Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya : Siapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata:

Rasullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumat kepada Jumat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggalkan sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata:

Rassullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Maraji'

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi








Thursday, September 21, 2006

RAMADHAN KAREM...ALLAHU AKRAM !

Acute Nephritic Syndrome comprises of hematuria, proteinuria, hypertension, edema, oliguria and ureamia. Usually in a child who has had a streptococcal infection 1-3 weeks before the onset of the syndrome....ok.Fullstop, while writing my case write up. My patient is 8 years old boy who seem very co-operative but quite shy with me..hehe. A doctor looking at me with a questionable mark on his face. Huh, lantaklah bukan buat salah pun.
A week already gone, full with up and high. Depressed, anxious, anger, saddness, sorrow, and all feeling jumble up. I knew we don't have ample of time but didn't mean the chances were too small. Forget about that. The Ramadhan..a month which full with His blessing is just around the corner but some of us seem to be the 'excellent' ignorant. oh, dah nak puasa ye? I quite curious, are they fasting during Ramadhan or what? Sedangkan solat pun boleh tinggal inikan pula puasa. Tak boleh jadi ni, kena buat something..
Indahnya Ramadhan yang lepas2, suasana yang cukup mengembirakan dan menaikkan semangat tetapi sekarang?? Alangkah sedihnya satu preparation pun tak buat. Sibuk sangatkah kita dengan DUNIA ? Sudah berjayakah syaitan menghasut kita tapi yang paling nyata..adakah berjaya kita melawan HAWA NAFSU kita semua?
Semakin kita dewasa semakin banyak perkara yang menjadi priority dalam kehidupan. Pelbagai manusia mempunyai pelbagai pula cara atau pendekatan dan kemahuan. Namun, banyak yang berbeza antara umat Islam sekarang berbanding umat Islam dahulu. Jika dulu, mereka berjuang untuk mati maka Allah tambah-tambahkan pula rezeki, penghayatan iman dan kemanisan beramal tetapi sekarang orang Islam sibuk berjuang untuk hidup. Dunia makin dicari, makin dikejar makin pula ia menjauh. Tetapi andai akhirat matlamat utama, pasti dunia mengiringi. Itulah hidup seorang muslim yang sebenarnya.
Kita sering mengingatkan orang lain untuk sabar dan redha tetapi kita jualah yang biasa tersungkur dengan setiap butir kata kerana berkata bukan untuk diri sendiri tetapi untuk orang lain semata-mata. Kita menginginkan yang terbaik tetapi jarang benar untuk berusaha dan hanya duduk bergoyang kaki. Kita berharap hidup senang dengan menyerahkan tanggungjawab kita kepada orang lain tanpa menyedari ada orang lain yang akan terbeban dengan sikap kita yang sedemikian. Ingatlah setiap apa yang kita lakukan, perkatakan itulah yang akan dihisab kelak. Demikian menurut dalam firmannya , Allah menangguhkan balasan ke atas sesuatu kaum seandainya ada 2 perkara yang masih berlegar dlm kaum tersebut iaitu 1) Adanya Rasulullah dan 2) orang yang sentiasa istighfar atas segala dosa2 mrk.
Fikir kembali , Rasulullah s.a.w sudah meninggalkan kita dan yang tinggal hanyalah istighfar. Tetapi andai kata istighfar ditinggalkan maka bersiap sedialah balasan Allah terhadap orang yang melanggar perintahNYA pasti menjengah. Oleh itu, ana menyeru pada diri ana dan sahabat semua gunakanlah kesempatan yang ada termasuklah dalam Ramadhan yang mulia lagi barakah untuk menemukan diri sebenarnya, mengenal Allah dan menghayati kehidupan seorang muslim, mukmin, dan muttaqin seterusnya mukhlisin..
Moga segalanya dipermudahkan...RAMADHAN KAREM !

Wednesday, September 20, 2006

...


My working area at Polyclinic D..
Your Inner Child Is Sad

You're a very sensitive soul.
You haven't grown that thick skin that most adults have.
Easily hurt, you tend to retreat to your comfort zone.
You don't let many people in - unless you've trusted them for a long time. ...

p/s : Hey! That's me.
my stuffs


"O Allah, make my love for You the most beloved thing to me, and my fear for You the most fearful thing to me, and remove from me all worldly needs and wants by instilling a passion for meeting You, and when You have given the people of the world the pleasures of their world, make the coolness of my eyes (pleasure) in worshipping You." Ameen.


Tuesday, September 19, 2006

BELASUNGKAWA UNTUK SAHABAT

Pagi Isnin kami dikejutkan dengan berita pemergian seorang sahabat sekursus 'dental'. Mulanya ana ingat msg yang sengaja disebarkan. Tapi fikir balik, takkanlah nak buat main-main benda hidup mati. Sehinggalah tiba di wad 6 (peads),betul itu berita yang sahih! Kami semua terkejut, serasa baru semalam, bertemu muka..berbual dan minda berputar2 memaparkan saat2 berkuliah, mengaji, berpersatuan bersama. Namun, andai itu sudah ketentuan..biar apapun tiada dapat yang menghalang.

