Satu.Dua..Tiga...
Hanya tinggal beberapa minggu lagi final exam akan menghampiri. Kosong. Ketuk kepala.Masih kosong.Kenapa selalu bermain dengan angka ini. Ana tak mahu gagal, ana mahu jadi orang yang kenal diri sendiri. Kerana orang berjaya adalah orang yang mengenali dirinya sendiri. Tapi minggu ini agak terdesak mencari patient untuk exam, bacalah dua puluh kali minda ini hanya melayang memikirkan apa nasib pada masa hadapan. Rasanya, saat begini exam bakal muncul..janganlah diberatkan kepala dengan benda-benda luar yang boleh diambil alih oleh orang lain.
Mak..mak doakan anak ini dipermudahkan urusan dan dijauhkan dari perkara-perkara yang membantutkan perjuangannya. Semalam jua, di atas rahmatnya walaupun seketika tapi Allah tautkan kembali hati-hati ini di surau seusai kelas feqah. Selaut masalah melanda, melihat kalian berkongsi kisah masing-masing menghapus gundah dalam hati. Perjalanan sejauh ini, mula menampakkan duri-duri bertebaran. Jalan menuju ada kala lurus ada juga bengkoknya. Moga kemudi diri ini, jangan ada yang tersasar biar sampai tempat arah tujunya.
Presentation yang dibaiki perlu disubmit, jadual patient perlu dikemaskini, perkembangan dan case complete atau belum...management,management. Oh, my Lord help your servant! Whatever happen, I try my best this is the only oppurtinity I have to serve for my Deen, my Ummah and foremost to my Great Creator..o Allah.
I know, life doesn't come in the shape and form as we desire...that's it.
Labels: Up Close and Personal
0 Comments:
Post a Comment
<< Home