Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Tuesday, June 29, 2010

Duduk Sejenak

Awan mendung berarak
Ada tanda-tanda hujan bakal turun
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah.

Yet there are men who take (for worship) others besides Allah, as equal (with Allah): They love them as they should love Allah. But those of Faith are overflowing in their love for Allah.” (2:165)

Tiba-tiba teringat syair Al-Hafiz Al-Hakami :

Ingatlah kematian dan peristiwa-peristiwa terjadi selepas itu;
tidak seorang pun yang dapat melepaskan diri daripadanya.
Kematian merupakan penentuan segalanya;
segala sesuatu menjadi jelas akibatnya.
Kubur boleh menjadi sebuah taman syurga;
dan boleh pula menjadi lubang neraka.
Jika ia baik, maka setelahnya itu
adalah kenikmatan yang tiada bandingannya dari Tuhan.
Jika ia jahat, maka setelahnya itu;
adalah kesengsaraan jauh lebih dahsyat.
Demi Allah, sekiranya kau tahu apa yang berlaku selepas itu;
tentulah kau tidak akan tertawa malah banyak menangis

Terasa lemahnya diri. Benar. Cukuplah kematian itu sebagai penasihat. Saat mati yang tak mengira waktu, tempat dan siapa. Cuma tinggal kita untuk berusaha membawa bekalan menghadapnya sesudah memenuhi agenda Allah dalam kehidupan dunia.

Rindu rasanya pada teman-teman yang soleh solehah, rindu pada halaqah usrah, rindu pada mereka yang merindui Allah dan turut rindu pada mimpi-mimpi yang mendekat padaNYA.

Ya Allah, jadikanlah sekeping hati yang dipinjamkan olehMu ini yang sentiasa mengingatiMU saat senang mahupun susah, saat gembira dan tika berduka. Jadikanlah ia sekeping hati yang senantiasa bersyukur atas nikmat-nikmatMU. Terima kasih ya Allah....

Monday, June 28, 2010

Single Possibility


Alhamdulillah, see... what 'a 30 minutes afternoon nap' can do to me?

Dah baik pun perasaan nih. Especially bila duk terfikir apa menu nak berbuka petang nih?Hihi.
Food for my thought. Kita buat sotong celup tepung dengan telur masak merah ye. (^_^). Sambil tuh, kita cari menu baru ye adik-adik.

OMG! Saya terlupa yang cousin saya kahwin Sabtu lepas. Mak yang mengaktifkan kembali sel neuron saya. Terima kasih mak. Itulah consequence bila berada dalam dunia sendiri dan kawan-kawan. Petang Sabtu, ke air terjun Ranchan. Sejuknya air, sejuknya mata dan paling penting sejuknya hati. Subhanallah.

p/s: Hadirah?Behave and act very brilliantly in front of her atuk and Uncle Tam? Wee..weirdo.

Knock Down

Rejab Oh Rejab

Ini bukan cerita pasal Pakcik Rejab atau kartunis Rejabhad. Cuma ini mengingatkan bahawa sudah masuk separuh akhir bulan Rejab. Cepat masa berlalu. Saya pun menghitung berapa kerat hari sudah berpuasa. Aduh, kurang ini maka kena tambah ye. Rajin-rajinkan diri berpuasa sunat.

Monday Blues

Nak menangis. Hati saya dah kosong, datang kerja sekadar melunaskan tanggung jawab. Entahlah, sukar nak ditafsir sekeping hati seorang dentist ini.

'If your heart not in it for real, please don't fake what you didn't feel'.

Haih, berlagu pulak ye..hihi. Ok, this one saya nyanyikan kat timbalan pengarah dan kkm. Cukuplah 2 tahun di tempat orang menimba pengalaman,sudah masanya pulang'. Ini ayat saya bila berbual dengan pakar perunding kanan peads KKM tempoh hari. Kagum dengannya. Sangat low profile dan mesra. Sampai handset saya tertinggal dalam bilik, dia tolong simpankan. Hehe..nampak sangat tak jaga barang kan.