Buat arwah, sama2 doakan yang terbaik, permulaan yang baik dan pengakhiran yang baik. Kematian bukanlah untuk ditangisi barang yang lepas tetapi untuk yang masih hidup menilai memuhasabah dan menimbangtara apakah telah kita tunai segala kewajipan dan tanggungjawab kita. Mungkin hari ini giliran orang lain, esok lusa giliran kita pula bakal menanti. Siapa tahu ?

Saturday, September 16, 2006

Sejenak Sebelum Tidur

Assalamualaikum to all the readers..
Kali ini dah masuk sebulan mata ana sukar terlelap dek keletihan yang menyengat setiap inci tulang-temulang.Dari kurus makin bertambah kurus, agaknya dah jadi sekeping papan nanti. Ah, pedulikan semua itu..banyak aspek yang lebih aula untuk diambil perhatian.
Semalam HTD di USM dah bermula, petang selepas habis klinik (penat wooo...patient banyak calculus, dok cekak kawe nok scalling) terus ana menuju ke gerai untuk tinjau2 keadaan. Then mak call ckap nak datang.Apa lagi, berlari2 anak nak tunaikan solat asar.

Petang tadi tlg sahabat jaga gerai buku, sebenarnya segan juga nak layan pembeli tapi takpelah nak dakwah tak boleh tengok tempat. Mana2 aje pun kena. Tetiba datanglah adik2 muslimin untuk menengok2 buku..takpe teruskan belek2, baca sikit then belek2 lagi. Lalu ana mencelah, tanya itu ini..kononnya nak bina rapport. Pastu adik tuh pun, belek satu buku...lalu dia membaca ayat " Sesungguhnya, sebaik2 tempat bagi orang2 perempuan ialah di dalam rumahnya"

Ana telan air liur..gulp.Ish budak ni nak kata kat aku ka? Biasalah budak tabligh, ana nak juga berhujah dengan dia bukan sebab rasa geram cuma nak kongsi idea. Apa pandangan dia? Ana dah siap sedia nak keluarkan contoh2 srikandi Islam yang turut keluar berjuang di zaman Rasulullah s.a.w antaranya Asma Abu Bakar, Ummu Sulaim, Nusaybah..yang terkemudian Zainab Al Ghazali etc. Tapi apakan daya, pembeli yang lain minta dilayan. Idea ana hanya terhenti di situ, tak sempat nak buat round-table dengan dia.
Menu di gerai basah hanya ada cendawan goreng n murtabak maggi, pizza, ice blended. Tapi tak menang tangan nak sediakan semua. Hehe..tp alhamdulillah dpt belajar ilmu2 'rumahtangga' -memasak, mengemas,menjual. Pernah juga terfikir bila dah kerja, nak bukak kedai buku sbb tak ramai orang Islam yang berbuat demikian. Sambil2 jadi doktor gigi, boleh ajak mana2 yang mganggur makan gaji, dakwah melalui pembacaan dan ajar orang lain untuk sentiasa membaca.
Sebelum mata tertutup, terlalu banyak perlu dimuhasabahkan..ibadah ana, solat wajib, sunat..baca Quran, hafaz dan mendalami maknanya, hubungan ana dengan manusia lain..ah, banyaknya ketempangan ana sehari-hari. Terasa makin jauh dari dunia tapi tak pula mendekat pada akhirat. Terapung di awangan, tak tahu berat akan jatuh kebawah atau semakin ringan dan terbang sayup menuju kasih Tuhan. Ya Allah, andai diri hamba ini semakin menjauh dariMU..maka segeralah Kau sedarkan diri hamba ini. Andai ujian yang Kau berikan, tenangkanlah hati ini agar ia makin lunak dan bertambah redha akan apa-apa yang menimpanya.Alangkah hidup ini, andai berada di bawah payung rahmatMU..

Thursday, September 14, 2006

I'm to small to realize
what happen surrounding me
For better or worse
I totally count on my parent
to show the right path
But I promise to myself
All I have to do
is keep believing and have faith in
Allah, His Prophet

P/s : a view taken from my parent's apartment at Puchong. Just opposite the new Jaya Jusco. money run like tap-water..hehe "says Hadirah.

Wednesday, September 13, 2006

Kisah Sayyidatina Fatimah Az Zahra..

