Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Tuesday, June 30, 2009

Tuesday? Feeling Or Dreaming

What significant of this Tuesday?

A lot, sir.

I've open another an unneeded bank account and also an application for credit card (the officer alert about my salary! Duh) though I had debit card. Actually the main purpose of my visit only to replace a new ATM card but it turn otherwise. OMG, I already have total 4 saving accounts! Need to distribute equally or close one of them. The credit card? Hmm..let me think over, maybe I just pass it over to my dad~for travelling purpose. I don't mind to pay for them anyway. Part of my contribution.

Are you feeling well today?

Umph..nope. I got flu and my throat itchy. Someone make joke it was H1N1. It's not funny occay. You scare everyone. I felt guilty after that.

So, may I know what you want to do now?

Rest, a lot. No more thinking. And foremost, being far and away.

...another significant? hehe, let it be my secreto. Ngee...

Monday, June 29, 2009

Me and My HeaRt

'Eh Fizah tak nak keluar makan ke?'
'Hmm...malas lah nak keluar,tak larat.' (tak biasa)

Enak sungguh duduk di rumah sambil tengok tv. Saya lebih selesa terperap dalam rumah dari keluar waktu malam. Seperti mana saya tak biasa keluar masa kt USM melainkan untuk majlis ilmu dan kerja amal, saya tak nak membiasakan diri dengan tabiat itu. Sama jualah ke pawagam, sekali yang dulu sudah cukup biarpun sekadar cerita lucu dan kanak-kanak, hati saya tak dapat terima. Gelap seketika. Orang wara' akan meninggalkan perkara yang syubhat. Pesan untuk diri saya.

Sekarang bulan Rejab, tapi saya masih tak cuba nak berpuasa sunat. Ubat masih perlu dihabiskan. InsyaAllah, moga dikuatkan agar dapat beramal. Biarpun sedikit tapi berterusan.

Sunday, June 28, 2009

Every Other Time


Things on my Way;
a) Misplaced usb stick's cap~ tiny things rarely catch my eyes
b) Booking another ticket for Raya~ too much headaches since then
c) Sorethroat~ still not resolve apart from being not compliant to prescription
d) Bills and bill then more bills
e)My earphone finally bid an adieu

Friday, June 26, 2009

Awak Sahabat Saya

'Awak sahabat saya dunia akhirat'
'InsyaAllah awak pun sama'
'Saya takut satu saat awak terleka dan saya tak mampu nak tegur menyebabkan selamanya awak terlalai. Takutnya saya kalau tak dapat nak tunaikan hak seorang sahabat kepada sahabatnya'
'Hmm..kalau macam tu tegurlah saya biarpun menyakitkan hati saya dan saya mungkin nekad memutuskan tali persahabatan ni'
'Habis tu, hilanglah seorang lagi sahabat saya'
'Hilang di dunia tak mengapa, jangan di akhirat kita jadi musuh. Lagipun kalau saya betul-betul faham mengapa pula saya nak putuskan persahabatan ni. Malah saya berterima kasih kalau ada sahabat yang mahu menegur'

..p/s: saya rindukan semua sahabat2 dunia akhirat!

Tuesday, June 23, 2009

Hapuskan Hitam mu

Andai mata tak dapat mentafsir warna-warna dalam dunia, mungkin yang ada hanya hitam, putih dan kelabu. Begitu juga hati seorang hamba, sama ada hanya hitam bertampuk atau putih menyinar.

Alhamdulillah, saya benar-benar bersyukur dapat istiqamah dengan amalan-amalan sunat sehingga kini biarpun godaan syaitan membisik dan nafsu yang menarik di sekeliling. Harapan saya moga inilah yang dapat menemukan saya dengan Rabb yang dirindui. Oh, terasa addicted bila berdekatanNYA. Indahnya tak terbayang. Antara saya dan DIA. Sukar nak mendapatinya, sukar pula mengekalkannya.

Saya bukanlah manusia yang serba sempurna, dalam diri saya masih punya sifat mazmumah yang menapak. Bermujahadah melawannya, tapi kerap pula tersungkur. Cuma saya berdoa, biarpun tak semua dapat saya hapuskan sekurangnya ia tak menakluki hati saya yang kecil ini.

