Demam..
Assalamualaikum.Adapun sebijak2 manusia adalah yang banyak mengingati mati dalam sehari-hari ia hidup. Kerana mengingati mati, kita jadi menghargai setiap detik waktu yang berlalu, takut melakukan sesuatu yang bisa mengundang kemurkaanNYA. Hati selalu mengingati Allah, tenang dan tenggelam dalam kekhusyukan beribadat kepada Allah.
Petang Khamis seusai dari Khidmat Kesihatan di R.Panjang, terus ana demam. Tapi takpelah, kifarah dosa ana yang menimbun barangkali. Bila muhasabah diri ana balik, banyak perkara yang ana terlepas pandang sebagai seorang hamba. Dan dalam menulis, ana seakan-akan kehilangan 'rentak' dan 'rasa kemanisan' dalam berkata-kata. Maybe sbb kurang benar membaca buku dan menghayati terjemahan Al Quran. Entah ke mana, ana letak priority ana sejak akhir2 ni. Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini.
Sepatutnya ana balik rumah nenek di Terengganu ada kenduri doa selamat untuk cousin yang bakal melanjutkan pelajaran Medic ke Mesir tapi sekali lagi terpaksa ana berdiplomasi dengan mak sbb dekat sebulan tak jenguk rumah walhal perjalanan mengambil masa 45 minit sahaja. Bukan sengaja, tetapi ada tanggungjawab yang lebih besar menanti di hujung minggu ini. Walaupun ana sendiri DEMAM !
Terlalu banyak perkara yang ana belajar dan ingin memahami. Ana jadi pelik, kenapa antara ramai2 ahli yang mendokong agama dan mengatakan dirinya ikhlas berjuang tetapi terlalu sedikit yang sanggup berkorban? (Ke mana sifat tadhiyah kalian?) Bukan tak mahu memahami kondisi kalian, tetapi seringkali alasan yang keluar dari bibir-> adalah terlalu remeh untuk diterima. Ana pun ada mak ayah juga, ada family, ada tanggungjwb sebagai pelajar..apatah lagi insyaAllah dlm masa setahun setengah lagi bakal bergelar doktor gigi (moga Allah mempermudahkan urusan). Setelah ana fikirkan kembali..di sinilah pentingnya KEFAHAMAN tentang apa yang kita buat, dan jangan sekadar Hamasah(semangat). Dan tak semestinya, orang yang 'faham' itu benar2 faham sehinggalah ia mengamalkan apa yang difahaminya.
Kesabaran ana kerap kali teruji dan diuji, nak mendidik muka-muka baru bukanlah suatu perkara yang mudah. Tambahan sekarang, semuanya jenis 'under construction'. Macam penukul dan pemahat, sekali suruh, sekali buat- itulah hakikatnya !Tak mahu bertindak menggunakan idea dan bersifat realistik dalam bekerja "Erm..akak, saya lebih suka bekerja di bawah orang" luahan yang jujur dan cukup 'menyakitkan' hati ana terkadang. Bagi ana, nak buat sesuatu tak semestinya kena bertindak sebagai seorang ketua kepada orang lain, tetapi bila kita sedar bahawa setiap dari kita adalah pemimpin hatta untuk dirinya sendiri itupun dah cukup.
Rasulullah s.a.w bersabda " Kullukum ra'ie..." setiap dari kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya mengenai kepimpinannya (tanggungjwb)"
Suhu badan ana makin panas...takpelah sabar lagi duhai hati.
Akhirnya, ana banyak bermonolog dengan diri sendiri. Mencari titik kekuatan tersendiri. Nak buat rumusan terlalulah banyak, so lebih baik ana diamkan diri- silent is peace-just for me lah ! Ana suka senyap..persekitaran yang senyap, orang yang senyap, dan belajar dalam keadaan yang senyap. Buka mulut jika P.R.N (jika perlu). Dan pengakhirannya masih sama sedari awal SABAR. SABAR ITU INDAH..
Ilaliqa'. Kisah Fatimah insyaAllah ana sambung lelain kali, sbb buku ada di rumah then hujung mggu nak balik kejap (revenge konon2nye=)
2 Comments:
At Monday, 04 September, 2006, A person get to know life said…
Kdg2 rindu nak jadi budak 'nakal', budak krg asam mcm dulu2..tp takde ruang hatta nak reward myself dgn ice cream pun dah takde masa.
At Tuesday, 05 September, 2006, hiten mitsurugi said…
Kehidupan seorang pejuang perlu serius setiap masa. Tapi ada masanya untuk jadi 'jahat' and ada masanya utk jadi 'nakal'.. So fahamilah sunnahtullah dalam perjuangan..
Tak semua ubat yang doktor bagi tuh pahit2 belaka.. Ada juga yang manis macam ubat batuk.. Hahaha-(peminat ubat batuk suatu ketika dahulu, bukan ketagih)
Aih, nak reward diri dengan makan ice cream pun takde masa..Ana semalam dah dua kali makan..be creative, tak perlu tunggu ada masa, orang zaman aristotle berkata "minum sambil menyelam".. Tapi boleh ke Dr gigi makan ice cream? sebab mesti dia akan nasihatkan patient dia jangan makan ice cream..
p/s:kalau ada salah silap jangan marah aaa.. SABAR ITU INDAH..
Post a Comment
<< Home