Need to Fix

Alhamdulillah en. Pepito dapat wiper baru. Yang lama dah rosak. Kita ambik yang silicone ye. Maklumlah, tuan punya kereta ni selalu terlupa nak angkat wiper waktu parking tengah panas, maka ada baiknya kita cari yang tak perlu angkat tapi tak mudah rosak.
It's fine, just fine and will be fine, hopefully.

Its July

..and lots of things, staff meetings, Pinnacle ceremony and local manager meetings..letihnya. Nak cuti, boss. Merancang ke negeri sebelah on weekend, tapi kena tunggu tarikh yang sesuai.InsyaAllah.

~ Allahu Musta'an~

I'll bet will be better by time.

Sunday, June 27, 2010


"Weave in faith and God will find the thread."

LET GO

A little child was playing one day with a very valuable vase. He put his hand into it and could not withdraw it. His father too, tried his best, but all in vain. They were thinking of breaking the vase when the father said, "Now, my son, make one more try. Open your hand and hold your fingers out straight as you see me doing, and then pull."

To their astonishment the little fellow said, "O no, father. I couldn't put my fingers out like that, because if I did I would drop my penny."

Smile, if you will - but thousands of us are like that little boy, so busy holding on to the world's worthless penny that we cannot accept liberation. I beg you to drop the trifle in your heart. Surrender! Let go, and let God have His way in your life.

- Dr. Billy Graham -

Saturday, June 26, 2010

Angin Semilir..

Alhamdulillah.

Empat hari penuh program. Semuanya mengembalikan memori. Zaman student dan awal bekerja. Dari Mukah, Betong, Kanowit dan Limbang, wajah-wajah inilah yang menghias hari saya...

Lecture dan ceramah. Gembira tak terkata, sungguh saya cintakan ilmu. Belajar tentang ubat terutamanya, kanak-kanak dan ulang kaji diagnosis. Rasa mahu kembali ke alam pelajar membuak-buak. InsyaAllah, harapnya ada ruang dan masa untuk saya menjadi pakar selepas ini .

Nasi Ayam Penyet, Nasi Kerabu. Ada yang kempunan rupanya. Melihat semua gembira, hati rasa sungguh tenang. Ada saja gelagat yang membuat kami geli hati, sakit perut menahan tawa.

Hari terakhir, rasa sedih menyelubungi. Entah bila lagi dapat berkumpul begini. Seorang demi seorang mula meninggalkan bumi Kenyalang. InsyaAllah, ada rezeki ada jodoh jumpalah kita di mana-mana kursus, MDA conference ke. Alangkah indahnya bertemu dan berpisah kerana Allah.

p/s: mahu jalan-jalan gik

'Manusia yang paling dikasihi Allah S.W.T ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah mengembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang Muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari kiamat,dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu sehinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya (ketika melalui pada hari kiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu' (Hadith Riwayat Ibnu Abi Dunya)
...bingkisan buat yang dicintai, Ummu Sulaim.

