Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Wednesday, March 31, 2010

Di Celahan Pepohon Itu

'Sesudah ketawa, dia menangis pula'

Hidup memang begitu, masakan akan sentiasa di atas. Adakala duduk di bawah ada maknanya. Cuma terserah pada diri dalam membawa pengertian pada setiap perkara yang kita lalui. Bukan bermaksud,kita yang memegang title seorang doktor kita yang berkuasa ke atas pesakit.

'Gigi atas belakang sekali'

Tersirap darah seketika. Terdetik. Saya ni budak suruhan ke?.Suka hati sahaja bagi arahan,macam robot saya dibuatnya. Astaghfirullahaladzim, lintasan hati ini hampir saja menghakis iman saya. So layankan aje, makcik-makcik ini.

وَإِذَا جَاءكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِنَا فَقُلْ سَلاَمٌ عَلَيْكُمْ كَتَبَ رَبُّكُمْ عَلَى نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ أَنَّهُ مَن عَمِلَ مِنكُمْ سُوءًا بِجَهَالَةٍ ثُمَّ تَابَ مِن بَعْدِهِ وَأَصْلَحَ فَأَنَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

"Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: “Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu telah menetapkan bagi diriNya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah): bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihan”.


Minggu yang menyedihkan.

Patah tumbuh, hilang berganti. Seorang demi seorang meninggalkan klinik untuk ke tempat yang lebih baik demi rezeki. Tipulah saya sebagai ketua takkan bersedih walau sedikit. Tambah-tambah lagi bila orang tu boleh diharapkan dan cekap buat kerja. Tiada apa yang dapat saya berikan melainkan doa agar mereka baik-baik saja di tempat baru dan bawa imej yang bagus dari tempat lama..

Eh, doktor sedih ke?
.. Ah, takde..takde. Buat apa nak sedih-sedih. (Aduhai, ego+hipokrit nya saya. Tak patut kan?)

Tiba-tiba jadi rindu pada sebuah kembara. Yang meredupkan sepasang mata melihat keajaiban ciptaan Allah, yang melunakkan sekeping hati yang sudah berkeping-keping, yang mengajak mindanya berfikir barang seketika, yang menyedarkan dirinya akan hakikat penciptaannya sebagai hambaNYA dan yang memulakan serta menoktahkan apakah yang dia telah gapai untuk bekalan di hari muka...Ya Allah. Lemahnya diri aku ini..

وَالَّذِينَ صَبَرُواْ ابْتِغَاء وَجْهِ رَبِّهِمْ وَأَقَامُواْ الصَّلاَةَ وَأَنفَقُواْ مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلاَنِيَةً وَيَدْرَؤُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ أُوْلَئِكَ لَهُمْ عُقْبَى الدَّارِ

Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka (bertemu Allah) semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat. (Al-Ra’d; 22)

Monday, March 29, 2010

Yeay!!

Since it already three days I played hide and seek, finally these fingers ready to rock..gosh!

What a weekend we had! My stomach bloated after starting over again with milk, , had an occipital headache (hopefully not b'cos of the vision or tension headache), abdominal cramps...bla..bla.accidently spraint the ankle (padan muka ,sape suruh pakai heels gi jalan-jalan gik)

Since then, I announced last weekend not so enjoyable as it should be. Keep trying to make less happy days into the happier and merrier, I just indulged in and gave my taste bud a treat. As always without taking into an account that the stomach already 'sick'. Stubborn..heh.What to do meh..

Bila lagi ye nak cuti panjang? Rindu rasanya nak cuti 2 minggu consecutively mcm time FYDO dulu-dulu. Sungguhpun tiada apa nak dibuat di rumah, tapi at least hati rasa tenang. Bukan homesick ye, cuma rasa boring~ bila ada program,saya ada kerja.Bila saya nak ke program, program pulak ada keje..eiks, kena batal. Nak buat macam mana, man proposed..Allah disposed.