Saya mahu mengajak semua ke arah kebaikan bahkan mengharapkan orang lain menjadi lebih baik dari saya. Ini mungkin kebahagiaan buat saya. Memberi lebih dari menerima. Saya mahu menjadi matang dan dewasa dalam menghadapi kehidupan akan datang dan sekarang. Yang lepas jadikan kayu pengukur, yang buruk-buruk itu usah dikenang bahkan beranjak kepada yang lebih baik semampunya. Itulah yang membuat saya mahu menghadapi hari yang mendatang dengan lebih sempurna dari semalam.

Saya tak mahu emosi dan kemarahan menguasai diri dan saya tak mahu membuat kesimpulan sebelum menilai. Saya mahu belajar berdikari dan berharap pada sesuatu yang Allah takdirkan pada saya. Qanaah+Redha+Wasatiah…

p/s: tiba2 entri ni jadi macam tulisan orang dewasa..ya, saya bergerak selari dengan umur 25 tahun. Tak eloklah asyik merengek macam kanak-kanak, emosi tak tentu pasal. Allah dah bagi akal pada manusia untuk berfikir; nak emo sekalipun pandai-pandailah imbangkan dengan akal. Jangan cepat melatah~pesanan untuk diri sendiri

Sunday, June 21, 2009

Brilliant Legacy



'Achik, tengok Hadirah ni".

'Hadirah sayang buat apa tuh?' . Tergeliat jarinya mahu dibuat sign peace. Budak ni memang ada-ada je. Oh dia memang salah satu bintang dalam hati saya. Tengok gelagat dia saja, hilang sudah rasa sedih, penat dan putus asa.Hadirah, achik sayang+rindu kamu.

Kosong. Fikiran saya dah buntu~ mcm Ubuntu pulak.

Petang ni saya membawa diri sambil lawatan ke bank-bank. Wajib untuk saya mewakafkan harta untuk perkara kebaikan. Alhamdulillah, biar rasa berat tapi ia harus dilawan. Window shopping sambil observe orang, memang terapi buat saya.

p/s: mimpi oh mimpi.

Friday, June 19, 2009

Show me One Star

Your pain is the breaking of the shell that encloses your understanding -Kahlil Gibran
Oh bintang-bintang di dada langit
Cuba tunjukkan mana satu bintang hatiku
Biar ku lihat cahaya berkerlipan
Bakal menerangi hari-hari dalam hidupku
Bintang hatiku
Sayup benar kau di sana
Tak sudikah kau berikan sedikit cahaya
Buat penyuluh pada hati
Agar tenang dan lapanglah ia
...p/s: manalah bintang hatiku.

Collapse

The tribe already spoken!
What a dull and too much rest in Kota Samarahan MDC(main dental clinic). The hectic schedule only when involve OPD (outpatient dept) every Monday and Thursday, the rest I should say that I'm happily lying my head on the desk and zzz...

OPD time like me doing 30 lapses of running around K.Samarahan biggest roundabout.My hand, wrist, fingers cramped and numb.If 40 came, 35 of them requested for extraction but not only one tooth usually multiple. Up to 4 teeth one time! Imagine non stop bleeding.

This evening, I dunno how to describe.Restless,numbness, malasses(penambahan di situ). I accept it with 3/4 and 1/4 still unsatisfied. My next district posting? Let it be. I don't want to talk about it until the time is coming. But my head already full with plans.In the mean time, just seize the moment at K.Samarahan until the so-called 'Prince Charming' take me away.

Tomorrow, I've a lot things to settle down. Banks and ticket bookings. Buying some stuffs~ a fan. Scorching hot here.

Till then, tata titi tutu

Wednesday, June 17, 2009

Ketulusan Hati...

Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Ya Allah ridhoi ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Ya Allah

Ya Allah ridhoi ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

p/s: ni OST Aqso & Madina..

Me and My Heart



Semakin dekat hari itu, semakin gelisah dan resah hati.
Bukan tak percaya pada takdir, tapi manusia biasa akan ada rasa ragunya
Pujuklah hati andai ada kebaikan disebaliknya, maka bersyukurlah
Jika tidak sekalipun, tetaplah bersyukur kerana ada lagi yang lebih dhoif darinya...