Saturday, June 19, 2010


Laundry, clothing, soap, softener, clorox....
When it comes to collecting clothes at the cloth line, I'm become the most laziest person. Usually the younger sib become the prey. Yep, Aisyah to be frank.
I never learnt how to use the semi-auto washing machine until last year in Samarahan at the rented house. Quite tedious, time-wasting and cause backache since then. Instead of using that one, I rather wash clothes, bedsheet, towel using my own pairs of hand. Until now. Even during student time, as we being provided with washing machine (like slot machine) I never used once though the clothes already two basket full. It tiring, but worth it...~ there she goes , the conventional method again.
But for auto? Of course. Imagine how you need to do laundry for 10 peoples in the house whom wear and change clothes twice daily? Going flat I would say.
'Awak guna mesin basuh jenis apa?'
'Saya guna manual je, Dr'
'.......' saya ketawa sepenuh hati.
'Kenapa Dr?'
' Eh..eh,bagusnya manual. So kiranya awak lah tukang rinse, pastu spin ye. Guna tangan ye?'
'Alamak, bukan Dr. Semi auto..hehe'
Masa darjah 5, ada budak lelaki dalam group saya selalu main-main pemadam. Boleh pulak dia potong dan cantum benda alah tu jadi washing machine~ kononnya robot macam dalam Transformer lah. Saya tumpang tengok dan geli hati.
....apalah yang saya bebelkan pasal mesin basuh ni? Nampak sangat kemaruk nak beli satu. Hmm..kena tunggu ada rumah sendiri lagi nampaknya. Hadirah pun suka nak masuk dalam mesin basuh kat rumah dia, asyik terjenguk-jenguk kat tepi. Bahaya sayang oi!
p/s: esok nak merasa nasi kenduri orang Sarawak~ dah lama tak merasa ikan terubuk masin. Adekah? Mudah-mudahan. InsyaAllah..(berangan lah)

Everlasting, Endlessly



' My bruised heart is screaming to find you..
Where are you?
Can't you hear my voice?
To me?'
...





It's a play time! Do laundry, make bed, cooking and sweep all the floor. Even at the end of the day, only one word could describe ~Fatigue. Still I could feel how much I enjoy doing these things.
And wrapping the wedding prezzie for tomorrow function, hang out with a bunch of friends.
Congrats Diyana, finally entitled as Puan. Anyway sympathized for the bridegroom for having high grade fever on the Big day. Hmm...what are the Dx? Maybe high grade fever d/t anxiety of getting married? Could be..hehe. So the Rx should be: to see his wife, soothing words to hear from her and a smiley face to look upon x 24/7. InsyaAllah, quick heal plus with tepid sponging. Pandai-pandai je saya ni ye. Have a blissful marital life onwards..
Thanks to our so-called devoted Sleeping Queen actually a natural born, for making most of my days this week. Having neverending messaging and conversations. My stomach hurted and my eyes watery, after read your silly, wicked and entah haper-haper msg. I bet you inherited more daddy's skills good at making jokes than I do. Thanks to Allah for letting me having twin, otherwise I don't have anyone so closed to be trully me. Naughty me!Huh.
Save the best for the last...
Ciao..

Thursday, June 17, 2010

In Awhile

Hujan renyai-renyai menemani petang semalam. Suhu dalam bilik ditambah aircond mencucuk-cucuk tulang. Saat sebegini, memang menginsafkan sekujur tubuh. Masa bertafakur dan bermuhasabah....

Ya Allah,
Kenapa saat ini hati jadi berbolak- balik
tak mudah untuk ku hadamkan
tapi aku yakin ini lah sebahagian dugaannya

Ya Allah,
Peliharalah sekeping hati ini
agar tak mudah ia terpaut
pada indahnya dunia fana

Ya Allah,
Peliharalah hati ini
agar ia tak rapuh
bila ada ujian datang bertandang

Ya Allah
Peliharalah hati ini
agar kekallah ia
dalam lindungan dan rahmat kasihMU...

Bila syukur, Allah tambah.Tambah tenang. Tambah aman
Bila kufur, Allah azab.Makin kacau. Makin derita.

'Kenapa sukar nak syukur dengan iman dan Islam?'

