Wednesday, July 30, 2008
Tuesday, July 29, 2008
Dan Daun Daun Pun Berguguran
Sunday, July 27, 2008
..Mujahid sufi Hamzah Fansuri - Syair Perahu
Inilah gerangan suatu madah
Wahai muda kenali dirimu,
Hai muda arif-budiman,
Perteguh jua alat perahumu,
Friday, July 25, 2008
Sometimes, Lets Look At The Sky
Lepas tu, dia akan kacau saya dgn memaksa untuk tengok dia and the band jamming kat studio. Phew..another Dr House ke yang talented dlm main alat2 muzik ini. Mak ayah pun tkejut, manalah pulak gen seniman masuk dlm badan dia. He can play drum and guitar?? Jangan dikebelakangkan agama itu paling penting.Oh ye Fahmi, nanti K.fizah kawin nak tempah band awak main lagu nasyid atau lagu puisi. Boleh ka? Jangan rosakkan majlis sudahlah. Sudah, sudah. Jangan sentuh bab-bab kawin ni.Sensitif tul.
Wednesday, July 23, 2008
1.Wajah yang berseri
2.Tutur kata yang bersopan santun
3.Hati yang bertaqwa kepada Allah
4.Tangan yang dermawan.
Empat perkara bagi penghuni neraka:
1.Muka yang muram
2.Tutur kata yang keji
3.Hati keras yang ingkar
4.Tangan yang kedekut
"Sendi tegaknya dunia adalah disebabkan empat perkara:
1.Dengan ilmu para ulama'
2.Dengan keadilan orang yang memerintah
3.Dengan orang kaya yang dermawan
4.Dengan doanya orang fakir
Dental Extraction
Post extraction instruction ~Do and Don'ts
Bite the gauze firmly and change after 20-30 minutes
Do not disturb the socket
Do not smoke
Do not gurgle within 24 hrs
Do not suck with straw (exert negative pressure-socket rebleed)
Eat soft, cold diet (avoid hard and hot- blood vessel dilate)
Do not involve in extreme activities and playing
If still rebleed profusely after 24 hrs and provided you already taken all the precaution, immediately go to the dentist
p/s : happy learning.bye.bye...(in silent mode again)
Tuesday, July 22, 2008
Friday, July 18, 2008
Cerita Malaikat
Apabila roh Nabi Adam a.s dimasukkan sampai ke hidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.Ketika itu Allah ajarkan mengucap 'Alhamdulillah'. Itulah ucapan Adam pertama kali ke hadrat Allah. Lalu Allah berkata : 'Yarhamkumullah' yang bererti :'Semoga engkau diberi rahmat Allah'.
Oleh kerana itu, jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap 'Alhamdulillah' dan orang yang mendengarnya sunat mengucap ' Yarhamkumullah'.
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun.Padahal sebahagian badannya ke bawah masih menjadi tanah yang keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud : 'Dan adalah manusia itu,suka tergesa-gesa' ( Al Isra' : 11)
Ketika Adam masih berada di syurga sangat baik sekali kulitnya.Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini.Kerana setelah Adam diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanya pada warna kuku manusia. Hal ini dapat dilihat meskipun orang kulitnya hitam tapi warna kukunya adalah sama iaitu putih kemerahan.
Menurut riwayat mengatakan Adam diarak oleh malaikat selama lebih kurang 100 tahun.Setelah itu barulah Adam dibawa ke syurga iaitu tempat mula-mula dijadikan.
Kemudian datanglah Jibril membawa seekor kuda dari syurga yang bewarna hijau muda serta bersayap.Baunya sangat harum serta dapat berkata-kata seperti manusia.Di belakang kuda itu terdapat tempat duduk yang selesa.Jibril memegang tali pemacu.Mikail duduk disebelah kanan Adam manakala Israfil pula duduk di sebelah kirinya.
Diceritakan di mana saja Adam pergi dia selalu mengucapkan 'Assalamualaikum' yang mana dijawab oleh setiap para malaikat dengan 'Waalaikumusalam'.
