Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Tuesday, June 23, 2009

Hapuskan Hitam mu

Andai mata tak dapat mentafsir warna-warna dalam dunia, mungkin yang ada hanya hitam, putih dan kelabu. Begitu juga hati seorang hamba, sama ada hanya hitam bertampuk atau putih menyinar.

Alhamdulillah, saya benar-benar bersyukur dapat istiqamah dengan amalan-amalan sunat sehingga kini biarpun godaan syaitan membisik dan nafsu yang menarik di sekeliling. Harapan saya moga inilah yang dapat menemukan saya dengan Rabb yang dirindui. Oh, terasa addicted bila berdekatanNYA. Indahnya tak terbayang. Antara saya dan DIA. Sukar nak mendapatinya, sukar pula mengekalkannya.

Saya bukanlah manusia yang serba sempurna, dalam diri saya masih punya sifat mazmumah yang menapak. Bermujahadah melawannya, tapi kerap pula tersungkur. Cuma saya berdoa, biarpun tak semua dapat saya hapuskan sekurangnya ia tak menakluki hati saya yang kecil ini.

Saya mahu mengajak semua ke arah kebaikan bahkan mengharapkan orang lain menjadi lebih baik dari saya. Ini mungkin kebahagiaan buat saya. Memberi lebih dari menerima. Saya mahu menjadi matang dan dewasa dalam menghadapi kehidupan akan datang dan sekarang. Yang lepas jadikan kayu pengukur, yang buruk-buruk itu usah dikenang bahkan beranjak kepada yang lebih baik semampunya. Itulah yang membuat saya mahu menghadapi hari yang mendatang dengan lebih sempurna dari semalam.

Saya tak mahu emosi dan kemarahan menguasai diri dan saya tak mahu membuat kesimpulan sebelum menilai. Saya mahu belajar berdikari dan berharap pada sesuatu yang Allah takdirkan pada saya. Qanaah+Redha+Wasatiah…

p/s: tiba2 entri ni jadi macam tulisan orang dewasa..ya, saya bergerak selari dengan umur 25 tahun. Tak eloklah asyik merengek macam kanak-kanak, emosi tak tentu pasal. Allah dah bagi akal pada manusia untuk berfikir; nak emo sekalipun pandai-pandailah imbangkan dengan akal. Jangan cepat melatah~pesanan untuk diri sendiri

0 Comments:

Post a Comment

<< Home