'Pertama sebab tak nampak iman dan Islam itu berharga. Macam tak nampak itu nikmat. Itu rezeki.Kecur air liur kita nampak tawaran kereta, rumah mewah,pertunjukkan pentas, tapi dengan iman...dengan solat, puasa, nasihat, tak terasa apa-apa'

'Kedua, dah nampak iman berharga tapi tak mahu bersusah-susah kerananya. Kan setiap yang berharga itu ada maharnya?Macamlah, ramai yang nak kaya tapi malas berusaha. Begitu juga ramai yang nak tingkatkan iman tapi enggan bersusah-susah kerananya'. (Ust Pahrol Mohd Juoi)

Tarbiyah itu datang dalam pelbagai bentuk hatta hanya dengan lintasan hati~

~Esok Jumaat, alhamdulillah. Minggu yang exhausted hati, kepala dan perasaan bakal berlalu. Apa perasaan anda jika sering 'dianaktirikan'? Entahlah, saya dah melalui sedikit pengalaman itu dan rasa kasihan pada staf di bawah jagaan saya yang sekian lama begitu. ~

Besarnya tanggung jawab top management. Tapi jarang nampak apa yang di bawah. Manusia kan, sudah begitu sifatnya. Tapi tak semualah. Ada masa, mahu saja saya tinggalkan kerja-kerja ini...tak sabar nak transfer..hihi. (tak patutnya kan). Haih, merajuk pulak Dr ni.

p/s: Ok, my head, my heart so clear now! Nak tido...zzz..

Tuesday, June 15, 2010

Kepulangan Yang Dinanti


Mabruk alaika. Sungguhpun baki perjalanan kembara ilmu masih ada separuh.
Tak betah melihat Om berlama-lamaan di tempat orang. Gempa bumi, tsunami dan khianat serta perbuatan jahat memang dugaan itu lumrah. Bersyukur padaNYA kerana berjaya menghabiskan masa 2 1/2 tahun dengan teori dan sedikit praktikal. Maka baki lagi 3 tahun clinical years harapnya lebih tabah, fokus dan lebih-lebih lagi pengharapan pada Ilahi.
Rindunya kat awak. Cepat-cepat pulang. Tiket flight semua dah saya booking, hmm pilih seat lagi tu cuma tak mampu nak bagi 1st class or bussiness class. Masa untuk berjimat cermat ye. Saya cuma ada adik lelaki seorang...so memang awak bertuah ye en Fahmi! Belajar rajin-rajin, got to pursuit what you dream and what mak ayah expect from you. Lillahi Taala.
'Mak tak nak duit, tapi nak tengok anak-anak mak berjaya dan bahagia'.......sayu bila mak bersuara.

Monday, June 14, 2010

Merajukkah Dia?

5.30 am

Dah siap angkut beg masuk kereta. Bila nak start enjin 2 kali terpaksa pull in key. Dah start tiba-tiba bunyi bising pelik dari enjin. Buka depan, kenapa tali kipas ni pulak? Tarik nafas hembus. Tutup balik, masuk rumah. Call mak ayah by 630 am. Macam mana ni? Apa kena buat? Siap bagi details lagi kat ayah, nasib baik tak buat bunyi macam tali kipas tuh. Ayah pun terangkan itu ini~ belt apa ntah..takut yang major rosak. Tapi kesimpulannya kena bawa pergi bengkel.

Masuk kerja lambat .

Dugaan sungguh. Tapi kena banyak bersabar. Saya pun tak tau nak mintak tolong sape-sape kat sini, banyakkan berdoa biar Allah permudahkan segala urusan. Dah suruh tokey bengkel tengok-tengokkan. Entahlah dia buat macam mana, tak sempat nak belajar. Semua kembali ok. Alhamdulillah.Ala..sayang jangan merajuk lagi dengan saya ye.Tak pandai tuan awak nak pujuk-pujuk ni.

1.30 PM

Sebab dah lambat, maka masuk awallah petang ni. Masih menunggu patient dan mengelamun dalam bilik dan kesejukkan dalam air cond dan rasa tidur pun ada....

And our clinic land cruiser pun rosak di Kuching lepas hantar staf. Haih, macam berpakat je Getz dengan Land Cruiser nih, mentang-mentang lah selalu parking sebelah menyebelah..Labu oh Labu. Moga cepat 'sihat'! InsyaAllah.

p/s: hari ni dah 1 Rejab. Kena banyakkan puasa sunat dan baca Quran, zikrullah. Tambah ilmu dan tambah amal. Ma'asalamah (copy prog al Hidayah).

