Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Monday, April 30, 2007

Ini Sahajakah Imej Malaysia?

Mar 25th, 2007 by saifulislam

“Alah payunglah payung, ketipang payung. Payung sutera anak raja muda, alah tolonglah tolong, cik abang tolong. Janganlah marah pada adinda!”, merdu suara Aliya, seorang pelajar kejuruteraan elektrik mendendangkan lagu klasik Melayu di Malam Malaysia itu.

Persembahan diserikan lagi dengan iringan penari yang rancak menyusun langkah. Satu depan, dua kiri, satu depan, tiga kanan. Cantik sekali tarian mereka.
Teruja penonton melihatnya. Bakal doktor, bakal akauntan, bakal jurutera, bakal pemimpin teraju negara, semuanya berbakat menari dan berdansa.
Sekejap lagu asli, sekejap lagu balada. Sekejap selembut nasyid, sekejap sekeras Rock membatu.

Malam Malaysia di mana-mana. Seluruh dunia yang ada pelajar Malaysia, mesti ada Malam Malaysia. Alasannya adalah untuk memperkenalkan budaya, mengukuh patriotik kepada negara. Tinggi falsafah indahnya warna.
Tetapi, ini sahajakah wajah Malaysia di mata dunia? Apakah Malaysia hanya ada tarian, hanya ada seni persembahan?

Saya akur bahawa jika Malaysia mahu disebut dari bahasa budaya, tentu sahaja zapin, wayang kulit, tarian dan dansa, itu yang terlintas di kepala. Akan tetapi, saya adalah seorang yang result oriented. Saya tidak melakukan sesuatu melainkan dalam keadaan penuh sedar, dengan apa yang mahu dicapai.
Apa yang mahu dicapai dari Malam Malaysia?

Asing benarkah tarian dan dansa kepada si putih di sini sana, sehingga setiap tahun dansa itu mesti diulang? Asyik-asyik menari, asyik-asyik menyanyi…
Saya telah beberapa kali cuba bertindak secara pro aktif, memberikan cadangan kepada pelajar di kampus-kampus luar negara. Jika mahu memperkenalkan Malaysia di mata dunia, janganlah hanya pada makan pakai, tari dan suara. Di mana idea Malaysia? Di mana pemikiran Malaysia?
Apabila pelajar bertanya kepada saya tentang hal ini, saya sering memberikan pandangan, mengapa tidak diadakan bersama “wacana minda”. Jika soal tari menari tidak boleh ditolak ansur, sekurang-kurangnya adakan juga sesuatu yang dapat memperkenalkan Malaysia dari sudut yang sesuai dengan imej universiti tempat ilmu dan pemikiran.

Mengapa tidak diadakan sesi, memanggil pakar-pakar ekonomi Malaysia, hadir memberikan pembentangan untuk memperkenalkan polisi pembangunan negara? Kalau rasa terlalu sensitif untuk menjemput figure yang dikaitkan dengan politik, kita ada ramai ahli akademik yang dapat menampilkan idea mereka di peringkat antarabangsa.
Tayangkan dokumentari tentang Malaysia yang tidak sukar untuk diperolehi dari pelbagai badan dan media. Didik masyarakat Barat tentang sesuatu yang boleh memperbaiki jati diri mereka. Bukan hanya hedonisma atas nama budaya.

BERALASANKAN KAUM CINA

Sesetengah pengalaman saya membabitkan alasan pelajar bahawa mereka mesti melibatkan tari menari kerana sejumlah besar tenaga penting persatuan adalah pelajar Malaysia berbangsa Cina. Sungguh pelik… apakah pelajar Cina bukan rakyat Malaysia, yang juga ada tanggungjawab sosial, politik, ekonomi, dan intelektual, sama seperti mana-mana bangsa Malaysia? Apakah hedonisma hanya salah pada harga diri Melayu tetapi tidak Cina? Apakah kaum Cina di Malaysia tiada agama untuk dipedulikan? Di mana rukun negara yang pertama?
Itu kalau benar, kaum Cina yang mahukan tari menari dan dansa.
Saya pernah berdialog dengan sebuah persatuan pelajar Malaysia yang kepimpinannya adalah daripada pelajar Cina. Subhanallah, mereka sangat terbuka.
“Saya harap peraturan-peraturan pelajar Muslim boleh sama-sama kita hormati”, saya memberi pandangan.

“Sudah tentu. Kaunter arak akan dilabelkan sebagai ‘not for Muslims‘ dan kami harap pelajar Muslim akan berpakat agar tidak bercampur jantina pada satu meja ketika dinner, dan tidak bercampur jantina dalam kumpulan bola tampar itu nanti. They need to be pro active“, kata Presiden persatuan pelajar Malaysia itu.

