Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Monday, May 31, 2010

Seandainya..

'Hancur..hancur kuffar!'

Doa wehdah dan Qunut Nazilah saja yang termampu, saat hati meruntun mengenangkan nasib sukarelawan ke Gaza. Kejam Yahudi, sombong bodoh mereka sememangnya sudah termaktub dalam kitab al Quran. Entah bagaimana nak digambarkan. Mahu saja, angkat senapang paling tidak pun M16 dan tembak mati kuffar itu. Kafir harbi wajib diperangi.

Keluh mak, bila kah janji Allah akan tertunai. Tunggu. Dan sabar. Janji Allah adalah pasti. Kemenangan adalah dekat buat mereka yang mengingkan. InsyaAllah.

Sekudus doa buat pejuang-pejuang Allah di sana. Tiada apa yang dapat mengalahkan sebaris doa tatkala dimakbulkan oleh Rabbul Jalil.

Ayuh, jangan jemu untuk berdoa. Doa itu senjata orang mukmin..

Wednesday, May 26, 2010

Paradoks

Rasulullah pernah bersabda :

'Alangkah ajaibnya seorang mukmin, bila diberikan kesenangan dia bersyukur. Apabila ditimpakan ujian, tetap juga ia bersyukur'

Hebat bukan bilamana tergolong dalam hambaNYA sebegitu.

Seolah terasa kehilangan;

Oh rupanya sudah lama saya tak menatap bintang-bintang.
Penenang buat sekeping hati..
Indahnya saat bertafakur begini.

Esok, bakal mencatatkan sebuah lagi perjalanan. Yang dirahmatiNYA insyaAllah. Sudah bersedia melangkah. Sendirian tapi berbekalkan doa yang tak putus.

Jadi observer. Kemudian buat analisis. Kadang-kadang tersengih sendiri. Tak sedar ada mata-mata memandang. Entah kenapa, bahagia semacam bila di airport. Sekurang-kurangnya ada masa sedikit untuk menilai diri sendiri.

Sungguhpun sedikit kelelahan, ada rasa mahu marah pada patient dan staf~ saya tahankan saja. Memang saya dah tak boleh nak marah sesiapa, hati saya ini barangkali sudah sampai level 'tak sampai hati'. Mungkin saja, kerana rasa sayang pada mereka yang setia menemani saya sepanjang perjalanan kehidupan di sini saat susah senang. Beruntungnya kamu. Doa saya, moga Allah bukakan hati kalian untuk lebih mengenali Islam, meletakkannya dalam hati dan beramal sepanjang masa.

~Letih tapi gembira dan teramat bahagia~....

Sunday, May 23, 2010

My Airtimes

..malu bertanya sesat jalan..

Tanyalah Ustaz...(bukan saya)

Pagi ini alhamdulillah, kebiasaan mak ayah pasang tv di awal pagi kuat-kuat program Tanyalah Ustaz, Astro Oasis membuatkan ia menjadi kebiasaan bagi saya. Pagi ini tajuknya Harta Pusaka. Zero knowledge serasanya bagi saya. Bukan tak pernah belajar, dulu masa Form 2 dan 4 ada je dalam madah Feqah. Bermacam-macam maudu' (tajuk) dari taharah sehinggalah ke bab mudharabah, tijarah dan sewa. Tapi budak-budak, biasalah took for granted. Bab harta sepencarian lagilah, macam di awang-awangan.

Chef at Home

Lepas tu kita langsung ke rancangan masak-masak. Mari mengril dan menumis. Rindu pada meringues, chicken stew dan masakan bertomato. Itulah sebabnya, without good enough reason tangan saya menggatal grab a 430 ml tomato puree. Nak masak apa? Hmm..nanti saya cari/reka resipinya since minggu depan saya takkan beli sebarang lauk ayam/ikan/daging. Nak jadi vegetarian. Sebab Saidina Ali r.a pernah pesan, jadi jadikan perut kita ini penjara bagi haiwan-haiwan. Maksudnya setiap masa makan makanan yang berdarah.

Three Brothers

Learn a lot from this KBS series. Foundation of a family is the most important core. In order to build marriage life successful, love plays some part but not the whole idea. The bigger issues are more about the responsibilty, how parents guide their children in facing marriage process. Wah, dah jadi macam kaunselor perkahwinan. Kena realistic...