Saturday, June 12, 2010

It Has To Be


Baru je nak rasa euphoria, but the other way around happened.
Alarm kereta yang malfunction sudah dibaiki. Alhamdulillah.
Entah kenapa rasa sedih bila tengok kereta dibawa pergi oleh mekanik masuk service centre. Kesian melihat Pepito saya yang dah banyak berkorban demi tuannya. Apapun, sabarlah sedikit masa. Nanti saya pamper+spoil kan awak. Lagipun selain saya takde seorang pun dapat drive awak setakat ni.Bila orang tanya kenapa? Jawab saya; Tunggu husband saya drive dulu...Haha (evil laugh), saje je nak buat orang tak pueh ati.
Dengan Mak
Segalanya mudah. Emak bercerita tentang rumah opah yang di 'make over' oleh pakcik-pakcik saya. Rindunya pada Bota Kiri. Rindu pada tangga-tangga, para dan buaian bawah rumah, ayam-ayam Opah dan hutan serta sungai di belakang rumah. Bulan Ogos, genap setahun sudah tak pulang ke Perak. Tahun ni by hook or crook nak jugak balik. InsyaAllah.Tapi bila ? Rasanya dah tak sempat kalau sebelum raya.Sedihnye.
Why I'm Cry?
'Dr, saya ada soalan peribadi nak tanya boleh ke?' tiba-tiba assistant lelaki saya menjenguk saya dalam bilik office.
'Oh, boleh saja' saya menjangka masalah rumah tangga dan keluarga dia.
' Kenapa Dr menangis hari tuh?. Ada masalah ke Dr?'
Tiba-tiba rasa terharu pula diajukan soalan sebegitu. Tambah-tambah lagi SEORANG LELAKI yang bertanya. Saya senyum disebalik face mask.
'Hari Isnin tu ke? Takdelah, saya tak sembuh dari selsema dan batuk lagi masa tu. Sebab tuh, muka pun nampak sembab.'
'Oo..ingatkan Dr menangis'
'Ish, bukan elok pun menangis depan orang baik nangis kat rumah atas sejadah' saya berseloroh.
Ya Allah, terima kasih kerana menganugerahkan insan-insan yang baik dan penyayang di sekeliling ku.
Minggu-minggu penuh emosi. Sungguhpun dikatakan perempuan makhluk perasaan, tapi saya takkan membiarkan emosi menguasai diri. Kita ada akal, ilmu dan paling penting sekali IMAN. Maka pandulah perasaan sebaik mungkin ye sebab tak mungkin dapat lari darinya.
Saya juga insan yang ada rasa cemburu, sakit hati, marah, ragu-ragu, tak pernah rasa cukup dan banyaklah yang buruk-buruk. Jika salah percaturan tegurlah seadaanya, dengan lemah lembut~ kalau kasar-kasar..saya jenis tak makan saman..makin nak buat adalah..(^_*)v. Teruknye..
Ok,ciao. Nak nangis depan Allah pulak.

Friday, June 11, 2010

Selamat Pengantin Baru Kalian

Prophet Muhammad (S) considered simple weddings the best weddings:

'The best wedding is that upon which the least trouble and expense is bestowed". (Mishkat)

Sebelum terlupa, tahniah dan 'Selamat Pengantin Baru' buat sahabat-sahabat saya En Rahfity, Dr Nurul Diyana, Mr Silent Reader aka Dr Rahim and their other half(s), Kak Aisyah. Alangkah bahagianya jika saya dapat turut sama meraikan hari bahagia kalian. Apapun, moga Allah memberkati kalian semua dan melimpahkan lebih banyak kebaikan bersama.

Life never be the same again! Remember it takes two to tango.