**********************************************
"Wahai jiwa-jiwa yang damai, kembalilah kepada Tuhanmu dengan penuh redha dan diredhai; maka masuklah dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKU" (Al Fajr: 29-30)
Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda : "Seseorang yang ahli di dalam Al Quran akan berada di kalangan malaikat-malaikat yang mana mereka itu adalah jurutulis mulia dan lurus, dan seseorang yang tidak lancar dan tersekat-sekat di dalam membaca Al Quran dan terpaksa bertungkus lumus mempelajarinya, akan mendapat dua kali ganda ganjarannya"
"Seseorang yang ahli di dalam Al Quran" bermakna seseorang yang cekap menghafal dan juga membacanya.Adalah lebih terpuji jika seseorang itu menguasai maknanya dan juga maksudnya.
Tuesday, July 15, 2008
News from Home
Terrified?Confused?Nuts? Everything mixed up! Thank goodness, I'll be reporting on Aug 1st not in the middle of this month. Otherwise, I'm totally screwed it up. What kind of DO (dental officer) if I'm keep forgetting the facts and the dose regimens? Well, to be true it's very annoying when people keep asking when and where I'll be working. Ok..ok, after a month I register I'll be announce it. So don't keep your head up into my bucket(haha.. idiom isn't it).
Last Wednesday,been in USMkk gived me a creep. Why? Secreto! Love and happy were the best words to potray it. Happy to see my friends, a bunch of kiddos(hu..juniors), doctors and staffs in clinic. Dr Bo @ Akbar has been seconded ('dipinjamkan) to UIA for 2 years, after that he'll be in USM again, a new periodontist is going to be register by this year. Another news, our friends dah ada 2 assistant baru dari army~just to gain knowledge n experience.The hot news is a handsome guy~who help Sah and others(that girls had intention to flirt him..ish..ish).They kept calling us ..'Dr..Dr'.
Including en Hafiz the DSA(dental surgeon assistant).A guy full with tricks, jokes that make you annoyed. Somehow, he's friendly.Haha..i can recall his face how he's freaking out and scare to bring glucose and cup of water to Dr Z's patient until I volunteered to help him out. Poor him. He even threatened us to call upon his friends (also DSA) all over the north to bullying us, dear friends! Watch out! Anyway, at least there were some Kelantaneses out there to keep accompany bila dah letih cakap luar~kena kecek kelate jugak kan? So, be proud to be Kelantanese!
Yup, so sad to leave USMkk anyway. The happiness ,sadness, loss, a moment to cherish and so on..Haha,keep repeating the same statement. My bro soon will fly again; had to 'prescribe' him with a list of things to buy brfore he come back again for Hari Raya. Kain+kain+kain+brg2 hiasan..hoho.Fortunetly, I saved a lot during studying. So why worry?Still have to save. Save for your future, since we don't know what future brings about. Live life the fullest and simplest~why burden your head and heart.
Saturday, July 12, 2008
Titipan Untukmu..
Labels: Hatiku Berbicara
Tuesday, July 08, 2008
Penang Mai..
Monday, July 07, 2008
Selamat Menanti dan Terus Menunggu
Penantian demi penantian, tak kunjung sudah doa dan pengharapan. Akhirnya dapat juga bekerja. Syukur bukan? Bukan kita mencari kerja, tetapi kerja mencari-cari kita. Amat depresi sekali, berlama-lamaan di rumah. Saya sudah kebosanan merencana apa masakan setiap hari, itupun sebab orang di rumah ini mempunyai pelbagai variasi. Boleh makan itu tapi tak boleh makan ini. Seafood pun jangan haraplah nak jumpa kecuali saya merayu-rayu seperti seorang anak kecil pada ayah untuk membeli. Kalau mak, hmm..gigit jari sajalah saya.Tapi disebabkan pantang serba serbi, mak dan ayah dapat mengekal awet muda mereka (anak2nya takde kesan lg, sbb masih muda belia). Orang tua banyak pantang larang tapi itulah yang menjadikan mereka kuat dan sihat.Tidak seperti orang muda, baru cabut rumput tak sampai semeter persegi sudah letih..saya lah tu.