Sangat terbuka dan bertanggungjawab terhadap pluraliti agama dan budaya Malaysia.
Tetapi, pelajar Melayu Muslim sendiri yang suka bercampur bebas, terdesak untuk berjoget tanpa diminta oleh persatuan. Maka memberikan alasan bahawa mahu menghormati bangsa lain, hanyalah alasan untuk meneruskan budaya gersang minda dan lapar hedonisma pelajar Malaysia.

ISLAM SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA SEBUAH MALAYSIA

Saya hairan. Jika Mak Yong yang sudah pupus kerana tenggelam oleh kesedaran beragama itu, boleh diberikan nafas dan nyawa baru atas nama budaya, mengapa tidak Islam juga dipromosikan kerana ia elemen yang penting bagi sebuah Malaysia? Selain Islam, tidak salah untuk dibuka ruang agar wakil agama Kristian, Buddha dan Hindu di Malaysia, berdialog tentang kesedaran beragama di Malaysia. Mungkin boleh dibincangkan tentang bagaimana agama berperanan membina internal strenght di dalam jati diri bangsa Malaysia.
Kalau aktiviti agama, penuh prejudis, halangan dan kekangan. Tetapi tari menari, cepat sahaja bantuan diberi. Saya tidak faham di mana rasionalnya hal ini. Seorang doktor, bukan hanya menjadi doktor. Dia akan memimpin sebuah jabatan, dia akan berurusan dengan pesakit yang insan. Maka, pelajaran tarian mana yang bakal meninggalkan kesan pada kepimpinannya di masa hadapan?

Segala peruntukan dan sokongan, hanya untuk nyanyian, tarian, fesyen dan pakaian. Itu sahaja imej Malaysia yang diulang-ulang dari zaman sebelum merdeka, sampailah menjelang milenium kedua.

Kerana kemaruk hedonisma, budaya dan jati diri Malaysia disalah guna untuk melesenkan nafsu muda yang tidak habis-habis mahu berpesta.
Di manakah masa depan Malaysia yang lebih bermakna?
Soalan itu tenggelam oleh libasan lidi Mak Yong di Barat sana.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Labels:

Sunday, April 29, 2007

Hadirah's 1st Birthday TODAY!

Happy Besday my little girl! It seems you're just born few months ago..but the truth is it already a year you have been existed. Everyone already addicted with your funny acts and unforgetable gestures. That's why I felt you're the most genius baby in this world..imitating others. You like to be in the centre of attraction, being with your friends acting you are the leader among babies..huh kelakar tul dgr cite from your mom.Precious baby!Hmm, having new pair of shoes duh baby? Yup, your little feet yet petite aren't fit with the old ones.

Ayah Mie is at home, as usual a new driver for mom's ATOS. His big grin shows everything(eerie one!I know what you have in your mind..haha). Pips, Fahmi already grab your Famous Amos biscuits and start to eat all of them. Br je nak wat balik, dah ada org kebas=) Pips next2 time beli byk2 ckit. All the expenses bgtau lah bpa ye, blh sruh a.Udin belanja lg.

Dad had a dental treatment last Saturday, after I diagnosed with carious lesion on his upper left premolar since it was so deep so Dr put temporary dressing in case it cause the pain and another filling(tampalan) not filing lah ayah! Which Dr put pin amalgam for more retention. Wonder when, I can call my mom and dad for treatment.

Only this afternoon I started to revise for this 6/5 exam. May Allah bless all of us.
Announcement- ana takde cuti, only a week before the final year course start next sem..insyaAllah.Sorry for not being involve in the prog,function or etc during holiday. Final year medic start exam today, science allied smua dah habis. Nampaknya ana akan jadi bertambah rindu pada smua yang akan grad.

Beberapa hari, Kelantan hujan. Nampaknya hati ana juga hujan..hujan selepas kemarau.

Labels:

Monday, April 23, 2007

Satu.Dua..Tiga...


Hanya tinggal beberapa minggu lagi final exam akan menghampiri. Kosong. Ketuk kepala.Masih kosong.Kenapa selalu bermain dengan angka ini. Ana tak mahu gagal, ana mahu jadi orang yang kenal diri sendiri. Kerana orang berjaya adalah orang yang mengenali dirinya sendiri. Tapi minggu ini agak terdesak mencari patient untuk exam, bacalah dua puluh kali minda ini hanya melayang memikirkan apa nasib pada masa hadapan. Rasanya, saat begini exam bakal muncul..janganlah diberatkan kepala dengan benda-benda luar yang boleh diambil alih oleh orang lain.