Esok,bakal menjadikan saya ada 4 assistants. Hebat betul,dentist klinik lain asyik short assistant sedangkan saya pula yang enak-enak. Tulah, duk lah Simunjan gerenti goyang kaki. Bila time schedule kena buat rawatan ke sekolah, rasa macam ada bodyguard je kiri kanan..hik hik. Untung kan? Takde orang berani kacau. Sepanjang kerja ni pun rasa lebih mudah buat kerja dengan staf lelaki berbanding perempuan though saya sendiri perempuan. Kenapa? Fikir-fikirkan. Harapnya, saya taklah 'bertukar' jadi lelaki lepas ni except cara thinking. Sebab saya bukan orang yang suka ambik tahu benda-benda remeh dan jenis tak kisah.

Nota Buat JIWA : Perasaan ditemani Allah merupakan penghibur dalam kesepian, pelindung dalam ketakutan, perencah keamanan diri, pencorak keceriaan jiwa, penawar segala duka. Peneman dikala senang dan payah. Hati terdetik diketuk rasa rindu pada Nya, kerana cinta pada Nya, hati redha menerima segala ketentuan dari Nya. Itulah tawakal pada Nya.

(quote somewhere)

Thursday, March 25, 2010

Things Make Me Happy

'Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah dan hadapilah'

Sehari lepas,gara-gara sambung tidur lepas Subuh dapat nightmare. Tapi yang bagusnya hantu tuh cantik macam aktres cuma the bad part is bila dia asyik panggil dan sebut nama saya.Haha..dah lah sorang diri. Nasib baik ada Ratatoulie menemani.

Dan hari ini..PAYDAY! Alhamdulillah. Sungguhpun saya bukanlah yang cakna bab duit masuk hanya sering diingatkan oleh staf yang sentiasa memerlukan duit untuk anak isteri.

'Saya tak makan, berlapar siang malam pun takpe Dr.Tapi kalau anak saya, memang saya tak sanggup'

Itulah saya,gaji ada balance banyak lagi sering rasa tak cukup walhal ada lagi orang yang lagi sedikit. Pentingnya sifat qanaah kan.

Hari ini juga ringan kepala saya,esok penyudah bagi segalanya dan dinner kat hotel~ tumpang event klinik orang lain..hehe. Lusa servis kereta. InsyaAllah. Melayang lagi duit.

'Dr, hujung minggu lepas memang teruk. Kawan saya pinjam kereta merah saya yang saya tinggal kat Kuching. Pastu habis accident rosak teruk langgar tiang. Ni hah ,gambarnya'

Punyelah bersungguh saya nak tengok kereta dia..tapi sekali..

Nak tergolek rasanya..Pehal lah tunjuk kereta Ferrari merah rosak kat saya. Aduhai,sepanjang setengah tahun di Simunjan selama itulah saya asyik kena prank dek diorang. Tak boleh jadi nih, mungkinkah ini balasannya sebab saya suka kenakan orang sebelum ini? Oh,tidak!

Dan hari-hari seterusnya, makin banyak aktiviti bulan April dan kursus bulan Mei ini. Boleh skip keje cabut mencabut gigi nih. Alhamdulillah.

”Sesungguhnya orang yang mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.” Al Hujurat:13

Saya suka bila orang selalu ingatkan saya though staf paling bawah yang menegur. Saya pun banyak tempangnya yang matlamat hidupnya mengharapkan redha Allah, mak ayah dan semua orang mukmin. Saya lagi suka kalau saya dapat mengingatkan yang lain. Dan saya lagi-lagi suka kalau Allah yang mengingatkan saya.

~hari ini kena lebih baik dari semalam, dan esok kena lebih baik dari hari ini. InsyaAllah!

from :
a) so simple yet so complex
b) so weak yet so powerful
c) so confusing yet so desirable
d) ___fill in the blank ye!

Wednesday, March 24, 2010

Du..du..

'Hikmah adalah barang yang hilang,barangsiapa yang menemukannya maka dia lah yang berhak memilikinya'

Baru sekarang saya dapat memaknakan maksud hikmah itu.

