Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, September 09, 2006

Gaza diserang, kemanakah pembela???

oleh : Maszlee Malik

Ketika para pejuang Palestin menawan tentera Zionis, Koperal Gilad Shalit, mereka telah menawarkan kepada rejim Zionis satu tawaran yang cukup adil. Gilad yang telah ditawan sebagai tawanan perang (Prisoners of War) tertakluk kepada undang-undang antarabangsa berkaitan perang dan tahanan perang. Pihak pejuang Palestin menawarkan pertukaran tawanan (Prisoners swap) seperti yang lazimnya dilakukan sewaktu peperangan untuk melepaskan para tahanan perang. Pihak pejuang menuntut agar kesemua tahanan wanita dan kanak-kanak di bawah 18 tahun dari kalangan rakyat Palestin yang berada di penjara-penjara Zionis dibebaskan. Tahanan wanita dan kanak-kanak yang berjumlah lebih 500 orang itu menantikan pembelaan para pejuang Palestin buat sekian lama. Malangnya, pihak rejim enggan menerima norma dan etika peperangan yang bertamadun. Bukan sekadar mereka enggan menerima tawaran tersebut, malah mereka telah melakukan keganasan terhadap rakyat Palestin setiap hari demi membebaskan Gilad.Operasi Summer Rains Rejim Zionis telah melancarkan operasi "Summer Rains" (Hujan musim panas) yang bertujuan menghukum rakyat Palestin untuk memulangkan semula Gilad Shalit. Bermula pada 28 Jun, pasukan tentera Zionis telah memasuki ke kawasan Khan Yunis di utara Gaza untuk menjayakan operasi berkenaan. Pihak tentera rejim juga telah menghantar empat buah jet pejuang F-16 untuk terbang di paras rendah di atas istana kediaman Bashar al-Asad, presiden Syria di Latakia. Menurut jurucakap tentera Zionis (IDF), ianya bertujuan untuk memberi amaran kepada Bashar agar tidak menyebelahi HAMAS. IDF juga telah menyuruh Mesir agar tidak menyebelahi rakyat Palestin. Kerajaan Mesir telah bertindak pantas dengan menghantar 2,500 pasukan keselamatannya ke sempadan Mesir-Palestin di Refah. Tujuannya adalah untuk menghalang sebarang usaha membawa masuk Gilad ke dalam Mesir melalui sempadan tersebut dan juga untuk menghalang kemasukan rakyat Palestin yang ingin menyelamatkan diri dari keganasan tentera Zionis. Kerajaan Mesir telah membuktikan bahawa mereka adalah rakan dan sahabat paling setia rejim Zionis di dalam menekan rakyat Palestin.Di dalam operasi tersebut, beberapa jam yang awal telah menyaksikan bagaimana tentera rejim telah menjadikan infrastruktur awam dan juga warga awam sebagai sasaran utama mereka. Rumah-rumah seperti lazimnya menjadi mangsa bedilan roket-roket Zionis. Jambatan-jambatan utama yang menghubungkan di antara satu kawasan dengan kawasan yang lain juga turut dimusnahkan. Stesyen janakuasa eletrik turut tidak ketinggalan menjadi sasaran. Natijahnya, 65%daripada Gaza telah mengalami keputusan bekalan eletrik dan terpaksa bergelap. Sebanyak sembilan roket telah dilancarkan ke arah stesyen janakuasa tersebut yang telah menyebabkan kemusnahan keseluruhan stesyen berkenaan. Lapangan terbang Gaza dan beberapa tempat awam yang didakwa sebagai kem latihan HAMAS juga turut musnah. Antara tempat yang dikatakan kem latihan HAMAS adalah padang-padang permainan, sekolah-ssekolah, klinik-klinik, universiti Islam Gaza, bangunan-bangunan kerajaan dan juga umah-rumah warga Palestin.