Monday, June 15, 2009

Flight Out



'Gotcha! Found you'
I guess some of you already recognize this lil cheeky girl behind the curtain. Quite brilliant lately. I don't have any idea from whom she imitate and copy all the behaviour+speaking manner. Macam orang tua lagaknya. 'Hadirah, behave!'

Finally, I safely arrived in Kuching although 20 minutes delayed. My stomach aching and bloating during the arrival. Thank goodness. Still, my heart fluttering and fill in so much undefined emotions (like cancer at late stage ~undefined margin). Oh, some issues going on.Somebody please mend my heart!

'Tak nak beli ke gelang berlian satu'
'Hmm...nak buat apa, yang ada tu pun tak pakai selalu pun'
'Yang ni pakai untuk raya tahun ni'
'Ala mak, Fizah nak cincin. Mana aci Pips je yang ada'
'Yang tuh kena tunggu orang bagi'

Adui, menyesal sungguh bila mengomel bab benda ni. Last-last saya yang terkena. Oklah gelang berlian satu. Pakai untuk raya tahun ni, biar meriah sikit. Nanti saya cari kat Habib ke Poh Kong ke. Habis cerita.

Sejak akhir-akhir ni saya tengok ramai cabin crew yang baru. Macam-macam gaya diorang, menyumbang kepada kelambatan pelepasan flight. Takpe, biasalah budak baru belajar macam saya. Ada yang terkial2 masa check ticket, ada yang tersasul tergagap masa bagi anouncement. Ada seorang steward tuh memang saya duk peratikan dia, awkward semacam pulak. Sebenarnya muka dia tuh agak serupa dengan one of Chinese model. Dia cuak kot dgn observation saya kali ni.

Oklah, sambung cite lain kali.

p/s: apalah syndrome yang melanda saya ni?

Saturday, June 13, 2009

Alangkah Indahnya


'Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik' (Surah Al Ankabut (29:69)
'Alangkah indahnya hidup ini, hidup bersama Ilahi...'
Saya tahu kadangkala saya seperti lalang. Selalu saja mengikut arus angin. Kala angin bertiup ke kanan, ke kanan jualah saya miring. Jika ke kiri, ke kiri lah saya melentok ikut sama. Lemah sungguh iman saya ini. Niatnya lain, amal dan ucapannya lain.
Cuba istiqamah, tapi hanya sekejap cuma. Gerutu hati saya, apa ini tandanya maksiat kukuh menapak dalam hati? Manusia seorang yang pelupa, seorang pelupa perlu diingatkan.
'Dan apabila kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui' (Surah Al A'raf(7:20)
Oh ya, baru ada kesempatan untuk saya sisipkan bingkisan hadiah yang tak seberapa untuk kekanda saya yang bakal menyempurnakan separuh dari agamanya tak lama lagi. Rugi benar kalau dalam mempersiapkan material, ruhani dan ilmu diabaikan. Maka saya titipkan 'Bunga Kebahagiaan' karya T.G Nik Abdul Aziz dan Hasmariza Md Hashim . Bukunya ringkas tapi padat.
Pada kekanda tercinta, doaku untukmu jadilah lelaki yang soleh, lembut terhadap isterinya dan penyayang pada anaknya;
'Seorang lelaki yang muslim yang beriman, seorang mukmin, bersih daripada segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal bukan daripada sumber yang haram. Dia juga sentiasa berusaha menjauhkan dirinya daripada perkara-perkara yang mendorongnya ke arah maksiat dan menariknya ke jurang neraka yang amat dalam. Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah S.W.T dan RasulNYA walau di mana sahaja mereka berada dan pada bila-bila masa sahaja....' Bunga Kebahagiaan

Friday, June 12, 2009

Jangan Bilang Tidak...


Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, alergik saya berkurangan cuma tinggal kesan sampingan yang menakutkan saya bila tengok. Habis berparut tangan macam tangan elderly. Siap dermatologist takutkan saya dengan bagitau maybe scars ni ambik masa 2 tahun nak hilang. InsyaAllah saya gunakan segala ubat-ubatan, minyak, losyen dan apa-apa jelah untuk hilangkan. Tapi sekarang pun scars dah surut nampaknya. Grateful to Allah. Ingatkan kena tunda majlis tahun depan(huhu..berangan buat 100th times).
Saya tahu semua sahabat di Kuching cuak untuk menanti next district posting. Saya? Entahlah macam mana nak potray. Nak mintak area Kuching, ada sorang dua sahabat yang begitu nak sangat tempat di situ. Takkan lah nak sampai berebut-rebut kot. Bagi saya asalkan senang ada kemudahan, selamat, aman damai, dekat airport insyaAllah itu yang terbaik. Solat sunat dan doa saja perantara saya dengan Allah agar diberikan tempat yang terbaik. InsyaAllah.

Thursday, June 11, 2009

A Jab

Usually I injected people, but yesterday another story. I got a jab!
I admit that I quite scare about this injection thing. Before this I happily injected people before got their teeth extracted.

Now happily spending for some stuffs

Wednesday, June 10, 2009

Last Flight Out

See how happy is Snoppy?
This is how my face now..(giggle). Home Sweet Home~ best remedy of all.
Few construction works is going on. My home look quite different now. Yeay!
Half day wasted in airport. A price to pay.

Monday, June 08, 2009


What Oxygen is to the lungs, such is hope to the meaning of life.” - Emil Brunner -

Saturday, June 06, 2009

My Last Word

Finally. Eventually. Frankly..
So much'ly'..I made up my mind
I'm flying back to home next week....yuhuuu...InsyaAllah+Alhamdulillah

Wrap up Session

Wahai orang-orang yang tersesat, kembalilah ke pangkal jalan....

SUBHANALLAH..indahnya alam ciptaan Allah, cuma kita je yg tak endah




inilah tapak tempat manusia mula-mula mendarat..ada tapak kaki kami kat ctu.

lompat sblm pulang..action je


Jom pulang...letih daa




before escaping from the duty..hee





start now..haha posing dulu.




ok,siap siaga~latihan kecergasan hari ini..





rehat sebentar ....



Seplastik pisang goreng yang menyelamatkan ...pjg citenya




perahu ni mmg xsafe langsung..tp alang-alang dah nak sampai



hari-hari pertama di negeri orang...banyak pahitnya tapi pengakhirannya amat manis

Friday, June 05, 2009

I JUST WANNA GO HOME..

Sudah lama tak merasa nikmatnya sebuah kesihatan. Benarlah sabda Rasulullah s.a.w : Dua nikmat yang manusia banyak tertipu padanya iaitu kesihatan dan waktu kosong .(HR Bukhari dan Muslim). Betapa tidak enaknya badan, betapa naik turunnya emosi, betapa tak bersemangat menghadapi hari mendatang. Tanpa ada tempat mahu bermanja, melepaskan segala kesusahan dan kelelahan melainkan padaNYA. Kalau diikutkan nafsu dan emosi barangkali memang saya akan jadi pemarah sepanjang minggu lepas tapi di sinilah iman dan amal berfungsi. Belajar mengendalikan diri dari pengalaman dan pemerhatian. Hati banyak memujuk, barangkali kafarah dosa yang menghitam.

‘Bersabarlah dan rasa mulialah bersama Islam.Apatah lagi kamu berusaha mengembalikan maruah umat ini.Ingatlah , janganlah sesekali kamu melatah apabila berhadapan dengan situasi-situasi yang tertekan.Ingatlah, orang yang perkasa bukanlah di kalangan mereka yang handal bersilat, tetapi mereka yang perkasa adalah mereka yang dapat mengawal diri apabila marah ~Imam Hasan Al Banna.

Langkah saya semakin laju kebelakangan. Alhamdulillah moga perkara baik-baik saja menanti dihadapan. Masa yang kosong takkan dibazirkan begitu saja, masa muda hanya datang sekali dan akan berlalu begitu saja andai tidak dimanfaatkan. Saya merancang dan Allah jua yang menentukan.

