Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, June 13, 2009

Alangkah Indahnya


'Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik' (Surah Al Ankabut (29:69)
'Alangkah indahnya hidup ini, hidup bersama Ilahi...'
Saya tahu kadangkala saya seperti lalang. Selalu saja mengikut arus angin. Kala angin bertiup ke kanan, ke kanan jualah saya miring. Jika ke kiri, ke kiri lah saya melentok ikut sama. Lemah sungguh iman saya ini. Niatnya lain, amal dan ucapannya lain.
Cuba istiqamah, tapi hanya sekejap cuma. Gerutu hati saya, apa ini tandanya maksiat kukuh menapak dalam hati? Manusia seorang yang pelupa, seorang pelupa perlu diingatkan.
'Dan apabila kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui' (Surah Al A'raf(7:20)
Oh ya, baru ada kesempatan untuk saya sisipkan bingkisan hadiah yang tak seberapa untuk kekanda saya yang bakal menyempurnakan separuh dari agamanya tak lama lagi. Rugi benar kalau dalam mempersiapkan material, ruhani dan ilmu diabaikan. Maka saya titipkan 'Bunga Kebahagiaan' karya T.G Nik Abdul Aziz dan Hasmariza Md Hashim . Bukunya ringkas tapi padat.
Pada kekanda tercinta, doaku untukmu jadilah lelaki yang soleh, lembut terhadap isterinya dan penyayang pada anaknya;
'Seorang lelaki yang muslim yang beriman, seorang mukmin, bersih daripada segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal bukan daripada sumber yang haram. Dia juga sentiasa berusaha menjauhkan dirinya daripada perkara-perkara yang mendorongnya ke arah maksiat dan menariknya ke jurang neraka yang amat dalam. Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah S.W.T dan RasulNYA walau di mana sahaja mereka berada dan pada bila-bila masa sahaja....' Bunga Kebahagiaan

0 Comments:

Post a Comment

<< Home