Di dalam operasi "Summer Rains" menyaksikan bagaimana tentera rejim telah menjadikan infrastruktur awam dan juga warga awam sebagai sasaran utama mereka.
Sebagai serangan balas, pada 29 Jun, Barisan Popular Perjuangan (Popular Resisstance Committees) telah menculik seorang warga Israel yang kemudiannya dibunuh apabila tentera rejim bertindak. Tubuh warga Israeli, Eliyahu Asheri (18 tahun) dijumpai di dalam kereta yang terbiat di Ramallah. Menurut sumber perisikan Zionis, Eliyahu telah ditangkap oleh para pemuda Fatah dari pasukan keselamatan Palestin dan bukannya oleh PRC. Briged Syuhada al-Aqsa milik Fatah juga telah menangkap seorang warga Israel, Noach Moskovich di dalam sempadan "Israel", di bandar Rishon Le Zion. Beliau akhirnya turut dibunuh apabila tentera Zionis meula mengganas di Gaza. Briged berkenaan menggugut akan menyerang kepentingan-kepentingan Zionis di luar negara jika mereka berterusan menyerang Gaza. Bagi pihak al-Qassam pula, mereka hanya melancarkan serangan-serangan roket al-Qassam ke arah "Israel". Beberapa roket mereka berjaya mengenai sasaran. Roket-roket tersebut telah berjaya sampai ke Ashkelon, sasaran paling jauh yang berjaya dicapai oleh roket al-Qassam. Selain daripada itu, kawasan Negev (selatan Gaza) dan juga Netivot (utara Gaza) juga telah berjaya dihujani oleh roket-roket al-Qassam. Sebagai reaksi, pihak tentera rejim telah menyerang kawasan utara Gaza, Beit Hanun dan Beit Lahiya yang dikatakan sebagai kawasan di mana roket-roket tersebut dilancarkan.Penculikan para menteri PalestinPada 29 Jun, rejim Zionis telah menangkap 64 pegawai-pegawai kerajaan Palestin. 26 dari kalangan mereka adalah ahli parlimen, dan lapan daripada mereka merupakan menteri-menteri kabinet. Antara mereka yang diculik oleh tentera Zionis ialah, menteri kewangan, Abdul Razaq, Menteri Buruh, Muhammad Barghouti, Menteri Hal Ehwal Agama, Nayef Rjoub, Mneteri al-Quds, Datuk bandar Qalqilya, ahli parlimen al-Quds timur, Muhammad Abu Tir. Manakala yang terkini selepas peperangan ke atas Lubnan dilancarkan pula ialah Ketua Speaker Majlis Legaslatif, Dr Abdul Aziz Dweik dan juga timbalan perdana menteri Palestin. Usaha jahat rejim ini bertujuan untuk melumpuhkan kerajaan Palestin di bawah pimpinan HAMAS dan juga untuk menggantikannya dengan wakil-wakil yang pro-Zionis. Mereka yang diculik juga diletakkan di dalam penjara-penjara tentera dan ramai di antara mereka yang telah disiksa dan didera. Malangnya tidak ada satu negara pun yang tampil untuk membela nasib rakyat Palestin dan menghentikan tindakan ganas rejim Zionis ini.