Mak..mak doakan anak ini dipermudahkan urusan dan dijauhkan dari perkara-perkara yang membantutkan perjuangannya. Semalam jua, di atas rahmatnya walaupun seketika tapi Allah tautkan kembali hati-hati ini di surau seusai kelas feqah. Selaut masalah melanda, melihat kalian berkongsi kisah masing-masing menghapus gundah dalam hati. Perjalanan sejauh ini, mula menampakkan duri-duri bertebaran. Jalan menuju ada kala lurus ada juga bengkoknya. Moga kemudi diri ini, jangan ada yang tersasar biar sampai tempat arah tujunya.


Presentation yang dibaiki perlu disubmit, jadual patient perlu dikemaskini, perkembangan dan case complete atau belum...management,management. Oh, my Lord help your servant! Whatever happen, I try my best this is the only oppurtinity I have to serve for my Deen, my Ummah and foremost to my Great Creator..o Allah.


I know, life doesn't come in the shape and form as we desire...that's it.

Labels:

3 in 1

'Achik, bak la sini satu biskut tuh. Dah habis ni..tengok kat tangan Hadirah ni'
'Ops, silap pose ni. Hadirah br je nak kemam biskut nih,tadi wat tiang tak nak kasi mulut tetutup'

'Erk, malulah I.You asyik tangkap gambar dgn angle yg salah ni. Undo2. Hilang kejelitaan selama nih'


Labels:

Friday, April 20, 2007

A Door















Suddenly, yesterday gave me a good lesson after all. I started to have stomachache which I got any idea why. Since there is an outbreak of typhoid here, I become aware what I'm eating. The pain intermittenly strucked. Fortunely, during my prensentation the pain not so intense but quite unease for me. Thank goodness, only I did some mistakes on stat~umph which I not good enough.



That after noon, I just can't eat anything only drink. The ache intesity became increasing so I just sit and try to distract my mind from not to think about it. Failed. I ended up by sleeping many hours. Still it persist. What can I do? I asked friends to buy PCM and I'm going to take during final year's last ceremony at 9++ but I'm overslept since the pain kept coming. Anyway, thank you alot my dear.


This Saturday we have a replacement class, I had to do some editing for my presentation before submit and this morning I have to go back home. Have to continue my work for mom and dad ~fill the e-Filing (LHDN stuff) since I'm the one who activate digital certificate for both of them. Huh..anyway at least I know what had to do when we work later on.



Life goes on, wait for no man. Far or near you have to go thru it. Open or close door, yet great suprises waiting you with less expectancy. Love or hatred, all confine in your soul. Small or large, it makes different. Everything must go on...but always keep in faith to HIM. It a MUST. Because when you weak, HE always by yourside. Human come and go but HE...always there. HE gives what you need not what you like.








Let your mind free awhile, take a deep breath and release it slowly. Open your eyes and see surrounding of you. Sometimes, it help alot~memandang dan bertafakur. Dalam hal dunia sentiasalah memandang pada orang yang kekurangan dan untuk hal akhirat sentiasalah memandang orang yang lebih dari kita. Alangkah damainya sebegitu. ' Ya Allah, Tuhan bagi langit dan Arsy yang agung.Tuhan kami danTuhan segala sesuatu, yang menurunkan Taurat, Injil dal al Furqan yang menumbuhkan biji-bijian, aku berlindung kepadaMu dari keburukan segala sesuatu yang Engkau pegang ubun-ubunnya.Engkaulah yana Maha Awal dan tidak ada sesuatu pun sebelumMu; Engkaulah yang Maha Akhir dan tiada seseuatupun sesudahMU. Engkaulah yang Zahir dan tidak ada sesuatupun di atas MU dan Engkaulah yang Batin dan tidak ada sesuatupun yang di bawahMU, tunaikanlah hutangku dan cukupkanlah aku dari kefakiran'






"Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat waktunya" (al Fath:18) .



Apakah kalian merasakan kemenangan makin dekat atau masih jauh lagi?

Mielad Said...to kak waniey for 27s and 1st anniversary. Heh..sekrg waiting if kot2 second anak menakan pulak nak ada since a. Hamid already working at Petronas Alor Gajah.Hadirah pun nak jugak ada sepupu na. Main dengan achik2 ni tak lah best sgt, sbb semua dah tua2. Mlm2 nak tido, tak macam Hadirah bucuk yang hyperactive tak kira waktu. Suddenly, jadi begitu rindu pada Hadirah.Hmm..expecting you already can walk faster and long distance dearie.. Achik rindu sama kamu! Ok, jangan lupa 29th April 2007 is your 1st birthday! Gigi..gigi..

