Cerita Malaikat
Dahulu Izrail ditugaskan ditugaskan mengambil tanah untuk Adam dan memasukkan roh ke dalamnya dengan perintah Allah, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.
Apabila roh Nabi Adam a.s dimasukkan sampai ke hidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.Ketika itu Allah ajarkan mengucap 'Alhamdulillah'. Itulah ucapan Adam pertama kali ke hadrat Allah. Lalu Allah berkata : 'Yarhamkumullah' yang bererti :'Semoga engkau diberi rahmat Allah'.
Oleh kerana itu, jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap 'Alhamdulillah' dan orang yang mendengarnya sunat mengucap ' Yarhamkumullah'.
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun.Padahal sebahagian badannya ke bawah masih menjadi tanah yang keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud : 'Dan adalah manusia itu,suka tergesa-gesa' ( Al Isra' : 11)
Ketika Adam masih berada di syurga sangat baik sekali kulitnya.Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini.Kerana setelah Adam diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanya pada warna kuku manusia. Hal ini dapat dilihat meskipun orang kulitnya hitam tapi warna kukunya adalah sama iaitu putih kemerahan.
Menurut riwayat mengatakan Adam diarak oleh malaikat selama lebih kurang 100 tahun.Setelah itu barulah Adam dibawa ke syurga iaitu tempat mula-mula dijadikan.
Kemudian datanglah Jibril membawa seekor kuda dari syurga yang bewarna hijau muda serta bersayap.Baunya sangat harum serta dapat berkata-kata seperti manusia.Di belakang kuda itu terdapat tempat duduk yang selesa.Jibril memegang tali pemacu.Mikail duduk disebelah kanan Adam manakala Israfil pula duduk di sebelah kirinya.
Diceritakan di mana saja Adam pergi dia selalu mengucapkan 'Assalamualaikum' yang mana dijawab oleh setiap para malaikat dengan 'Waalaikumusalam'.
**********************************************
"Wahai jiwa-jiwa yang damai, kembalilah kepada Tuhanmu dengan penuh redha dan diredhai; maka masuklah dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKU" (Al Fajr: 29-30)
Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda : "Seseorang yang ahli di dalam Al Quran akan berada di kalangan malaikat-malaikat yang mana mereka itu adalah jurutulis mulia dan lurus, dan seseorang yang tidak lancar dan tersekat-sekat di dalam membaca Al Quran dan terpaksa bertungkus lumus mempelajarinya, akan mendapat dua kali ganda ganjarannya"
"Seseorang yang ahli di dalam Al Quran" bermakna seseorang yang cekap menghafal dan juga membacanya.Adalah lebih terpuji jika seseorang itu menguasai maknanya dan juga maksudnya.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home