Another aeroplane

Another sunny place

I look it I know

But I wanna go home

I ‘ve got to go home

Let me go home…

I wanna come home

Lagi lebih 3 bulan sebelum kami semua di distribute untuk berkhidmat di daerah sekitar Sarawak. Cuak juga bila memikirkan, cuma saya harap apa pun tempat yang saya dapat itulah yang terbaik buat saya dan keluarga. Oh ya, lagu di atas saya tujukan kepada Dr Ling our TPKNG. Mana lah tau dia tahu yang saya ni betul-betul mahu pulang tup-tup dia hantar terus balik Pasir Puteh, Kelantan (yup, kpd en silent reader yang bernama Abdul Rahim~ pembetulan di sini…bukan Tanah Puteh ye!). Setiap tempat ada baik buruknya, tapi tempat tumpah darah kita itu jua tetap terbaik dalam hati.

Apa lagi ye saya nak cerita? Satu je, saya rindukan sahabat-sahabat saya nun di sana. Jauh di mata, tetapi kalian paling dekat dalam hati. Malam sendirian, wajah kalian jua menemani di antara bintang timur paling cerah di balik gelap gelita sang langit. Sudah lama juga saya tak merenung bintang sumber ketenangan saya. Dalam banyak-banyak bintang yang saya renung mesti akan ada satu yang melekat di hati. Dan pada bintang itu jugalah saya banyak berpesan pada diri sendiri~betapa bertuahnya saya menjadi diri saya sendiri kini. Alhamdulillah. Maka di sini saya ada satu puisi tentang bintang buat diri saya sendiri . Aduh, melankolik pula saya. Oklah selamat menikmati sambil merenung ke bintang(teringat zaman belajar kat USM dulu, sambil surf internet buka tingkap luas-luas dan pandang bintang-bintang bertaburan di dada langit. Oh, rindunya)

Duhai bintang-bintang sekalian

Cerah kerlipan cahaya mu menerangi

Malam kelam ku

Maka dengarkanlah dari ku

Senandung dari pencinta bintang yang dhaif

Sungguh bait-bait ini pincang iramanya

Tapi ia tanda tulusnya aku mengatakannya

Jika aku di antara kalian

Sudikah kiranya kalian menyimbah sedikit cahaya buatku?

Cahaya ku malap hanya menunggu masa ia terpadam

Sudah takdirku

Hidup segan mati tak mahu

Tapi bukanlah aku menyerah saja

Tuhan berikan kudrat

Untuk aku berusaha mengumpul kekuatan

Biar beribu kali jatuh, beratus kali terngadah

Biar kadang kala semangat ku dilindung awan lalu

Aku yakin, kalian di sisi

Menghulur sejalur cahaya

Menerangi malam-malam tanpa bulan

……sahabat-sahabatku, kalianlah bintang hatiku dulu, kini dan selamanya..

p/s: currently, saya tengah berhempas pulas menghabiskan buku ‘ Anakku Hebat, Anakku Soleh’ almaklumlah buku fiction cepat je saya habiskan sbb tak perlu digest dan ingat tapi buku-buku ilmu ni kenalah pakai memory lebih sikit. Ada orang tertanya barangkali kenapa buku ini? Jawapan saya agak panjang~ yang pertamanya saya telah failed jadi anak yang soleh pada mak ayah maka saya nak tebus balik. Banyak betul dosa saya pada mereka, tak terhapus rasanya. Keduanya disebabkan saya tak nak anak-anak saya akan datang jadi macam saya maka sepatutnya saya buat research and development agar mereka jadi lebih baik dari saya. Ketiga, kalau saya mengharapkan suami saya(buat masa ni sila baca : bakal suami) yang terbaik maka saya patut jadi lebih baik dari dia. Keempat, ilmu saya makin lama makin banyak yang hilang dari kotak memori so kena top up balik. Kelima, saya nak jadi anak+ isteri+ibu yang solehah, penyejuk hati keluarga. Keenam , sebagai ibadah dan lepas ni saya boleh kongsikan dengan semua serba sedikit. Ketujuh, besar harapan saya~ balighu anni walau ayat…wallahua’lam.