Entahlah, seminggu ditinggalkan. Selama seminggu itu jugalah bergolak kapal. Silap saya kah? Nak kata sedih pun tak juga, tapi saya letih bila berhadapan situasi sebegini kerap kali. Iyalah, saya bekerja dengan manusia bukannya mesin atau robot. Manusia ciptaan Allah paling kompleks dan complicated. Semuanya bermain dengan emosi dan mental.

Mahu ditegur, tapi kena cara dan tempatnya. Nak bagi arahan, kena cakap sesuai dengan orangnya dan bukannya secara diktator.

'Kalau semua nak menang, meh sorang ganti tempat saya jadi ketua..nak?'
Bila kena suruh, semua senyap tunduk kepala. Hmm..tahu pun. Bukan senang nak jadi ketua. Ingat saya nak sangat ke jadi ketua ni? Nasib baik saya tak strict macam Dr perempuan yang lain,kalau tak memang stress kerja awak semua.

'Kullukum ra'i, wakullukum mas'ulun an ra'yatihi'

Besar sungguh beban ini. Tapi pada Allah jua tempat saya mengadu dan beroleh kekuatan dan kesabaran.

Congrats, buat 3 dental officers yang akhirny dapat transfer. Oh, bilakah turn saya pula? Harapnya tak lama lagi..insyaAllah, doakan saja. Saya pun tak mahu berlama-lamaan di tempat orang. Keberanian saya makin memudar tak seperti awal-awal dulu...wonder why?

p/s: diari penuh perasaan aka perasan seorang YM..phew. Ayah, nak ice cream Cornetto satu..strawberry flavor,current craving.

Sunday, March 21, 2010

Fly Over

'You say goodbye...
I felt apart..
From what we have..

Wah-wah, melankolik pula. Bid goodbye to cik Pips this morning after week of torturement, best laughs, sleeping queen, shopping spree and household chores done.

The best holiday ever though just a short ones. Thank you everyone for making my days and foremost to Almighty God.

Sad. But work life must go on.

'Kalau tak nak keje, jadi macam ayah lah. Pencen' . Selamba je ayah cakap.
'Eh, kalau tak keje takde lah duit pulak'
'Tau takpe, sabar je lah'

Tulah,Pips sejak dua menjak ni asyik duk 'kutuk' plus buli saya..kan dah tertinggal kotak tisu dengan tisu Primer yang hebat lagi mahal itu. Menunjuk lagi..Allah tak suka tau~ Aqil pesan.

'Takpe, buat kesat air mata hang. Takut-takutlah hang rindu'
'Takde maknanya nak rindu kat hang. Baik rindu kat yang lebih layak lagi'
'Sape? Allah ke?'

..Insap seketika mendengar peringatan dari teacher nih. Apapun selamat sampai dan sambung keje peksa ketas exam budak-budak esp anak pakcik....Kim salam ye kat dia.

Right now: bila dah jadi orang last balik so kenalah basuh baju+cadar-cadar+kemas bilik. Letih betul. Next time, nak jadi orang awal lah. Senang cuci tangan skit. OMG!

Petang nanti : booking and booking. Beli roti Gardenia untuk diimport masuk ke Sarawak~makan puas-puas. Rehat....

Esok,insyaAllah bermulalah perjalanan kembali ke tempat mencari rezeki dan melangut seorang diri sambil memerhati manusia-manusia di LCCT. Moga selamat semuanya. Amen.

Friday, March 19, 2010

Peek-A-Boo


'Ayah mana?'
"Ayah work"
'Pandainya!'

Semalam, semacam trauma rasanya. Kereta dilanggar cun-cun kat belakang sebelah kiri the place where I sat right there. Instinct saya dah katakan sesuatu sejurus mendengar ada bunyi something kena langgar right behind. Cuma tak sempat nak bagitau Pips so she can speeding ahead to avoid the accident. Thank goodness, no one get injured. Except Pips, who was and still traumatize by the several scrathes on her car. Du...du..du. Ever since then, I'm the one who had to drive her here and there..what to do. Poor pips.