Kindness that Matters

‘Orang yang pertama mendapat manfaat daripada satu kebaikan adalah orang yang melakukannya. Jadi bila anda dukacita, carilah orang lain dan gembirakanlah mereka.Nanti hati anda juga akan turut gembira’ Dr Aidh Al Qarni ( La Tahzan).

Benar. Sekalipun kita dalam kesedihan carilah sudut-sudut untuk membuat orang lain gembira hatta hanya dengan senyuman. Kebaikan itu mudah kan?

Positif atau negatif. Semuanya masih tertakluk pada diri sendiri. Hidup saya mudah.
Hargailah apa yang ada. Dan tunaikanlah apa saja tanggung jawab dengan penuh rasa kasih sayang. Memberi tanpa ada rasa ingin dibalas. Akhirnya jua ia masih berbalik kepada erti KEIKHLASAN. Oh, memang sukar nak mengikhlaskan diri terutamanya bila patient datang berduyun-duyun~ kepenatan mengatasi segalanya. Mujahadah perlu berterusan.

Kalau hati baik, wajah sentiasa cantik!


Entahlah, cantikkah saya di sudut hati? Baikkah saya terhadap orang lain?
Kepulangan saya ke Sarawak memang satu pelajaran. Ada sepasang suami isteri yang tak tahu ke mana arahnya mahu check in flight ke Sarawak. Setelah diselidik biasanya mereka fly dengan MAS cuma kali ini naik Air Asia.

Terdetik kalau mak ayah saya seperti mereka mesti saya mengharapkan ada insan yang baik hatinya menghulurkan bantuan. Masa yang agak panjang, saya pelawa mereka untuk duduk minum bersama. Dari satu cerita kerja, pasal anak-anak, pengalaman hidup hinggalah bab jodoh. Hampir saja jadi menantu express. Alalamak! Sebabnya, makcik dan pakcik cakap saya ni jenis mesra dan nampak BAIK. (Dalam hati: mesra kah saya?..huu).Hati manusia memang fitrahnya sukakan kebaikan.

Apalah yang saya mengarut sepanjang dua jam tu sampaikan mereka asyik ketawa bila saya bercerita. Mungkin, kelakar kot cara saya bercerita. Tapi semua itu pun, bermula dengan satu kebaikan. Oh ye Pips; masa inilah nak practice2 sebelum dengan mak ayah mertua nanti ;D

Rejab akan menjelang tak lama lagi. Isnin minggu hadapan. Disusuli dengan Syaaban dan seterusnya Ramadhan Al Mubarak. Saya perlu mempersiapkan diri untuk bertemu kembali dengan bulan-bulan mulia. Harapnya ada umur yang panjang.

Dunia itu ladang untuk akhirat. Mari kita menanam agar dapat tuaian yang terbaik di hadapanNYA. Allahu Akbar!

Wednesday, June 09, 2010

Be Happy!


Terima kasih ya Allah . Di atas segala nikmat yang tak terhingga ini.

‘Amnah, cepat sihat, cepat dapat jalan…dah lama rasanya tak melangkah bersama-sama. Kita bertiga. Awak, Farhana dan saya.’

Biasa saya yang kuat mengusik dan kenakan dia. Kali ini, barangkali dia nak langsaikan hutang yang lepas. Teruk dia kenakan saya. Entah dari mana dia dapat cerita itu ini sedangkan tak sempat pun saya mahu bercerita.Saya pandang matanya tepat-tepat ke dalam...

"Ya Allah, ini sahabat saya dunia dan akhirat. Rahmatilah dia dan berkatilah dia."

Sungguh pun ada sekelumit rasa sedih tapi rasa gembira melihat dia kembali sihat.