Labels:

Thursday, April 19, 2007

Gemilang Cahaya Cinta


Desiran angin yang bertiup

Membawa bersama khabaran rindu

Membisikkan kata-kata

Menjelmakan cintaku padanya


Cintamu tulus setia

Kasihmu tiada tara

Bertakhta buat selamanya
Di tugu kasih dan sayang


Kau ukirkan keimanan

Moga bertemu keredhaan
Gemilang cahaya cinta

Kemilau pancawarnanya

Bagaikan kejora

Kudus sinarannya mendamai jiwa


Apakah kan ku temui

Insan semulia pekerti

Setandingmu kasih

Di alam semesta yang fana ini


Ku serahkan kepada Tuhan

Sebuah harapan bernama doa

Membisikkan kata-kata

Menjelmakan rinduku padanya

Kepadanya...


Semoga kan menyala api cinta setia

Terus membara selamanya
Cahaya cinta kekasih Allah

Sinarannya buat semua...

Labels:

Wednesday, April 18, 2007

So Exhausted, What To Do?


I'm sorry..hundred times to be sorry.It's awful to feel like this..but what can I do?


Last Monday - Clinical Exam Pedodontics..I tried my best but time envied me. Mark already given=(

Last Tuesday - Patient turns up late, research proposal just been submitted, I ended up at 7.15 pm discussion with Dr..ah, my body ached.My eyes so heavy..yet had to finish the proposal presentation till late night. Had to find my own patient for Class II restoration or...someone FAIL!

This Wednesday - Clinic early morning till noon..sometimes miss my lunch..entirely this week. I even didn't breakfast. My BMI already giving the reading~UNDERWEIGHT. At 215 pm we sat for MCQ Pedo exam~I admit that I didn't revise AT ALL! Just depend on my old memory hard disk.


Finally, I'm here.Waiting for tomorrow~RESEARCH PROPOSAL PRESENTATION in front of 3 panels doctors and a statistician. For better or worse...this is my entire week. Final year 4 exam just 2 weeks ahead! Sorry, I cannot give any commitment for outside activities, help in need and so on. GTG

Labels: ,

Tuesday, April 10, 2007


Shh baby, I'm Going to take a REST for awhile..bubye for now on until we meet again.

Labels:

Sunday, April 08, 2007

SeKeping Hati

Assalamualaikum wbt,


Minggu yang menyesakkan dada, meletihkan badan dan merisaukan perasaan sudah berlalu. Cuma menunggu penambahbaikan serta pemulihan. Betapa ana mula memahami segala kerisauan yang melanda bilamana ada ahli keluarga yang jatuh sakit. Bila begini, barulah terasa betapa perlunya environment yang supportive bagi membangkitkan semangat yang mulanya luntur. Tapi hasil dari peristiwa ini, barulah ana mendapat jawapan dari mimpi yang pernah mendatangi dahulu. Ya Allah, sungguh besar kekuasaanMU ini, tak layak untuk hamba memilikinya. Betapa ramai, yang tak percaya akan mimpi termasuklah diri ini.Maklumlah kita ini bukannya yang maksum dari dosa, jauh pula dari yang alim serta beramal hanya taraf iman orang awam sahaja. Tetapi mimpi untuk ana, adalah sesuatu petunjuk yang mungkin betul mahupun salah. Kadang-kadang, takut untuk mengingati mimpi kerana kerap kali ia adalah gambaran yang benar pada masa depan. Namun, siapalah kita untuk menentukan perjalanan masa akan datang? Tepuk dada tanyalah iman dalam diri.




Bila mengenangkan warna-warni sebuah kehidupan, adakalanya ingin sahaja ana berhenti di takat ini. Jadi abid sepenuh masa, mengadap Allah sebagaimana Rabiatul Adawiyah di atas singgahsana kekhusyukanya.Tiada hijab. Kelelahan dalam penantian, apakah yang bakal berlaku akan datang? Terlalu payah untuk melihat ke hadapan. Lantas, turutkan sahaja langkah kakimu biarkan saja Allah menentukannya. Kamu hanya perlu berusaha, berikhtiar seterusnya tawakal. Senang sungguh, hati memujuk.


