Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Friday, July 17, 2009

Wish You Were Here..

Alhamdulillah minggu yang hampir-hampir saja menyesakkan dada sewaktu Outpatient sudah berlalu. Kebas tangan, sakit tekak dan lenguh kaki. Bilang saja, semua terasa. Nasib baik takde sakit hati. Syukur. Entah kenapa hari Khamis, hampir 90 patient yang muncul. Pelik pula, cuti sekolah tiada ribut angin pun tak muncul-muncul. Isnin sebelum tuh, saya sorang-sorang bantai buat 50++ patient. Mahu juga menangis, tapi dalam hati memujuk.Sedangkan senior saya boleh buat 150 patient mengapa saya pula terlebih manja. Oh, saya tahu mengapa. Sebab saya masih FYDO~ilmu cetek sangat. Bila gigi patah atau susah nak keluar mula peluh dingin satu badan biarpun aircon mencucuk-cucuk.Breath in and out, cuba lagi.

Pesakit pun macam tak percaya saya yang kecil-kecil(tapi cili padi) boleh buat semua tu. Pesan pada diri saya; Practice Make Perfect! Beberapa patient peads pun terkena penangan jarum suntik~kesian mereka. Biasalah kena 'tipu-tipu' dan pujuk sikit. Tapi budak kecil pun, kita kena treat macam orang dewasa~

'Abang, Dr bagi ubat sikit boleh?.Macam kena gigit semut je. Kita nak bagi gigi tidur'
'Ok,Dr janji klu abang rasa sakit Dr stop boleh? Abang janji dengan Dr ye?'
'Hm..abang memang bagus. Lepas ni boleh la cerita kat kawan-kawan'

Oh, itu ayat-ayat cinta~ngee. Ayat memujuk budak. Kena build trust dan safe&comfort zone untuk diorang ni. Tapi ada juga orang dewasa kena pamper macam budak-budak. Jangan terkejut. Sebenarnya saya pun tak pernah merasa kena cabut gigi waktu dewasa ni. Masa kecil dulu pun saya pun bukanlah difficult child bila dengan dentist sebabnya, klinik gigi panel family kami memang dah biasa jadi tempat bermain. Quite close dengan dentist dan family dia.Dan tak sangka saya dah jadi Dr gigi pun gara-gara tuh.

'Dr orang mana?Semenanjung ke?'
'Ha'ah. Kelantan'
'Takpe ramai orang kelantan kat sini. Yang baru posting. Dah kawin ke?'
'Dr ni..bakal ni.Tak lama lagi tuh'~selamat saya sebab ada JT(technician) tolong jawab bagi pihak saya. Saya tersengih-sengih macam kerang busuk. Mana tahu berkat doa JT tadi.

~Wise man said; only fool rushing~
Slow and steady but keep on moving.

Jom,pulai!

So petang Jumaat ni saya minta off. Tak larat. Nak rehat. Nak makan.Nak tido. Nak tingkatkan amal ibadah. InsyaAllah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home