Jika dibandingkan dengan sahabat yang lain, kental lagi hati mereka dan kuat lagi pengharapan mereka. Melangkah masuk ke USM KK, meruntun sekeping hati. Sedikit demi sedikit wajah kampus tempat menimba ilmu selama 5 tahun telah berubah. Namun baunya tetap sama. Penuh dengan haruman ilmu dan semangat belajar penghuni dan pendidik.

Sebak. Waktu-waktu dulu yang penuh dengan semangat juang. Ada waktu kita gembira ketawa dan ada waktu kita menangis hiba kesedihan. Kini semua telah berlalu, seiring waktu semua telah bertebaran di atas muka bumi Allah. Hanya ada kenangan untuk diimbas kembali, tanda kita semua pernah bersama.

Dan Surau/Masjid USMKK jualah tempat paling bermakna dan penuh nostalgia buat saya..ada masa saya bertandang lagi.InsyaAllah.

p/s: tadi nyanyi lagu Doremon, pastu rock metal kapak ..tiba-tiba lagu Puteri Santubong pulak. Aduhai..sungguh diriku tak mengerti apa yang terjadi dengan staf2 ni. Mak salah didik ke?..haha

Monday, June 07, 2010

What A Day

Assalamualaikum wbt,
Selamat Petang...

Dari semalam, saya ada instinct berkaitan dengan kalbun (anjing). Rupanya pagi ini, seekor anjing telah menjadi mangsa langgar kereta saya. Itulah sape suruh tiba-tiba muncul dari belukar tepi jalan walhal dah bawa 60km/h tapi still tak sempat nak brek. Istighfar sepanjang jalan lepas tu. Bersalah yang amat sangat tapi mungkin dah ajal dia. Ayat penyedap hati. Lain kali kena lebih berhati-hati.

Dan selepas tu, alarm kereta buat hal. Staf cakap ada short circuit. Tang mana pun saya tak tahu. Memang kena berdikari sungguh. Hujung minggu nilah kena bawa encik kereta pergi check in out. Ala sayang..merajuk dengan saya ye. Janganlah macam tuh, tak hensem nanti..hihi.

Ok, ciao. Esok saya cerita panjang lagi.

Friday, June 04, 2010

Bila Kompang Dipalu


"Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik"
(An Nur: 26)
InsyaAllah, maraton pertama ke kenduri majlis kesyukuran dengan sahabat. Waktu zaman belajar memang kalau hujung sem, inilah jalan merapatkan ukhuwah~beramai-ramai ke majlis senior, doktor dan malahan junior. Usik mengusik tuh, memang rencah suasana. Cuma sekarang waktu terbatas, medical officer mana mungkin ada weekend holiday. Kerja sehari-hari, seminggu-minggu dan tanpa disedari setahun dua berlalu. Mujur saja, saya bukan medical side..alhamdulillah. Duit boleh dicari tapi masa dengan keluarga memang tiada galang ganti.
Apapun, dalam berukhuwah semuanya perlu diraikan. Bukankah tingkat paling rendah adalah berlapang dada dan paling tinggi adalah ithar(berkorban). Indahnya ukhuwah bukan semata pada pertemuan tapi paling penting adalah ingatan dan dalam doa.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Cinta kasihlah kepada manusia sebagaimana engkau sayang (dan cinta kasih) kepada dirimu sendiri,nescaya engkau jadi orang Islam yang hakiki"
Pasti saja, esok ada soalan cepu emas yang asyik diulang suara dari waktu final year sampailah sekarang. Maka jawapan saya, wait and see jelah.. Mencabar nih nak jawab.Sengih macam kambing pun ok barang kali.
~Semoga Allah memberkati kalian dan mengumpulkan lebih banyak kebaikan ke atas kalian bersama~
p/s: bila lah saya nak kawin..(hehe..ayat mengade-ngade)..

Familia.