Tentera rejim juga turut berusaha untuk membunuh Perdana Menteri Palestin dengan percubaan meracun beliau dan juga membedil pejabat Perdana Menteri.
Tentera rejim juga turut berusaha untuk membunuh Perdana Menteri Palestin dengan percubaan meracun beliau dan juga membedil pejabat Perdana Menteri. Bangunan kementerian luar juga telah dibedil sebanyak dua kali sehingga memusnahkan langsung bangunan berkenaan. Bangunan kementerian dalam negeri tidak ketinggalan menjadi sasaran keganasan Zionis. Selain daripada bangunan-bangunan kementerian, rumah-rumah para menteri dan para pegawai kerajaan pro-HAMAS juga turut diserang dan dibedil. Sebagai contohnya, pada 6 Julai 2006, pasukan komando Golani milik IDF telah menyerang kawasan penempatan Palestin di Beit Lahiya secara membuta tuli. Mereka telah menyerang kawasan-kawasan perumahan dengan kereta kebal-kereta kebal, helikopter Apache dan juga para komando yang dilengkapi persenjataan yang canggih. Hasilnya, para komando tersebut telah menawan Dugit, Nisanit dan Elei Sinai di utara Gaza.Kesan kepada rakyat PalestinSehingga kini, menurut pihak berkuasa Palestin (PA), kerugian yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Palestin mencapai lebih ratusan juta dollar. Sebanyak 15 juta dollar diperlukan untuk membaiki satu-satunya stesyen janakuasa eletrik di Gaza yang telah dimusnahkan oleh rejim Zionis. NGO-NGO alam sekitar Palestin pula di dalam laporannya mengatakan, "Tahap kesihatan rakyat dan juga infrastruktur berkaitan dengan kesihatan juga turut membimbangkan. Bekalan ubat-ubatan kehabisan, air yang bersih semakin kehabisan, kemusnahan di jalan-jalan raya, pencemarah alam sekitar, kawasan pertanian yang turut dimusnahkan, pokok-pokok yang dicabut, dibakar dan dimusnahkan adalah sebahagian daripada bencana alam sekitar yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Palestin akibat kekejaman rejim Zionis".Natijah daripada penutupan sempadan-sempadan Gaza, penduduk Gaza kekurangan bekalan makanan, ubat-ubatan dan juga petrol. 22 hospital di Gaza dijangkakan akan lumpuh jika keadaan berterusan memandangkan mereka terpaksa bergantung kepada generator sebagai sumber kuasa. Jika petrol sudah habis, maka generator-generator tersebut tidak akan boleh berfungsi seperti biasa. Mereka juga keputusan bekalan ubat-ubatan yang asasi. Sebanyak 250 pesakit yang menerima rawatan dialisis juga berpotensi untuk meninggal dunia akibat keadaan yang runcing tersebut. Pada 29 Jun, pegawai bahagian kemanusiaan dan bantuan kecemasan di PBB, Jan Egeland telah menggesa agar pihak rejim Zionis membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza. Hanya selepas 2-3 Julai, barulah bantuan kemanusiaan dibenarkan memasuki Gaza melalui sempadan Karni. Bekalan petrol yang dibeli dari "Israel" sahaja hanya dibenarkan masuk melalui sempadan Nahal Oz di utara Gaza. Hanya selepas sehari dibuka, rejim Zionis menutup sempadan Karni semula. Hanya pada 24 Julai, pihak rejim membuka sebahagian sahaja daripada sempadan Karni dan menutupnya semula mengikut selera mereka. Pihak tentera Zionis juga turut memberi amaran kepada warga awam Palestin bahawa mereka akan berterusan melancarkan serangan selagi tentera mereka yang ditawan itu tidak dibebaskan.

Natijah daripada penutupan sempadan-sempadan Gaza, penduduk Gaza kekurangan bekalan makanan, ubat-ubatan dan juga petrol.
Pada 20 Julai, wakil hal ehwal hak asasi manusia di PBB, Paul Hunt telah menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh rejim Zionis di Gaza adalah satu jenayah perang. Tindakan mereka juga mencabuli undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia. Beliau juga menyeru agar ada pihak yang tampil untuk membawa rejim Zionis ke muka pengadilan untuk dibicarakan sebagai penjenayah perang. Tindakan rejim Zionis memusnahkan stesyen janakuasa eletrik di Gaza adalah tindakan yang akan mengancam nyawa dan kesihatan rakyat Palestin di Gaza. Perbuatan tersebut menurut Hunt adalah bertentangan dengan International Bill of Rights dan semua undang-undang berkaitan hak asasi manusia. Persoalannya di sini, setelah Hunt menyeru mana-mana pihak untuk tampil membawa Zionis ke muka pengadilan, ke manakah perginya umat Islam?, ke manakah para pemimpin umat Islam?, ke manakah OIC?, ke mana jugakah negara-negara antarabangsa yang kononnya membela keadilan dan kebenaran. "

0 Comments:

Post a Comment

<< Home