Cinderella's Step Sister

Huhu..penangan kawan-kawan. Jom ikut tengok. Ini bukan cerita fairy tales. Ini cerita sebuah kehidupan. Selamat menghayati.

Dan banyak-banyak hari tengok tv, saya suka hari Jumaat. Kalau pagi dalam MHI mesti ada segmen dengan ilmuwan, tengah hari ada Al Hidayah serta sempat tengok Wanita Hari Ini dan petang ada Al Kulliyah. Hari penuh ilmu. Saya suka ! Anda?

Tapi saya bukan tv addict ye. Cuma addict nak menulis dan bercerita sekarang.(^_^)
Mari Bermanja.
Hujung minggu depan, tiba masanya saya nak bermanja-manja (oh, Pips cakap bukan bermanja tapi mengada-ngada..heh) with my BFF best boyfriend forever!~ my big bro. Tq for having me "the nuisance" in the middle of you and her (sil). Tq also for not even once, forgot the duty as bro. Cuma sekarang kena control, tak boleh nak pukul curi belakang dia actually known as warm pat, even bersilat..lagipun semua dah adult so not appropriate.
Ok ciao.

Saturday, May 22, 2010

Still Feeling Good


Kami Sedia Membantu ~Penyayang.Profesionalisme.Kerja Berpasukan.
Itulah Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia. Alangkah senangnya kalau ia dapat dihadam sepenuhnya dan diamalkan.
Alahai..apa lah yang saya nak bebelkan ni? Barangkali dah 'separuh' jiwa sudah penuh terisi dengan aktiviti yang padat. Keletihan.
'Dr, apa kata kita buat...'
"Dr, lagi baik kalau program.."
'Orang kampung hujung sana nak sangat..'
Kalau boleh buat belahan dedua macam si amoeba , memanglah amat bagus. Saya still nak jadi manusia yang tak boleh belah dua tapi bertambah jadi dua.Hihi. Apapun, moga ada secebis keikhlasan dan amanah dalam melakukan tugas ini. Terima kasih mak, kerana sentiasa mengingatkan saya tanggung jawab seorang ketua.
'..kalau dah banyak kes macam tu, aktiflah sikit buat langkah pencegahan'. Dan ..
'..daripada duk mengadap laptop memanjang, baik buat kerja hias-hias klinik. Barulah ada hasil' (nampaknya mak memang pasang satelit sebab tahu-tahu je apa yang saya buat).
'Biasalah buat kerja tu, memang letih tapi dah amanah. Doalah banyak-banyak, solat hajat tuh jangan tinggal'.
Mujurlah ada ayat-ayat memujuk dari mak. Kalau tak, mungkin saya tak mampu melangkah. Barangkali mak boleh gantikan saya jadi DOIC kat klinik. Memang kepimpinan diuji. Masa sekolah rendah lain, sekolah menengah pun lain, masa matriks dan universiti lagilah lain, masa bekerja...teramatlah lain. Dan yang paling susah saya rasakan, memimpin diri sendiri.
Apapun, moga kita semua ikhlas niatnya dalam beramal. Seawal hingga ke akhirnya. Terfikir juga, kalau saat ini Allah tarik kembali nyawa ini berapa banyaklah amalan dapat dipersembahkan padaNYA. ~Ada rasa khauf dan raja'~
'Ya muqqalibal qulub. thabit qulubana a'la dini' waa'la toati'
p/s: doakan saya baik-baik saja. Dah tak sabar mahu berada di rumah. ..pulang marilah pulang.
Tapi ayat paling best(best ke?..haha)
~Dr, tak payahlah transfer. Duk jelah kat sini. ~ Oh, maafkan saya. Sungguhpun enak di sini, hati mana tak rindu kampung halaman kan?
Renung-renungkan...dari doktor gigi yang tengah and still feeling good in extracting people's teeth.

Tuesday, May 18, 2010

Di Hati Achiknya

Jam 4.00 petang, baru selesai patient appointment. Seorang pesakit boleh required sampai 8 batang gigi untuk di tampal. Penat kan? Nasib baik ada si radio, menemani perjalanan saya di alam mulut dan kadang-kadang sampai tak sedar saya pun turut menyanyi. Lepas tuh, control balik mulut nih. Lupa-lupa.