'Too much of anything can make you sick
Even the good can be a curse (~ye ke?)
Makes it hard to know which road to go down
Knowing too much can get you hurt

Is it better? Is it worse?
Are we sitting in reverse?
It's just like we're going backwards
I know where I want this to go
Driving fast but let's go slow
What I don't wanna do is crash, no

Just know that you're not in this thing alone
There's always a place in me you can call home
Whenever you feel like we're growing apart
Let's just go back, back, back, back, back to the start

Anything that's worth having
Is sure enough worth fighting for
Quitting's out of the question
When it gets tough gotta fight some more '
Salam sayyidul ayyam!
Ada 2 benda yang diisi tapi takkan penuh. Yakni akal dan nafsu.
Jadikan akal sebagai pemandu, ilmu sebagai kenderaan dan nafsu sebagai penumpang. InsyaAllah selamat dunia dan akhirat hendaknya. Amen.

Yup,really make it sense. I'm fighting with emotion right now. Half of me want to stay back but the responsibility waiting ahead. What shall I do?

FIGHT IT!

It's easier said than done, anyway.

Nak masak apalah tengah hari ni? Saya memang agak kering bab idea memasak kalau kena include menu ayah. Untuk orang lain, senang saja. Ayah tak makan ayam, tak makan itu ini. Kalau nak masak benda ni, kena buat macam ini itu. Banyak tips dan steps yang mak tunjuk ajar kat kami semua ~anak-anak perempuannya. Hmm..wonder how mak boleh manage hidup dengan ayah for the 31 years until the rest of life, insyaALLAH. So picky!Hehe..me too but sometimes.

Minggu ini, memang mak ayah heret saya ke sana ke mari.
'Hmm..kena keluar lagi ke?' omel saya
'Kenapa? Dah letih ke?' mak berkerut
'Taklah, malas nak tukar baju..hihi'

Alhamdulillah tengah hari semalam hujan. Mak dah risau, ayah ke masjid dengan motor. Harus basah kuyup kalau balik ni. Makanya, saya jualah jadi pemandu ambik ayah. Lagipun dah tak dapat ke masjid, at least ambik orang yang pergi masjid dapat jugak pahala. Dah sepuluh minit tercongok dalam aircond, akhirnya ayah keluar juga menjenguk keluar. Jom pulang!Rindu waktu zaman dulu sebelum ada masjid surau lah tempat kami belajar. Sekarang pun pergi cuma bila Subuh sahaja...waktu gelap orang tak nampak..hee.

Kalaulah masjid dekat quarters di Simunjan kan bagus. Ini kena naik kereta pastu 8km lagi, jalan takde lampu, gelap senyap sunyi. Bahaya pula menanti. Nak dengar suara azan, orang mengaji dan kuliah agama macam kat rumah.....sejuk hati, lapang dada sikit. Moga Allah, sentiasa lembutkan hati saya walaupun jauh dari itu semua. Dan moga Allah bukakan lebih banyak jalan kebaikan untuk saya beramal. InsyaAllah.

Ok,ciao. Jumpe lagi..

Wednesday, June 02, 2010

Turn Around

Ehem..ehem.
'I'm formerly known as Batman, but lately I'm prefered to be address as Luq-Man.
A meek little man. Oh So Dear!

Va-va-va. Miss Hadirah, makin besar makin macam orang tua cakapnya. I'm happy, too happy when among with this little kids. Love them, love them much. Siap tarik achik nak pergi main kat playground depan rumah, tapi dah nak masuk Maghrib pun sayang. Jom, kita mengaji Quran!.

Tiga hari di KL. Duk asyik makan je.

What a day. I'm with runny nose right now, hopefully subsided later on. InsyaAllah. Having Streamyx in the house, is a bless. Dah habis tergolek sana-sini dalam bilik sambil surfing, unfortunately I'm busy with some projects including jadi driver mak so pandang sepi jelah Streamyx tuh. Paling tidak pun selang sehari.

Cuti oh cuti..bestnya dapat cuti panjang. Bila ye? Tengah mengintai peluang untuk off day lebih banyak lagi. Jia Yo! Sekian.