Cool as ever, father came to rescue. Siapa lagi nak diharapkan, relatives sorang pun takde kat Kelantan.Haha..tak sangka Pips tiba-tiba bertukar! Menjadi The Incredible Hulk yang garang then pegi marah-marah kat budak lelaki yang langgar dia. Cuma nasib baik Pips still in her outfit dan tak jadi hijau. Kan..kan. Biasalah di jalan raya, banyak kemungkinannya, apa yang penting mintalah perlindungan dariNYA agar diselamatkan sepanjang perjalanan.Saya pun teramatlah takut kalau benda macam ni terjadi, boleh lemah lutut dan menangis agaknya kalau sorang-sorang kat Sarawak, nauzubillahi min dzalik.

'Nasib baik ada ayah kan?'
" Yelah, takkan nak panggil my hubby pulak?Huhu"

Uiks, ngada-ngada lah pulak. Ngee..saje je nak menghiburkan hati cik Pips di kala berduka mengenangkan duit bakal melayang sebelum dapat claim insurans.

Sebelum melangkah keluar rumah, bacalah ayat-ayat lazim untuk menghindarkan dari segala kemudharatan. InsyaAllah, selamat dalam lindunganNYA.

Wednesday, March 17, 2010

Hidayah
Kerlipan cipta cintaku
Harum rembulan mawar
Dingin dihakis cita keseorangan

Aku
Masih menghitung hari
Kesiangan yang panjang
Ingin mengisi hati

Pada MU kasih
Satukan aku
Dengan rahmatMU
Dengan kalimah
Malam siangku
Berliku-liku
Duri dugaan
Siratan cinta
Biar di jemala mentari
Dan di bahu gunung berapi
Pasrahku abadi untukMU
UntukMU

Ku kembara setia di sisinya
Ku inginkan bahagia abadi
Ku impikan sentosa naunganNYA
Selamanya...

Ya Allah jadikan hamba MU ini yang mengharapkan rahmatMU , yang redhanya tetap padaMU dan cintanya padaMU sedikit pun tidak berkurang.

"Derita yang disebabkan oleh yang kita cintai, hakikatnya masih semacam kebahagiaan jua"

Tuesday, March 16, 2010

Fi Baiti aka manzili

For two days, I'm being sick. Sore throat accompanied by flu. Reason behind; too much icy cool drinks lately. Then, it served me right lah kan? Apapun, sekurang-kurangnya ada juga ruang untuk kafarah dosa-dosa. Alhamdulillah.

I'm just an amatur. Not acting like a pro. But at least I learn something new.

'Kalau nak jadi stalker, guna lens yang ni'
'Ha'ah la..betul-betul nampak'

Hoho..jangan tiru perbuatan ini. Ini perbualan orang-orang yang 3/4 sahaja. Ini ilmu juga, tapi ilmu yang deviated.

Ini rombongan Cik Kiah ke kawasan berdekatan Lata Hujan. Kat mana? Google it! Memang kami ni berbakat bab-bab mengusung hantaran. Dan yang paling penting, bab makan. Tak pernah-pernah kami makan sesungguh-sungguhnya. Lauknya pun sodap. It's finger licking good bab kata Uncle Fahmi kan Aqil? Nasib baik tak mintak tuan rumah tolong tapau kan.

Yeay..yeay. Cuti lama lagi. Banyak perkara kena selesaikan, dan banyak benda kena uruskan. InsyaAllah, moga Allah permudahkan semua urusan dan memberkati setiap langkah yang saya ambil. Masa yang ada tinggal untuk betul-betul menyucikan hati dan niat. Agar tak melencong dari landasan serta menimba segala ilmu-ilmu..sia-sia bukan, kalau masa umur kita dilalaikan dengan perkara yang tak bermanfaat. Jadi zalim pula pada diri sendiri. Pentarbiyahan melalui proses pengalaman sebenarnya.