Cat pagar rumah sudah berganti,maka Pips jangan pulak silap rumah ye. Kami bertiga(ayah, fahmi dan saya) begitu bersungguh-sungguh dalam melaksanakan misi ini. Semua yang lalu lalang asyik menegur. Takde ribut, takde taufan alih-alih cat rumah. Maaf ye, tahun ni takde kenduri kawin sape lagi.So sape-sape yang nak kawin, maka inilah bonus untuk anda. 'Ayah, tengoklah k.Fizah ni mengecat macam orang nak main golf'. Sebenarnya adik saya itu agak jeles, kebanyakan motor dan kereta asyik perlahan je bila saya tengah mengecat. Apa? Tak pernah tengok orang perempuan mengecat ke?
Sekarang ini, saya menumpukan tenaga pada kerja-kerja orang lelaki. Tukar tayar dah pandai, tukar lampu pun udah, mengecat lepas...apa lagi ye? Baru variety kan..maka dengan ini saya mengumumkan bhwa wang hantaran pun akan berganda,sebab saya kan punya banyak kepakaran..haha.Sah,sah..xde orang berani kawin dgn orang sebegini. Takpelah,jodoh kan di tangan Allah. Pertamanya, selamat berdoa dan berusaha, moga jodoh yang baik-baik aja. Klu dah jumpa tu, jangan tangguh lama-lama nanti anda pulak yang menangis tak berlagu atau gigit kuku jelah.Zaman sekarang amat susah nak jumpa orang yang berhati baik, elok pekertinya dan teguh agamanya.Keduanya, selamat belajar jadi berani dan optimis.
Buat adik-adik yang disayangi dan diingati, masa yang ada gunakanlah sebaiknya jangan bazirkan walau sesaat. Bersikaplah seperti org yang optimis dalam segenap hal dan bertindaklah sewajarnya mengikut percaturan. Cakap-cakap orang mampu melemahkan kita tapi jika kita ingat pada janji Allah bersama orang yang sabar kita mampu bangkit menerjah mehnah. Pemuda yang baik bukanlah yang mengikut arus tetapi arus mengikutinya. Jika kita benar, pasti suatu masa kebenaran akan terbukti walau betapa kerdilnya diri kita. Selamat bersabar dan bekerja kuat.
p/s: tiba-tiba saya jd emo bl teringat 5 tahun yang sudah.
Labels: Cerita Itu Ini
Thursday, July 03, 2008
Tetamu Senja
Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan
Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad
Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
~ A. Samad Said
Tuesday, July 01, 2008
Those Were The Days..
This free time, I'm become tv-addict@ couch potato. From CSI(Las Vegas, Miami, NY), McLeod's Daug, Mystery Woman, NGEO, DCSI, Sarah Connor The Chronicles, NCIS to Bolos..everything. Too much tv ain't no good at all. Other than that, adik saya yang sungguh 'encem' itu asyik2 mengenakan saya. Aduh, sakit juga jiwa mendengar jawapan2nya. Dan secara tak langsung saya berguru bahasa indon sama dia. Suka-suka aja, memanggil saya mbak, balasannya saya selalu memanggil dia Om. Kami tergelak-gelak bila satu-satu menyebut perkataannya. Manalah tahu, saya akan ke Indonesia bersiar-siar ceewah. Di sana, kain-kain sangat murah dan banyak pilihan.
Dengki sungguh pada dia, senang-senang keluar berjalan. Siap ajak saya pegi main futsal malam-malam kata dia ' Jomlah join, kawan-kawan lelaki sebaya ramai ni. Tak teringin ke nk join?'. Macam biasa, taktik dia nk kenakan saya. Takpelah adik oi, kalau setakat sebaya dan budak2 band mcm tu. Baiklah layan tido..haha. Lg boleh bermimpi macam-macam. Oo..bila lagi nak dpat surat posting.
Bagi penyair yang gundah,Daun gugur pun kelihatan indah.- A. Samad Said