Minda sudah terlalu tua barangkali, cepat lupa bahkan sengaja melupakan. Berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku. Mahu bersendirian, usah diganggu. Andai kalian kira ini uzlah, diri ini hanya mengangguk setuju.Ala kulli hal, asif jiddan.

Labels:


Indahnya

dunia hari ini

Sang matahari muncul gemilang

tatkala fajar mengundur diri


Suara burung

menyanyi riang

syukur padanya

kerana jasad masih bernyawa


Berpagi-pagian

memuji Ilahi

keluar dengan sebuah harapan

mencari sesuap rezeki

tanda ikhtiar hidup berdikari


Ikutlah resam makhluk si burung

Tawakkalnya hanya pada

Allah yang Satu

biar apa pun yang menanti

Labels:

Hadirah's Best Friends


Labels:

Thursday, April 05, 2007

Undergo Operation

Assalamualaikum wbt, kifhal?
InsyaAllah, today ayah will undergo an operation. Please pray for him and us that everything go smoothly and just fine=)Jzkk

Labels:

Tuesday, April 03, 2007

Eyes Tell No Lie


Bila begini
baru terasa nikmatnya
air mata

Aduhai bonda
usah menangis
kerna manusia
pasti diuji
Ini janjiNYA


Tuhanku Maha Pengasih
Tuhanku Maha Penyayang
sebelum pun sempat tangisku jatuh ke bumi
rahmatNya menyambut
membisik bujukan penawar bersakti
apa lagi nak ku gusar
cinta Nya tak pernah gagal
hadir di kala ku sepi di kala ku bersedih
aku hanya berpegang janji
janji Nya kesungguhan yang pasti
pintu kemenangan
lorong bercahaya
langkah untuk ku pulang
jalan sehala
aduhai ibuku yang satu
janganlah ada barang ragu
biarpun seberkas dalam
andaiku terkorban nanti
sedang meniti kasih

Labels:

Sunday, April 01, 2007

Oh..Jantung Hati Achik


Assalamualaikum wbt,
Kaifa hal?Moga sihat-sihat saja. Seminggu sudah Hadirah berada di sini. geli hati tengok keletah baby yang bakal menyambut 1st anniversary/birthday tak lama lagi. Sudah berjaya bertatih beberapa langkah, goyang badan kiri kanan, bila orang berzikir dia turut mahu berzikir sambil melentok ke depan belakang, pandai memujuk orang dan membuatkan kami ketawa.

Ana sudah 2 malam tak tidur lena dan solat sempurnakan mana yang wajib sebab kena take eye on her since ayah kena hospitalized 2 malam. Kali ini, sakit ayah pelik sikit. Ada chills tapi takde fever. Sehari sebelum tuh, ada hypoglycaemic attack dan hypotension. Memang kebelakangan ini, ayah kurang makan sebab kena control diet. Hmm..pening jugak nak diagnose sakit ayah ini. Moga Allah sembuhkan penyakit ayah.Ameen. Ana kagum dengan mak, walau apa yang terjadi maklah orang paling tabah(pips..hoho hang nangis?sabar2), always manage semua benda dengan baik. Tak mo kami semua risau. Yang paling terharu bila tengok keluarga kita semua saling ambil berat hatta jauh di Labuan sekalipun.TQ sbb kirimkan byk chocolate kt kitaorg.

Nak jaga baby memang susah since apa yang Hadirah bebelkan tak kami faham.Cuma bila dia nakkan sesuatu..pandai pula dia sebut 'Nak' 4-5 kali. Skill terbaru ana gain, mandikan baby and masak bubur nasi Hadirah. Ana gilir2 shift dengan akak jaga Hadirah. Alhamdulillah, baby ni tak banyak meragam. Cuma banyak kena memahami. Erm, tapi tak laratlah nak berjaga tiap-tiap pagi buta tukar lampin buat susu. Alamak, macam manalah anak ana nanti ye?Heh.

Ana tak dapat buat apa2 cuti ini. Maaf sahabat. InsyaAllah, balik nanti ana sambung balik tugas.Terima kasih shbt2 yg banyak membantu, tak sempat ana nak reply msg kalian.

Labels:

Tears From My Eyes

Dia termenung seketika, langit yang sedari tadi cerah gemilang tiba-tiba bertukar wajah mendung. Kalau begitu cuaca berubah, nasibnya jua seperti langit tadi. Jika semalam dia bergembira, hari ini dia diberikan ujian bertimpa-timpa. Dia tak bersedia, tapi qada' dan qadar sudah ditetapkan. Redha andai itu yang terbaik buat dirinya.

Duhai hati, moga tabahlah dikau menempuhi ujian mendatang

Labels: