Friday, July 31, 2009
Thursday, July 30, 2009
Cinta Fansuri
Wednesday, July 29, 2009
Tuesday, July 28, 2009
Cerita Sambal Petai,Ikan Bilis dan Budu,
Petai.
Memang sedap...
Entah kenapa duduk dengan orang yang suka makan budu dan ulam-ulaman ni sentiasa ada attraction. Family saya tak makan budu ke? Harus saya katakan ya. Rumah kami memang takde budu dalam fridge. Kalau ada pun sekadar menjamu tetamu. Pernah sekali kakak dan saya saja beli budu, sekali makan je tup tup mak bawa budu ke sekolah jamu kawan seguru. Habit mak barang kali tak benarkan kami makan makanan yang tak elok untuk otak eventhough ia antioksidan. Kata mak, banyak lagi makanan lain yang antioksidan.
Sambal tumis petai dan ikan bilis. Zast..cepat saja tangan saya potong bawang, petai dan ingridients lain. Dulu saya main-main je buat, jarang saya memasak sambil mak tengok. Biasanya saya senyap2 memasak setelah tengok segala step, macam saya siang ikan dan sotong. satu lagi kalau menumis, saya tak pandai budget banyak mana minyak~so memang patutlah kadang-kadang minyak banyak je dlm masakan. Sudahnya, abang lah jadi tukang asingkan minyak sambil membebel ~sorry2, baru belajar memasak. Kalau kurang minyak, tak masak pulak bawang.
Akhirnya, saya belajar satu tips baru dari mak usrah masa usrah masak-memasak sebulan lepas. Minyak kurangkan, tapi jangan sampai tak masak. Agak-agak nak hangit sikit masuk air sikit pastu kacau lagi, then tambahkan air sikit demi sedikit. Bagus-bagus~ ada improvement.
Kalau tak fikirkan housemate yang lain memang sambal petai tu saya habiskan seorang diri. Sedapnya, menjilat jari tapi lagi best ada udang/sotong.
p/s: saya bukan pandai masak pun, saya jarang/tak pernah rasa setiap yang saya masak. Budget suka hati garam,gula~serbuk perasa Ajinamoto, memang saya tak suka langsung. Buat apa letak perasa? Nampak sangat tak yakin dengan air tangan sendiri, kan?
Monday, July 27, 2009
Just So You Know..
even the world desclusing
everything I got
I give it all to you"
Yah..iyah..Saya bukanlah jagoan badminton cuma sekadar action je yang lebih. Rasa ringan badan dan fikiran pun taklah melayang jauh. Terlalu banyak toksin dalam badan apatah dalam hati yang perlu dinyahtoksik. Benar, kalau dalam masa 3 hari tiada makanan ruhani, buatlah apa-apa kerja pun mesti tiada ruh. Atas sekadar nama buat kerja tapi pahala entah ke mana niat lagilah tiada.
Syukur teramat,moga inilah jalan terbaik untuk saya dalam preparation untuk hidup mulia mati syahid.
Way to go, a list that I'm going to do in a short o~la la la trip
c) Makan-makan thing~Nando's, Asam Laksa (yg midvalley still 'haunting' me), jeruk buah pala, mee banjir udang; singgah lok Kuale Kangso.
Pfuh, memikirkan selepas ini saya akan duduk sorang-sorang di rumah besar 2 tingkat~masa pergi survey tengok je rumah tu terus tak keruan saya. Nampaknya setiap malam kena tidur tempat lain-lain, pasang Astro biar rasa bising sikit, kena beli perabot, belajar resepi baru ,tiap-tiap minggu turun Samarahan/Kuching selain dari usrah. Penat driving 156 km pun belum tentu hilang. Oh, mak datang lah temankan saya di sini. Besar sungguh dugaan di negeri orang. Memang saya rasa saya takkan lama di Sarawak ni, cukup 1 1/2 tahun mintak transfer terus. Alasan kukuh; saya nak kawin~ huhu.
Senior saya tak jemu-jemu menaikkan semangat dengan elaun itu ini~ memang gaji saya bakal mencecah RM6k ni, kalah senior Dental Officer kat semenanjung. Oklah, mari sama-sama kita kira :
a) elaun perumahan wilayah (EPW bg Sabah,Sarawak. COLA bagi semenanjung)
b) elaun DOIC (dental officer in-charge/yang mengurus)
c) elaun on call~ ni mmg saya conquer lah
d) elaun menanggung kerja U44~ saya kan baru U41.Muda belia lagi tapi dah kena mengurus, memang kuruslah lagi badan saya nanti
e)lain-lain~ claim transfer, pergi kursus, meeting..
Tapi itu dunianya. Pinta saya moga Allah tak lalaikan saya dengan dunia. Mungkin semua orang ingat saya/kami ni kaya walhal nak simpan pun susah. Tolak dengan duit rumah sewa, makan~Kuching ni mahal lah, pakaian~sale je baru beli, api air,telefon,broadband, duit kereta, minyak, nak bagi mak ayah, zakat, duit umrah, tiket flight dan sedekah. Lastly, tinggal lah ciput nak dijadikan simpanan. Sakit jugak bulan-bulan. So lower kan sikit expectation pada saya ye..org lain? Entahlah, tepuk dada tanya iman.
Ok,ciao. Xie xie ni sbb baca entri kali ini. Tapi saya takde duit nak bagi. Bagi senyuman pun cukuplah ye! Ilalliqa'.
Sunday, July 26, 2009
A Glass of Ice Lemon Tea
Pretty deceiving except for those who willing to seek.
'Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya(apa yang tersebut) itu tetap benar,(tidak patut diragu-ragukan) sebagaimana (tidak patut diragu-ragukan) benarnya kamu dapat berkata-kata.' Adz Zariyat:22-23
Thabit ibnu Aslam al Banani berkata, 'Aku tahu ketika Allah mengabulkan doaku'. Orang yang mendengar ucapannya itu terkejut hairan dan bertanya, 'Engkau tahu ketika Tuhanmu mengabulkan doamu?' Ia menjawab, 'Benar'. Mereka bertanya lagi ' Bagaimana engkau tahu?'. Ia menjawab 'Tatkala hatiku gementar, bulu romaku meremang, air mataku menitis dan lisanku mengucap doa.Pada waktu itu aku tahu bahawa Allah telah mengabulkan doaku'.
Friday, July 24, 2009
Once Upon A Time
Rindu pada zaman sekolah dulu. Baru sekarang baru dapat saya kumpul balik diorang. Patutlah tak pernah nampak kat hometown~rupany semua study overseas. Rasa kecil pulak saya di kalangan mereka. Bertahun duk oversea, rupa dan gayanya dah 180 degree switch. Yang lelakinya lebih advance kawin dulu, yang perempuan berlumba sambung study~ ada yang tgh pHD pun. Ada yang dah jadi lou pan~ tauke tayar.Respect saya pada diorang. Saya? still banyak perlu dipelajari.
Dulu, memang saya kaki nakal dan buli. Rapat dengan geng lelaki je. Pips memang saya pun tak rapat masa kecil.Haha..kejam2.Cakap memang ber'aku' 'ngko'.Ada satu kes sampai sekarang saya tak sempat nak mintak maaf pada prefect tu sbb sumbat sampah dalam mulut dia ms dia tgh gelak2. Berdosa pulak rasanya. Sekarang nak bercakap 'aku' 'kau' dengan mereka, terasa kekok. Lama dah tak guna, kalau dengan siblings pun yang pastinya bukan depan mak ayah. Kalau tak, memang sah kena sekeh.
'Serahkan semua benda yang korang ada.Duit, emas ,rantai dan apa saja
'Mana ada rantai emas. Rantai basikal ada lah'
Dialog di atas sampai sekarang saya ingat. Bukan sebab saya jadi pelakonnya tapi banyak kisahnya.Gara-gara saya nak lari dari group yang otai tuh saya masuk pulak golongan elit (prefect/class rep/brilliant) dengan lakonan yang ntah apa-apa~banyak angan. Menyesal pun ada. Hmm..kisah-kisah dulu
Wednesday, July 22, 2009
Gerhana/Cerah/Panas
Lama sudah takde perkataan ni dalam hidup saya kebelakangan ni. Saya dah bersedia!
Ya, bersedia untuk menghadapi cabaran baru. Lega hati saya bila senior yang bakal saya ganti banyak membantu dan tak sabar-sabar nak tunggu kehadiran saya menggantikan beliau.~Ayat untuk sedapkan hati jak.
Cuba bayangkan kuarters rumah double storey, saya seorang diri duduk? Saya tak fikirkan sangat pasal takut itu. Tapi lebih kepada sunyi dan barang/furnitures yang perlu saya beli. Nampaknya saya kena start dari zero. Macam masuk rumah baru, tapi nasib baiklah barang dapur yang sedia ada sudah cukup-cukup. Cuma tinggal beli dapur dan oven/microwave~satu lagi projek baru di sana nanti.
Dalam kepala, semua plan dah berjalan. Cuma tinggal selebihnya saya hanya mampu berdoa dan berserah pada Allah untuk perjalanan yang seterusnya. Berapa lama, sampai bila? saya sendiri pun tak tahu.
Friday, July 17, 2009
I hear but not listen..
Jangan biarkan putus asa sampai menyelinap ke dalam hatimu;
Bersungguh-sungguhlah dalam berdoa, kerana
Sesungguhnya orang yang mengetuk pintu berulang kali
kemungkinan besar pintu itu akan dibuka untuknya
Wish You Were Here..
Pesakit pun macam tak percaya saya yang kecil-kecil(tapi cili padi) boleh buat semua tu. Pesan pada diri saya; Practice Make Perfect! Beberapa patient peads pun terkena penangan jarum suntik~kesian mereka. Biasalah kena 'tipu-tipu' dan pujuk sikit. Tapi budak kecil pun, kita kena treat macam orang dewasa~
'Abang, Dr bagi ubat sikit boleh?.Macam kena gigit semut je. Kita nak bagi gigi tidur'
'Ok,Dr janji klu abang rasa sakit Dr stop boleh? Abang janji dengan Dr ye?'
'Hm..abang memang bagus. Lepas ni boleh la cerita kat kawan-kawan'
Oh, itu ayat-ayat cinta~ngee. Ayat memujuk budak. Kena build trust dan safe&comfort zone untuk diorang ni. Tapi ada juga orang dewasa kena pamper macam budak-budak. Jangan terkejut. Sebenarnya saya pun tak pernah merasa kena cabut gigi waktu dewasa ni. Masa kecil dulu pun saya pun bukanlah difficult child bila dengan dentist sebabnya, klinik gigi panel family kami memang dah biasa jadi tempat bermain. Quite close dengan dentist dan family dia.Dan tak sangka saya dah jadi Dr gigi pun gara-gara tuh.
'Dr orang mana?Semenanjung ke?'
'Ha'ah. Kelantan'
'Takpe ramai orang kelantan kat sini. Yang baru posting. Dah kawin ke?'
'Dr ni..bakal ni.Tak lama lagi tuh'~selamat saya sebab ada JT(technician) tolong jawab bagi pihak saya. Saya tersengih-sengih macam kerang busuk. Mana tahu berkat doa JT tadi.
~Wise man said; only fool rushing~
Slow and steady but keep on moving.
Jom,pulai!
So petang Jumaat ni saya minta off. Tak larat. Nak rehat. Nak makan.Nak tido. Nak tingkatkan amal ibadah. InsyaAllah.
Tuesday, July 14, 2009
Blue sky, I miss My Sahabiah
Thank you for being a silent reader in this page.
Saturday, July 11, 2009
The Precious Three (PowerPuff Kids)
Hari ni, memang hari saya habiskan duit untuk anak menakan yang disayangi. Shopahalic in action again. Saya suka tengok baju kat kids dept, nak carikan satu gaun putih untuk Hadirah. Harganya pun membuatkan saya gigit jari. Biasalah 'couture', mana nak dapat puluh-puluh ringgit. Tapi untuk Aqil dan Hadirah, saya habiskan dekat seratus. Kenapalah baju diorang lagi mahal dari saya? Lepas tu boleh saya terlupa seorang lagi.
Ini pula Aqil aka orang Putih
Untuk Aqil, saya agak-agak je ukuran based on umur. Tapi Hadirah memang saiznya tak applicable dengan umur. Confuse saya, dia kena pakai baju budak umur 5-7 tahun baru padan. Hmm..memang berpotensi jadi lebih tinggi dari achiknya.