Petang semalam, sambil on the phone dengan my sis. Kami diiringi dengan muzik sebagai background ~ yakni suara cik Hadirah yang menyanyi-nyanyi sambil diselang seli dengan bacaan doa kemudian berselawat.

'Nak cakap, nak cakap' dia merengek di sebelah mamanya.
' Achik, rindu kat Hadirah tak?'
'Rindu, Hadirah rindu kat achik tak?'
'Rindu!'
'Dah belajar baca doa makan tak?'
'Dah....(lepas tu mula lah dia baca satu persatu).Ada banyak salah, tapi masih boleh diperbaiki.InsyaAllah. Nak pekak pun ada rasanya telinga nih.
Lepas tu sambung lagi bernasyid dalam phone. Aduh..aduh.

Tapi alhamdulillah. Itu perkembangan yang bagus buat budak berusia 4 tahun. Nanti tunggu achik minggu depan ye. Kita makan-makan pastu belajar muqaddam.Pastu gulung-gulung rambut kerinting awak. Maklumlah, achik takde anak lagi, so kenalah buat awak jadi anak achik.

Lagi satu suara jangan kuat sangat, kesian Luqman nak tidur. (*_*)zzzzz..

Monday, May 17, 2010

Langkah Yang Indah

Mulakanlah Dengan Bismillah
Sudahilah dengan Alhamdulillah

Awali langkah hari ini
dengan kalimah yang suci
Harungi dengan tulus hati
kedamaian akan ditemui

Akhiri langkah hari ini
memuji pada Ilahi
banyak sedikitnya Rezeki
Syukuri Apa yang diberi

Mulakanlah Dengan Bismillah
Sudahilah dengan Alhamdulillah

Kejayaan yang didapati
Semata Amanah Ilahi
Bersyukur senantiasa berbagi
agar Hidup murah Rezeki

Kegagalan yang ditemui
jadikan sebagai motivasi
kerana langkah sedang diuji
jangan menyerah berjuang kembali

~nasyid~

Telahan saya pagi ini, nyata tak seperti yang dijangka. Semangat hilang kembali menghinggap. Bukan apa, tengok lab tengah renovate tup tup..pantry sekali diorang buat. Best part is, berjaya pujuk contractor supaya buat sink, kabinet with zero cost. Hihi...best je tengok marble top yang bersilau-silau itu. Kalau rumah sendiri nih, confirm two thumbs up.

Malam nanti ada makan-makan sempena pengarah hospital yang akan berpindah further study. Hmm..bestnya dapat sambung belajar. Saya pun nak. Tapi tak start lagi pun preparation, preparation benda lain ada lah.

Sekarang kena kembali melangkah dengan lebih laju dan bergaya~chewah!. Bulan 6 ada kursus lagi. Bulan 7 pun ada lagi..yeay!Alhamdulillah, mari tambah ilmu.

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

Pics: Budak sekolah rendah darjah 1-3 SK Gawang Empili


Terima kasih kepada semua guru-guru

Kerana jasa dan didikan kalian, menjadikan diri saya seperti hari ini. Terutamanya mak ayah. Guru paling hebat dalam hidup saya dan Rasulullah s.a.w jualah guru terbaik contoh tauladan sepanjang hayat buat kita.

Sehari suntuk checking kerja dental nurses. Hmm..macam lecturer pulak saya rasa. Masuk hutan belantara, lalu jalan berbatu kerikil beberapa kilometer dan jalan naik bukit turun lurah, pandang kiri kanan semua gaung. Menakutkan. Tapi kesian dan kagum kepada anak-anak kecil seawal usia 7 tahun sudah mula belajar kehidupan hidup berasrama dan berdikari.

Kalau saya, seawal itu belum pandai nak gosok baju sendiri apatah lagi membasuh dan mengemas barang sendiri. Cuma tengok kakak-kakak dan abang buat itu ini, mana yang boleh buat sendiri saya takkan harapkan orang. Mak ayah banyak ajar jadi independent, sementelahan kami memang takde seorang pun saudara di Kelantan. Tapi kadang kala, saya mengada-ngada juga, mengharapkan orang lain..bila lagi kan?Haha..