Simply Irresistable!

Can achik have a bit?
Nope, no way..hee
'We simply cannot go into same direction.Mind your own way' said Hadirah to Aqil.

'Achik, my baby tooth here and here feel so painful. Why meh?'


'We at the door that called happyness'
Few days with you all, seem brought a lot of happiness, laughter and also 'mishap'. My handphone looked like a toy to toss around with. Poor me..but to be around with you at the end of the day...feel like a heaven. Subhanallah. Learning new things and tricks.
p/s: days with Miss Bigheaded, Mr Bubbly and Mr Coy... what a day!

Sunday, March 07, 2010

Mak Saya

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu

Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu..

~quote somewhere. credit to writer.

Bila baca, rasa rindu sangat kat mak though hari-hari call. Mak pernah pesan, bila dah kerja nanti mak tak harapkan pun duit anak-anak, cukuplah anak-anak bahagia dan balik rumah selalu. Terasa sayu yang amat. Walhal saya selalu keras kepala dengan mak dulu-dulu, bila duk jauh ni dah insaf. So jangan sia-sia kan mak ayah, sungguhpun kadang-kadang kehendak kita berbeza dengan diorang. Sebagai anak kenalah hormat but at the same time pandai-pandailah ambil hati.

Ayah yang selalu puji saya, mak jarang nak puji sangat. Sebab mak dia tahu, mostly anak-anak ikut perangai ayah dia~ suka perasan plus angkat bakul sendiri. Dah mak, nak buat macam mana; itu realiti! Kan..kan.Haha.. bapa borek, anak rintik.

Ok, insyaAllah kali ini harapnya saya dah tak tertinggal fave. choco ayah. Kesian ayah nanti..saya pun tak tahu macamana ayah boleh jatuh hati dengan coklat tu. Maybe sejak saya selalu pulang dengan coklat tu kot. Nasib baik Hadirah not fond dengan coklat tu.

p/s: oklah..ni entri terakhir untuk minggu ini. Harap maklum..saya nak la..la..la...dan lal a kat luar. Ilalliqa. Terima kasih mak dan ayah.

Sekeping Hati


Udaranya masih seperti sama,
Tenang dan mendamaikan
Sudah dua kali dia bermimpikan masjid yang sama
Suci warna putihnya cukup membuatkan hatinya rawan
Melangkah saja ke dalam, lautan manusia menekuni setiap ibadah
dalam kelam malam, lampu-lampu malap
Meruntun jiwanya saat keberadaan di dalam kalangan insan yang hati mereka sedikitpun tak pernah lalai mengingati Rabbul Jalil.

Dia menangis
Lemah dan tersungkur
Ya Allah..itu saja yang terluah
Jika dulu saat kunjungannya sekadar berterawih
..tapi kali ini..kunjungannya terlalu amat bermakna
dan membahagiakan sekeping hatinya
...Subhanallah..
Moga-moga satu saat
ia bukan lagi sekadar sebuah mimpi
..cuma..tak tahu ia di mana.
~Serasanya teramat bahagia dikurniakan mimpi-mimpi sebegini. Terima kasih Ya Allah, saat saya keliru, resah dan sukar menghadam apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini..saat itu jua datang peringatan bermakna dariNYA.
Sungguh saya rindukan, mimpi taman-taman hijau di samping sungai yang mengalir tenang..bilakah ia mahu muncul lagi?

Saturday, March 06, 2010

Of Sewing and Thread

Sudah lama rasanya tak menjahit oral mucosa dan skin..kecuali kes yang minor sebab alleged fall which commonly occured on toddler, schoolchildren. Petang Jumaat, sedang enak-enak menunggu appointment lain pula kes yang datang. Nasib baik bukan after office hours.

C/O : Alleged RTA
19 y/o male , helmeted motorcyclist vs car , under INFLUENCE (alcohol), fall on the face, sustained several L/W (laceration wound) on the face and lips. Medical: clear. Chest Xray, PA of skull and lateral skull view were taken.