Habis bayar, baru saya teringat! Oh, kesian Luqman. Lupa nak belikan satu.Maafkan achik ye, sayang. InsyaAllah, nanti achik belikan kat Penang. Kena budget saiz pula. Takpe achik beli yang lagi mahal dari kakak awak yang nakal itu. Meow..meow, sayang!
p/s: hiba bila dengar lagu Di Pondok Kecil.
Thursday, July 09, 2009
Jika Indah Belaka
.
..
.....
Titik. Memang kehidupan kita indah. Indah tak semestinya gembira, indah tak perlu ketawa sahaja. Indah bukan pada banyak harta. Indah banyak maksudnya pada hati dan pada fikiran. Kalau kehidupan itu pahit sekalipun, bila kita bermujahadah untuk terus tabah dan senyum itu pun dikira indah. Indahnya pada sekeping hati yang suci dan lembut.
p/s: sebab tuh saya suka Nur Amina~Nur Kasih. Jiwanya lembut pada suatu sudut.
"Somewhere there is someone who dreams of your smile, and finds in your presence that life is worth while, so when you are lonely, remember it's true, somebody, somewhere, is thinking of you." - D'Anne Bucy
Sunday, July 05, 2009
Gambar kat atas saya ambil tahun lepas masa tengok budak-budak main tepi jeti Lumut. Diorang kejar ketam masa tuh. Saya pun nampak, tapi tak dapat nak turun kejar.
Hujung minggu ni memang saya kehabisan idea nak buat apa. Alih-alih memang saya habiskan minyak kereta dengan jalan-jalan di samping menambah milage. Singgah tempat hotspot saya, bookstore. Terjumpa satu buku ni yang bertajuk ; Ingin Kaya? Cepat Kahwin! Memandangkan harganya tak mahal dan muka suratnya nipis saja maka tangan saya pun capai satu. Sekali baca dah habis. InsyaAllah, nanti saya kongsikan isinya. Buka minda saya sebenarnya.
Macam-macam kisahnya, ada yang dah ada calon tapi financial pula tak mengizinkan,ada yang dah boleh kahwin cukup segalanya tapi tiada calon yang sesuai (oh, sayalah tu!), ada yang tengah belajar tapi dah bersedia kahwin. Maka buku ini banyak mengupas tentangnya. Jawapannya masih berbalik kepada pokok pangkal yang sama~ YAKINLAH PADA ALLAH, setiap orang telah ditetapkan jalan rezekinya. So, phrase - 'ingat senang ke nak kawin?' bukanlah alasan yang kukuh ye kawan-kawan. Ada banyak jalan yang Allah buka untuk murahkan rezeki. Cuma ada juga yang setelah berkahwin tapi masih belum 'kaya', itupun ada sebab-sebab tertentu. Jangan pula takut nak kahwin.
Oklah,
Wednesday, July 01, 2009
Ehsas Jadid
September.
Pasti datang
Alhamdulillah bulan Julai sudah menjengah. Tinggal lebih kurang 2 bulan sebelum 'dicampak' untuk ke posting district yang entah bila akan berpenghujung. Hanya DIA sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk semua. Suka atau benci.
Bila ada orang tanya.
Saya jawab tidak.
Jika saya tidak bersedia, rasa tak mampu. Ini saja yang mampu saya katakan. Dari menyesal di kemudian hari. Satu keputusan yang sukar tapi apa lagi yang saya patut buat? Saya pun pening sebenarnya, untuk cerita akan datang saya tanya mak sajalah. Boleh mak?
Menanti Augustus
Yang tak lama lagi
Seperti menghitung hari, saya teruja untuk pulang ke rumah ke dua saya~ kampungku yang permai. Udaranya masih seperti dulu, airnya masih sejuk mendinginkan hingga ke tulang, bunyi unggas dan tupai seolah memanggil, arus sungai melambai-lambai sayup dari jauh.
Kami datang untuk satu tujuan. Agar berkatlah rumah tangga yang bakal kalian bina. Doa kami untuk kalian, harungilah ia dengan rasa kasih sayang yang terasnya rasa amanah dan janjinya pada Ilahi. Akad kalian bukan di bumi tapi di langit setelah dicatit di Luh Mahfuz.
Ada cerita lagi
Tapi tunggu di episod lain
~Bagi penyair yang gundah, daun gugur kelihatan indah; A.Samad Said