Aduhai, sedihnya. Kenapa lah abang Chong Wei boleh kalah ni? Nampaknya pemain Malaysia kali nih kurang preparation dari segi psikologi ~barang kali emotional+spiritual quotion kot. Dah lah asyik nak tergugur je jantung tengok diorang lawan. Haish.Apapun, diorang dah buat yang terbaik. tapi dah Allah kata ' Kun Fayakun'...nak tak nak redha sajalah. Mungkin ada kemenangan tertangguh. (bagi tazkirah pun bagus jgk ni kat diorang plus muhasabah sekali).

Huwa..esok start kerja balik. Macam mana nak boost up balik fuel nih. Hati saya dah entah ke mana-mana. Nak kata hanya jasad bernyawa pun ada jugalah ciri-ciri tuh, ruh nya dah melayang balik rumah. Eh..eh cik Fizah, tak boleh ni. Kerja kena ikhlas. Sebab bila kita ikhlas, kita akan sentiasa buat yang terbaik sepanjang masa. Cuma, minggu ni rasanya saya akan lebih banyak diam dari ramah dengan patient macam biasa. Nak merajuk dengan semua patient yang tak peduli nasihat saya dan dengan orang yang tak dengar cakap saya.~sigh~ kerdilnya saya.

Apapun, still terima kasih buat cikgu-cikgi including cik Pips yang tensen dengan student, Kak Jie yang tak jemu-jemu dengan budak-budak kecik di Permata itu. Hmm..wonder why kenapa takde Hari Doktor? Banyak jasa jugak nih..heee..

Saturday, May 15, 2010

It Counts



'Times and tides wait no man'

Assalamualaikum and Alhamdulillah.
Finally the Orthodontic Course ended. But the feeling is still there. Having great times with friend, what else I could ask for more ?

Unfortunetly, I'm not so into 'the sea lover' person. I rather enjoy myself at waterfall, cold/cool soothing environment. Yep!. I'm afraid of deep sea water, waves and foremost I can't even swim and too lazy to learn. So better I stay away from them. Anyway still enjoy the scenery. But in Sarawak you have to walk miles away from the white sand area(pinggir)until you bumped into the water. Pretty amusing meh. Then the water still shallow.

Between E and I. I'm the I person. Introversion. Vividly quite and comfortable to be with myself and I, but not a day dreamer. I enjoy being with talkative person, bcos I love to listen. Until..I'm in the circle of people whom I get used to, comfy enough and understand me better..then the 'dark side' start to appear..hihi no lah, I changed 180 degree. Only with my family! Loyal? Gee..when I keep my loyalty to something or someone~ I keep it till the rest of my life no matter how much others offend and critizice. Even if someone said I'm outdated, conservative..bla..bla. I choose to be happy, then.
What most irritating me? The ice breaking session. Having the mic. in my hand, the most unexciting moment. I really trembled a lot, that's why I hate it. When our big boss kept busy asking the updated status, everyone happily and proudly announcing. Me? The other way around. So better still, quite. Somehow, I thought I successfully escaped but vain. Though trying to be a bit blurred. Ha? ha.. other half? Who's who?
Tukar bahasa pulak...Pagi ni saje meng'hang-out' kan diri dengan kawan-kawan~ke Serikin. Main intention : window shopping tapi macam biasalah. Ada 2 pasang kain batik pario yang menarik mata dan hati. Memandangkan it worth dengan harga yang murah, apa lagi. Grab this chance, girl! Huhu~sampaikan akak Indon tuh dah kenal dengan kami. Layankan saje..
Silent is beauty indeed..but not applicable to all circumstances ye..hehe. Ciao.

Sunday, May 09, 2010

Cerita Dari Gunung

Seorang anak mengisi waktu luang dengan kegiatan mendaki gunung bersama ayahnya. Entah mengapa tiba-tiba si anak tersadung akar pohon dan jatuh. "Aduhh!" jeritannya memecah keheningan suasana pergunungan. Si anak amat terkejut, ketika ia mendengar suara di kejauhan meniru teriakannya persis sama. Dasar anak-anak, ia berteriak lagi. "Hei siapa kamu?" lantaran kesal suaranya selalu ditiru , si anak berseru " Pengecut kamu", Lagi-lagi ia terkejut ketika suara dari sana membalas umpatan serupa.