I read the gist of information written by Medical MA. But the word 'influence' was highlighted in my mind. Sigh. Trying hard enough not to be a prejudice, I'm doing and carrying out my duty at the best condition.

Blood oozed and the smell of alcohol mixed almost suffocated my nose. What to do?. I felt like throwing out. Here we go:

HISTORY
INSPECTION
PALPATION..

E/O (extra oral) :
Face symmetry
No periorbital hematoma (Racoon's eyes)
No abrasion wound
Right upper lip deep l/w , thru and thru, size 7mm extended to inner lip mucosa, ragged edges.
Upper chin l/w in horizontal and vertical cut fused (5x5 mm)
On palpation : no tenderness noted or step deformity (if bone fracture occured)

I/O (intra oral)
Limited mouth opening
No occlusal derangement
Tooth 11 - luxated
Poor oral hygiene.

...everyone stand surrounding me. Like an orchestra conductor.
'Never watch people sewing eh?'
'This one quiet different Dr, you're doing stiches on human!'

Oklah then, sambil menjahit sambil mengajar.
'Sape nak belajar ubat apa nak prescribe untuk patient RTA?'
'Saya Dr!' aih berebut pulak.

'RTA tuh apa Dr?'
'RTA = Road traffic accident, tapi kadang-kadang orang tulis MVA = motor vehicle accident'
'CMC tuh apa Dr?'
'Chloramphenicol= antibiotic untuk skin esp applied on sutured l/w. So the idea of putting dressing gauze on wound not practical sebenarnya. Lepas sutured, debride balik then put CMC tu je. Cepat sikit heal'

'Next, kita extract gigi 11 dia'

...15 minit menjahit sambil berdiri. Meletihkan, tapi alhamdulillah tak susah sangat pun.Allah permudahkan. Except my eyes gone tired. Semalam, belumpun pukul 10 dah..kroh..kroh. Tambah lagi hujan-hujan begini. Lenanya saya. Dan saya masih bermimpikan sahabat saya, dalam satu halaqah kami berkongsi cerita. Akhirnya, mengalir juga air mata ini...

Friday, March 05, 2010

Mari Menghitung ...Nikmat

Astaghfirullahaladzim..remuk hati bila mendengar bila sudah ada dua kes kanak-kanak didera sehingga meninggal dunia. Entah, apa yang sudah terjadi pada dunia sekarang. Nauzubillahi min dzalik. Betapa nikmat yang sebegitu besar Allah kurniakan, sanggup pula manusia mensia-siakan. Apapun Allah sebaik-baik yang memberi balasan.

Saidina Umar al Khattab pernah meluahkan ' Perhitungkanlah(hisablah) dirimu sebelum kamu dihitung(dihisab) oleh Allah (pada hari kiamat)'.

Betapa banyak menikmati rezeki pemberianNYA namun ramai yang tidak berterima kasih malah sedikit sekali yang bersyukur kepadaNYA.

"Dan ingatlah juga, tatkala Tuhanmu memaklumkan; Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambahkan (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKU), maka sesungguhnya azabKU sangat pedih" (Surah Ibrahim: 7)

Kadang kala kita terlupa nikmat Allah yang dianugerahkan khususnya pada Muslim

a) Nikmat untuk kelangsungan hidup di dunia seperti makanan, minuman, pandangan,kekayaan, keamanan, kesihatan,umur dan nikmat berkasih sayang
b) Nikmat yang paling mahal dan tinggi nilainya; nikmat iman dan Islam kerana ia bukan setakat untuk di dunia tetapi berterusan sampai ke hari akhirat.

Lantas bagaimana memastikan diri daripada kalangan orang yang bersyukur dengan segala nikmat yang diterima daripada Allah?