..LAMARAN BERDATANGAN..
Sebagaimana halnya setiap gadis remaja yang cantik dan anggun selalu menjadi bahan perbicaraan para lelaki, demikian pula Siti Fatimah Azzahra r.a ,tidak luput dari bahan perbualan dikalangan tokoh-tokoh muda Quraisy. Topik perbicaraan mengenai puteri bongsu Rasulullah s.a.w ini dibicarakan juga sampai di masjid.
Pada suatu hari, seperti biasa ketika para sahabat sedang berkumpul di masjid Rasulullah s.a.w , termasuk Abu Bakar r.a , Umar r.a, dan Sa'ad B Ma'ad, sampai jugalah perbicaraan mereka kepada masalah Siti Fatimah r.a. Mereka memuji kecantikan dan keagungannya, tetapi mereka juga mempertanyakan mengapa ia tetap tinggal sebagai perawan. Abu Bakar r.a mengatakan "Ia telah dipinang oleh orang-orang mulia dan terhormat, tetapi ditolak oleh Rasulullah s.a.w dengan ucapan " Urusan Fatimah berada di tangan Allah Yang Maha Agung"."
Beberapa waktu kemudian Rasulullah s.a.w memanggil sahabatnya, Abu Bakar r.a dan mengatakan padanya "Abu Bakar, tidak dapatkan engkau mengemukakan persoalan Fatimah kepada Ali? Menurut perasaanku, Ali tidak menyebut-nyebut Fatimah hanya kerana ia sedar bahawa ia tidak mempunyai apa-apa"
Tanpa menyahut lagi Abu Bakar segera menemui Ali bin Abi Talib r.a ,kepadanya Abu Bakar r.a
"Hai Ali ,semua keutamaan dan kebajikan ada pada dirimu. Sedangkan kedudukan dan hubunganmu dengan Rasulullah dekat sekali. Seperti kau tahu, banyak orang terhormat berdatangan untuk meminang Fatimah Azzahra ,tetapi tidak seorang pun yang lamarannya diterima oleh ayahandanya. Beliau hanya menjawab 'Urusan Fatimah berada ditangan Allah' .Dan engkau, apa yang menjadi penghalang bagimu sehingga engkau tidak meminangnya?"
Mendengar saranan Abu Bakar seperti itu Imam Ali tidak segera memberi tanggapan, hanya air matanya berlinang. Baru beberapa saat kemudian , dengan suara tersekat-sekat ia berkata :
"Hai Abu Bakar, sesungguhnya engkau mengingatkan sesuaatu yang sudah lama aku lupakan. Engkau mengugah kembali perhatianku kepada sesuatu yang sudah aku tidak fikirkan lagi. Demi Allah minatku memang besar kepada Fatimah, dan tidak ada sesuatu yang menjadi penghalang bagiku untuk meminangnya, terkecuali kemiskinan dan kepapaanku.."
"Ali, jangan engkau berkata seperti itu," jawab Abu Bakar r.a sambil menepuk-nepuk pundak Imam Ali r.a , mengembirakan hatinya.."sesungguhnya bagi Allah dan RasulNYA semua yang di dunia ini laksana debu berhamburan" ...

Tuesday, September 12, 2006

My CREED

Alhamdulillah, Allah still give me a chance to write and post something here..in my own space. Somehow and sometimes, I'm too got curious..am I have a chance to write anymore? What if tommorow or let say ten minutes after that Im totally gone ? Fuh, thinking a lot lately..had to! So many more impuls will be send to the nearest and right dendrites (Imagine! How beautiful, and meticulosly Allah had done it to us, what if all our neurons get haywire? haha..for sure you not here, reading this but will accomodate a place named 'asylum'-psychiatric ward. Taboo word to say it actually. Sorry.

Ah..how I miss my good old days in year 1,2 and 3. Everything seem so easy, relaxing and less burden. Then here I am , year 4..thinking just 'big' enough and super seniority idea kept clouding my mind. But that's only my dream now I face reality=).Tiredness is the only word that can interprate my daily life and schedules, everday same duty and nothing changes. Get less sleep, less rest, less food and I had to think other's more than myself. Actually, I didn't mean to preach or grudging at someone..I accept all what had been destined for me. For me, I never regret of thing I've done. I do it because of ALLAH. I want to be like my Prophet..his sahabah, the obedient follower and anyone who do good deeds not for themselves but because of Allah.

I want to be like that...what makes you different,make you beautiful...
Beautiful inside.....

Sunday, September 10, 2006

Kelas Tasawuf

Dari pagi sampai petang kepala ana berdenyut akibat kurang tido-min 4 hrs biasanya. Akibatnya, ana tak dapat nak fokus sepenuhnya pengajian hari dan alhamdulillah nasib baik posting di HKB dah abis so skrg menetap sepenuhnya di bangunan PPSG USM. Kembali ke daerah asal. Apapun ignore je kepeningan. Tak lama lagi hilanglah ia...tapi jangkaan tinggal jangkaan. Makin bertambah pula. Dengan suhu air cond kat klinik mencecah 18 oC, dan kami semua bertapa lebih kurang 5 jam. Dunia inilah bakal kami tempuhi dalam jangkamasa setahun lebih lagi insyaAllah. Nak grad on time-2008 then keje.
Petangnya mcm biasa, kelas2 agama berjalan seperti kebiasaannya. Hajat nak taking nap je tapi terover jadi deep sleep pulak. Maka berlangsunglah kelas tanpa ana sedari. Bangun2 ustazah dah nak habis, pening tak hilang lagi..lantas ana collapse buat kali ke 2.Walhal, kat sebelah je. Sedih juga, bab IKHLAS ...Hmm, sebut pasal Ikhlas: ana recommend sahabat khatam habis risalah ta'alim bawah tajuk ikhlas. Suka sangat sbb dapat menghayati bab ni berbanding bab lain. Sbb benda ikhlas ni sentiasa beredar2 di sekitar kehidupan kita. Nak mengaku ikhlas? Susah sgt sbb benda nih akan hadir automatically tanpa kita sedari. Nak ikhlas memerlukan latihan. That's why , malaikat pun tak tahu nak catat mcmana seseorang ikhlas sehinggalah dia buat perkara tu.
Ulama' dulu tak mcm sekarang. Ada yang dah dikaburi oleh materialistik dan dunia. Tujuannya hanyalah dunia semata. Kalau ulama' dulu, masyaAllah terlalu kaya dengan sifat zuhud dan ikhlasnya kekadang bila baca kisah para sahabat..ish2 ada jugak golongan macam ni ye? Tapi itulah keindahan yang Islam nak ajar pada kita semua..INDAH kan ISLAM? Sayanglah kalau umat Islam sendiri takut nak amalkan..sepatutnyalah makin berbangga (izzah)!
Tuhanku, kembalikan sakinah padaku Ya Allah. Berikan ku sedikit kekuatan wahai Tuhan Yang Maha Perkasa agar aku mampu berdiri kembali menjadi hamba berhati waja. Jadikan ujianMu sebagai kekuatan dan kebahagiaanku, jadikan redhaMu sebagai hadafku. Ya Allah Ya Rahmaan!
Akulah pelarian yang masih lagi dalam pencarian
mencari Penciptanya
Sengsara jiwaku tatkala rasa sebegini
sepi dariMU
Apalah gunanya indah dunia
tapi akhirat kosong
tak berisi
andai destinasi seharus ku tuju
masih kelam berbalam-balam
sudilah Kau layarkan sahaja hamba ini
biar
ku temu cintaMU di daerah terasing

Saturday, September 09, 2006

Hadirah, kian membesar..








Hmm..cedapnye! nak tekan mana satu ye?












Pilih yang ni kot ..Yea Alhamdulillah




Huhu, Hadirah already 5 months ++ and about 6 kilos. Imagine how big this cutie pie? favorite : listen to cow-moo, chicken-chick, tiger-auumm and lots more. Like to play with her saliva..ekk.habis lencun sarung tgn tu. Heh, bila mau ketemu ya kekasih gelap sorang nih? Nak ajar baca iqra!

Gaza diserang, kemanakah pembela???

oleh : Maszlee Malik

Ketika para pejuang Palestin menawan tentera Zionis, Koperal Gilad Shalit, mereka telah menawarkan kepada rejim Zionis satu tawaran yang cukup adil. Gilad yang telah ditawan sebagai tawanan perang (Prisoners of War) tertakluk kepada undang-undang antarabangsa berkaitan perang dan tahanan perang. Pihak pejuang Palestin menawarkan pertukaran tawanan (Prisoners swap) seperti yang lazimnya dilakukan sewaktu peperangan untuk melepaskan para tahanan perang. Pihak pejuang menuntut agar kesemua tahanan wanita dan kanak-kanak di bawah 18 tahun dari kalangan rakyat Palestin yang berada di penjara-penjara Zionis dibebaskan. Tahanan wanita dan kanak-kanak yang berjumlah lebih 500 orang itu menantikan pembelaan para pejuang Palestin buat sekian lama. Malangnya, pihak rejim enggan menerima norma dan etika peperangan yang bertamadun. Bukan sekadar mereka enggan menerima tawaran tersebut, malah mereka telah melakukan keganasan terhadap rakyat Palestin setiap hari demi membebaskan Gilad.Operasi Summer Rains Rejim Zionis telah melancarkan operasi "Summer Rains" (Hujan musim panas) yang bertujuan menghukum rakyat Palestin untuk memulangkan semula Gilad Shalit. Bermula pada 28 Jun, pasukan tentera Zionis telah memasuki ke kawasan Khan Yunis di utara Gaza untuk menjayakan operasi berkenaan. Pihak tentera rejim juga telah menghantar empat buah jet pejuang F-16 untuk terbang di paras rendah di atas istana kediaman Bashar al-Asad, presiden Syria di Latakia. Menurut jurucakap tentera Zionis (IDF), ianya bertujuan untuk memberi amaran kepada Bashar agar tidak menyebelahi HAMAS. IDF juga telah menyuruh Mesir agar tidak menyebelahi rakyat Palestin. Kerajaan Mesir telah bertindak pantas dengan menghantar 2,500 pasukan keselamatannya ke sempadan Mesir-Palestin di Refah. Tujuannya adalah untuk menghalang sebarang usaha membawa masuk Gilad ke dalam Mesir melalui sempadan tersebut dan juga untuk menghalang kemasukan rakyat Palestin yang ingin menyelamatkan diri dari keganasan tentera Zionis. Kerajaan Mesir telah membuktikan bahawa mereka adalah rakan dan sahabat paling setia rejim Zionis di dalam menekan rakyat Palestin.Di dalam operasi tersebut, beberapa jam yang awal telah menyaksikan bagaimana tentera rejim telah menjadikan infrastruktur awam dan juga warga awam sebagai sasaran utama mereka. Rumah-rumah seperti lazimnya menjadi mangsa bedilan roket-roket Zionis. Jambatan-jambatan utama yang menghubungkan di antara satu kawasan dengan kawasan yang lain juga turut dimusnahkan. Stesyen janakuasa eletrik turut tidak ketinggalan menjadi sasaran. Natijahnya, 65%daripada Gaza telah mengalami keputusan bekalan eletrik dan terpaksa bergelap. Sebanyak sembilan roket telah dilancarkan ke arah stesyen janakuasa tersebut yang telah menyebabkan kemusnahan keseluruhan stesyen berkenaan. Lapangan terbang Gaza dan beberapa tempat awam yang didakwa sebagai kem latihan HAMAS juga turut musnah. Antara tempat yang dikatakan kem latihan HAMAS adalah padang-padang permainan, sekolah-ssekolah, klinik-klinik, universiti Islam Gaza, bangunan-bangunan kerajaan dan juga umah-rumah warga Palestin.

Di dalam operasi "Summer Rains" menyaksikan bagaimana tentera rejim telah menjadikan infrastruktur awam dan juga warga awam sebagai sasaran utama mereka.
Sebagai serangan balas, pada 29 Jun, Barisan Popular Perjuangan (Popular Resisstance Committees) telah menculik seorang warga Israel yang kemudiannya dibunuh apabila tentera rejim bertindak. Tubuh warga Israeli, Eliyahu Asheri (18 tahun) dijumpai di dalam kereta yang terbiat di Ramallah. Menurut sumber perisikan Zionis, Eliyahu telah ditangkap oleh para pemuda Fatah dari pasukan keselamatan Palestin dan bukannya oleh PRC. Briged Syuhada al-Aqsa milik Fatah juga telah menangkap seorang warga Israel, Noach Moskovich di dalam sempadan "Israel", di bandar Rishon Le Zion. Beliau akhirnya turut dibunuh apabila tentera Zionis meula mengganas di Gaza. Briged berkenaan menggugut akan menyerang kepentingan-kepentingan Zionis di luar negara jika mereka berterusan menyerang Gaza. Bagi pihak al-Qassam pula, mereka hanya melancarkan serangan-serangan roket al-Qassam ke arah "Israel". Beberapa roket mereka berjaya mengenai sasaran. Roket-roket tersebut telah berjaya sampai ke Ashkelon, sasaran paling jauh yang berjaya dicapai oleh roket al-Qassam. Selain daripada itu, kawasan Negev (selatan Gaza) dan juga Netivot (utara Gaza) juga telah berjaya dihujani oleh roket-roket al-Qassam. Sebagai reaksi, pihak tentera rejim telah menyerang kawasan utara Gaza, Beit Hanun dan Beit Lahiya yang dikatakan sebagai kawasan di mana roket-roket tersebut dilancarkan.Penculikan para menteri PalestinPada 29 Jun, rejim Zionis telah menangkap 64 pegawai-pegawai kerajaan Palestin. 26 dari kalangan mereka adalah ahli parlimen, dan lapan daripada mereka merupakan menteri-menteri kabinet. Antara mereka yang diculik oleh tentera Zionis ialah, menteri kewangan, Abdul Razaq, Menteri Buruh, Muhammad Barghouti, Menteri Hal Ehwal Agama, Nayef Rjoub, Mneteri al-Quds, Datuk bandar Qalqilya, ahli parlimen al-Quds timur, Muhammad Abu Tir. Manakala yang terkini selepas peperangan ke atas Lubnan dilancarkan pula ialah Ketua Speaker Majlis Legaslatif, Dr Abdul Aziz Dweik dan juga timbalan perdana menteri Palestin. Usaha jahat rejim ini bertujuan untuk melumpuhkan kerajaan Palestin di bawah pimpinan HAMAS dan juga untuk menggantikannya dengan wakil-wakil yang pro-Zionis. Mereka yang diculik juga diletakkan di dalam penjara-penjara tentera dan ramai di antara mereka yang telah disiksa dan didera. Malangnya tidak ada satu negara pun yang tampil untuk membela nasib rakyat Palestin dan menghentikan tindakan ganas rejim Zionis ini.

Tentera rejim juga turut berusaha untuk membunuh Perdana Menteri Palestin dengan percubaan meracun beliau dan juga membedil pejabat Perdana Menteri.
Tentera rejim juga turut berusaha untuk membunuh Perdana Menteri Palestin dengan percubaan meracun beliau dan juga membedil pejabat Perdana Menteri. Bangunan kementerian luar juga telah dibedil sebanyak dua kali sehingga memusnahkan langsung bangunan berkenaan. Bangunan kementerian dalam negeri tidak ketinggalan menjadi sasaran keganasan Zionis. Selain daripada bangunan-bangunan kementerian, rumah-rumah para menteri dan para pegawai kerajaan pro-HAMAS juga turut diserang dan dibedil. Sebagai contohnya, pada 6 Julai 2006, pasukan komando Golani milik IDF telah menyerang kawasan penempatan Palestin di Beit Lahiya secara membuta tuli. Mereka telah menyerang kawasan-kawasan perumahan dengan kereta kebal-kereta kebal, helikopter Apache dan juga para komando yang dilengkapi persenjataan yang canggih. Hasilnya, para komando tersebut telah menawan Dugit, Nisanit dan Elei Sinai di utara Gaza.Kesan kepada rakyat PalestinSehingga kini, menurut pihak berkuasa Palestin (PA), kerugian yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Palestin mencapai lebih ratusan juta dollar. Sebanyak 15 juta dollar diperlukan untuk membaiki satu-satunya stesyen janakuasa eletrik di Gaza yang telah dimusnahkan oleh rejim Zionis. NGO-NGO alam sekitar Palestin pula di dalam laporannya mengatakan, "Tahap kesihatan rakyat dan juga infrastruktur berkaitan dengan kesihatan juga turut membimbangkan. Bekalan ubat-ubatan kehabisan, air yang bersih semakin kehabisan, kemusnahan di jalan-jalan raya, pencemarah alam sekitar, kawasan pertanian yang turut dimusnahkan, pokok-pokok yang dicabut, dibakar dan dimusnahkan adalah sebahagian daripada bencana alam sekitar yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Palestin akibat kekejaman rejim Zionis".Natijah daripada penutupan sempadan-sempadan Gaza, penduduk Gaza kekurangan bekalan makanan, ubat-ubatan dan juga petrol. 22 hospital di Gaza dijangkakan akan lumpuh jika keadaan berterusan memandangkan mereka terpaksa bergantung kepada generator sebagai sumber kuasa. Jika petrol sudah habis, maka generator-generator tersebut tidak akan boleh berfungsi seperti biasa. Mereka juga keputusan bekalan ubat-ubatan yang asasi. Sebanyak 250 pesakit yang menerima rawatan dialisis juga berpotensi untuk meninggal dunia akibat keadaan yang runcing tersebut. Pada 29 Jun, pegawai bahagian kemanusiaan dan bantuan kecemasan di PBB, Jan Egeland telah menggesa agar pihak rejim Zionis membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza. Hanya selepas 2-3 Julai, barulah bantuan kemanusiaan dibenarkan memasuki Gaza melalui sempadan Karni. Bekalan petrol yang dibeli dari "Israel" sahaja hanya dibenarkan masuk melalui sempadan Nahal Oz di utara Gaza. Hanya selepas sehari dibuka, rejim Zionis menutup sempadan Karni semula. Hanya pada 24 Julai, pihak rejim membuka sebahagian sahaja daripada sempadan Karni dan menutupnya semula mengikut selera mereka. Pihak tentera Zionis juga turut memberi amaran kepada warga awam Palestin bahawa mereka akan berterusan melancarkan serangan selagi tentera mereka yang ditawan itu tidak dibebaskan.

Natijah daripada penutupan sempadan-sempadan Gaza, penduduk Gaza kekurangan bekalan makanan, ubat-ubatan dan juga petrol.
Pada 20 Julai, wakil hal ehwal hak asasi manusia di PBB, Paul Hunt telah menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh rejim Zionis di Gaza adalah satu jenayah perang. Tindakan mereka juga mencabuli undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia. Beliau juga menyeru agar ada pihak yang tampil untuk membawa rejim Zionis ke muka pengadilan untuk dibicarakan sebagai penjenayah perang. Tindakan rejim Zionis memusnahkan stesyen janakuasa eletrik di Gaza adalah tindakan yang akan mengancam nyawa dan kesihatan rakyat Palestin di Gaza. Perbuatan tersebut menurut Hunt adalah bertentangan dengan International Bill of Rights dan semua undang-undang berkaitan hak asasi manusia. Persoalannya di sini, setelah Hunt menyeru mana-mana pihak untuk tampil membawa Zionis ke muka pengadilan, ke manakah perginya umat Islam?, ke manakah para pemimpin umat Islam?, ke manakah OIC?, ke mana jugakah negara-negara antarabangsa yang kononnya membela keadilan dan kebenaran. "

Wednesday, September 06, 2006

SINAR PERJUANGAN

Selangkah ke hadapan
Memberi seribu makna pada perjuangan
Jangan gentar
Ia penggerak suatu permulaan
Teruskanlah,
Menghidup semangat yang tersimpan
Agar kita
Dapat mematrikan kejayaan

Selaut inspirasi yang dibina
mengubah selangit awan hitam
seluas impian yang diimpi
Merealisasi kepuasan abadi
Begitu jua sebanyak harapan yang
dicipta
Akan meningkatkan kebolehan
pemikiran..
Maka berjuang dan teruslah melangkah
Pasti sinar kan gah di sana

Perjuangan
perlu diteruskan
Hidup atau Mati
hanya untuk ALLAH

...prasasti nur..

Ubat oh Ubat

Assalamualaikum,alhamdulillah demam dah ok, today afebrile. But productive cough with greenish sputum and some flu(congested nose) . Siapalah blh tahan dengan sakit, tapi ana tahan jugak. Tak bagitau pun mak expect pips, takut diorang risau. Tapi petang tadi mak telefon , maka terbocorlah rahsia. Kena dengar juga mom's preach..actually song to my soul. Rindu tapi tak terucap cuma perkataan 'terima kasih' je mampu ana ucapkan. Cuma dalam kad besday untuk mak biasalah tulis jiwang2 ckit, pastu mak akan senyum2 dengan keletah anaknya! apa-apa jelah. 27 oktober 1952-mak lahir, 10 februari 1952-ayah lahir.
Then mak ayah cakap nak datang KB sbb abang terkunci van kat masjid kat kubang kerian, nak jumpa geng dia katanya. Maka berangkatlah, bonda dan ayahandanya untuk menyelamatkan anakanda yang adapun suka bersiar-siar."Mak, fizah nak gi klinik" .Sememangnya, ana bukanlah type suka dapatkan treatment ,delay sehingga boleh !tapi nasihatkan orang bagaikan nak pecah gegendang telinga, inilah sikap sebahagian bakal2 doktor. Tak ikhtiar pun.
Kami solat berjemaah kat masjid Kubang Kerian yang berkubah biru, kebetulan ada kuliah agama ,biasanya Ust Nasir..tapi kali ini ana krg jelas sape ustaznya.Mak ana tegur, ana kelihatan makin cekung dan kurus.Buktinya baju kurung semua dah longgar. Banyak fikir, kuat bekerja lah ni. Ana pun tak perasan, patutlah pakai cincin pun longgar ckit.Then, terus menuju ke klinik swasta.Hehe, tak pegi pun klinik dlm usm=) High class kononnye, takdelah. Ubat USM tak menjadi pada ana. Dah immune kot, kena guna ubat2 2x power.
"Expectorant, Antihistamines for cough, Amoxipen (antibiotic-amoxicilin) , Altiva D (Fexofenadine + Pseudoephedrine) also anti histamine" ok, be compliance to this medication for awhile. Biasalah, ini adalah ubat-ubatan untuk URTI (upper respiratory tract infection).
After that, jom makan2. Nak makan mee tomyam tapi mak tak kasi. Kena makan nasi !Ada jugak orang mcm ana kena paksa makan. Then "Mak, sekali ni je ,fizah minum ais. Pasni takde dah" ana pujuk mak. Musim panas sih. Panas dengan dosa2 di sekeliling barangkali. Depan ana ,ada 2 orang budak lelaki tgh khusyuk membelek majalah kete2. Hai susah betul nak baca pemikiran muslimin nih termasuklah abg n adik ana. Biarkan mereka dengan labu-labunya.Cakap pasal kete, br je td mak n ayah 'bergaduh' apa bezanya SUV dan MPV ?
Dulu ada buat elektif kat LandRover company..tahulah jgk apa tuh SUV, enjin turbo tak turbo lah, mcm2 ada. Tapi dah lupa, tak tahulah apa lagi yang ana ingat kecuali MATI..
Syeikh Yusof al Qardhawy di dalam khutbahnya berkata "Bagi kita kejadian gempa bumi mengandungi 3 pengajaran penting :
1) Merupakan hukuman kepada perosak dan ahli maksiat
2) Peringatan kepada orang yang lalai
3) Merupakan ujian bagi orang-orang yang beriman

Monday, September 04, 2006

Demam..

Assalamualaikum.Adapun sebijak2 manusia adalah yang banyak mengingati mati dalam sehari-hari ia hidup. Kerana mengingati mati, kita jadi menghargai setiap detik waktu yang berlalu, takut melakukan sesuatu yang bisa mengundang kemurkaanNYA. Hati selalu mengingati Allah, tenang dan tenggelam dalam kekhusyukan beribadat kepada Allah.
Petang Khamis seusai dari Khidmat Kesihatan di R.Panjang, terus ana demam. Tapi takpelah, kifarah dosa ana yang menimbun barangkali. Bila muhasabah diri ana balik, banyak perkara yang ana terlepas pandang sebagai seorang hamba. Dan dalam menulis, ana seakan-akan kehilangan 'rentak' dan 'rasa kemanisan' dalam berkata-kata. Maybe sbb kurang benar membaca buku dan menghayati terjemahan Al Quran. Entah ke mana, ana letak priority ana sejak akhir2 ni. Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini.
Sepatutnya ana balik rumah nenek di Terengganu ada kenduri doa selamat untuk cousin yang bakal melanjutkan pelajaran Medic ke Mesir tapi sekali lagi terpaksa ana berdiplomasi dengan mak sbb dekat sebulan tak jenguk rumah walhal perjalanan mengambil masa 45 minit sahaja. Bukan sengaja, tetapi ada tanggungjawab yang lebih besar menanti di hujung minggu ini. Walaupun ana sendiri DEMAM !
Terlalu banyak perkara yang ana belajar dan ingin memahami. Ana jadi pelik, kenapa antara ramai2 ahli yang mendokong agama dan mengatakan dirinya ikhlas berjuang tetapi terlalu sedikit yang sanggup berkorban? (Ke mana sifat tadhiyah kalian?) Bukan tak mahu memahami kondisi kalian, tetapi seringkali alasan yang keluar dari bibir-> adalah terlalu remeh untuk diterima. Ana pun ada mak ayah juga, ada family, ada tanggungjwb sebagai pelajar..apatah lagi insyaAllah dlm masa setahun setengah lagi bakal bergelar doktor gigi (moga Allah mempermudahkan urusan). Setelah ana fikirkan kembali..di sinilah pentingnya KEFAHAMAN tentang apa yang kita buat, dan jangan sekadar Hamasah(semangat). Dan tak semestinya, orang yang 'faham' itu benar2 faham sehinggalah ia mengamalkan apa yang difahaminya.
Kesabaran ana kerap kali teruji dan diuji, nak mendidik muka-muka baru bukanlah suatu perkara yang mudah. Tambahan sekarang, semuanya jenis 'under construction'. Macam penukul dan pemahat, sekali suruh, sekali buat- itulah hakikatnya !Tak mahu bertindak menggunakan idea dan bersifat realistik dalam bekerja "Erm..akak, saya lebih suka bekerja di bawah orang" luahan yang jujur dan cukup 'menyakitkan' hati ana terkadang. Bagi ana, nak buat sesuatu tak semestinya kena bertindak sebagai seorang ketua kepada orang lain, tetapi bila kita sedar bahawa setiap dari kita adalah pemimpin hatta untuk dirinya sendiri itupun dah cukup.
Rasulullah s.a.w bersabda " Kullukum ra'ie..." setiap dari kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya mengenai kepimpinannya (tanggungjwb)"
Suhu badan ana makin panas...takpelah sabar lagi duhai hati.
Akhirnya, ana banyak bermonolog dengan diri sendiri. Mencari titik kekuatan tersendiri. Nak buat rumusan terlalulah banyak, so lebih baik ana diamkan diri- silent is peace-just for me lah ! Ana suka senyap..persekitaran yang senyap, orang yang senyap, dan belajar dalam keadaan yang senyap. Buka mulut jika P.R.N (jika perlu). Dan pengakhirannya masih sama sedari awal SABAR. SABAR ITU INDAH..
Ilaliqa'. Kisah Fatimah insyaAllah ana sambung lelain kali, sbb buku ada di rumah then hujung mggu nak balik kejap (revenge konon2nye=)