Ia bertanya kepada sang ayah. "Apa yang terjadi?" Dengan penuh kearifan senyum si ayah "Anakku, cuba perhatikan". Lelaki itu berkata keras, "Saya kagum padamu!". Suara di kejauhan menjawab, "Saya kagum padamu". Sekali lagi sang ayah berteriak " Kamu juara". Suara itu menjawab "Kamu juara". Si anak tetap kehairanan, meski demikian ia tetap belum mengerti. Lalu sang ayah menjelaskan.

"Suara itu ada gema, tetapi sesungguhnya itulah kehidupan".

Kehidupan adalah umpan balik atas semua ucapan dan tindakanmu. Dengan kata lain, kehidupan kita adalah sebuah pantulan atau bayangan atas tindakan kita. Bila kamu ingin mendapatkan lebih banyak cinta di dunia ini, ciptakan cinta di dalam hatimu. Hidup ini akan memberikan kembali segala sesuatu yang telah kau berikan kepadanya. Ingat, hidup bukanlah sebuah kebetulan tetapi sebuah bayangan dirimu ~Buletin Tarbiyyah.

p/s: listen to this wonderful nasheed. Selamat menyelaminya. Ma Li Rabbun Siwah.

Saturday, May 08, 2010

Why Do I Love You? (rainy day)


Sekarang tengah berpanas dan bahangnya memang terasa. Hujan oh hujan, ke mana awak pergi? Hujan rahmat yang dinantikan..

Sekarang juga semua sibuk dengan pilihan raya di Sibu. Piala Thomas. H1N1 yang kembali. Dan saya masih mengadap dengan laporan dan kerja klinik yang masih bertimbun. Du..du..Tak dapat nak ke mana-mana melainkan mengadap laptop kesayangan dan banyak berkorban. Harapnya takdelah sampai terkorban sebab saya nak wariskan laptop yang berjasa ini pada anak-anak pulak.

Saat Piala Thomas ni, saya dapat bayangkan salah seorang dari kami yang sememangnya penyokong Datuk Lee Chong Wei hebat bersorak depan tv. Disamping amat geram dengan Lin Dan..huu.Sementelahan setiap kali kami main badminton mesti ada suara-suara yang sumbang (including saya la) buat 'liputan' konon-kononnya Chong Wei tengah berhempas pulas menewaskan Lin Dan. Saya? Banyak duk kat tepi, berbanding kat dalam gelanggang. Segan! Sampai pakcik pun tegur saya, kenapa tak main? Senyum kambing sambil menunjukkan barisan gigi yang cantik(perasan jap). Control macho+ayu+sebab bukan pro sangat. Tengok kiri kanan pun...ramai lelaki. So ada baiknya, saya melepak di tepi.

Hmm..Lee Yong Dae,ada main tak? Haha..saya bersemangat bila tengok dia main. Lawan beregu China lagi ke~ oh saya pun geram dengan Cai Yun. Aduh, tak patut. Oklah, sayang korang semua.

p/s: double entry today bcos next week, takkan ada entri kat blog terchenta ini. Adapun patik hendak berlayar ke hujung utara sana menaiki Fortuner pulak. Membawa hati yang terluka..chewah!

Kajang Pak Malau kajang berlipat,
siapkan keje ye cepat-cepat ..

I LOVE YOU ALL...do you love me? Ngee..of course! (tolong jawabkan..apa daa)

Pick Me!

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Selamat pagi. Alhamdulillah Allah bagi nikmat sebuah kehidupan lagi pagi ini sungguhpun belum tentu sampai ke tengah hari. Tapi selayaknya bagi seorang hamba adalah bersyukur.

'Tiada anugerah yang lebih berharga, melainkan sebuah kesabaran'

Terima kasih mak, kerana sudi mendengar cerita memeningkan kepala saya. Makin ringan kepala dan jiwa sebenarnya. Sememangnya betul cakap mak, kita tak dapat nak please everyone cuma apa yang penting kita buat apa yang kita rasakan terbaik untuk semua. Minggu ni pun, rasanya macam bukan diri saya dalam erti kata sebenar.