Menurut Imam al Junaid, 'Syukur ialah seseorang yang tidak menggunakan nikmat Allah untuk melakukan maksiat kepadaNYA'. Yakni , menggunakan segala nikmatNYA untuk melakukan ketaatan kepadaNYA dan memanfaatkan ke arah kebajikan bukan ke arah kejahatan.
Ingat, Allah tak sesekali rugi jika kita tak mentaatiNYA dan tidak pula sedikitpun untung. Tetapi kita lah yang sebenarnya termasuk dalam golongon yang rugi jika tidak mahu bersyukur dan mentaatiNYA.

O Allah, I'm grateful to YOU.

Thursday, March 04, 2010

Lullaby

For the way you changed my plans
For being the perfect distraction
For the way you took the idea that I have
Of everything that I wanted to have
And made me see there was something missing

For the ending of my first begin
And for the rare and unexpected friend
For the way you're something that I never choose
But at the same time something I don't wanna lose
And never wanna be without ever again

You're the best thing
I Never Knew I Needed
So when you were here I had no idea
You're the best thing I never knew I needed
So now it's so clear I need you here always

My accidental happily
The way you smile ever after
and how you comfort me with your laughter
I must admit you were not a part of my book
But now if you open it up and take a look
You're the beginning and the end of every chapter ...

~since this evening seem so looong, so layankan aje lirik lagu kat atas. Specially dedicated pada cik Pips, yang tengah bertungkus lumus dengan kertas exam. Alhamdulillah, nasib baik kerja saya just confined to office hours. Takde maknanya, nak bawa patient balik rumah sambung tx kat rumah. Haha..So, jadilah dentist ye. Pening-pening lalat pun sekejap aje, itupun waktu belajar.

Bagus pagi tadi, semua assistant dapat tazkirah dari saya termasuklah yang non muslim. Berus semua..kitaorang bincang pasal tindik telinga, pakai rantai emas dan rokok bagi orang lelaki. Amazing a female surrounded by 3 males. Whoaa..nasib baik dua dah kawin, sorang lagi sama baya dengan adik. Awal-awal cuak juga,tapi dah lama-lama aih..dah jadi satu kepala. Tapi saya surrender kalau bab dunia lelaki. Entah apa-apa jelah topik diorang. Layankan korang.

Dulu-dulu pun masa darjah 3 dan 5, tak tahulah kenapa saya kena letak dalam group boys. Ini tidak adil cikgu, puas saya merayu tapi still kena berdepan kerenah budak nakal. Nasib baik tak bertukar jadi Satria Baja Hitam ataupun Leonardo Di Caprio..erk..Leonardo dalam Ninja Turtles tu. Tapi tak mengapa, abang saya kan prefect. Mana berani diorang nak buli adik Meor. ..

Oklah, dah nak balik pun. Sambung zzz...dan mengemas dapur petang dan malam ni. Minggu depan dah nak balik so better saya simpan siap-siap. I don't like procrastination...(^_^)

Nampaknya cuaca mempengaruhi saya. Mujurlah minggu melesukan bakal ke penghujungnya. InsyaAllah harapnya minggu seterusnya tak lah seteruk seperti ini. ' I feel like a ......' (fill in the blank) a clown? a banana? a Hadirah? HooH.
Pagi ke sekolah,aduhai..budak-budak sekarang banyak yang kurang dari yang lebih. Kesian mak ayah diorang, hantar anak sekolah pun makin menjadi-jadi perangai 'hantu'nya. Nasib baik, ada cikgu disiplin yang datang denda diorang.
'Dr lembut sangat dengan diorang, sebab tuh naik kepala. Kalau doktor yang dulu, memang tak bagi muka langsung'
Senyum sajalah. Kalau saya orang local memang suka hati je nak buat apa, tapi saya hanyalah orang luar. Sigh..
Sudah dua petang lepas;
'Oit, awak buat apa ni ha?' saje je jerkah
Suka hati je buka pintu kereta saya.
'Sila Dr, silakan masuk'
Amboi. Ingat saya VIP ke nak kena tolong buka pintu.
Dan semalam ;
Masa nak keluar pintu depan klinik, saya nampak ada satu belon biru. Lepas nampak pulak motor staf kat tepi tuh.
Baru je ingat nak ikat belon belakang motor dia..tup-tup.
'Dr buat apa tuh?'
'Haa...takde apa-apa. Saje je' tak sempat nak menjalankan misi.
..'Shidddd..!' ada orang nak buat khianat nih.
Cepat-cepat saya drive lari. Selamatkan diri...
p/s:

Wednesday, March 03, 2010

Pelabuhan

Kenapa tak pernah kau tambatkan.
perahumu di satu dermaga?
Padahal kulihat, bukan hanya satu.
pelabuhan tenang yang mau menerima.
kehadiran kapalmu!
Kalau dulu memang pernah ada.
satu pelabuhan kecil, yang kemudian.
harus kau lupakan,
mengapa tak kau cari pelabuhan lain,
yang akan memberikan rasa damai yang lebih?
Seandainya kau mau,
buka tirai di sanubarimu, dan kau akan tahu,
pelabuhan mana yang ingin kau singgahi untuk selamanya,
hingga pelabuhan itu jadi rumahmu,
rumah dan pelabuhan hatimu.

( Judul Puisi ” Pelabuhan ” karya Tyas Tatanka, kumpulan puisi 7 )

Perempuan itu berujar, ” Biarkan cinta itu bermuara dengan sendirinya… di saat yang tepat… dengan seseorang yang tepat…. dan pilihan yang tepat……hanya dari Allah Swt. disaat dihalalkannya dua manusia untuk bersatu dalam ikatatan pernikahan yang barokah..”

Tuesday, March 02, 2010

Gigi Oh Gigi


Ini adalah antara ratusan batang gigi yang digodek dengan jayanya. Alhamdulillah. Sebut saja, yang ankylosed (fused with the bone), yang curve bagai mak nenek dan yang panjang bak pembaris semua ada. Sepanjang bekerja, gigi taring belah atas (canine) lah paling sukar nak di'extract'. Jalan mudah, kadang kala kena agresif sikit dengan memecahkan buccal cortical bone dan buccal-palatal movement. Nak buat ini, memerlukan daya confident level yang tinggi. Kalau tak yakin, janganlah ambil risiko ye.

Monday, March 01, 2010

Smile !(^_^)

Hari yang mengantuk!

Alhamdulillah, sungguhpun awal tiba pagi ni. Mata tetap layu. Aduhai, tak bersemangat nak bekerja. Inhale and exhale.

Sekarang pun masih mengantuk. Sah-sah balik kerja, saya hanya nampak katil dengan tilam yang empuk saja. Surgical removal impacted 8, agak tempang sikit hari ni memandangkan saya tak dapat keluarkan akarnya. Reason behind, possibility kena nerve tinggi kalau saya 'godek-godek' lagi. Akhirnya terpaksa tunggu sajalah. Kalau Simunjan dekat dengan pakar, dah lama saya refer. Tapi kita kena nilai dari segenap segi ~ holistic approach. Patient kerja apa? Duduk jauh ke? Kalau nak refer, dia ada transport dan duit ke tak? Semua tuh kena ambik kira. Agak selfish bagi saya kalau straight away suruh dia ke klinik pakar terus tanpa mengambil kira semua faktor. So nak tak nak, buat sedaya mungkin.

Tapi yang mengharukan, patient tetap ucap terima kasih dan siap tabik kat saya. Haha...saya tabik spring balik kat dia. Dr oh Dr! Saya bukannya Kapt Dr...

Kesian Hadirah, boleh terlupa bawa baby doll ye. Alih-alih dia ambik handbag mak, buat macam doll. Maka bermula lah projek, pakai baju, seluar, nappy dan sesi makan-makan pada handbag mak tuh. Tergelak-gelak saya dengar mak cerita. Aduhai, anak menakanku ini ada-ada saja nak dibuatnya. O..makan aiskrim, tak ajak achik ye.

A craving week for me. Entahlah semua benda nak makan. Ice cream, chocolate, waffles..name it. Yang cariogenic tuh bagi kat saya...