Sunday, September 03, 2006

Kisah Sayyidatina Fatimah Az Zahra

Suatu malam, seorang sahabat bercerita kepada ana kisah Ali dan Siti Fatimah anakanda kesayangan Rasulullah s.a.w. memang kebiasaan kami untuk berkongsi kisah2 sirah, dan alhamdulillah malam itu dapat satu lagi ilmu dengan izin Allah…terima kasih sahabat. Rasa rindu pula pada saat itu, tapi kekangan masa dan jadual menyebabkan kami tak punya masa seperti dulu. Rugi rasanya tak gunakan masa yang ada dulu, selepas ini menempuh alam pekerjaan yang bakal memisahkan kami ke daerah masing-masing membina impian.Moga-moga Allah menjaga kami semua. ..

Menempuh Hidup Baru

Siti Fatimah Azzahra r.a seorang remaja puteri yang memiliki kemuliaan, kecantikan, keluhuran dan keagungan hidup di bawah naungan langsung ayahandanya.Semua pandangan mata terarah padanya. Di antara para sahabat Rasulullah s.a.w banyak yang ingin mendapatkan keberuntungan dapat menjadi teman hidup Siti Fatimah r.a agar memperoleh kemuliaan daripada hubungan kekeluargaan dengan ayahandanya..

Siti Fatimah Azzahra r.a memang merupakan wanita yang paling tinggi kemuliaannya, agamanya dan kedudukannya. Rasulullah s.a.w pernah berkata kepada puterinya: “Hai Fatimah, sesungguhnya Allah marah kerana kemarahanmu dan redha kerana keredhaanmu” –

Pada suatu kesempatan beliau memberitahu bahawa puterinya itu adalah wanita paling terkemuka dan paling baik. “Apakah engkau tidak puas hati menjadi wanita paling terkemuka dan paling baik di antara semua wanita kaum muslimin,atau wanita yang paling terkemuka di kalangan ummat ini?”Sabda Rasulullah s.a.w.

Jadi kalau Siti Fatimah r.a seorang wanita yang sedemikian tinggi martabatnya dan kedudukannya di kalangan keluarga Nubuwwah, siapakah di antara kalangan para sahabat terkemuka atau kaum muslimin yang terpandang , yang tidak ingin memperoleh kemuliaan menjadi teman hidup dan menjadi menantu Rasulullah s.a.w?

Lamaran Berdatangan

Jadi tidak menghairankan kalau tidak sedikit tokoh orang terkemuka mengarahkan pandangan mata mereka kepada Siti Fatimah r.a. Silih berganti mereka menghadap Rasulullah s.a.w untuk mengemukakan hasrat masing-masing hendak mempersuntingkan puteri baginda. Dimulai Abu Bakar As Siddiq, kemudian Umar Ibnu Al Khattab r.a, menyusul yang lain lagi dari kalangan Quraisy terkemuka. Semua mengajukan lamaran untuk memperisterikan Siti Fatimah r.a. Akan tetapi Rasul Allah tidak pernah mengabulkan keinginan mereka.Baginda hanya menjawab : “Belum tiba suratan takdirnya”… (bersambung)