'Saya rasa, minggu nilah saya paling banyak marah patient. Betul kan?'
"Ye ke Dr? Saya tak nampak macam gaya Dr marah orang je'

Haha..nampak sangat dah tak pandai marah orang kan? Sebab saya pun tak suka nak marah-marah orang unless memang sangat perlu.

Minggu depan, sehari saja saya cabut gigi.Yeay! Selasa adalah hari travelling spot check semua dental nurse mobile dental squad di Semangkoi, Mawang. I don't have any idea, where on earth that place.Yang pastinya remote area. So kita off to the road naik Land Cruiser. Hehe..suprise.

Lomography, Hipstamatic. Apa tue achik?

Tanyalah Uncle awak. Dia yang beria-ia nak ajar achik. Tapi biasalah, otak achik ada banyak benda lain lagi nak ingat. Prescription dan diagnosis diseases lagi....

Ok, masa untuk rehat-rehat.

Wednesday, May 05, 2010

Never ending Story


'Cinta dan ukhuwah sangat berguna terutamanya saat terjadinya ujian yang sangat keras. Sebab seorang muslim akan merasakan keteduhan, kelembutan dan ketenteraman. Kalau pada saat ujian menghebat ia bersama-sama saudaranya. Kata-kata yang baik, nasihat-menasihati dengan kebenaran, senyum ramah serta simpati yang sangat dalam, dapat meringankan segala penderitaan bagaimanapun beratnya ujian itu menimpa' (Mustafa Masyhur).

Lupa saya nak ucapkan terima kasih kepada sahabat yang dengan murah hatinya membawa kami berjalan-jalan tempoh hari. Banyak kisah suka duka, tapi paling saya bersemangat bila berbicara satu bab itu. Entahlah. Kawan-kawan jualah antara asbab kami semua masih bertahan di sini. Terima kasih semua.

Perjalanan Serian- Sri Aman hampir 2 jam, tak begitu terasa. Seperti biasa, driver yang setia sungguhpun mengantuk ditahan saja. Paling lama saya dapat drive non stop pun 4-5 jam macam dari Pasir Puteh ke Grik, Perak. Selebihnya, saya akan tidur menemankan ayah yang yang tahan memandu lebih 8 jam. Saya hanya akan tidur bila terasa pemanduan adalah selamat yakni apabila dengan ayah. Kalau dengan orang lain, saya lagi rela tahan mata. Takut..hee.

Kerja pejabat dan klinikal laku macam pisang goreng panas. Ini pun curi-curi masa. Nasib badan, bila boss dah letak harapan~ macam-macam expectation. Hmm...tandanya saya boleh buat kerja kan? (angkat bakul gik..haha)~ padahal stress. Aduhai..

Pisang oh Pisang

Breakfast today, pisang rebus. Mengembalikan memori zaman kanak-kanak. Potassium yang banyak bagus untuk mengelakkan pengsan. Tapi makan banyak lain pulak ceritanya. Maka, berpada-padalah.

Oklah, sambung kijo. Rest kejap dengan menulis. Terapi...

Ciao. Alhamdulillah.

Sunday, May 02, 2010

To Sri Aman With Love


Tiga gadis hulu..hihi. Satu ambil gambar. Semua main air. At waterfall ..at Lubok Antu, Sri Aman. Hmm..ada juga tempat 'bersih' kat ctok.


Rindunya bila saat berkumpul kembali. Cuma tak cukup 2 orang, seorang dah transfer balik seorang lagi masih dengan morrning sickness. Memang mengimbau kenangan.

Memang Benar. Bila sudah 'kepenatan', ambil masa berjalan bermusafir. Menjernihkan kembali kepingan hati.

2 minggu lagi kursus di Sematan, Lundu. Kurang tiga minggu lagi pulang terbang ke pangkuan ayah bonda. InsyaAllah.

Minggu ni, kembali memeningkan kepala dengan admin..call KKM, bhgn transfer. Tugas saya :Kena kacau diorang until lah saya dapat transfer.~memang nakal!.

p/s: punyelah main intention ~nak tengok benak (tidal bore) di Sri Aman, alih-alih main air. Tak sempat tengok benak, kita tengok cucu cicit benak sudahlah. Benak~ Selamat tinggal~duu..